[---~*Enter-tainment Blog*~---]
Firefox NEW Firefox 2.0 released!



Previous Entry
REFRESH THIS BLOG
Next Entry

Time to move on



My blog has been revamped into the fresher, snazzier 'Sensasi Selebriti'.

You are cordially invited to grace your presence at the new blog. Click here


www.budiey.com






Wednesday, March 23, 2005

    SALINA : RENTETAN HIDUP SEORANG WANITA


    INTRO: DALAM NASKAH HARAPAN MEREKAH
    Minat yang mendalam untuk melihat impak malam terakhir menurja saya untuk ke MTC sekali lagi. Sementelah lagi, saya menanam benih janji bersama Kak Lela yang bilangnya berminat untuk menjamu mata menatap gaya serta budaya orang Melayu di pasca kemerdekaan. Betul, orang minat sejarah seperti Kak Lela mesti melihat rentetan secebis kehidupan kerana manusia perlu belajar dari sejarah hidup orang lain. Semua itu pengajaran dan bekalan untuk mengharungi masa mendatang. Tetapi yang pelik, ada insan alpa untuk belajar dari kesilapan diri sendiri kerana asyik mencari kesilapan orang lain!

    Lain benar rasanya menonton pementasan SALINA pada malam ke-3. Penonton pun tidak seramai malam pertama. Bertambah lain, bila diajak oleh sultanmuzzafar untuk duduk di kerusi press bersama dengan rakannya yang lain. Duduk sebaris dengan bintang AF; Bob, Anding dan Kaer (saya rasa mereka pun kaki teater) yang turut menyerikan Auditorium TAR pada malam terakhir itu. Memerhati gerak lakon dari dekat membuat saya lebih peka dan mudah merasai getar rasa si pelakon selain senang mencari lohong-lohong 'kecacatan' yang perlu ditampung kesilapan di lain masa.

    Saya berpendapat teater ini wajar dibawa ke peringkat lebih tinggi, dijulang ke pentas yang lebih prestij dan mengikut status yang sama dengan naskah A Samad Said yang lain. Dengan kata lain, saya mengharapkan teater ini diusung sekurang-kurangnya ke Istana Budaya. Kita faham bukan senang untuk menyembah santun memujuk rukun kepercayaan orang kuat Istana Budaya. Mereka ada standard yang perlu digapai kerana bagi mereka standard mereka bukan main lagi mengagung-agungkan karya bangsa lain yang bersifat penjajah. Sedangkan negara masih menagih sokongan jitu orang kita yang penuh budaya.

    Tetapi sukar kerana teater SALINA tidak secebis merungkai isu budaya orang Melayu yang leka bermain dengan nafsu liar. Isu pokok krisis dilema dalam mengenal akar serta jati diri mungkin masih tenggelam dalam arus dilema. Adakah gambaran yang dipamerkan jelas menyindir orang kita akan terus lupa dengan jerat syaitan hingga menodai hidup dalam abad moden ini? Isu sosial semasa perlu dikupas secara halus tapi bernas dan masih mengekalkan estetika akar budaya orang Melayu kerana bagi saya budaya yang membudayakan bangsa bukan bangsa yang membangsakan bangsa!

    PERJALANAN JAUH SI PENCERITA
    Tirai dimulakan dengan intro bunyi siren keretapi yang membawa Helmi ke Kuala Lumpur. Sekelompok lembaga manusia yang terhenjut-henjut dan bergoyang-goyangan di dalam keretapi begitu menarik dilakonkan. Sudah tentu teknik imaginasi dalam diri pelakon diterap supaya betah menggerakkan badan. Sorotan lampu memfokuskan kepada Helmi yang menatap helaian warkah berkelip-kelip selang 3-4 saat mencipta sesuatu misteri pada persembahan ini. Misteri yang menginjak penonton pada rentetan satu kisah.

    Persembahan berdurasi 2 jam ini bermula dengan bicara monolog Salina dalam warkahnya kepada Helmi dan ianya tamat dengan isi penghabisan surat yang sama. Sudah tentu scene Helmi difokuskan dalam kocakan dan goyangan keretapi lama itu juga turut sama berulang. Intro yang sudah lama tidak dibuat orang atau saya sendiri yang lama tidak menonton teater?

    PROP DAN TATARIAS: HEBAT!
    Apa yang menarik dalam persembahan ini adalah prop dan tatarias pentas utama yang cukup klasik. Seolah memberi gambaran sebenar suasana penuh kehitaman di kampung Kambing yang menjadi tempat penginapan bagi Siti Salina, Abdul Fakar, Nahida, Narto dan beberapa orang pemuda yang 'sesat'. Rumah yang hanya dibuat dari papan terbuang dan beratapkan rumbia kelihatan seperti kandang kambing yang sebenar! Sinis kepada orangnya yang sentiasa tersenyum kambing.

    Penonton juga seolah-olah diajak bersama untuk menyedut udara berdebu dan merasai penghuninya yang berbising-bisingan. Menatap semua itu umpama menatap gelombang hidup mereka juga. Dengan perigi selubang itu dikongsikan dengan semua penduduk membuat saya tertanya bagaimana orang zaman dulu dapat hidup dalam keadaan tersebut. Tidak sebanyak masalah sosial zaman moden yang serba individualistik dan materialistik.

    Tidak dikira dengan scene keretapi, prop cuma beralih dari perkampungan setinggan kepada disco kabaret secara bergilir. Cukup dengan gambaran seperti disco lama yang ringkas dengan botol arak di meja menjadikan mereka tidak lama mengambil masa dari satu scene ke satu scene. Penari perempuan kabaret yang lengkap dengan aksi menggoda dan nakal itu memang cukup sifatnya. Ada yang tak lawa tapi cukup menggiurkan. Keriuhan di bar dibuat secara rawak tapi bertindan-tindan. Kadangkala menjejaskan tumpuan penonton kepada dialog pelakon utama.

    LAGU KLASIK NAN ASYIK
    Bukan setakat pentas, lagu-lagu klasik juga dinyanyikan oleh penari kabaret sememangnya mengimbau memori lama. Kalau orang yang pernah di hidup di era itu sudah tentu tersenyum sinis. Orang kata melodi lagu itu boleh membuat manusia mengingati kembali memori lama. Ia umpama kunci yang dapat membuka gerbang pintu segala cerita. Antara lagu yang kedengaran ialah Malam Hari di Singapura yang mencairkan nafsu dengan tarian ringkas tapi penuh hawa yang panas! Bisa mengetarkan jantung meresap ke tunjang kejantanan. Sehangat pertemuan pertama Siti Salina dengan Abdul Fakar di bar penuh kemaksiatan. Ada beberapa buah lagu yang diperdendangkan seperti lagu 'Sway', menjadikan persembahan separa teater muzikal pula. Sekaligus dapat menghilangkan kebosanan.

    Pemilihan pelakon dan tatarias serta solekan yang berjaya menukarkan wajah moden si pelakon berubah menjadi orang dulu-dulu. Rambut lelakinya disikat ke tepi. Fesyen baju kemeja berkotak dan dilipat serta seluar baggie yang kemas agak ringkas dan tidak keterlaluan sangat. Gaya begitu masih kekal hingga kini. Namun, gaya pakaian si pelakon perempuannya memang 'panas' walaupun diberi satu nafas gaya iaitu baju kebaya ketat dipinggang sehingga menampakkan punggung yang montok nan gebu. Meleleh jugak air liur?

    PELAKON UTAMA SEKADAR TEMPELAN?
    Abdul Fakar, watak lelaki paling keras, ganas dan berang dalam cerita ini merupakan lelaki belaan Siti Salina yang kematian kekasihnya. Watak Siti Salina pada mulanya sungguh naif dan tiada pendirian kukuh. Hanya melayan lelaki yang pandai memujuk rayu, menabur ghairah cinta yang tidak berharga sesen pun di mata orang lain. Tetapi tetap dipandang tinggi dari kaca mata Si Salina.

    Amat menyedihkan sekiranya ada watak sebegini dalam kehidupan kita pada hari ini. Wanita yang lemah spiritualitinya dan cepat menyerah jiwa dan raga kepada sang lelaki yang memperalatkannya untuk kepuasan dan kesenangan diri sendiri. Sedangkan tidak cukup dengan itu, Abdul Fakar bebas 'main' perempuan dan menganggu gadis sunti lain termasuk Nahidah di luar pengetahuan Salina. Perempuan semanis ayu seperti Salina rela menyediakan wang ringgit serta menyediakan segala kehendak si Fakar walaupun semua itu tidak dihargai oleh Fakar.

    Maka dari situ datang makhluk-makhluk tulus dan mulus mahu menjadi penyelamat yang dapat menyedarkan Salina dari terus lena dalam neraka Fakar. Timbulnya watak Helmi, pelajar bercita-cita tinggi yang sering berkepit dengan buku. Selalu memasang telinga serta menadah tangan berdoa agar suasana akan langsung berubah. Sifat mengenal dan belajar dari sejarah menjadikan watak Helmi sepatutnya lebih agresif dari aspek menjadi perantara antara Salina dengan dilema yang bergolak itu.

    Namun, dia peka dengan permasalahan yang melanda Salina. Lantaran itu, rasa empati untuk terlibat sama dalam pergolakan jiwa Salina meluap-luap di hati Helmi. Maka dibantah oleh ibunya yang sudah tua dan sering batuk-batuk. (Batuk yang dilakonkan itu tidak natural). Sebagai ibu, Helmi tidak layak untuk menyelesaikan masalah orang dan tidak harus mencampuri urusan orang lain. Inikan pula untuk menyelamatkan Salina dari kancah sarang 'neraka' si Fakar.

    Dalam diam, ibu Helmi telah menasihati Salina untuk membuang Fakar dari sarang hidupnya. Bukan Fakar yang harus membuang Salina kerana selama ini Salina lah yang menjadi dahan pergantungan hidup si Fakar. Kalau di zaman sekarang mungkin Salina dikatakan sedang mengidap penyakit jiwa. Bermula dengan kehilangan kekasihnya iaitu Usop yang mati di medan peperangan merubah persepsi Salina dalam mengejar cinta dan kasih sayang lelaki. Baginya, Usop adalah kekasih awal dan akhir dan dia yakin tidak akan bertemu dengan lelaki seperti Usop. Tiada siapa yang dapat menggantikan tempat Usop. Akan tetapi saya rasa aneh apabila Salina mengamalkan cara hidup sebegitu. Mungkin di dalam mindanya meresap rindu dendam kepada Usop dan dicurahkan secara 'begitu' kepada Abdul Fakar.

    Watak Zarina, ibu kepada Nahidah, seorang yang kejam dan berang. Selalu sahaja naik angin. Nahidah sering menjadi mangsa nafsu amarahnya. Di rumah yang sama ada watak yang saya rasa dibawa dengan begitu berkesan iaitu watak Narto, si pengayuh beca yang pekat dengan loghat jawanya. Wataknya penuh dengan rasa tanggungjawab dan kasih sayang. Terpancar jelas dari geraknya ingin menjaga dan membela hidup Nahidah.

    Namun, semua itu disalah tafsir oleh sesetengah orang termasuk Abdul Fakar. Hadirnya Narto dengan niat suci untuk membalas segala jasa baik ayah Nahidah yang memungutnya. Menyelamatkan hidupnya dari terus melarat. Sejarah hidup Narto disampaikan dengan cukup ringkas ketika dihalau oleh Zarina dengan lafaz dialog Narto yang amat memilukan. Tetapi berjaya dipujuk oleh Nahidah supaya kembali masuk ke rumah.

    Dulunya Narto hidup penuh onak derita ketika perang Jepun. Pernah makan tikus di jalanan kerana tiada punca makanan. Tidur di kaki lima dan menjeram air dalam tin buruk. Walaupun dibenci Zarina namun Narto masih di situ, mengenang budi baik ayah Nahida yang sudah meninggal. Itu saja cara Narto membalas budi.

    Dengan pujukan dua orang gadis geletah lagi 'lucu' si tauke kabaret, Zarina berjaya memaksa Nahida untuk bekerja di tempat haram tersebut. Maka, bermula pergolakan hati kecil Helmi yang masih menagih kasih si Nahida. Dalam diam, rupanya si Helmi menanam hasrat murni untuk memiliki Nahida.

    Tetapi sayang seribu kali sayang, bila nafsu beraja di jiwa manusia akan lenyap segala santun dan agama. Nahidah diperkosa oleh Fakar di perigi mandi. Saya suka dengan penataan cahaya ketika adegan pergelutan Nahidah yang mempertahankan kegadisannya. Gambaran dimana satu peristiwa hitam telah menitis titik noda dalam diri manusia mengekalkan sarang derita buat selamanya.

    Klimaks di mana Salina mengambil keputusan nekad menghalau Fakar keluar dari rumahnya agak keterlaluan dengan pergaduhan yang maha dahsyat. Pada malam ketiga, saya tidak dapat melihat aksi 'power' pukulan dan sepak teranjang si Fakar ketika membaham Salina kerana pada malam pertama lakonan Fakar amat menjadi dan lebih baik dari malam ketiga. Begitu juga dengan kesemua pelakon. Mungkin pada malam pertama, 'Fakar' melakonkan watak sebaik mungkin untuk dipersembahkan kepada VIP yang hadir termasuk Dato' A Samad Said sendiri. Atau mungkin mereka keletihan.

    Kesudahannya, mungkin ada yang mengetahui tetapi untuk mengetahui dengan lebih lanjut anda dinasihatkan untuk membaca novel tersebut. Saya pun sebenarnya belum membaca novel ini. Jadi sekiranya ada yang tersilap harap diperbetulkan oleh kalian yang sudi.

    WATAK PAK LAWAK?
    Sekiranya tiada watak lawak seperti tiga orang pemuda bujang yang sering melepak bermain judi dan Ramasamy; India yang mengaku rumah yang tidak berlesen dan tanah setinggan itu miliknya, mungkin teater ini agak membosankan. Begitu juga dengan watak spontan dari penampilan istimewa seorang budak, si Bulat yang tidaklah bulat sangat. Kanak-kanak yang sering bermain kereta kayu dan berlari-larian di laman itu banyak mencetuskan gelak tawa penonton. Secara selamba dan tidak berbaju pastinya bagi budak sebesar ini tidak takut dan segan disaksikan oleh ratusan penonton. Itupun kalau dilatih untuk 'bermain' di pentas teater. Apa-apa pun, tahniah kepada pengarah teater ini yang mengambil pelakon yang betul-betul berjaya membawa watak masing-masing.

    PENUTUP: BANGSAKAN NUSA DENGAN TEATER
    Seni pementasan teater berdasarkan karya klasik perlu diberi nafas dan dihidupkan lagi dan lagi pada masa mendatang. Pencinta seni lakon pastinya tidak rugi untuk mempertontonkan persembahan seperti ini. Saya fikir selain dunia layar perak, teater juga boleh dijadikan medium utama untuk mengajak manusia menjadi lebih berilmu dan berwawasan. Dengan karya dan naskah klasik yang bertambah lusuh dan lesu ditimpa zaman, pastinya akan bertambah lusuh sekiranya dipinggirkan dan dibiarkan lunyai. Ini adalah khazanah negara yang perlu dijadikan sumber ilmu dan teladan buat bayi-bayi yang bakal membesar kelak.

    Saya memandang jauh tentang hal ini kerana medium teater bukan setakat hanya hiburan; datang, tonton dan pulang. Lebih dari itu ianya menjadi sebahagian kesedaran buat nusa dan bangsa. Bagaimana cara bangsanya berfikir, menilai dan dinilai sama ada dari sejarah atau cita-citanya.

    Tambahkan nilai-nilai patriotisme dalam jiwa teater mungkin dapat menjadikan ianya mudah diterima ke peringkat lebih tinggi. Bukan sebagai lesen tetapi itu skema yang diperlukan. Bukan memperalatkan pentas sebagai alat propaganda yang menyimpang dengan niat sebenar. Semoga pentas teater negara bertambah gemilang.




kayu
March 28, 2005   02:11 PM PST
 
dah terlepaskan teater salina nih... harap dapat berpeluang tonton... hmmm... nway... dapat tengok teater zeni pun kira baik... tapi... salina... itu cerita yang lebih menarik... hmm... rugi...
tt
March 24, 2005   03:05 PM PST
 
apa-ape pun dah tak best cam dulu.
adinda
March 24, 2005   12:29 PM PST
 
tak apelah, janji berupdate blog malique ni.Nanti tak lah frust, bila bukak blog benda yang sama je.
tt
March 24, 2005   12:05 PM PST
 
kenapa blog malique dah tak best cam dulu-dulu.kalau dolu tak sabr nak bukak blog ni tapi skrg rasa malas sbb tak ada citer best.
|

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments








Previous Entry
HOME
Next Entry

Search celebrity, news, money?


Web budiey.blogdrive.com

My Sponsors



My Readers





Notification

If you want to be updated on this weblog Enter your email here:






concept

More me:
  • Sensasi Selebriti
  • Photo Blog
  • Tips Lifestyle
  • Archieves
  • Money Blog

    Concept:
  • Entertainment Blog
  • Celebrities News
  • Gossips
  • Theater
  • Photo Events

    Version:
  • 2.0

    Official published:
  • 27 Jan 2004

    Best viewer:

    Internet Explorer
    1024 X 768



  • profile

    My stats
  • Malay
  • 179 cm
  • 75 kg
  • 1 Ogos 1976
  • Sentul Perdana
  • Kuala Lumpur
  • Penulis blog

    My Hobby
  • Watching TV
  • Reading
  • Surfing Internet
  • Writing
  • Travelling
  • Chatting
  • Teater
  • Music
  • Work out
  • Blogging
  • Hugging!

    My Colour
  • Maroon
  • Green
  • White

    My Gadget
  • HP Pavillion dv6000
  • Nokia Xpress Music
  • Camera Nikon D40
  • iPod 30GB

    My Hung Up
  • California Fitness
  • Pavilion
  • Coffee Bean
  • Dome
  • Secrets Recipes
  • Nandos

    My Place
  • Suria KLCC
  • Masjid Jamek
  • MidValley
  • Bukit Bintang
  • Istana Budaya
  • The Actors Studio
  • Rapid KL

    My Must See
  • Buletin Utama
  • American Idol
  • Extreem Makeover
  • Lost
  • Beat TV
  • Muzikdiria
  • CSI
  • Siri 24
  • Fear Factor
  • Survivor
  • The Apprentice
  • The Amazing Race
  • Oprah Winfrey
  • Trek Selebriti
  • Iklan!

    My Fav Radio
  • Hot.fm
  • Era.fm
  • Thr.fm
  • Hitz.fm
  • X-fresh

    My Fav Deejay
  • Farah Fauzana
  • Faizal Ismail
  • Nana

    My Hos
  • Fedtri Yahya
  • Nizal Mohammad
  • Karam Singh Walia

    My Fav Reporter
  • Farihad Shalla
  • Zubir
  • Zul Husni
  • Haswari

    My Lagenda
  • Dr. Usman Awang
  • P. Ramlee

    My Fav Film
  • Superman
  • Spiderman
  • Scream
  • Red Eye
  • The Shutter

    My Fav Singer
  • Sheila Majid
  • Jacklyn Victor
  • La Luna
  • Amr Diab
  • Nancy Ajram
  • Mike Indon Idol
  • Too Phat
  • Anuar Zain
  • Siti Nurhaliza
  • Dayang Nurfaizah
  • Rossa
  • Ning Baizura
  • Gareth Gates
  • Guy Sebastian
  • Linkin Park
  • Mawi AF3

    My Fav Actor
  • Afdlin Shauki
  • Saiful Apek
  • Ako Mustapha
  • Kiefer Sutherland
  • Tom Hank

    My Fav Actress
  • Maya Karin
  • Sofia Jane
  • Nasha Aziz
  • Cameron Diaz
  • Drew Barrymore



  • stats






    credits

    Blogdrive