[---~*Enter-tainment Blog*~---]
Firefox NEW Firefox 2.0 released!



Previous Entry
REFRESH THIS BLOG
Next Entry

Time to move on



My blog has been revamped into the fresher, snazzier 'Sensasi Selebriti'.

You are cordially invited to grace your presence at the new blog. Click here


www.budiey.com






Monday, April 11, 2005

    HITZ 1 AKHIR: DIKUASAI OLEH HARUMAN LONDON


    INTRO: SOAL PRESTIJ DAN PROGRAM BERMUTU
    Dulunya Hitz 1 ini seakan dibiarkan seperti melukut di tepi gantang. Sekadar mahu melonjakkan nama RTM yang kian 'tenggelam' walaupun pelbagai usaha telah direncanakan. Namun hasilnya, kita sendiri tahu setakat mana ianya ditonton orang. Rancangannya bergerak secara diam-diam 'tak berisi' itu mula disebut-sebut dua tiga menjak ini saja dek sampai di kemuncak. Lihatlah kini, ianya dianggap prestij oleh media dan pengacara sendiri juga tak henti mengungkap perkataan 'rancangan berprestij' berkali-kali. Namun, setakat mana ianya dianggap prestij? Adakah untuk memberi saingan kepada Anugerah Juara Lagu yang jauh berprestij? Jauh sekali kedudukannya bukan? Atau ini satu titik permulaan untuk RTM?

    Kalau AJL diambil dari skema lagu dalam program Muzik-Muzik atau kini Juara Lagu, HITZ 1 pula mempertaruhkan 9 lagu paling popular semasa di carta Radio Muzik yang kini senang dikenali dengan nama barunya, Muzik fm. Kata Azwan carta yang cukup prestij? Saya tidak tahu untuk berkata apa-apa kerana kalau betul-betul prestij mengapa ramai yang masih merujuk kepada carta Radia Era?

    Apa-apa pun, tahniah buat RTM kerana usaha mereka menerbitkan rancangan yang dapat menaikkan taraf. Sesuatu yang amat dialu-alukan walaupun masih terdapat kecacatan kecil di sana-sini. Disiarkan secara langsung dari Dewan Auditorium Perdana, Kuala Lumpur seharusnya memerlukan perancangan yang teliti terutamanya dari segi 'camera timing' dan susun atur acara. Contohnya, ketika sebaik sahaja Ruffedge selesai mempersembahkan lagu Goyang tepapar dikaca TV kelibat Kuman di pentas. Kesilapan tayangan dengan sorot kamera yang tidak sepatutnya mengarah ke pentas rasanya sukar untuk dimaafkan. Pemilihan warna tema dan pakaian pengacara pula seharusnya lebih lembut dan romantis kerana berkonsepkan cinta. Sesuai dengan kebanyakkan lagu-lagu yang dipertandingkan adalah berunsurkan cinta, maka pemilihan warna yang garang adalah sesuatu yang tidak sesuai.

    Dengan cara undian melalui SMS, senang bagi memikat peminat bintang masing-masing menyelamatkan maruah artis kesayangan mereka dari jatuh gedebuk. Peminat mana yang mahukan bintang mereka jatuh dari langit? Usaha seperti mengedar flyer atau kempen besar-besaran untuk mengajak ahli kelab peminat di laman forum pastinya akan memeriahkan arena. Sudah tentu ini satu peluang bagi pihak tertentu untuk mengambil peluang atau kesempatan untuk mengaut keuntungan.

    PEMBUKAAN: VARIASI RENTAK GLOBAL
    Persembahan pembukaan yang agak tipikal dengan 8 penari yang menari mengikut muzik minus one yang mempunyai pelbagai variasi lagu termasuk tamil, rentak broadway, pop yeh-yeh dan sebagainya. Tidak banyak memberi gambaran sebenar untuk rancangan ini. Barangkali untuk menghangatkan pentas. Namun saya tahu ianya mengambil sempena kepelbagaian rentak irama dan melodi serta budaya yang dapat mencipta kesatuan melalui muzik. Hati-hati manusia yang degil dan angkuh bisa disatukan dengan muzik melahirkan sebuah dunia yang aman tanpa sengketa.

    PENGACARA: MAINTAIN OVER DAN PROMOTE DIRI SENDIRI
    Azwan Ali dan Dia Fadila tampak natural walaupun over. Ada juga chemistrynya sikit-sikit. Gaya Azwan yang sememangnya kita tahu tidak berapa disukai dengan keletahnya. Tidak dilupa juga kata-kata promo menaikkan RTM sendiri "RTM tetap unggul dan maintain... sebagainya" tetapi hakikatnya RTM masih banyak 'kerosakan' yang harus diperbaiki. Namun saya menganggap ini adalah satu batu sandaran untuk RTM untuk terus memberi pengiktirafan kepada anak seni untuk terus melahirkan lagu yang terbaik.

    Pengacara banyak mempromosi diri memang sudah normal. Kalau sudah skrip dah macam tu...begitu payah untuk menjadikan ianya satu pengisian kepada satu transisi yang lebih membina. Lihat sendiri pengacara-pengacara di Anugerah Seri Angkasa yang lalu yang memang tidak habis-habis promote diri sendiri. Sekadar mahu menyebut nama penaja kostum atau aksesori mereka itu tidak mengapa. Apa salahnya menghargai jasa si sponsorkan? Tapi kalau dah terover orang akan kata juga.

    Ini tidak, Dia Fadila siap menyampaikan lagunya sekali. Mempergunakan kesempatan sebanyak yang mungkin untuk memperkenalkan pada dunia bahawa aku adalah seorang penyanyi punya satu album. Azwan pula tidak habis-habis menjadikan acara sebagai lapangan bagi menonjolkan bakat terpendamnya. Sengaja menyanyi lagu dengan gaya sumbangnya. Nasib baik ditampung dengan kehadiran Apek. Cara trademark Azwan dengan 'Jeng Jeng Jeng' nya itu seakan kebudak-budakan. Sukar sangatkah untuk meneladani sikap matang dan karisma seorang pengacara yang sudah lama bertapak?

    Selain para juri awam yang terdiri daripada penghantar SMS, para juri profesional untuk lagu terbaik dipilih. Bukan calang-calang juga iaitu Mohd Asnawi Muta'al, Linda Jasmin, Prof Johari Johar, Encik Ku Foo Fi?, Datuk Wah Idris dan dipengerusikan oleh Datuk Johari Salleh.

    CARTA SMS SEBELUM PERSEMBAHAN
    Rindu
    Rela Kupujuk
    Menanti
    Terhangat Di Pasaran
    Goyang
    .......

    1. GOYANG - RUFFEDGE
    Tirai dimulakan dengan goyangan Ruffedge. Mempertaruhkan gaya hip hop ala gelek yang sudah biasa kita tonton. Pakaian mereka yang tidak senada tidak sedikit pun mengubah aliran persembahan yang sederhana bertenaga. Lirik dan lagu yang dicipta oleh Cat Farish ini dibawa secara bersungguh-sungguh dan selamba di pentas.

    Selamba dengan tarian ringkas dan teriakan untuk bergoyang bersama. Gelek mereka pun boleh membuat Datuk M. Daud Kilau mengeleng kepala. Surrender. Dengan gabungan group Flutron, pentas bertukar menjadi lebih serabut dan nampak kepoh atas pentas dengan suara-suara rap dipertengahan lagu. Berakhir dengan "Hitz 1 love...." disambut oleh tepukan peminat mereka yang agak meriah.

    2. MENANTI GERAK HATIKU - PUTIH
    Bersuara serak basah-basah, penyanyi yang berkulit putih ini mempunyai gaya yang dapat memberi saingan walaupun namanya sedikit tersisih. Tarian bersama penari latar terlalu difokuskan namun tidak menjejaskan mutu vokalnya. Gayanya berlenggok seakan Fadzley. Atau memang Putih mahu mencipta persamaan dengan Fadzley. Semestinya Putih membuat persediaan rapi untuk muncul di pentas malam ini. Dengan pakaian oren dan hitam sedikit menceriakan. Sayang, lagu ini tidak familiar di telinga pendengar.

    3. DAMBAAN PILU - KHAI
    Suara dilontarkan seperti yang kita dengar, tanpa ada improvisasi. Bintang Sembilu 2005 dan Potret Mistik ini agak yakin ditengah pentas berdiri dan membawa arus lagu yang mendatar tanpa klimaks yang boleh mencetus tepukan penonton. Lirik oleh Mohariz Yaakup ini memang cukup indah dan menjadi prasasti untuk peminat Khai sendiri kerana lagu ini adalah lagu yang sinonim dengan beliau. Rasanya kerana peminat juga lagu ini ditunjang ke atas carta.

    Tidak banyak bergerak di pentas, Khai memang tidak boleh lari dari memejam mata ketika keperitannya menahan 'kesakitan' menyanyi. Kedatangan penari latar ditengah sekadar tempelan semata-mata bagi memudahkan Khai menghayati lagu ini. Mempergunakan segala pengalamannya di AF dan diluar AF untuk mencorakkan yang terbaik termasuk beliau memang pakar bermain mata dengan kamera.

    SELINGAN: BERSAMA - NING BAIZURA
    Mungkin disebabkan penaja utama rancangan ini adalah TIME, maka Ning dijemput sebagai suara selingan. Seolah tidak lengkap TIME tanpa dutanya, Ning. Selalunya memang macam ni. BERSAMA adalah sebuah lagu yang memang sesuai untuk menarik penonton kerana lagu ini jarang diperdengarkan. Syahdu. Ning berjaya menyerikan program ini selain dengan gaya penghayatannya yang menghiburkan.

    4. RELAKU PUJUK - SPIDER
    Melihat kepada tepukan dan sorakan penonton, lagu ini sudah mencapai status lagu paling digemari. Disampaikan dengan gaya yang bersahaja oleh Tam. Begitu juga dengan ahlinya yang lain, tampak sempoi habis. Orkestra yang mengiringinya menambah perisa untuk lagu ini menjadi enak didengar.

    5. MEMORI CINTA LUKA : NASSIER WAHAB
    Siapa kata orang lama tak boleh tunjuk taring? Dengan gaya kemas, artis berpengalaman ini menyampaikan lagu dengan penuh perasaan. Namun, sering dilihat seperti ada keterseksaan untuk menyampaikan lagu ini secara live. Pengalaman selama lebih 20 tahun dalam bidang seni suara pastinya membuat beliau dipandang sebagai pencabar tetapi bukan pencabar utama. Namanya dilonjak ketika Anugerah Era yang lalu juga mendatangkan kejutan.

    Diiringi sendiri oleh pencipta lagu yang bermain keyboard, Adnan Abu Hassan, penonton bertepuk tangan pada part tertentu. Saya pun tidak tahu mengapa tempukan dan sorakan berkumandang tatkala korus. Melodi sedikit diubah mengikut gaya gubahan semula untuk disesuaikan dengan orkestra.

    SELINGAN: KATAKANLAH - HAZAMI
    Walaupun untuk selingan, namun Hazami tidak mengecewakan dengan persembahan yang menarik. Menarik dengan erti kata gayanya yang stailo bertopi dan berjaket kulit perang menari bersama penari. Namun, lagu rancak ini sekadar mahu menghilang rasa ngantuk si permisa.

    6. RINDU - SITI NURHALIZA
    Permulaan lagunya, ada kelibat seorang penari memberi intro yang menarik. Tersusun dan memberikan aura yang tidak setanding dengan gaya Siti Nurhaliza yang membuka langkahnya. Gaya lenggok Siti bersama 6 orang penari perempuan 6 penari lelaki itu tampak begitu matang. Bersahaja tapi masih mengekalkan kehebatannya seperti di pentas RAH.

    Lagu karya Yasin ini disampaikan dengan penuh kekuatan oleh vokal Siti yang cukup bertenaga bak kata azwan, haruman dari Londonnya masih semerbak. Dengan sepasang pakaian hijau yang juga menjadi warna kegemarannya dibelah secara mereng ke kekiri tampak begitu menawan. Rasanya baju ini pernah dipakai ketika APM yang lalu? Sarat dengan tarian, Siti mengimbangi fokus pada vokal dan tarian. Takut juga kalau tersilap langkah dek hilang fokus.

    Seorang diva di pentas sekecil ini sudah memikat hati si juri untuk meletakkannya sebagai satu persembahan terbaik. Sekaligus kekaguman bagi pesaingnya. Penonton pun sudah pandai meramalkan bahawa lagu ini akan muncul sebagai antara pemenang. Dengan gerak tapak tangannya yang dibalik-balikkan mengikut irama lagu etnik timur tengah ini penuh serinya seperti senyuman manis Siti yang tidak lekang dari bibir. Walaupun dikatakan kesihatan Siti tidak berapa baik, namun beliau menyampaikannya dengan cara professional.

    7. KASIHKU ABADI - UNIC
    Sebenarnya lagu ini adalah lagu In-Team tetapi disampaikan dengan penuh ukhwah oleh kumpulan UNIC. Kalah menang bukan persoalannya. Pentas bertukar 'ketek tungga' kerana lagu ini adalah lagu penuh dengan mesej ketuhanan. Pengharapan yang penuh keihklasan, kemesraan berpanjangan mengasihi sesama insan. Rindu pada kedamaian dan saling mengerti betapa kasih sayang berlandaskan keredhaan tuhan amat penting dalam hubungan. Korusnya semacam menjadi penyeksaan kepada vokalis lagu ini kerana urat semerihnya terkeluar. Maklum sahaja lagu In-Team kesemuanya memang bernada tinggi. Namun ditampung dengan senyuman keramahan mereka. Melodinya cukup indah dan menginsafkan saya.

    SELINGAN : APEK DAN KUMAN
    Kuman yang bertambah besar dalam TV itu sekali lagi digandingkan dengan Apek untuk menghiburkan penonton. Harap lain kali lawak mereka membina atau setidak-tidaknya lawak yang segar dan tidak sama dengan lawak mereka sebelum ini. "Pertama kali lawak swasta keluar dalam TV kerajaan? Rambut yang macam Siti Nurhaliza?" antara yang mengundang gelak tawa permisa. Apek bijak memperalatkan badan besar Kuman dengan alat muzik.

    8. PULANGKAN - MISHA OMAR
    Tidak over sebagaimana ketika Juara Lagu, Misha dengan selamba bersama pakaian kelabu berkelip-kelipnya (kelipnya sampai di leher?), pandai mengayakan lagu dengan jelingan tajamnya. Mungkin tidak mahu mencetuskan apa-apa dikalangan peminat atau tidak mahu terkejar-kejar atau menghentak kaki (namun ketika persembahan kemenangannya, Misha mula menghentak kaki juga). Dengan penyanyi latar yang seakan-akan mahu memonopoli pentas, Misha membawa mistik lagu ini dengan keseramannya yang bernafas persis sebuah drama muzikal. Ketika penghujung lagu, Misha akhirnya mencetuskan klimaks kemarahannya dengan melepaskan rasa dendam kesumatnya. Merayu agar memulangkan kembali taringnya yang hilang barangkali. Lirik dan melodi ini memang tidak boleh dipertikaikan lagi kerana sudah terbukti hebatnya.

    9. TERHANGAT DI PASARAN - KRU & ADAM
    Sebagai lagu terakhir, lagu ciptaan KRU ini pastinya tidak akan mengundang banyak kiriman dan undian SMS. Mungkin juri awam akan lupa terus untuk menyokong lagu ini dan tidak sabar untuk melihat keputusan akhir. Kekuatan lagu ini adalah terletak pada magnetnya yang berpaksi kepada gabungan KRU dengan pemenang tempat ke-3 AF2, Adam. Ini kerana peminatnya yang diluar sana bukan sedikit dan begitu juga dengan KRU.

    Kemunculan pelawak, Abun dipertangahan lagu banyak menimbulkan hura hara kerana ianya tidak disangka-sangka dan lebih menjahanamkan lagu tersebut. Lirik diubah. 'Singapura' ditukar kepada RTM sekadar ingin mengambil hati penganjur atau lambang apresiasi atau boleh mengundang kerosakan pada lagu. Adam memang cocok sekali dengan KRU kerna dari dulu lagi apabila melihat Adam, kita akan melihat aura KRU terselit pada gayanya. Nampaknya, sudah tiba masanya KRU menambah seorang lagi ahli kumpulan mereka kalau ingin terus hidup. Dibuat 'hey say hey', seakan pentas itu adalah konsert atau mungkin mereka ingin mengubah sedikit pentas menjadi pentas milik mereka. Fantastik bombastik? Terserahlah!

    SELINGAN : DI KALA HUJAN
    Tidak banyak saya fokuskan pada persembahan Zamani kerana saya mengambil masa membancuh nescafe. Kemudian, saya membazirkan masa dengan membaca komen-komen yang tidak membina di blog saya. Cukup menyedihkan dan menghampakan saya! Saya telah mengambil keputusan untuk membuang komen 'kasar' itu dan akan lebih berhati-hati menapis komen dari pembaca di masa mendatang.

    SELINGAN : ERTI PERTEMUAN NING & JAY JAY
    Dengan bertopi, Jay Jay masuk setelah rangkap pertama lagu ini. Nampak sempoi gayanya tapi setakat ingin menghiburkan penonton memang boleh saja. Kali kedua lagu ini berkemundang selepas Zoom in Bersama Ning tempohari. Keupayaan suara soprano Ning memang tidak dipertikaikan tetapi ada bahagian korus suaranya pecah sedikit. Namun, keseluruhan lengkap dengan gabungan sempoi Jay Jay dan penghayatan Ning.

    SELINGAN : DEBUNGA CINTA - MISHA OMAR
    Sebuah lagu balada yang tidak selalu dibawa oleh Misha. Arus lagu tampak menghanyutkan dari nada yang rendah hingga meninggi. Ternyata vokal Misha semakin bertaring dan disampaikan dengan. Syahdu pun ada. Gemersik suara Misha memang power. Sesetengah suara teran yang dibuat memang meremangkan bulu roma. Namun, pakaian mix n matchnya pernah saya lihat dipakai ketika persembahan yang lepas. Pada misha, harap sangatlah...jangan memakai pakaian yang sama. Keluarkan sedikit belanja apa salahnya kan?.

    SELINGAN: DIALAH DIHATI - SITI NURHALIZA
    Suara yang pernah berkumandang di RAH, ternyata masih segar berkemundang dengan penuh ornanya yang indah. Namun orkestra ini tidak sesedap orkestra yang mengiringi Siti ketika di RAH. Saya rasa adalah patut Siti mementaskan lagu gubahan semula Roslam Aziz di mana-mana persembahan beliau yang akan datang. Setelah mendengar gubahan semula di RAH, saya rasa melodi gubahan semula itu lebih baik dari melodi asal.

    KEPUTUSAN HITZ 1
    Timbalan Menteri Penerangan Malaysia dan beberapa dif kehormat di jemput ke pentas untuk menyampaikan hadiah.



    Persembahan Terbaik RM 5,000 + trofi + sijil (Time):
    Rindu - Siti Nurhaliza

    Anugerah Lagu Paling Popular RM 10,000 + trofi + sijil (Beras Floral):
    Rindu - Siti Nurhaliza (SMS tertinggi 26.3 %)

    Anugerah Tempat Kedua Lagu Terbaik RM 20,000 + trofi + sijil (Time):
    Lagu Rindu - Siti Nurhaliza & Yasin

    Anugerah Lagu Terbaik RM 29,000 + trofi + sijil (Time):
    Pulangkan - Misha Omar (Ajai, Habsah Hassan, Shuhaimi Baba)


    PENUTUP: TIDAK BERHENTI BERHARAP
    Tahniah buat semua pemenang. Ternyata keputusan ini boleh dijangkakan dari awal mungkin kerana haruman semerbak yang dibawa pulang oleh Siti Nurhaliza dari dewan RAH masih mewangi. Orang kata kalau dah rezeki memang tak kemana. Sudah tentu, Siti akan meraih kemenangan di pertandingan yang lain pada masa akan datang. Yang saya mengecewakan, Siti menarik diri dari menyertai Anugerah Juara Lagu tetapi tidak untuk pertandingan ini. Maka, saya tidak berhenti berharap agar Siti kembali bertanding di AJL kerana tanpa Siti ternyata pentas hilang serinya seperti hilang serinya Anugerah Berita Harian yang lalu!




jejahan
August 4, 2009   12:02 AM PDT
 
program jom santai d menara kl yg baru lalu (1.8.09) mengutarakan topik yg menarik dgn artis jemputan spt imuda, fauzi dan lisdawati serta kemunculan estranged dan cd naz... Jehan miskin sbg pengacara, mungkin kerana masih baru (2 episod) nampaknya masih kaku dan kurang energy. tapi nampaknya kelemahan paling nyata adalah dari segi penerbitan yang agak kurang cekap, kenapa? hanya penerbit yang mampu menjawab persoalan ini...
mungkin agaknya kurang rehearsal yang mengakibatkan artis jemputan seperti terpinga2, dan penerbit nampaknya seperti hilang punca. Paling ketara adalah ketika penyanyi CD Naz sebelum membuat persembahan, jelas beliau kelihatan masih belum bersedia seperti sedang mencari sesuatu, kenapa penerbit tidak mengalih syot kepada angle yang lebih selamat agar situasi tersebut tidak di keudarakan. Pada pendapat saya, penerbit harus bijak membuat percaturan dalam mengendalikan siaran langsung seperti in... Bila kurang rehearsal, inilah hasilnya yang ditonton oleh seluruh malaysia.
boboy
December 4, 2005   03:00 PM PST
 
sayer adalah peminat awk !! tahniah sebab jadi peminat sayerr
*maria*
May 11, 2005   02:22 PM PDT
 
KRU is such business minded people. Grab Adam while he's still hot and make him a product. By doing this, they suceed in having all those so called Adam followers to buy the album.
nana
April 21, 2005   05:54 PM PDT
 
kalau dah rezeki siti, tak ada siapa boleh pertikai.. melainkan org tu dengki. nana bukan sekadar cakap. nana bukan peminat siti tapi siti ada hak nak menang.
TI
April 19, 2005   09:44 PM PDT
 
Kita semua tahu ttg pendirian KRU dan Siti mahu berehat sebentar dari AJL. Actually I tbink dorang ni dah kena buih dgn Azwan agaknya. Sebab mungkin penyanyi semua ingat Hitz Satu ini adalah pertandingan utk peminat. Peminat ini kalau dorang ada hak utk memilih pastinya mengamuk jugak kalau artis pujaan mereka tak nak bertanding tetapi hampeh jugak sebab rupanya dorang pakai juri. Aku bukan bangkang dgn juri tetapi bila ada juri pilih yg terbaik ..it's very subjectif. Baik bagi panel juri yg ini tapi mungkin tidak pada panel juri yg lain. Lihat sajelah bezanya pilihan diAJL dan Hitz 1. Mungkin lepas ni sape-sape yg kata tak nak bertanding kat AJL , tidak lagi akan sertai hitz 1.
malique
April 18, 2005   04:01 PM PDT
 
Ntahla... sebenarnya part 2 tu hampir siap cuma nak peram sikit kasi ramuan dia sebati dan jadi basi... hehehehe..

Nak siapkan rasa cam takde mood lak du atiga menjak nih naper ek?
TI
April 17, 2005   10:35 PM PDT
 
ME ALSO still wait for ur part 2 konsert siti di RAH...biar la org nak kata pe pong
Rem
April 16, 2005   08:36 AM PDT
 
Lagu Rindu (LR) dan Pulangkan (PK) - mana lebih berkualiti? Dari segi melodi, LR lebih catchy dan easy-listening. Tapi rentaknya agak repetitive. Sungguhpun aliran melodinya bergerak dengan dinamik, namun tidak terdapat unsur-unsur dramatik. Kalau bukan kerana teknik lontaran vokal Siti yang memang pintar 'berayun-ayun', sah-sah LR akan jadi sebuah lagu yang hanya meriah pada bunyi, tapi datar pada paras olahan melodi. Muzik dan liriknya pun so-so saja. Nak kata buruk, tidak. Nak kata sangat kuat, tidak juga.

Lagu Pulangkan (PK), nynyian Misah pula tidaklah mempunyai melodi yang se-catchy dan sekuat Lagu Rindu (LR). Tapi PK mempunyai paras olahan melodi yang lebih dramatik. Ia bergerak dengan plot ayunan yang lebih ada 'umpph'. Bermula dengan nada yang 'malas', lalu perlahan-lahan bangkit jadi nada yang garang dan dinamik. Kerana sifat melodi lagu ini yang begitu - maka, gubahan muziknya juga mempunyai kelebihan. Komposisi muziknya lebih ada variasi: ada elemen ringan, santai, deras dan garang. Lebih penting lagi, gubahan keseluruhannya lebih teratur. Itu sebab bunyinya macam 'kelas'. Manakala, LR itu pula jenisnya lagu meriah, maka, gubahan muziknya juga seperti kurang terkawal; dan sifatnya juga lebih 'kemurah-murahan'.

Yes, dari segi kualiti sebagai lagu - saya fikir PK lebih bagus dari LR. So, memang Misha layak menang. But I also think that if Siti was given that song (Pulangkan) - Siti could have made it sounded much better. Kualiti vokal Misha memang bagus. Malah, antara yang terbagus di Malaysia. Masalahnya, Misha always has problem when it comes to high pitch and high key; or low pitch and low key. Misha tak ada 'tone' yang bagus. She can hit the high and low keys perfectly, BUT, the way she executes the notes are painfully crude. Masalah yang tipikal untuk kebanyakan penyanyi wanita Malaysia. When they have the power and reach; the don't have the tone and perfect execution (i.e. Misha, Nora, Safura, Ramlah, Ning). When they have the tone and nice execution, they compromise the power (i.e. Camelia, Liza Hanim, Kak Pah). Siti is lucky to have both - and that's the reason why she can easily make a silly song sounding beautifully attractive.
Faidhi
April 15, 2005   05:19 PM PDT
 
apalah Malique nie...nak ubah2 tajuk lagu Siti pulak...tajuknya bukan Rindulah..Lagu Rindu...
ab
April 13, 2005   05:48 PM PDT
 
Semua orang dah tahu keputusan HITZ1.

Pengadil memang bijak kerana telah memilih lagu Pulangkan untuk menang, walaupun mereka tahu Lagu Rindu lebih layak dinobatkan sebagai Lagu Terbaik.

Ini disebabkan panel juri merasakan kalau lagu nyanyian CT dimenangkan di tempat pertama maka semua hadiah akan dibolot oleh lagu-lagu nyanyian CT. Lagi kontroversi. Disebabkan hendak mengelakkan isu yang lebih panas, maka pihak juri dan penganjur bersetuju sebulat suara (ada yang terpaksa) memenangkan lagu nyanyian MO.

Semua orang terkejut. MO pun terkejut BESAR. Tapi CT tetap tenang kerana dia pun tahu kalau dia menang semua award tu, isu CT selalu menang akan mula dicanang oleh media dan sesiapa yang tak suka kalau CT menang, walaupun mereka tahu CT telah memberikan yang terbaik.

CT bertindak rasional dan bukan matlamatnya untuk dapatkan semua itu. Kalau dapatpun itu rezeki namanya.

Sebenarnya tak perlulah kita melaga-lagakan di antara CT dan MO. Tak baik.
frodo
April 13, 2005   05:09 PM PDT
 
Biarlah siti tetap masuk mana mana pertandingan, kerna kalau dia menang bukan dia bolot semua, kenalah bagi kat pencipta lagu dan penulis lirik lagu tersebut.
malique
April 12, 2005   05:58 PM PDT
 
Nampak sangaty takde peruntukan untuk majlis 'berprestij' tu.. kesian...
Name Irra
April 12, 2005   04:02 PM PDT
 
Malique, bukan Misha je pakai baju recycle, Ning pun pakai baju recycle Juara Lagu.
diermeng sayyyys
April 11, 2005   09:02 PM PDT
 
askum, i think that siti dah setaraf ka pah, so memang tak payah lah masuk bertanding maner2 competition.I'm saying that not bcoz i minat dier, just saying the real thing.Actually tak minat langsung...So sepatutnyer semalam dier hanya jadi guest performer..
fiebie
April 11, 2005   04:49 PM PDT
 
kenapa carta itu berprestij? sebenarnya tidak berprestij pun, apa kayu ukur atau bench mark dia nak kata dia prestige?

sebenarnya prestij, sebab pengacara dia azwan ali memang over dose over acting nya... (pakaiannya jugak, kadang kala nampak macam rekaan kanak-kanak tadika kemas, yang saya pasti adalah rekaannya sendiri)

hik hik...
Cikanos
April 11, 2005   03:52 PM PDT
 
Waiem, again, sama la kita. Dok tunggu Review Part II of RAH.

Malique, thanks for the Hitz 1 update. Rasa cam tgk tv!
watie
April 11, 2005   03:05 PM PDT
 
akak ingat kru yg menang masa azwan umumkan bukan 3 tapi 4 org, siap dah melompat dah.. tapi hampeh... akak rasa kru amik bahagian sebab nak support rtm jer, sure dia org dah agak sure siti or misha yg menang so show kru just for fun.. kalau kru nak buat betul2 ingat tak masa juara lagu *lagu mengerti* siap bawak api naik pentas. *pendapat akak je*
joe
April 11, 2005   02:43 PM PDT
 
Saya suka betul baca review Malique... banyak perkara yang diperkatakan dengan cara berhemah tapi jelas maksudnya. Bahasa yang digunakan pun mantap & matang. A job beautifully well done. Tentang Siti "merehatkan diri" daripada AJL tu, saya rasa ada hikmahnya juga. Sebetulnya, ini memberi peluang kepada artis lain & mencipta sedikit kelainan pada AJL. Mungkin Siti setuju untuk menyertai Hitz1 sebab nak membantu RTM menarik perhatian penonton. Di samping tu inilah cara Siti nak balas jasa RTM kot. Saya setuju AJL & ABP memang hilang seri sedikit sebab Siti takde.... harap-harap Siti akan sertai AJL semula setahun dua lagi..
wai em
April 11, 2005   02:10 PM PDT
 
cara RTM menganjurkan sesuatu 'rancangan berprestij' secara langsung masih banyak kelemahan sungguhpun dah berusia 59 tahun...

ada ke seat utk jemputan dah penuh...musti kes tercetak kad jemputan terlebih dari seat yg ada kat auditorium...dekat kad tak de tulis nombor seat..bila tanya pihak pengurusan depa kata tak tau..amender la...mmg sengal...

dapat bersalaman dengan cik siti smlm...sukerrr nyeee kita...hehehe

*still wait for ur part 2 konsert siti di RAH...biar la org nak kata pe pong
|

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments








Previous Entry
HOME
Next Entry

Search celebrity, news, money?


Web budiey.blogdrive.com

My Sponsors



My Readers





Notification

If you want to be updated on this weblog Enter your email here:






concept

More me:
  • Sensasi Selebriti
  • Photo Blog
  • Tips Lifestyle
  • Archieves
  • Money Blog

    Concept:
  • Entertainment Blog
  • Celebrities News
  • Gossips
  • Theater
  • Photo Events

    Version:
  • 2.0

    Official published:
  • 27 Jan 2004

    Best viewer:

    Internet Explorer
    1024 X 768



  • profile

    My stats
  • Malay
  • 179 cm
  • 75 kg
  • 1 Ogos 1976
  • Sentul Perdana
  • Kuala Lumpur
  • Penulis blog

    My Hobby
  • Watching TV
  • Reading
  • Surfing Internet
  • Writing
  • Travelling
  • Chatting
  • Teater
  • Music
  • Work out
  • Blogging
  • Hugging!

    My Colour
  • Maroon
  • Green
  • White

    My Gadget
  • HP Pavillion dv6000
  • Nokia Xpress Music
  • Camera Nikon D40
  • iPod 30GB

    My Hung Up
  • California Fitness
  • Pavilion
  • Coffee Bean
  • Dome
  • Secrets Recipes
  • Nandos

    My Place
  • Suria KLCC
  • Masjid Jamek
  • MidValley
  • Bukit Bintang
  • Istana Budaya
  • The Actors Studio
  • Rapid KL

    My Must See
  • Buletin Utama
  • American Idol
  • Extreem Makeover
  • Lost
  • Beat TV
  • Muzikdiria
  • CSI
  • Siri 24
  • Fear Factor
  • Survivor
  • The Apprentice
  • The Amazing Race
  • Oprah Winfrey
  • Trek Selebriti
  • Iklan!

    My Fav Radio
  • Hot.fm
  • Era.fm
  • Thr.fm
  • Hitz.fm
  • X-fresh

    My Fav Deejay
  • Farah Fauzana
  • Faizal Ismail
  • Nana

    My Hos
  • Fedtri Yahya
  • Nizal Mohammad
  • Karam Singh Walia

    My Fav Reporter
  • Farihad Shalla
  • Zubir
  • Zul Husni
  • Haswari

    My Lagenda
  • Dr. Usman Awang
  • P. Ramlee

    My Fav Film
  • Superman
  • Spiderman
  • Scream
  • Red Eye
  • The Shutter

    My Fav Singer
  • Sheila Majid
  • Jacklyn Victor
  • La Luna
  • Amr Diab
  • Nancy Ajram
  • Mike Indon Idol
  • Too Phat
  • Anuar Zain
  • Siti Nurhaliza
  • Dayang Nurfaizah
  • Rossa
  • Ning Baizura
  • Gareth Gates
  • Guy Sebastian
  • Linkin Park
  • Mawi AF3

    My Fav Actor
  • Afdlin Shauki
  • Saiful Apek
  • Ako Mustapha
  • Kiefer Sutherland
  • Tom Hank

    My Fav Actress
  • Maya Karin
  • Sofia Jane
  • Nasha Aziz
  • Cameron Diaz
  • Drew Barrymore



  • stats






    credits

    Blogdrive