[---~*Enter-tainment Blog*~---]
Firefox NEW Firefox 2.0 released!



Previous Entry
REFRESH THIS BLOG
Next Entry

Time to move on



My blog has been revamped into the fresher, snazzier 'Sensasi Selebriti'.

You are cordially invited to grace your presence at the new blog. Click here


www.budiey.com






Saturday, April 23, 2005

    PROMO: MINI KONSERT PETERPAN: PART 2




    Saya suka memetik kata-kata Misha Omar dalam Trek Selebriti semalam yang berbaur sedikit provokasi, katanya:
    "Peterpan... ish.. ish.. (sambil menunduk wajah ke bawah, takjub barangkali) Peterpan memang best...Saya tolak ke tepi Sheila On 7.. Saya pilih Peterpan. Saya minat sangaaaaaaaaaaaaaaaattt dengan Peterpan. Lagu-lagu Peterpan memang power...sedap. Misha pun dah beli album Peterpan!"
    Kata-kata artis sebegini, sebenarnya boleh membuahkan promosi percuma kepada kumpulan atau mana artis yang menjadi sanjungannya. Bagai mengajak peminatnya untuk turut sama meminati artis itu.

    Saya tidak menolak bahawa peminat Peterpan membiak dan bercambah dengan begitu cepat. Sana sini, kedengaran lagu mereka di corong radio. Semacam mencetuskan satu fenomena baru dalam dunia muzik serumpun. Ironinya, lihat sendiri bahana sambutan Peterpan yang datang selama 4 hari bermula 7 hingga 10 April dalam rangka promosi mereka di Kuala Lumpur baru-baru ini. Mereka yang menetap di Palace Of Golden Horses itu mempunyai jadual yang padat termasuk rakaman Dari Studio Satu (disiarkan pada 30 April di Astroria), radio Era dan sesi temuramah dengan wartawan.

    Sayang sekali, mereka datang ke Kuala Lumpur dan dalam masa yang sama juga saya pula gila mau cari mereka di Jakarta. Patutlah, semasa saya di Jakarta, tercari-cari juga show Peterpan di kota itu, tapi ngak bisa ketemuan. Yang ketemu cuma show Dewa di Taman Impian Jaya Ancol.

    Bermula dengan ketibaan Peterpan di KLIA hinggalah mereka pulang ke Jakarta, sambutan peminat memang happening giler. Paling havoc, ketika promosi VCD UNTUK SAHABAT PETERPAN yang diadakan di Tower Record KLCC. Ramai peminat rela berasak-asakkan semata-mata mahu melihat Peterpan dengan lebih dekat. Kesannya, ada yang kena tindih dan kena lanyak.

    Ish, ish ish... kesian ek? Lagi mengeruhkan keadaan, tiadanya sistem keselamatan yang rapi lagi sistematik, menyebabkan semua anggota Peterpan diserang dan ada yang kena raba! Paling teruk adalah vokalisnya, Ariel. Hanya 3 buah lagu yang sempat dipersembahkan. Lain kali kalau Peterpan mau datang kemari, sila sediakan logistik yang sesuai ya Mas!

    Ini membuatkan saya berfikir dua kali juga untuk ke Planet Hollywood pada 1 Mei nanti. Seharusnya, peristiwa lalu membuat saya menjadi fobia untuk berasak-asakan dengan peminat Peterpan yang fanatik dan terlalu excited itu. Nampaknya, kalau nak pergi jugak terpaksa panjat speaker tinggi sebelah pentas dalam PH tu sepertimana saya buat masa menonton show Anuar Zain dan Dayang Nurfaizah yang lalu.

    Syoknya tengok show dalam situasi yang aman begitu. Tak perlu bersentuh-sentuhan dan bermandi peluh dengan mereka. Saya berharap sangat pihak PH tidak terlalu mengaut keuntungan sehingga menjadikan tiada ruang kosong dalam PH untuk bernafas dan menjadikannya umpama tin sardin yang sarat dengan manusia!

    Di bawah ini merupakan promo yang dibuat untuk media:-

    Peterpan, band pop rock terhangat di Indonesia…, akan membuat satu persembahan eksklusif di Planet Hollywood Kuala Lumpur pada 1 Mei 2005. Persembahan mereka akan bermula pada pukul 3:00 petang dan bayaran masuk berharga RM40.00, termasuk minuman percuma satu. (*Untuk para media, tiada bayaran dikenakan)

    Album kedua Peterpan yang berjudul ‘Bintang Di Surga’ telah mencecah jualannya di Malaysia ke tahap PLATINUM beberapa minggu yang lepas, akan berada di Malaysia untuk SATU (1) persembahan eksklusif, di mana mereka akan beraksi di pentas selama DUA (2) jam! Best kan? Jadi, datanglah awal untuk membeli tiket masuk anda! Kaunter-kaunter bayaran kami akan dibuka pada 12:00 tengah hari pada hari persembahan tersebut.



    Peterpan yang dibintangi Ariel (Vokal), Loekman (Guitar), Uki (Guitar), Andika (Keyboard), Reza (Drum) dan Indra (Bass Guitar), ditemui oleh Noey dari Java Jive pada awal tahun 2002 di sebuah café iaitu Sapulidi. Tidak lama kemudian, mereka dijemput untuk merakam single mereka ‘Mimpi Yang Sempurna’ dalam album kompilasi Kisah 2002 Malam. Dari situlah mulanya karier kumpulan Peterpan, dan hinggalah ke sekarang, mereka sudah mempunyai dua album iaitu Taman Langit dan Bintang Di Surga. Lagu-lagu popular dari album Bintang Di Surga ialah ‘Bintang Di Surga’, ‘Ada Apa Denganmu’ dan ‘Khayalan Tingkat Tinggi’.



    Jadi, catitkanlah dalam diari anda sekarang! Jangan tak buat, menyesal nanti!


    Untuk informasi selebihnya, sila hubungi 03 – 2144 6602 (ni no tepon PH...cakap je ngan sesape, ngan dianyer bar tender ke, casher ke.. sesapeje lah!). Terima kasih.

    *Showcase ini sesuai untuk semua lapisan umur. (budak bayi pun boleh kasi masuk ke?)







Nour Khadijah
December 20, 2005   08:24 AM PST
 
sorry itu cuma pandangan yg tak seberapa dari saya - nour_khadijah@yahoo.com
Nour Khadijah
December 20, 2005   08:22 AM PST
 
Sorry saya terceroboh blog anda...saya ada juga baca sekilas pandang about u...then i've 1 commet..tak de tokoh islam yg dikagumi ke? as a muslim kite mesti ada idol islam kite sendiri...like 'Harun Yahya' ke itu antara tokoh yg saya kagumi la..
amoi
December 14, 2005   08:45 AM PST
 
konsert peterpan di stadium merdeka 1 jan 06 nanti....beshhh....
arynnie
November 23, 2005   07:16 PM PST
 
when say PETERPAn everybody so excited especially after listen their song. How wonderful...=).
Name:chai
November 19, 2005   03:44 AM PST
 
Peterpan emang top,lagu-lagunya menyayat hati dan slalu mengingatkanku pada masa lalu,dan juga membangkitkan semangat untuk meraih masa depan
*maria*
May 13, 2005   02:24 AM PDT
 
Indo band songs n lyrics are juz honest. So themselves. I believe that is why they can crash into our market niche.
*maria*
May 11, 2005   02:20 PM PDT
 
peterpan is cool
erin_ariel
May 6, 2005   03:00 PM PDT
 
sekadar renungan selepas showcase pertama PETERPAN di Planet Hollywood; Walaupun hanya perform 14 buah lagu yang kesemunya pendek2 belaka, dan terpaksa menunggu 5 jam untuk 1 jam setengah show.. Wahhh... perasaan menatap wajah ARIEL Live mmg tak dapat nak digambarkan dgn kata2... Kalau nak bagi rating sepuluh bintang pun tak cukup.. LUV U PETERPAN!!
Linda
May 1, 2005   03:08 PM PDT
 
Apa ada pada peterpan,suara?isssss....tolak tepi....tak best mcm biasa saja.Kalau suara dia lain dr yg lain mcm semerdu Mael XPDC,selunak dan seunik Saleem iklim,sepelik Awie atau pon seganjil Amy search kan best tapi ini hanya Saleem dan Amy saja yg ngetop kat Indonesia,isssssss...skitla,dioarang byk sangat SO7,Peterpan,Dewa,kris,marcell dll byk lagi yg meletup kt Malaysia nih,artis kita kt sana bilang dgn jari tak cukup sepuluh,hanya Amy search,Saleem iklim,Siti nurhaliza,Zamani Slam,Sheila Majid dan Exist...itu saja yg meletup yg lain hampeh,Album tak laris,sedikit sangat...tapi sbnr artis mcm Amy,Saleem,Zamani,Sheila hanya tggl nama dan lagu saja yg mereka ingat dan dgr cthnya Amy/Search Album baru lom kuar,Saleem/Iklim..iss.tak yah cakap Mat gian dok dlm jail,sampaikan ksian ada org Malaysia dlm operasi bantuan baru2 ini tak terjawab bila tanya psl Saleem,diam membisu tanpa kata,issss..wat malu aja,manakala yg lain Zamani dan Sheila senyap aja,kdg2 je muncul,Album baru langsung tak da....Hanya Siti Nurhaliza dan Exist sahaja yg tggl,artis lain bukan tak mahu meletup kt sana tapi diterima ala kadar saja,makam pon tak cukup....alahai apalah nasib artis kita.
nana
May 1, 2005   12:19 PM PDT
 
beli album peterpan ORIGINAL ok..
falida
April 28, 2005   12:01 AM PDT
 
hai malique falida setuju 100% yang peterpan memang HEBAT tetapi kemelut konterversi antara hidup seni ariel dan personal dier emm kesian dipikir-pikirkan seolah-olah cuba nak melari kan diri di suatu tempat kan betul tak? Aha lagi satu malique lirik-lirik yang ariel tulis semua kisah yang sedih lagi-lagi lagu semua tentang kita seolah-olah kehidupan cinta tiada penghujung yang indah iaitu album pertama peterpan taman langit..hah album ke-2 bintang surga pula lagu sedih kukatakan dengan indah walawei lirik lagu memang siapa bru lepas frust cinta pasti nak bunuh diri punya giler lagu tak dapat buat org ceria tapi pilu ma... ahaks yang pasti orang yang normal dapat kawal perasaan diri tul tak..aper-aper pun komen peterpan best kadang-kadang penyampaian lagu nyanyian ariel seperti vokalis kumpulan padi dari segi lenggok gitu...emmm aper jadi pada padi ya anewei suksess buat peterpan...tak rugi beli cd kumpulan nie!
BoO
April 26, 2005   11:37 PM PDT
 
waduhhh..gue minat banget sama peterpan nie..ari tu gwe jugak nonton shownyer di tower rekods tu..besss banget,tp ramai banget dey...papepn peterpan mmg bess giler...i'm sooooooo fanatic wif them rite now!!!pade sesape yg g PH nnt,tlggg la amik gmba bes2 tuk boo..boo x g kot..waaa...tp nak g...tp....waaaaa...sure kne penyeknyer nnt....waaaa..nak g....i lap u peterpan!!!
surfer guy
April 26, 2005   02:35 AM PDT
 
luper plak tinggal no pon 0123382813.....pepehal, call aku la kay! nak tgk peterpan ngan korang
surfer guy
April 26, 2005   02:31 AM PDT
 
walawei,cara la peterpan nak buat knsert.tak saba nak nonton.minat lagu tertinggalkan waktu ngan dibelakangku...mmg ngancam seh lagu tuh...korang mesti dengar...best...hope,sape2 nak pegi sana,lleh contact aku.kita tgk sama2...nyanyi sama2...berasak sama2..ala,best la.malique,ko turun skali tak? jom la, best nyer....tak sabar nak salam ngan ariel...waduh,kok bisa capek kpala gue...
Jules
April 25, 2005   03:47 PM PDT
 
Malique, introduce la sorang2 ahli Peterpan...tak kenal la semua...kenal Ariel jek...letak gambar pic derang sorang2 ke...nak gak kenal...nih kenal lagu derang jek...
malique
April 25, 2005   11:40 AM PDT
 
Cakap je ngan sesape yg ada kat PH tu... heeh i mean pekerja dia semua tahu pasal show kat situh... jangan tanya yg bukan2 sudah ler...
andika
April 25, 2005   09:37 AM PDT
 
weis...no tepon neh nk ckp ngan sape?malique ke?aduhai..letak no tepon,tak letak name..camne? ape pon peterpan rock!! go peterpan...weis malique...aku add url ko kat blog aku tau...
Rya
April 23, 2005   07:04 PM PDT
 
gue minat banget sih sama band Peterpan ini! arrrrhhhhhh where in the world can i obtain tix!!!!!!!!
nana
April 23, 2005   04:24 PM PDT
 
ada kawan nana cari radio era tak dapat. dia terus baling radio tu sebab tak boleh dengar lagu mungkin bila nanti.. hebat juga pengangan peterpan ni ye.. entah2 peminat ketepi misha omar sebab peterpan... hehehe jgn marah..
|

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments








Previous Entry
HOME
Next Entry

Search celebrity, news, money?


Web budiey.blogdrive.com

My Sponsors



My Readers





Notification

If you want to be updated on this weblog Enter your email here:






concept

More me:
  • Sensasi Selebriti
  • Photo Blog
  • Tips Lifestyle
  • Archieves
  • Money Blog

    Concept:
  • Entertainment Blog
  • Celebrities News
  • Gossips
  • Theater
  • Photo Events

    Version:
  • 2.0

    Official published:
  • 27 Jan 2004

    Best viewer:

    Internet Explorer
    1024 X 768



  • profile

    My stats
  • Malay
  • 179 cm
  • 75 kg
  • 1 Ogos 1976
  • Sentul Perdana
  • Kuala Lumpur
  • Penulis blog

    My Hobby
  • Watching TV
  • Reading
  • Surfing Internet
  • Writing
  • Travelling
  • Chatting
  • Teater
  • Music
  • Work out
  • Blogging
  • Hugging!

    My Colour
  • Maroon
  • Green
  • White

    My Gadget
  • HP Pavillion dv6000
  • Nokia Xpress Music
  • Camera Nikon D40
  • iPod 30GB

    My Hung Up
  • California Fitness
  • Pavilion
  • Coffee Bean
  • Dome
  • Secrets Recipes
  • Nandos

    My Place
  • Suria KLCC
  • Masjid Jamek
  • MidValley
  • Bukit Bintang
  • Istana Budaya
  • The Actors Studio
  • Rapid KL

    My Must See
  • Buletin Utama
  • American Idol
  • Extreem Makeover
  • Lost
  • Beat TV
  • Muzikdiria
  • CSI
  • Siri 24
  • Fear Factor
  • Survivor
  • The Apprentice
  • The Amazing Race
  • Oprah Winfrey
  • Trek Selebriti
  • Iklan!

    My Fav Radio
  • Hot.fm
  • Era.fm
  • Thr.fm
  • Hitz.fm
  • X-fresh

    My Fav Deejay
  • Farah Fauzana
  • Faizal Ismail
  • Nana

    My Hos
  • Fedtri Yahya
  • Nizal Mohammad
  • Karam Singh Walia

    My Fav Reporter
  • Farihad Shalla
  • Zubir
  • Zul Husni
  • Haswari

    My Lagenda
  • Dr. Usman Awang
  • P. Ramlee

    My Fav Film
  • Superman
  • Spiderman
  • Scream
  • Red Eye
  • The Shutter

    My Fav Singer
  • Sheila Majid
  • Jacklyn Victor
  • La Luna
  • Amr Diab
  • Nancy Ajram
  • Mike Indon Idol
  • Too Phat
  • Anuar Zain
  • Siti Nurhaliza
  • Dayang Nurfaizah
  • Rossa
  • Ning Baizura
  • Gareth Gates
  • Guy Sebastian
  • Linkin Park
  • Mawi AF3

    My Fav Actor
  • Afdlin Shauki
  • Saiful Apek
  • Ako Mustapha
  • Kiefer Sutherland
  • Tom Hank

    My Fav Actress
  • Maya Karin
  • Sofia Jane
  • Nasha Aziz
  • Cameron Diaz
  • Drew Barrymore



  • stats






    credits

    Blogdrive