[---~*Enter-tainment Blog*~---]
Firefox NEW Firefox 2.0 released!



Previous Entry
REFRESH THIS BLOG
Next Entry

Time to move on



My blog has been revamped into the fresher, snazzier 'Sensasi Selebriti'.

You are cordially invited to grace your presence at the new blog. Click here


www.budiey.com






Wednesday, April 27, 2005

    LIFE SDN BHD 3: ABSOLUTELY SURE-REALISME


    Saya: Macamana teater (Life Sdn Bhd 3) semalam?

    SM: BEST GILER!!!!

    Namun, sebaik sahaja kaki saya menjulur keluar dari pintu kamar Panggung TAS Bangsar lewat semalam, "BEST GILER" yang menjadi konklusi bagi SM terngiang-ngiang dan bergema dalam gegendang telinga saya itu kemudiannya bertukar menjadi BEST GILER, GILER, GILER, GILER (10 KALI? PUN TAK CUKUP!). Itu pada sayalah.

    Shariza yang tersengih di sebelah saya pun membalas,"Rasa nak datang lagi je esok, tapi kalau datang pun memang berbaloi!"

    INTRO: LIFE IS THE TRUTH
    Bagi saya Life Sdn Bhd 3 is the brutal truth about life dan ianya 'masuk menusuk' ke dalam minda saya secara mendadak untuk diterjemahkan melalui pelbagai likuan kisah. Satu pementasan yang punya 1001 cerita. Terang terangan tanpa sensored. Cara begini yang saya cari. Be frankly. Usah berselindung dan jangan sekali menidakkan kebenaran.

    Cuma 90 minit untuk menyelongkar rahsia 13 karakter makhluk hidup ini. Sekaligus saya dapat menyelami apa itu kehidupan sebenar dengan rasa cuak mengenangkan masa-masa silam yang saya lalui. Ianya sungguh surealisme! Kepastian yang real dan inilah pertama kali saya menemui satu pementasan yang berbeda dari teater yang pernah saya tonton sebelum ini. Dan juga (dengan muka malunya), inilah pertama kali juga saya menjejakkan kaki ke The Actors Studio Bangsar... ternyata begitu eksklusif tempatnya!

    Tanpa restriksi yang menghalang surealisme itu mengalir dari satu daerah ke satu daerah yang berlainan, Life Sdn Bhd 3 mencipta sejuta emosi yang berkaitan dengan hati dan minda. Hati yang mencerna segala perasaan dialirkan dengan eksistensi minda. Ya! Kewujudan minda dan aqal yang diciptakan oleh Tuhan adalah tonggak utama ke mana hidup ini bakal dihanyutkan atau dibawa. Ke kiri atau ke kanan. Ke belakang atau ke hadapan. Seperti mana 13 pelakon yang saya ibaratkan sebagai 13 tiang utama yang menyokong kekuatan teater ini untuk menjadikan istana kehidupan yang penuh rencah ratus insani.

    Tanpa prop yang canggih, (hanya menggunakan pelbagai jenis kerusi) tanpa tata cahaya yang bergemerlap indah (hanya menggunakan sorotan ringkas) ... tidak secalit pun menjejaskan corak penceritaan. Ianya lebih kepada monolog di mana pelakonnya diberikan beberapa cerita untuk disampaikan kepada audien. Saya boleh umpamakan ianya seperti cermin yang membalikkan cahaya. Si pencerita dengan gaya perwatakannya yang serba benar itu 'memantulkan' cahaya kepada cermin yang sedang digunakan oleh audien.

    Maka, audien yang senang sekali disuluhi cahaya itu lebih mudah untuk menilik rupa mereka yang sebenarnya. Kacak atau tidak, ayu atau lesu, semua itu audien yang menilainya. Betul-betul merangsang minda untuk berfikir seketika. Ternyata, pasti ada yang relevan walaupun skeptikal dan saling berkait. Dengan humor bersahaja, ada audien yang ketawa besar, sehingga ada yang mengalir air mata. Mungkin menangis atau mungkin juga tak tertahan ketawa. Ketawa melihat realiti sebenar perangai mereka sendiri yang diulang tayang di panggung.



    MENGAPA PERLU REALISTIK?
    Ada beberapa sebab saya enjoy dengan teater ini selain sebab utama iaitu kompilasi 1001 kisah dipanggungkan dalam satu pentas ringkas. Watak hidup dan perwatakan cemerlang adalah antara kekuatan teater arahan Puan Faridah Merican ini. Ceritanya penuh dengan kebenaran disampaikan dengan ketulusan yang utuh dan ketelitian yang teguh.

    Dengan menyentuh segala aspek kehidupan, bermula dari saat kelahiran dan hingga topik kematian atau kehilangan, terisi di dalamnya nilai kekeluargaan, dibaluti dengan persahabatan sejati, diharumkan dengan haruman percintaan yang melankolik... semua itu adalah pengalaman hidup sepanjang titian perjalanan. Namun, dengan kupasan yang lebih detail di mana audien secara selamba dibawa menyelami perasaan si pencerita, itu yang membuat saya layan habis!

    Pengalaman mengambil ujian memandu, pengalaman kali pertama datang haid, pengalaman obsesi si pencinta kasut, dan beberapa pengalaman lain yang sebenarnya adalah membentuk budaya masyarakat orang kita. Orang kita; orang Malaysia yang tinggal menghirup udara yang sama di zon yang berbeda. Ada yang berdarah kacukan dan ada yang tidak tahu asal usul mereka. Tetapi, itu semua tidak menjadi isu yang besar. Ini kerana sesiapa sahaja yang dilahirkan atas nama negara berdaulat ini dinamakan rakyat Malaysia. Selagi mana dia mahu mengaku yang mereka adalah orang Malaysia, mereka tetap orang Malaysia.

    Unsur emosi atau dramatik diolah dengan begitu baik sehingga memberi kesan kepada saya. Saya rasa bukan saya seorang yang merasakannya kerana audien yang lain bukan main kuat lagi ketawa berdekah-dekah berbanding saya yang tahan-bertahan untuk melepaskan. Juga kerana audien lain lebih kerap mengelap air mata berbanding saya yang mengelip-ngelip mata menahan air mata dari jatuh ke pipi.


    BUDAYA YANG MEMBUDAYAKAN KITA
    Masyarakat Malaysia yang majmuk bukan hanya Melayu sahaja. Ianya terdiri dari asas kaum lain, Cina dan India. Juga kaum-kaum 'kacukan'. Tapi secara ironinya, Melayu yang terkena batang hidung bila mendengar cerita yang sebegitu sinis. Tentang soal orang kita yang malu segan bila kawannya meminta ke kedai untuk membeli tuala wanita atau bahasa open kita 'modes'? Dan bila sampai di kedai, si penjual membungkusnya dengan kertas. Mengapa harus membungkus dengan kertas. Sudah tentu malu bukan?

    Kemudian, bila budaya sebegitu diamalkan. Sekali imbas kalau terlihat sesiapa yang membawa bungkusan kertas maka kita akan tahu yang itu adalah modes! Oh.. u beli modes...? Datang period ek? *Ohya, joke yang mengatakan modes boleh mengelap cermin kereta tu satu joke yang memang bijak! Tak terfikir oleh si Ayu sebelah saya ek? Yelah selama ini fungsinya menyerap "air merah" tapi disongsang untuk menyerap air atau sisa sabun di cermin kereta!

    Soal kahwin, dalam masyarakat mana-mana pun akan berpendapat bahawa kahwin bukan setakat individu wanita dan lelaki tetapi ia soal famili. Kalau berkahwin baik si lelaki atau wanita sebenarnya membesar dan membiakkan keturunan keluarga. Bukan sekadar mencapai impian memiliki hati dan jiwa kekasihnya. Penerimaan famili amat penting kerana tanpa keredhaan kedua-dua belah pihak seperti hidup pasangan itu tidak diberkati.

    Berdurasi 90 minit tidak terasa begitu lama. Menjemukan tidak sekali. Penonton disajikan dengan tarian serta nyanyian yang mempunyai hubung kait dengan kehidupan di zaman kanak-kanak. Setiap orang mesti tahu lagu ini;
    Anak itik Tok Wi
    Mandi dalam kolam
    Sakit apa Tok Wi
    Sakit sendi tulang
    Ubat apa Tok Wi
    Ubat limau lelang
    Ambik mana Tok Wi
    Ambik tepi jalan

    Sedikit sebanyak lagu yang diperdendangkan mengimbau kenangan saya ke alam kanak-kanak yang penuh citra. Saya memang nakal waktu budak-budak. Sering dimarahi arwah ayah kerana selalu menyakat dan mengusik adik. Pernah dibaling dengan roti canai atau paling teruk, saya diikatnya pada tiang dan dibedal dengan tali lembu! "Sakit ayah... Tobat tak buat lagi". Saya meraung! Tapi lepas sehari, saya buat lagi. Begitulah seterusnya, sehingga arwah jatuh sakit.

    Apabila arwah ayah terlantar sakit, dia dah tak larat nak marah saya lagi. Maka, sejak itulah saya berubah sikap menjadi lebih mendengar kata. Tak 'babil' macam dulu. Tak macam sebelumnya di mana, lagi arwah marah, lagi berganda kelakuan 'degil' saya. Lagi dilarang, lagi saya buat! Pendek kata, baik suruh buat je dari melarang! Seperti yang dibuat leh Mek saya yang selalu bersinis kalau mahu memarahi saya, "Haaa.. mainlah atas jalan tu.. main gih!". Sebagai ganti kepada ayat ini, "Jangan main atas jalan, nanti kena langgar kereta!" Jarang Mek menggunakan perkataan 'JANGAN' dalam ayatnya. Saya pun tak tahu kenapa.

    Pernah sekali saya dipukul arwah ayah kerana ponteng mengaji Quran di rumah Gemulah Pak Su Nor. Tapi saya sempat khatam sebelum arwah ayah meninggal. Sempat membuktikan padanya, walaupun saya malas dan degil namun masih bisa melunaskan janji untuk khatam Quran. Ayah seorang yang penyayang tapi tegas sekali.

    Untuk membesarkan saya bukan mudah kerana saya juga anak yang banyak membazirkan wang. Banyak wang telah dilaburkan untuk membeli barang permainan saya berupa kereta mini, patung-patung robotik dan macam-macam lagi. Mengenang itu semua hati saya hiba meruntun sedihnya. Tapi semua itu sebahagian daripada catitan kenangan yang kian lusuh. Patut dikenang hingga akhir hayat.

    PENUTUP: HIDUP PENUH DUGAAN
    Entah kenapa, pementasan ini tidaklah membuat saya ketawa gila-gila sangat (mungkin saya jarang menonton teater - 90% in English?), cuma sekadar tersenyum (tetapi sekali sekala terbahak juga ketawanya). Sebenarnya, dalam pada masa yang sama ia melahirkan satu mood selamba dan rileks ketika menontonnya.

    Ya, hidup ini susah untuk diduga. Bahagia dan derita akan datang silih berganti umpama lautan yang ada pasang dan surutnya. Sebagai manusia yang hidup di alam fana ini, diberikan peluang untuk menghirup oksigen adalah satu nikmat, dikurniakan tenaga membenih keringat untuk bekerja adalah satu semangat dan disempurnakan hidup dengan kasih sayang untuk bercinta adalah satu keamanan untuk jiwa sejagat!

    *Pementasan ini juga akan diusung ke:
    >TAS GreenHall Penang pada 29 -30, April (8.30 malam) dan 1 Mei (3.00 pm).
    >Taman Budaya Ipoh pada 2 Mei 2005 - 8.30 malam.
    Kepada yang berminat, boleh buat tempahan melalui contact@theactorsstudio.com.my

    CARTA PELAKON MENGIKUT FAVORITE MALIQUE
    1. Mohd Sobri Anuar (sebab cerita fonennya, kelakar habis!)
    2. Nell Ng (cerita guru bahasa)
    3. Patrick Teoh
    4. Sue Lankester (sesekali mendengar nyanyiannya...)
    5. Samantha Schubert
    6. Reza Zainal
    7. Gavin Yap
    8. Ben Tan
    9. Ari Ratos
    10. Mary George
    11. Fang Chyi
    12. Christina Orow
    13. Andrew Tan

    Penerbit Ekskutif & Pengarah : Faridah Merican
    Skrip & Pengarah Artistik : Joe Hasham

    Kredit foto:
    >TAS Design
    >http://www.theactorsstudio.com.my
    >http://www.livingartsmalaysia.com




Mohd sobri Anuar
December 2, 2005   12:59 PM PST
 
hey...anak keling ni..nak ucap bebabanyak tima kasih ya..ha ha .
musha_sobri@yahoo.com
ghostone
May 5, 2005   05:27 PM PDT
 
siti patut menang album dan lagu terbaik
Faridah Merican
April 24, 2005   12:56 PM PDT
 
Terima kasih Malique!!
Joe dan saya rasa kagum dengan sambutan penuntun.
Selalu, kita tak dapat pasti penuntun akan datang atau tidak, sebab 'tu malam pertama dibuat harga 50% - to attract. Dan berjaya.
LIFE...Sdn. Bhd. 3 akan ke TASGreenHall 29,30,April dan 1 May, Kemudian di Taman Budaya Ipoh 2nd May.
tempahan diterima melalui contact@theactorsstudio.com.my

Harap berjaya seperti di KL.

Thanks for your support!!
Isma
April 24, 2005   11:26 AM PDT
 
thanks for coming semalam malique;) nice review...i like the part yg pasal mengaji tuh...rasa sedih pulak bila baca part tuh ;)
|

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments








Previous Entry
HOME
Next Entry

Search celebrity, news, money?


Web budiey.blogdrive.com

My Sponsors



My Readers





Notification

If you want to be updated on this weblog Enter your email here:






concept

More me:
  • Sensasi Selebriti
  • Photo Blog
  • Tips Lifestyle
  • Archieves
  • Money Blog

    Concept:
  • Entertainment Blog
  • Celebrities News
  • Gossips
  • Theater
  • Photo Events

    Version:
  • 2.0

    Official published:
  • 27 Jan 2004

    Best viewer:

    Internet Explorer
    1024 X 768



  • profile

    My stats
  • Malay
  • 179 cm
  • 75 kg
  • 1 Ogos 1976
  • Sentul Perdana
  • Kuala Lumpur
  • Penulis blog

    My Hobby
  • Watching TV
  • Reading
  • Surfing Internet
  • Writing
  • Travelling
  • Chatting
  • Teater
  • Music
  • Work out
  • Blogging
  • Hugging!

    My Colour
  • Maroon
  • Green
  • White

    My Gadget
  • HP Pavillion dv6000
  • Nokia Xpress Music
  • Camera Nikon D40
  • iPod 30GB

    My Hung Up
  • California Fitness
  • Pavilion
  • Coffee Bean
  • Dome
  • Secrets Recipes
  • Nandos

    My Place
  • Suria KLCC
  • Masjid Jamek
  • MidValley
  • Bukit Bintang
  • Istana Budaya
  • The Actors Studio
  • Rapid KL

    My Must See
  • Buletin Utama
  • American Idol
  • Extreem Makeover
  • Lost
  • Beat TV
  • Muzikdiria
  • CSI
  • Siri 24
  • Fear Factor
  • Survivor
  • The Apprentice
  • The Amazing Race
  • Oprah Winfrey
  • Trek Selebriti
  • Iklan!

    My Fav Radio
  • Hot.fm
  • Era.fm
  • Thr.fm
  • Hitz.fm
  • X-fresh

    My Fav Deejay
  • Farah Fauzana
  • Faizal Ismail
  • Nana

    My Hos
  • Fedtri Yahya
  • Nizal Mohammad
  • Karam Singh Walia

    My Fav Reporter
  • Farihad Shalla
  • Zubir
  • Zul Husni
  • Haswari

    My Lagenda
  • Dr. Usman Awang
  • P. Ramlee

    My Fav Film
  • Superman
  • Spiderman
  • Scream
  • Red Eye
  • The Shutter

    My Fav Singer
  • Sheila Majid
  • Jacklyn Victor
  • La Luna
  • Amr Diab
  • Nancy Ajram
  • Mike Indon Idol
  • Too Phat
  • Anuar Zain
  • Siti Nurhaliza
  • Dayang Nurfaizah
  • Rossa
  • Ning Baizura
  • Gareth Gates
  • Guy Sebastian
  • Linkin Park
  • Mawi AF3

    My Fav Actor
  • Afdlin Shauki
  • Saiful Apek
  • Ako Mustapha
  • Kiefer Sutherland
  • Tom Hank

    My Fav Actress
  • Maya Karin
  • Sofia Jane
  • Nasha Aziz
  • Cameron Diaz
  • Drew Barrymore



  • stats






    credits

    Blogdrive