[---~*Enter-tainment Blog*~---]
Firefox NEW Firefox 2.0 released!



Previous Entry
REFRESH THIS BLOG
Next Entry

Time to move on



My blog has been revamped into the fresher, snazzier 'Sensasi Selebriti'.

You are cordially invited to grace your presence at the new blog. Click here


www.budiey.com






Sunday, May 22, 2005

    KONSERT PRELUDE AKADEMI FANTASIA 3


    INTRO: PENCARIAN SENGIT BERMULA
    Studio Satu, Astro - Pusat Penyiaran Asia Bukit Jalil diangkat sebagai pentas untuk Konsert Prelude yang pertama dalam sejarah Akademi Fantasia. Ianya cuma dihadiri oleh kaum keluarga, semua juri, para media wartawan dan jemputan khas dari astro. Sebelum ini, 12 pelajar baru rancangan paling dinanti-nanti itu akan diumumkan kepada sekalian peminat melalui Tirai Akademi Fantasia. Tetapi tradisi itu tidak diteruskan untuk musim baru ini di mana pemilihan akan dibuat berdasarkan persembahan 20 calon finale pada malam ini.

    Dibawa secara langsung tepat jam 8.30 malam dan dengan mengekalkan Aznil sebagai pengacara menjadikan rancangan ini ditunggu-tunggu untuk melihat nama-nama yang bakal terukir dibibir peminat AF. Satu gimik yang segar dan menambahkan lagu selera untuk peminat kerana selama seminggu promo di saluran astroria dan astro@15 telah memukul canang tentang konsert ini. Saya juga terasa teruja untuk melihat gaya persembahan Aznil untuk musim kali ini. Saya percaya beliau sekali lagi akan memberikan yang terbaik mengikut realiti masa siaran. Tanpa skrip yang terlalu detail, Aznil berjaya mengawal emosi penonton secara spontan.

    Aznil memulakan acara dengan intro ringkasnya yang mempunyai kesinambungan dengan promo-promo singkat setiap hari. Kini, countdown (kiraan hari) telah terhenti di saat ini. Atau senang cerita yang mana 'Makan Tak Lalu, Tidur Tak Lena, Mandi Tak Basah, Dah Terkena?' menjadi tema atau tagline AF musim ini telah terjawab sudah. Untuk senang bagi penonton tahu bagaimana merawat sindrom tersebut ialah duduk depan TV dan jangan bergerak-gerak selama 2 jam mulai saat ini.

    Dengan penampilan baru, imej montaj juga sudah pasti lebih segar dan tampak simple. Setelah perancangan dibuat kini tiba masanya untuk mencari 12 bintang muda yang bakal bertapa selama 10 minggu di akademi. Setelah sesi ujibakat berlangsung di seluruh negara, kini 20 calon diperkenalkan sebagai pembuka tirai.

    Upacara memperkenalkan diri bermula dengan Isa dan berakhir dengan Idayu. Seperti biasa mereka memperkenalkan nama, umur dan tempat asal. Akhirnya timbul lawak sepontan dari Aznil yang beliau pula berasal dari Great Britain. Kononnya kali ini dia terasa macam miss universe konon! Buatlah lawak Aznil kerana saya suka dengan lawak anda.

    Aznil menyuruh mereka ke belakang pentas untuk mempersiapkan diri. Kemudian, mereka akan dipanggil seorang demi seorang untuk membawa sebuah lagu bagi setiap calon. Untuk memudahkan atau menyedarkan orang yang tidak tahu mengapa diadakan konsert sebelum AF bermula, Aznil menemuramah semua juri professional untuk meminta pendapat mereka.

    Konsep yang berlainan kali ini menganjurkan satu sesi ujibakat yang terakhir sebelum 12 pelajar masuk ke akademi. Yang penting undian tidak diperlukan kerana ketika itu yang akan melakukan kerja pemarkahan terdiri dari juri professional. Merekalah yang menentukan nasib mereka. Antara juri professional ialah:

    1. Freddie Fernandez, bekas pengetua AF1 dan kini mengepalai Maestro. Harapan beliau: ingin melihat kepada peningkatan personaliti dan juga aspek paling penting ialah 'star quality' dan potensi untuk bertahan lama. Sememangnya 'star value' atau tatarias 'dalaman' penghibur memang aspek penting dalam pemilihan.

    2. Siti Hajar, guru nada suara dari 2 musim yang lalu. Pesanan kepada bakal pelajar: mereka perlu tabah dan patut berbesar hati untuk buat persembahan pada malam ini. Fikiran mesti lebih positif.

    3. Cik Rozinna Aziz, orang 'dalam' yang bertanggungjawab merangka program di astro. Istimewa konsert ini: adalah merupakan pemilihan finale bagi calon pelajar yang mempunyai pakej penghibur lengkap.

    4. Kudsia Kahar, pengkritik tetap untuk kesemua musim yang kini sekali lagi di 'booo' kerana masih teguh bertahan. Mengapa beliau masih kukuh berlabuh di kerusi pengkritik tetap sedangkan ramai peminat sudah boring dengan KK? Jangan ditanya kerana ini adalah urusan pihak penganjur. Lantak merekalah nak pilih sesiapa pun. Apa peduli dengan suara ramai? Saya tahu ramai yang sudah boring dengan gaya Kudsia mengkritik. Tapi saya tidak tahu dari aspek mana membuat mereka boring. Realiti kini, KK berada di tahap di mana perlu ada post mortem dan menukar arah atau corak kritikan KK sendiri. Itu gunanya orang-orang yang terdekat yang boleh membina kembali karisma KK. Soalan Aznil menyentuh perihal keyakinan diri dijawab dengan spontan oleh KK.

    "Pelajar perlu betul-betul fokus dan perlu menitik berat mutu persembahan untuk menjadi penghibur." Pada mulanya KK mengatakan "perlu fokus untuk menang" dan itu saya tidak setuju! Nampak sangat perlumbaan ini untuk mencari pemenang bukan untuk mencungkil bakat yang ada. Selepas untung berjuta dengan undian SMS sudah tentu akan melegakan pihak penganjur kerana motifnya untuk mencari pemenang dah termakbul!

    5. M.Nasir, seorang sifu dalam bidang muzik yang tidak perlu diperkenalkan. Kini menjawat sebagai pengetua dalam AF3. Aznil mengorek rahsia dari petikan promo di TV ketika kata-kata sifoo itu melafazkan "...what it takes to be a performer" Dan jawapan dari si sifoo, "Kalau dia jadi penyanyi mestilah memahami ruang dan diri sendiri..." Memang 'dalam' sungguh maksud Si sifoo kita tu ye?

    Aznil memaklumkan bahawa kesemua calon tidak mendapat bimbingan dari mana-mana guru untuk sesi pemilihan ini. Termasuk juga pihak penganjur tidak membekalkan cd minus one sendiri. Sesetengah dari kita akan mengatakan, bukankah itu zalim namanya? Kerana sebagai pihak penganjur semua itu adalah keperluan si calon juga. Kalau betul bagai dikata sehingga keperluan cd pun tidak dipenuhi maka kesian juga ya mereka? Kalau setakat terpaksa menggunakan sendiri bakat dan mencipta sendiri kareograf persembahan itu masih OK.

    1. ISA - AKU CINTA PADAMU
    Masih tampak muda remaja, Isa yang mempunyai adik beradik bernama Sharmila dan Sharmimi ini mempunyai minat mendalam dengan lagu dan filem hindustan. Semua itu sebati dalam jiwanya. Kata Aznil, nasib baik malam ini, Isa membawa lagu Melayu.

    Isa mempunyai suara yang agak soul dan terlalu biasa. Lagu Hazami ini pernah saya dengar sekali dua di corong radio dan ini juga pertama kali saya mendengar ianya dinyanyikan oleh orang yang bukan penyanyi asal. Maka mungkin sekali dengar ada kelemahan dimana-mana. Itu sudah lumrah.

    Ekspresi wajah Isa yang terpamer kurang berkeyakinan dipentas. Ada gementar yang diselindungi. Pergerakan lirik mata juga tidak fokus. Tapi suaranya OK bagi saya. Wajahnya terlalu mentah dan masih muda remaja. Nampak macam gaya penyanyi Indon ke atau gaya suara macam dari Seberang? Ketika korus, saya terasa Isa dalam kepayahan dan kelihatan memeritkan bagi Isa membawa korus. Tetapi dia akhirnya berjaya menyempurnakan. Saya percaya beliau dapat membawa lagu ini dengan lebih tinggi dari apa yang dipersembahkan.

    2. EKIN - DIALAH DI HATI
    Gadis pendiam, kalau ditanya dijawab dengan senyuman terukir dibibir. Kecil molek orangnya. Suaranya agak sayu ketika intro lagu yang mana lagu ini memang antara lagu yang paling sukar untuk dibawa. Lari dari pembawaan Siti Nurhaliza, seakan menjemput seorang lagi bintang akan muncul. Ramuan suara memang sedap ditelinga. Kekurangan hanya sedikit pada pitching. Alunan dan galur-galur intonasi juga kurang diekspremantasi.

    Tinggi rendah ton suara entah kemana perginya, mendatar pada bahagian tertentu. Saya rasa variasi perlu lebih pada ton suara dan perlu anda penambah perisa juga. Kawalan nafas Ekin tidak dikawal dengan betul. Stamina penting untuk lagu ini, maka latihan berendam dalam kolam mungkin ubatnya. Sepatutnya beliau 'all out' untuk korus di minit terakhir tapi sayang mungkin tiada kesempatan.

    3. AIDIL- KAU LUPA PADA JANJI
    Aidil masih bekerja sebagai pramugara yang kerjanya saban hari sudah tentu menarik beg. Memang sesuai juga dengan realiti di AF dimana beg akan diusung keluar. Dengan tarian yang mungkin dianggap over pada orang lain tapi masih cool bagi saya kerana memang tarian dibuat mengikut rentak lagu. Sedia diingat, apa sahaja yang dibawa atas instensif sendiri bukan Puan Linda Jasmine!

    Suara dia unik la jugak. Macho yang ada padanya mungkin menjadi satu aset berharga untuk menambah gaya memikat. Berpakaian serba putih dengan jaket kelabu memang sesuai habis. Pandai mengulum senyuman dan menatap kamera. Dengan adunan suara yang serak basah itu mungkin beliau orang yang dicari oleh juri. Ketika korus, terdapat part dimana suara Aidil pecah tapi taklah rabak sangat. Semput sedikit. Kelemahan Aidil mungkin tidak mengawal suara ketika korus dan tiada improvisasi yang menjadikannya lebih unik.

    4. AMYLEA - IF I AIN'T GOT YOU
    Selain Fuad, bekas Deejay Radio Langkawi ini memang menjadi pilihan saya. Berpakaian serba hitam memulakan lagu dengan iringan piano dari lagu Alicia Keys ini. Kawalan suara yang baik pada permulaan dan berjaya dibawa hingga ke penghabisan. Memang ada kelas. Keunikan pada personaliti Amylea ini mungkin pada rambutnya kerinting macam mee maggi yang senang untuk dikenali, selain berwajah manja hitam manis. Suara Amylea boleh dikawal samada dalam nada tinggi atau rendah dengan cemerlang. Mungkin kerana sudah terbiasa mempersembahkan di khalayak ramai. Faham-faham sahaja lagu ini mempunyai struktrur mainan suara yang bervariasi. Ruang inilah yang diambil oleh Amylea untuk menonjolkan gerak alunan suara beliau. Kematangan suara menjadikan beliau dikehendaki untuk dikurung di AF. Gayanya mungkin diceduk dari Alicia Keys yang sememangnya menjadi idolanya.

    5. YAZER - RELAKU PUJUK
    Mentang-mentang Yazer dari Sabah, lalu dicop oleh Aznil sebagai pelanggan sate Mas? Suaranya pun sudah kedengaran seperti penyanyi asal lagu ini iaitu Tam. Uniknya mungkin secubit. Dengan menyambar semua corak irama dari Tam, tiada keistimewaan dari Yazer terasa. Namun, Yazer sudah tentu digilai oleh gadis yang sukakan irama dan gaya rock-funky sebegini. Seakan ingin memujuk peminat rock untuk menumpukan perhatian kepadanya. Gaya persembahannya sempoi terlalu mengikut gaya Tam mungkin membawa padah. Nampak cool dengan berambut panjang paras bahu. Suaranya bertenaga. Kelakar juga bila Aznil mengeksploitasi rambut Yazer untuk dijadikan lawak dengan bertanya ayah Yazer. Rambut Yazer tu lawa... teknik rebonding ke? dan ayahnya menjawab "Eh taklah! Guna syampoo je...guna jari pun boleh."

    6. SHIHA - GONNA GET YOU GOOD
    Dengan senyuman manis, beliau memukau dengan gerak perlahan suaranya. Pemilihan lagu yang betul tapi lagu ini tidak dapat menonjolkan mutu suara yang sebenar. Sekali tengok dikaca TV seperti Diana Rafar pun ada. Adalah sikit gaya penghibur sebab kelihatan cantik di TV. Setakat mana sebenarnya kemampuan Shiha ini kita tidak tahu kerana lagu yang tidak sesuai untuk pertandingan. Lagu ini sesuai unuk persembahan di cafe atau lounge biasa bukan untuk pertandingan sebegini.

    7. AZLIF - ISABELLA
    Pemilihan lagu yang bagus dan tepat sekali untuk menguji sejauh mana ketinggian suara. Dengan gaya rambut ala Azizi yang dibelah tengah, bunyi suara tidak jelas di TV tapi ada gaya dan tidak terbawa-bawa imej Amy Search kerana Azlif ada gaya tersendiri. Lagu ini memang yang terbaik untuk mengukur vokal rockers fusion jazz seperti Azlif kerana lagu ini pernah menjadi Juara Lagu di TV3.

    Kali ini nampak sangat AF ingin melahirkan bintang rock seperti American Idol. Buktinya Azlif dan Haider yang terpilih sebagai calon. Tapi sayang, tidak untuk peserta perempuan yang kebanyakkan mementingkan nilai komersial. Azlif menggunakan aset renungan tajamnya untuk memancing juri dan tumpuan penonton kepada persembahannya. Maka, amat wajar Azlif menjadi rockers yang pertama yang berlakon dalam Perempuan Harum Sundal Malam.

    Pandai menunjukkan ekspresi wajah walaupun tidak wajar menunjukkan wajah geram dan marah untuk lagu ini. Ketika akhir lagu (Isabelllaaaaaaa...) beliau tidaklah tarik begitu tinggi tapi kalau ditarik, maka lagi complete rasanya. Terima kaseeeeyyyy (itu dah tiru orang tu dek!).

    8. AMY - SAVING ALL MY LOVE
    Melangkah ke pentas terus tersilap masuk. Mungkin Amy keliru dengan muzik pada intronya. Satu kesilapan yang tak mampu ditampung. Sebutan suaranya yang jelas dapat melengkapkan gaya yang unik dan lagu ini sesuai untuk menguji suara beliau. Vokalnya punya tahap kebolehan dalam mencorak pelbagai suara. Porte beliau mungkin R&B kerana falsetto yang dikeluarkan memang kedengaran bagus. Lagu ini memang mempunyai irama yang membosankan membuat dia tak konsisten dan paling sedih tiada klimaks!

    9. REZA - KU HARAP CINTA
    Reza berbintang Virgo, nampak macho tapi sayang melatah orangnya. Sekali diacah, Oppocot..! Saya memandang elemen realiti TV akan lebih menarik dengan adanya REza kerana penonton akan teruja untuk melihat aksi latah si Reza nanti.

    Kawalan suara Reza agak bagus. Irama nasyid kontemporari dari NowSeeHeart dibawa dengan membawa kelainan dalam gaya tersendiri. Tapi gaya pakaian mungkin tidak sesuai. Improvisasi di sana sini dibuat untuk mengerakkan hati kita dan tidak dapat menduga siapa penyanyi asal lagu ini. Lagu ini memang indah dengan lirik yang senang. Adlib sedikit ditambah untuk penyedap. Imej Reza yang berambut panjang ini, mengingatkan Aznil kepada Azizi dan Fitri dan secara kebetulannya mereka bertiga adalah pelajar yang paling tua!

    10. DIANA - AKU SAYANG PADAMU
    Diana dikatakan peminat no. 1 Aznil. Berwajah manja dan ayu. Mempunyai vokal yang biasa dan suara dibuat sedikit sengau untuk menjadikan lagu ini berasal dari Tanah Seberang. Memandangkan lagu ini sesuai untuk beliau, saya tidak nafikan Diana menjiwai lagu ini dengan baik. Wajahnya cantik mungkin pemikat untuk masuk AF tapi suaranya agak biasa sahaja. Sebenarnya untuk lagu ini sahaja tidak cukup untuk mengadili para peserta seperti Diana. Kemampuan mungkin dinilai pada nilai gaya penghibur yang terpendam dalam dirinya.

    11. FUAD - SHE'S A LADY
    Gaya calon dari Cheras ini memang memberangsangkan saya. Saya sudah mengagak yang Fuad akan bawa lagu yang hip hop sedikit. Gayanya memang spontan dan yang penting dia nampak so cute dalam TV dengan dihiasi dengan senyuman manis dan gaya yang mencuit hati. Cukup menghiburkan saya dan berpuas hati dengan imej yang ditonjolkan.

    Sayang juga kerana suaranya hanya cukup-cukup makan. Suara dia biasa sahaja tetapi yang mahu ditampilkan ialah cara beraksi dipentas dan pastinya si pengumpul kasut ini berjaya merebut hati penonton untuk menonton hingga akhir persembahannya. Tidak nafikan peminat Zahid akan turut sama menyokong Fuad selepas ini.

    Sedia diingatkan bahawa ini baru permulaan dan kita sama-sama saksikan bagaimana hasilnya bila Fuad menjalani proses revamp atau make over nanti. Dengan selamba, dia menjadikan pentas itu sebagai konsert miliknya dengan menyuruh penonton bertepuk tangan, lengkap dengan penguasaan pentas dengan cemerlang. Gaya rap sedikit hip hop dipertengahan lagu memang 'menjadi' habis dan saya rasa nak dengar lagi selepas ini. Pertama kali saya lihat semua penonton bersorak kuat kerana seperti ada api yang menghangatkan pentas!

    12. MARSHA - COLOURS OF THE WIND
    Gadis dari Tamparuli, Sabah ini mempunyai wajah fotogenik. Lahir di USA bukan sesuatu yang pelik bagi saya. Sebelum menjemput Marsha ke pentas, Aznil diganggu dengan teguran produser dihujung telinganya kerana katanya Marsha tak dapat meneruskan perjuangan untuk bertanding.

    Dengan kata lain, Marsha tidak akan disenaraikan kerana masalah sakit kerongkong. Ini memeranjatkan saya. Seperti tak percaya yang ini adalah KEZUTAN PERTAMA akan terlakar dalam sejarah AF3. Perkara sedemikian boleh terjadi dalam keadaan yang tak menentu ini. Inilah dia dunia realiti. Buat lagi terperanjat beruk, bila Marsha sendiri ingin menarik diri dan kita hanya mendengar sedikit suara tak bermaya tanpa muzik. Bila Kudsia ingin mendengar sedikit lagi, terasa jugak kesiannya sebab dah sampai tahap macam ni dah... tiba-tiba organ tak berfungsi. Takke potong stim namanya?

    Kerana sakit tekak sedikit terus ingin menarik diri? Kata-kata Marsha yang dia sungguh bertuah dengan top 20 dan meminta maaf kerana tak dapat melakukan persembahan buat penonton sebak. Air matanya membanjiri ruang mata. Inilah dia realiti kehidupan dan sepatutnya kesihatan dititik beratkan juga. Adakah dengan sekerat sedutan ketika ujibakat dapat mengadili suara Marsha? Tak mungkin! Suaranya sememang ada 'power' dan berkebolehan mencipta aura dengan fallsetto ala-ala saprano macam suara Shafinaz.

    13. MAWI - INTIFADA'
    Mawi, pemuda dari Kulai Johor ini berwajah jernih dan manis orangnya. Ramai terkejut kerana beliau adalah seorang Qari Tilawah Quran dan juga Pengerusi Seni Kelab Pukul Pelaga di sekolah. Juga meminati lakonan M. Rajoli.

    Inilah pertama kali Malique mendengar lagu nasyid di AF sekaligus mencipta satu kelainan yang lari dari kebiasaan. Pemilihan lagu yang salah untuk Mawi. Mawi sepatutnya memilih lagu yang bukan menjadi porte beliau seperti lagu Ferhad atau lagu balada yang lain contohnya lagu Memori Bahagia dari Sahri. Mungkin mengubah persepsi juri yang Mawi punya nilai komersial dan bukan sekadar kuat pegangan spritualnya.

    Nampak Mawi ni sekali macam Man Bai. Lagu dari Rabbani ni memang sukar untuk dilagukan kerana mempunyai nada yang tinggi. Tapi lagu ini menjadi rentak rock-arab apabila terhunus di tangan Mawi. Terdengar lengkap dengan makhraj-makhraj atau sebutan Arabnya. Mungkin lagu ini menjadi porte beliau kerana latar belakang beliau yang warak.

    Tanpa improvisasi dan cuma mengunakan suara yang ada, Mawi begitu bersahaja. Beliau senang untuk diingati oleh peminat kerana mempunyai rambut yang paling pendek iaitu hampir membotakkan kepala. Kata Aznil, kalau Ustaz Asri (vokalis Rabbani) kurus begitulah rupanya.

    14. ELIZA - MENGAPA
    Satu pemilihan lagu yang tepat kerana Gadis dari Kuala Kangsar ini memilih lagu yang sememangnya menpunyai klimaks. Dari rendah ke tinggi kemudian ditarik setingginya dengan cara beliau sendiri. Suaranya mengingatkan saya kepada acuan vokal Farah AF2. Eliza berjaya membawa lagu ini dengan baik ketika nada tinggi, satu aspek penting yang berada di dalam pemerhatian si juri. Saya kira itu memang cabaran yang sukar kerana lagu ini terkenal sebagai killer song. Calang-calang orang sahaja yang boleh bawa. Teknik pernafasan penting untuk lagu ini tapi she did very well.

    15. KEIFLI- DIR
    Suara serak basah Keifli mengingatkan saya sedikit pada Khai. Suaranya terang dan jelas sebutan. Calon yang mudah tergoda dengan aiskrim vanilla ini kelihatan segak dengan berkemeja merah dan berseluar putih. Penjiwaan lagu mantap. Tahap vokalnya biasa sahaja bagi saya. Nampak kesedihan pada wajahnya kerana kehilangan 'Dir'. Dari segi tumpuan penonton, lagu ini lagu ini tidak sesuai untuk menghidupkan suasana dan mengejutkan hadirin.

    16. AKMA - I WILL ALWAYS LOVE YOU
    Bila ditanya soalan dari Aznil, jawabnya memang standard; penyanyi yang diminati: Siti Nurhaliza. Cita-cita: ingin berjaya. Azam: untuk buat yang terbaik. Satu lagi lagu english bergema. Nampaknya terlalu banyak lagu english yang dipilih oleh peserta menunjukkan kepada kita bahawa budak-budak zaman sekarang memang berkiblatkan ke barat. Maksud saya, menjadikan artis barat sebagai idola.

    Suara Akma memang agak sweet dan begitu mengasyikkan. Kawalan suara dan teknik pernafasan dengan betul memang membuat saya seram sejuk. Ini kerana pada bahagian tertentu beliau perlu menarik tinggi dan lama. Faham faham sendiri lagu seperti ini, memang kena ada power dan energy!

    17. HAIDER - IT'S MY LIFE
    Suka bermain bola sepak, punya adik beradik 11 orang dan sering memakai baju jersey no 1. Lagu ini menuntu attitude yang lebih funky dan gaya yang bukan sedikit dari Haider. Juga suara perlu berada di posisi yang betul untuk menyanyikan lagu sekeras ini. Tidak tidak keterlaluan, diction dan sebutan amat penting dan ini perlu diberi penekanan dengan latihan konsisten.

    Memang ada sedikit pengucapan tidak berapa betul dan mungkin tidak disedari oleh kita kerana ditampung dengan kelincahan rockers ini. Suaranya kira ok dan serak basah sesuai untuk lagu rock. Dengan penuh energetik, takde semput dan stamina yang terkawal memang Haider ada karismatik. Sorakan yang diterima sayang sekali tak berapa kuat.

    18. RINA - MAMA KU INGIN PULANG
    Lagu yang khusus untuk mama ini memang sesuai untuk dibawa kerana menguji suara rendah dan tinggi. Lagu ini cukup popular untuk mana-mana pertandingan karaoke. Dibawa dengan sekadar biasa sahaja dan tiada apa-apa keistimewaan. Tiada improvisasi yang menarik perhatian.

    19. FELIX - CINTA SEORANG TEMAN
    Sepatutnya lagu ini tidak termasuk dalam pilihan pelajar kerana lagu ini merupakan lagu ujibakat sekaligus menjadi favorite peserta ujibakat. Namun, ramai bersetuju, Felix memang ada kerlipan bintang pada suaranya. Sekali sekala kameraman dengan nakalnya menonjol Bob AF2 yang turut menyanyi lagu tersebut. Saya di rumah tidak berapa dengar ketika rangkap pertama lagu di mana tone rendah dibawa.

    Saya tahu Felix boleh mewarnai lagu ini dengan caranya sendiri berdasarkan gerak badannya yang bersahaja. Saya nampak yang peraih buah-buahan yang minat dengan Jutawan Fakir dan Norlia Ghani ini tidak nampak menderita atau susah untuk bawa korusnya. Rileks sahaja sehingga memperlihatkan beliau kurang feel. Cabaran besar pada lagu ini ialah pada korus lagu yang tinggi tetapi Felix tidak nampak seperti ada keperitan. Selamba + santai = SEMPOI HABIS! Itu disedari juga oleh Aznil.

    20. IDAYU - I HAVE NOTHING
    Superb dan sungguh meresap masuk ke jiwa. Bukan calang-calang orang boleh membawa lagu ini dan gadis dari Kota Bharu, Kelantan ini telah menembusi tembok. Dengan penuh perasaan lagu ini dibawa menyedarkan saya bahawa Idayu yang bekerja di Subang Jaya ini punya suara yang sedikit husky, gemersik dan sudah tentu memberi saingan sengit dengan cara penyampaian Idayu yang lebih hebat dari penyanyi yang sedia ada.

    Suka juga mendengar nama Idayu, bukan sebab dia ayu. Bukan juga sebab nama itu adalah nama kenalan baru saya atau bukan juga Idayu ini berasal dari negeri kelahiran saya. Tidak! Tetapi saya melihat Idayu ada potensi yang luas dan bakal bersaing hebat dengan dua calon pilihan saya, Fuad dan Amylea. tak dapat nafikan sudah ramai di luar sana sudah terpikat dengan vokal Idayu termasuklah saya sendiri dan mahu sahaja saya dimasukkan dalam pilihan. Apa-apa kita tunggu konsert yang akan datang.

    KEPUTUSAN JURI
    Setelah meneliti semua persembahan, para juri profesional telah sebulat suara untuk memilih 12 pelajar AF3 iaitu:
    1. Fuad
    2. Keifli
    3. Reza
    4. Aidil
    5. Felix
    6. Yazer
    7. Amylea
    8. Idayu
    9. Akma
    10. Amy
    11. Eliza
    12. Ekin

    *Saya baru mendapat tahu yang Reza adalah seorang yang suka melatah. Elemen personaliti melatah begini memang diperlukan untuk menjadi catatan diari lebih menarik kerana ia melucukan. Aznil pun sudah mula mengusik dan mengacah Reza.

    *KEZUTAN PERTAMA telah pun tercatit kini di mana Marsha secara automatis terkeluar dan terpaksa akur dengan keadaan dirinya yang tak dapat melontarkan vokal powernya kerana masalah sakit tekak.

    *Ramai yang mengamuk bila Mawi yang dikatakan bakal bersaing tidak berjaya menjadi pilihan juri. Pelbagai spekulasi dan hipotesis telah dilontarkan kononnya astro dot dot dot. Saya rasa kesemua 20 calon adalah terbaik dan mungkin tiada rezeki untuk Mawi mencipta nama kali ini. Atau ini adalah satu strategi astro untuk mengekploitasi perasaan serta sensitiviti peminat tentang latar belakang serta personaliti Mawi. Mungkin juga astro ada plan B dimana mereka yang terkeluar akan diserap kembali melalui AFMASUK. Segalanya pasti terjawab sedikit masa lagi.

    *Sebagai hadiah pertama, Mawi telah dikejutkan dengan kehadiran Ustaz Asri (Vokalis Rabbani) ketika rancangan Muzikdiria (24 Mei 2005). Kelihatan Mawi memang terkejut dengan kezutan tersebut dan berasa gembira serta bangga bertemu dengan penyanyi asal lagi Intifada' itu. Semoga nasihat Ustaz Asri supaya mereka yang tersingkir tidak memandang kegagalan itu sebagai satu halangan dalam kejayaan seterusnya. Mungkin rezeki mereka ditempat lain.

    *Tahniah kepada semua yang tersenarai menjadi pelajar AF3. Selamat bertapa dan selamat maju jaya dari Malique.

    *Berita terbaru, semua calon yang tersingkir akan membuat penampilan istimewa di Konsert Gala Misi Suara Hati 2. Mereka masih dalam jagaan maestro selama 3 bulan.

    kredit foto: http://akademifantasia.blogdrive.com





juie_boy
June 30, 2005   01:56 PM PDT
 
rasa2nya filix ni dah can gak..masuk fainal..sapa kata filix atk cuol..mata filix .filix sentiasa je kontorol pabila buat persembahan,.,,.KOTA BELUD.....bOlEH.....
juie_boy
June 30, 2005   01:51 PM PDT
 
aku rasa...filix ni datang nya dari mana yah,,.lawak sangat gak filix ni,,susah2 aja..
FIFI
June 22, 2005   04:33 PM PDT
 
AF3 NI MEMANG BEST.. EMYLEA BESTTTTTT........
Aenone
June 16, 2005   06:21 PM PDT
 
aku rasa mawi tuh ada suare tapi dia tetap berkeras nak bawak stail nasyid tuh ler sebabnyer lagu yang dia bawak bunyi sumbang mambang. Anyway aku vote felix ... ??? Betul ker aku nie. Takpelah asalkan dia tak menyumbang and sumbang dah ler.
sephia
June 10, 2005   11:18 AM PDT
 
ada sesaper yg setuju ngan kata kata ku ini
sephia
June 10, 2005   11:17 AM PDT
 
felix berbakat.pandai mengawal tone suara walaupun nada tinggi dengan selambanya dia dapat mengungguli lagu yg dibawa dgn baik sekali...vote felix
huhuk
June 6, 2005   05:51 PM PDT
 
boleh tak gugur kan marlia musa
die tak best langsung
nak ajar org ...die tu pun tak pandai berlakon
kena ambik balik fauziah nawi yg berpengalaman..bkn nyer plelawak yg x lawak pi mai tang tu
sape setuju????????????????????????????????????????????????????
*footsie*
June 1, 2005   05:34 PM PDT
 
ramai peminat tidak dapat menerima hakikat bahawa pemilihan pelajar bergantung kepada sangat banyak sebab. bukan sahaja suara. personaliti, background dan nilai komersial adalah antara elemen penting dalam pemilihan. lagipun, penyingkiran dan pemilihan dibuat semata mata untuk menimbulkan kontroversi demi menarik peminat menonton rancangan ini. jadi, janganlah anda semua cepat melatah dan memaki hamun orang lain yang tidak bersalah. merci=)
diana
June 1, 2005   04:42 PM PDT
 
yeah...yeah..mawi t'keluar yeah...yeah...mawi t'keluar!
RiCa
June 1, 2005   04:40 PM PDT
 
yo..yo..vote for ekin and elliza....
RiCa
June 1, 2005   04:38 PM PDT
 
ekin memang mantap suaranya dan elliza..tapi mawi t'keluar...
*maria*
May 31, 2005   02:13 PM PDT
 
Do I sound fanatic ke?? Huhu. Truthfully, Im not. Nway, Im juz curious why everything about AF evolve around Mawi??? MERCI....
*footie*
May 31, 2005   12:49 PM PDT
 
wow maria seems like a fanatic. and rem too. jangan gaduh gaduh. share opinions and stop putting people down. kalau korang sumer cam ni, sampai bila bila pun kita tak akan maju. merci=)
cambest
May 28, 2005   04:05 PM PDT
 
semekom korang.. huhu mawi mmg best. ada hkmah tu dia xmasuk af. utg2 dia jd artis terus... hehe bertambahlah ahli kump. rabbani.. come on yaasin, xkan xnampak lagi kot artis harapan depan mata nih haa.. biler lagi nk panggil mawi masuk studio? hehe 2 mawi, best of luck. 2 malique, u got it man! thanks 4 ya update!! c ya guys!!!
mazen
May 27, 2005   11:25 AM PDT
 
wauuuuuuuuu...... mcm2 nama ada kat sini ek. Matahijau ada pastu matahitam pon ada. Hebat sungguh perdebatan korang. BI VS BM...

Suka dgn pendapat Rem, matahijau, maria and matahitam. Semua ada pendapat masing2.

Teruskan usaha korang untuk pertahankan idea yang korang ada. Syok gak baca.

Susah2 buat dua2 class tu lagi lah senang.

Oh ya, Rem ceramah yg awak sampaikan tu best lah. He he he...
beg galas
May 27, 2005   12:43 AM PDT
 
yer rem..betul tu...terutama bila sebutan 's' 't' dan 'r' pada lagu melayu....patut buat kelas utk yg ni dulu
matahijau
May 26, 2005   11:18 PM PDT
 
yes, rem, what u said is absolutely true. and it seems that u didnt miss the part in which malaysians are so obsessed with the singer's capability to sing in a foreign language.

AF is one of the most valuable money-making machine that ASTRO have right now. and whatever they do, AF must be tailored to fit msian taste and views. thats (probably) why they have the english class.; utk memperbetulkan sebutan 'bakal2 bintang' supaya dapat memuaskan hati public. itu je...

people's perception is not something that we can change overnight. kita bising camna pun, orang nak ke berubah?

*maria*
May 26, 2005   11:18 AM PDT
 
Hey Rem. I watched that show oso. It was cool! N u were right. The ability to speak in another language is an advantage. But some ppl make a big deal out of it. It is important though, but as Rem said, concentrate on ur own language vocab first. Merci!
Rem
May 26, 2005   10:44 AM PDT
 
Matahijau, you should watch Eurovision - a song festival that showcases singers from more than 35 countries in Europe (only 25 will eventually perform in the grand final). They sing in all kind of accents that we could ever imagine. Exotic, ugly, heavy, thick, funny, silly - you name it, you get it! Nobody makes it a big deal. Manusia mengapresiasi muzik bukan dengan sekadar guna pancaindera telinga - tetapi juga hati dan rasa.

Yes, phrasing technique is important. But how would you change that in a matter of 10 weeks? Tu pun bukan semuanya boleh berkaduk kat Akademi tu sampai 10 minggu. Majoritinya bungkus tilam balik kampung sebelum minggu ke-6.

Anyway, my point about this language is not about having it as part of the module in the AF. I'm questioning - why Malaysians are so obsessed with English phonetic sound? Ramai juga orang dok kata, Siti nyanyi lagu English orang tak faham. Kalau Ning yang nyanyi baru best. Boleh faham. That's simply bull$hit. I never had problem understanding Siti. Her English is far from perfect, but her diction is easily understood. To be honest, I find it even harder to understand Ning – both in English and BM! Julat sebutan English (yang boleh difahami) bukanlah sempit. You can pronounce a particular word in many different ways - and as long as they are within the acceptable range - that is fine. This is the perception/spirit that should be cultivated in every Malaysian. Tapi sikap AF yang mengada-ngada nak membesar-besarkan benda kecik gini - really doesn't help.

And yes, ABBA sings in a heavily accented English! Bjork and Sinead are even worse. People never make it a big deal. Why? Simply because it shouldn't be in the first place! Kita orang Malaysia saja yang mengada-ngada dengan ketaksuban English yang melampau. And sometimes I can't help laughing. We seem to be so perfectionist when it comes to foreign language, but we don’t even have a decent command in our own language. Nak bezakan 'di dekat' dan 'di jauh' pun rak reti. Nak bezakan 'satu k' dengan 'dua k' pun terkiap-kiap. For God's sake, this is VERY BASIC!

Nak sangat ajar kelas bahasa, pi la buat kelas pemulihan BM. Jangan pula besok-besok pelajar AF tu tulis lirik yang ntah apa-apa. Kesalahan tatabahasa merata-rata. Ini biasa sangat berlaku bila ada artis/penyanyi gatal-gatal nak tulis lirik sendiri. Sudahnya, English pun sucks, BM pun hancur. How sad is that? :)

Alamak.. macam ceramahlah pula. He he he he he.
MrsLai
May 26, 2005   10:37 AM PDT
 
haloooo.. aku kenal yazer dari dia kecik lagi.. rambut dia tak pernah pun rebonding.. pihak astro yang me"rebonding"kan dia.. tak main la rebonding2 ni..
lagi satu.. yazer xkan klon tam.. berpuluh2 kali da aku dgr dia nyanyi.. tak sama langsung.. kalau org sora serak tu mesti klon tam la ya?
"Gaya persembahannya sempoi terlalu mengikut gaya Tam mungkin membawa padah" apa maksud ayat ni? gaya org ikut lagu la.. takkan lagu relaku pujuk tu dia nyanyi terkinja2.. dah lagu tu sentimental rock..nak dia melompat2 ke sambil nyanyi?
"Gayanya mungkin diceduk dari Alicia Keys yang sememangnya menjadi idolanya." --> yang ni apasal tak kata dia tiru gaya alicia?

suka suki jeeeeeeeee...........!!!!!!!!!!!!!
beg galas
May 26, 2005   01:19 AM PDT
 
aku bayar astro..aku nak nengok programme yg memuaskan hati aku...kalau tv lain tak bayo punya...takde la aku bengang sgt...ni tak bayar sesikit nak potong...time ujan lebat suma unavailable..tak tolak lak bil...selections bukan ler byk beno...makin lama programme makin hampeh...AF jugak family aku bukak...u know what i mean
matahitam
May 25, 2005   05:17 PM PDT
 
betul tu matahijau,masa time atie tu aduh..tak faham dan sekaligus memalukan dia.walaupun hanya 10 minggu tak salah nak polish dan rasanya kebanyakan dari mereka ni pun pandai cakap omputih jadi mudahlah nak diperbetulkan.tak apelah tak dapat tawan dunia dapat tawan af cukuple...
susah betul,belajar salah tak belajar pun salah teruk kena kondem...kalau nak ikut cakap yang pelbagai citarasa ni memang semua nak buat takkan jadi.jadi lebih baik pihak astro buat apa pada mereka yang terbaik.belajar dari pengalaman yg dah lepas beb...
matahijau
May 25, 2005   02:40 PM PDT
 
ABBA, the swedish group. do they sing in swedish punye slang even tho its an english song? honestly, i dont know how good their english are, and i dont care. but what is important is anything said by the singer must be comprehensible enough. tak guna kalau menyanyi tone sedap tapi kita yg mendengar sepatah pun tak faham apa yg dia cakap, lainlah kalau lagu tu dalam bahasa yg kita tak belajar.

classic case, bila atie menyanyi lagu colours of the wind (kot?). even SM, in one of hie reviews (cant remember which one), said that if that song is in english, atie made it sound like its in portuguese. mmg la tak sakit telinga mendengar, tapi tak best la kalau lagu yg sepatutnya kita faham, tapi jadi tak faham semata-mata sebab si performer tak reti nak menyebut perkataan.

nak tawan dunia? tak perlu pun terror english utk tawan dunia. artis2 jepun, korea, taiwan, hongkong etc yg glamour kat msia pun bukannya semua tahu english. siti nurhaliza pun popular wpun tak terror english, but look at her. people ridicule and kutuk her as if she was a serial killer. and its just because she cant sing right in english...it's the people's perception that matters....
*maria*
May 25, 2005   01:11 PM PDT
 
So true, Rem. Being fluent in other language is an advantage. But dun tell me some ppl thought its actually the way to STARDOM? Hell no!! I guess this all started bcoz of that Atie's hideous performance during AF1.
Rem
May 25, 2005   09:24 AM PDT
 
I still don't see the point of having English class. Come on, people don't learn language in 10-20 weeks. It's a lifetime process. So, let it takes its natural course. Lagipun, banyak lagi benda lain yang lebih penting dalam akademi tu. Why unnecessarily divert the focus/attention into some silly things like 'English class'?

You don't need English class to be able singing English songs decently. Singing and speaking don't rely on the same phrasing technique. Singing is about vocal toning and control. Speaking is about being linguistically expressive. Why these people are so obsessed with language skill? Nak tanya sikit, yang galak sangat nak wujudkan slot khas belajar BI tu kenapa?

Ada hati nak tawan dunia? Jangan mimpi. Conquer the local market first. Yang graduan dulu-dulu tu pun, ntah pi mana-mana dah. Buat album pun hanya layak untuk pencalonan anugerah 'artis baru' dan 'artis harapan'.

Lagi satu, nak sangat polish English - BM tu dah bagus sangat? Are these students already articulate enough in their own mother tongue? Kalau tak, dari dok gatal nak belajar bahasa asing, baiklah buat slot khas kelas pemulihan Bahasa Melayu. ABBA (the Swedish group) has millions records sold all over the world. In fact, ABBA is one of the most successful groups in the modern history of pop music. Do they speak English any better than Siti Nurhaliza or Ramlah Ram? NO!
tak faham
May 24, 2005   03:17 PM PDT
 
tak apelah tunggu dan lihat jangan judge terlalu awal.i mean the boys not girls, mula-mula dolu tonne zahid biase jer...tak adala pulak sedap didengar kecuali masa nyanyi tak salah start istana menanti.sekarang ni semua sore budak lelaki tak bestla ye...tak sodap didongar.hai..dah telinga masing-masing tak sodap tutup telinga time budak girls nyanyi bukak telinga.nak sodap macam mana lagik yekkk...kau jadi juri next af4..nak tengok sora sodap macamana kau nak.
*maria*
May 24, 2005   02:55 PM PDT
 
I missed all these AF thingy. Shit larr. Malique dude. u dun hav the links or the websites so i can download it? But nway, nothings new is it name diera? Loved ur thoughts. Cheers!
Name diera
May 24, 2005   02:32 PM PDT
 
Tak ada latah pun memang tak best, tak ada yg unik. Zahid dulu at least tone suara dia sedap didengar w/pun kurang popular at first. At least dlm AF1 & Af2 ada yg impressive but not in this AF3. I mean the boys.
tak faham
May 24, 2005   01:14 PM PDT
 
name diera..

jangan melatah (macam reza opocottt..) dengan bakat yang baru bermula..bukan ke masih banyak masa kita menilai bakat mereka.rasanya peserta lelaki better than af2.contoh macam zahid permulaan dia biasa jek tak nampak kelebihan bila dah lama baru nampak dia punya bakat.af2 lelaki yang power bob, zahid macam kaer takle power cuma suara je unik.adam lagi biasa cuma hencem je kot.ingat lagi macam kudsia kata af1 lebih baik dari af2 lama-kelamaan baru dia tahu penangan af2 better than af1 sebbnye baru seminggu dairi dan 1 konsert dia judge budak af2 mana boleh tak nampak lagi bakat diorang semua ni.aidil tu okla dari si fitri hancusss...kita semua jangan terlalu cepat melatah kita lihat dulu keupayaan diorang masa konsert lepas tu barulah judge.
y
May 24, 2005   01:06 PM PDT
 
malique nampaknya aku baca je lah kat blog kau tahun ni... malasnya nak tulis sebab pen aku patah. aku pun suka dgr idayu bawak lagu tu but i didn't watch the whole thing, sebab tgk citer lain masa tu.
Judd
May 24, 2005   10:11 AM PDT
 
Cayalah malique.. your choices mmng tepat and exactly the same with mine.. Afundi Amylea & Fuad!!!
Name diera
May 24, 2005   09:56 AM PDT
 
Yang pasti calon lelaki AF3 tak sehebat AF2. Tak ada yang betul-betul power. At first bila dengar fuad nyanyi masih trek selebriti I though he sounded ok but I was put off bila tengok dia terkinja-kinja trying to be cool on the stage. He was trying too hard to be cool. And it was not cool. But I respect your opinion.
mazen
May 24, 2005   09:23 AM PDT
 
Sorry... Tertinggal nak masukkan nama felix sbb dia punya suara pun power gak.

Cukup sempoi mendendangkan lagu Bob.

Betul tak Malique???
mazen
May 24, 2005   09:14 AM PDT
 
Aku pun kecewa gak bila mawi tak dapat masuk. Suka dengar dia nyanyi lagu intifada tu. Apa2 pun tahniah untuk Yazer sebab masuk.

Mula minat ngan ekin, fuad, emylea dan akma. ntah mana satu nak di vote nanti.

Kalau tanya malique mesti dia suruh vote amylea dan fuad.

Nampaknya kena tgk persembahan dorang dulu lah nanti ni. Melayang duit aku nak beli astro.

Untuk semua pelajar Af3 cangratulations And All the Best...
tak faham
May 24, 2005   09:03 AM PDT
 
aku pun frust mawi tak dapat masuk tapi nak buat camne...juri pilih salah, sms pilih pun salah dikatakan pulak tak pandai menilai buta muzik dan bla..bla.. so sekarang siapa pilih salah?
kalau tak nak tengok af tak yah le tengok.mawi tak ada rezeki masuk af3 nak buat cam ne...mudah-mudahan dia lebih berjaya diluar daripada jadi bintang af tak berkerlip selepas habis af3 nanti.
kal
May 24, 2005   08:04 AM PDT
 
aku selaku wakil kepada beratus2 dan beribu2 peminat mawi di luar sana mmg tak puas ati btol sbb die x dpt masuk..jgn le korg sume memandai2 nak ckp bagus le die tak masuk...takde nak terkinja2..die sndiri dah decide nak masuk AF..mesti die sndiri ada cara sendiri to adapt to the situation..satu lagi,ade pendapat yg ckp si mawi ni nyanyi lagu nasyid..poyo2 tol le..wei,si reza pn nyanyi lagu nasyid boleh masuk gak..celaka tol!tak de salahnya nyanyi lagu nasyid...SATU lagi,ade gak yg komen ckp sbb die baik..maksudnya,AF ni hanya untuk budak yg jahat jek ke??teruk btol le..selama ni korg ingat yg tonton AF ni sume budak jahat bodoh yg dpt 1..2A dlm SPM jek ke...atau yg agama die dpt 5,6C ke dlm SPM??pls.lee..kalo kate AF hanya boleh bdk jahat jek masuk...bdk yg tonton pn mesti bdk jahat gak le/..
*maria*
May 24, 2005   12:25 AM PDT
 
Correct me if im wrong, badrul. But I do hav a photographic memory bout the `still n steel', same as the one she mentioned bout ` living n leaving.' It was during the 3rd concert when zarina sang `my immortal song'. And for the fact that u've known her for the past 13 years, I do apologize for such a harsh comment. But as u said, everyone is entitled to their own opinion. Still, u cant expect everyone to love what u love, or to suck u up juz because she's ur fren. Cheers!
didi
May 23, 2005   11:22 PM PDT
 
dulu dah tertipu aku sabar lagi... tapi bila jadik lagi mcm ni... memang babai laaa af... tup tup si penarik beg tu juara af3... bluwekkk
cik zam
May 23, 2005   11:00 PM PDT
 
errr....ermmm...still n steel tu masa zarina' s performance my immortal :D...kalo tak salah saya la..

saya mintak maap kalo salah info.. maybe kk ada la kut salah..tp die ckp omputeh sedap :D

malique
May 23, 2005   07:50 PM PDT
 
Hi Bad...
Thanks fo your comment.
badrul
May 23, 2005   06:56 PM PDT
 
hi malique...

call me bias or what, i don't mind... but i do think that i have the right to correct some statement here... nak terima atau tidak, it's not up to me...

first sekali, ttg statement kudsia sekali lagi di 'booo'... honestly i don't know if you have something against her, tapi in that prelude concert, she was not booed... you don't have to take my word for it... you can check with people yg menonton live di studio 1 astro... maybe the tv plays some trick on you... maybe...

and maybe ramai yg still in denial... this is a contest! ini adalah satu pertandingan bukannya sekadar kelas untuk mendidik! bakat mereka dicungkil, diasah oleh tenaga pengajar dan terletak dibahu mereka untuk membuktikan mereka boleh keluar sebagai juara! kalau sekadar pengajian biasa, tentu takda hadiah puluhan ribu ringgit utk juara... kalau bukan perlumbaan utk menang, tentu sahri yg bersuara lunak sudah punya album solo berbanding khai yg dapat nombor dua...

and maria, please get your fact straight before u put up any comment... nampak sangat kebudak-budakan... do u even know who jeffrey osborne is?!? simple fact sudah boleh membezakan tahap pemikiran seseorang... another thing, she never mentioned about 'still' or 'steel'... she mentioned 'living' and 'leaving'... berkata-kata berlandaskan ilmu amat berbeza dengan berkata-kata berlandaskan perasaan...

malique, if my words have hurt u in any way, i'm sorry... tapi sebagai seorang teman rapat yang mengenali kudsia lebih dari 13 tahun, saya amat tersinggung... but than again, u are entitle to your own opinion...
matahijau
May 23, 2005   03:44 PM PDT
 
hey...
about the english class; maybe they'll just teach the students how to say things right, so that they CAN sing decently...that we wouldnt know until af3 starts.

pasal kudsia, i dont have any problem with her comments. i even think that she deserves to be the pengkritik tetap, as her observation is good (though she did went to the extent of nit-picking). but changing the flavour every now and then wouldnt do any harm, right? sedangkan pengetua pun bertukar, takkanlah pengkritik tetap tak boleh tukar kot...
Rem
May 23, 2005   08:32 AM PDT
 
I really can't stand it when people get some simple facts like that ridiculously wrong. Cam mana Ozzy Oz jadi Jeff Oz??? And don't tell me that this latest version of AF ada English class? What a laughable approach! Teach them how to sing decently - and nobody cares if you're bilingual or multi-lingual! Bottom line, get the priority right.

May be they should include too stuffs like 'how to make a good album' - considering the fact that all AF graduates collectively embarrased the Academy in the recently-concluded AIM. :)

Malique, apasal suka sangat dengan Fuad? Tapi 'budak sihat' ni mesti suara sedap, kan. Biasalah program reality tv macam ni. You're either super-talented and ugly; or talentless but super-gorgeous. Opppss!
*maria*
May 22, 2005   02:19 PM PDT
 
I despise Kudsia Kahar. Unworthy comments, lack of general knowledge and pliz la, get a new hairstyle. Whats wif the big curls n the short fringe? I personally remembered she mentioned `Jeffrey Osbourne ' in the last AF2. Its Ozzy Osbourne laaar!! N what is it wif correcting other ppl's grammar when ur not even an expert? For instance, in last AF2,`the still sounds like steel'. Duh, didnt u ever learn the vocabulary during ur english lessons? That there is this one thing called the same pronounciation but different meaning? WHAT IN THE WORLD???
watie
May 22, 2005   01:05 PM PDT
 
NO AFUNDI THIS YEAR..and Mawi all the best... dah tak der rezeki nak buat camne... dan inilah namanya hakikat tuk jadi artis dipermainkan oleh mereka yang berkuasa dalam industri ini....
SM
May 22, 2005   09:16 AM PDT
 
cool ! selamat demam.
i hand over to you !

hahahhahahaa
Pakcik MMA
May 22, 2005   04:55 AM PDT
 
ada hikmah gak mengapa Mawi tak masuk? Takkan dier yg mengajar alQuran di Masjid nak menari terkinja2 nanti? BTW, kalau astro rasa bender ni jd isu, sepatutnya tak payahla short listed kan si Mawi ni jd top 20. Tolak awal2. Begitu juga dgn rina yg sudah berkahwin. Suara rina very powerful dan beliau tidak terpilih sbb astro tanak dipersalahkan jika berlaku apa2 yg negatif pasal hubungan perkahwinan dorang. But napa astro shortlisted gak nama Rina? Jawapan aznil yg ckp suami anda lebih memerlukan anda mungkin adalah jawapan yg tidak sepatutnya dilafazkan oleh aznil.
|

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments








Previous Entry
HOME
Next Entry

Search celebrity, news, money?


Web budiey.blogdrive.com

My Sponsors



My Readers





Notification

If you want to be updated on this weblog Enter your email here:






concept

More me:
  • Sensasi Selebriti
  • Photo Blog
  • Tips Lifestyle
  • Archieves
  • Money Blog

    Concept:
  • Entertainment Blog
  • Celebrities News
  • Gossips
  • Theater
  • Photo Events

    Version:
  • 2.0

    Official published:
  • 27 Jan 2004

    Best viewer:

    Internet Explorer
    1024 X 768



  • profile

    My stats
  • Malay
  • 179 cm
  • 75 kg
  • 1 Ogos 1976
  • Sentul Perdana
  • Kuala Lumpur
  • Penulis blog

    My Hobby
  • Watching TV
  • Reading
  • Surfing Internet
  • Writing
  • Travelling
  • Chatting
  • Teater
  • Music
  • Work out
  • Blogging
  • Hugging!

    My Colour
  • Maroon
  • Green
  • White

    My Gadget
  • HP Pavillion dv6000
  • Nokia Xpress Music
  • Camera Nikon D40
  • iPod 30GB

    My Hung Up
  • California Fitness
  • Pavilion
  • Coffee Bean
  • Dome
  • Secrets Recipes
  • Nandos

    My Place
  • Suria KLCC
  • Masjid Jamek
  • MidValley
  • Bukit Bintang
  • Istana Budaya
  • The Actors Studio
  • Rapid KL

    My Must See
  • Buletin Utama
  • American Idol
  • Extreem Makeover
  • Lost
  • Beat TV
  • Muzikdiria
  • CSI
  • Siri 24
  • Fear Factor
  • Survivor
  • The Apprentice
  • The Amazing Race
  • Oprah Winfrey
  • Trek Selebriti
  • Iklan!

    My Fav Radio
  • Hot.fm
  • Era.fm
  • Thr.fm
  • Hitz.fm
  • X-fresh

    My Fav Deejay
  • Farah Fauzana
  • Faizal Ismail
  • Nana

    My Hos
  • Fedtri Yahya
  • Nizal Mohammad
  • Karam Singh Walia

    My Fav Reporter
  • Farihad Shalla
  • Zubir
  • Zul Husni
  • Haswari

    My Lagenda
  • Dr. Usman Awang
  • P. Ramlee

    My Fav Film
  • Superman
  • Spiderman
  • Scream
  • Red Eye
  • The Shutter

    My Fav Singer
  • Sheila Majid
  • Jacklyn Victor
  • La Luna
  • Amr Diab
  • Nancy Ajram
  • Mike Indon Idol
  • Too Phat
  • Anuar Zain
  • Siti Nurhaliza
  • Dayang Nurfaizah
  • Rossa
  • Ning Baizura
  • Gareth Gates
  • Guy Sebastian
  • Linkin Park
  • Mawi AF3

    My Fav Actor
  • Afdlin Shauki
  • Saiful Apek
  • Ako Mustapha
  • Kiefer Sutherland
  • Tom Hank

    My Fav Actress
  • Maya Karin
  • Sofia Jane
  • Nasha Aziz
  • Cameron Diaz
  • Drew Barrymore



  • stats






    credits

    Blogdrive