[---~*Enter-tainment Blog*~---]
Firefox NEW Firefox 2.0 released!



Previous Entry
REFRESH THIS BLOG
Next Entry

Time to move on



My blog has been revamped into the fresher, snazzier 'Sensasi Selebriti'.

You are cordially invited to grace your presence at the new blog. Click here


www.budiey.com






Saturday, March 12, 2005

    'SALINA' DI MALAM PERTAMA


    Semalam, saya terkilan kerana tidak dapat memenuhi undangan penerbit ekskutif TAS, Puan Faridah Merican dan saudara Isma yang begitu mengharapkan saya menonton sebuah teater 'mereka' di The Actors Studio Bangsar. Di sini, dengan rendah hati, saya ingin menghulur sepuluh jari jemari memohon maaf kepada mereka berdua kerana tidak dapat menjejakkan kaki ke sana kerana masalah pengangkutan dan halangan masa yang tidak dapat dielakkan.

    Maklumlah siapalah saya yang cuma insan yang terlalu kerdil ini pasrah tidak dapat menolak takdir. Rancangan untuk memujuk teman-teman yang mempunyai kenderaan tidak juga mendatangkan hasil. Mungkin, ramai yang tidak mengetahui saya ni jenis orang yang tidak terlalu bersosial dan ironinya saya tidak mempunyai ramai kawan yang terdiri dari kaki teater dan pangung. Lantaran, kawasan Bangsar dilihat menjadi terlalu jauh buat saya yang tidak mempunyai pengangkutan dan cuma mengharapkan pengangkutan awam untuk ke sana ke mari. Impaknya, zon Kuala Lumpur yang 'sempit' ini menjadi begitu luas dan jauh, sukar untuk digapai buat saya. Mungkin di lain masa, lain ketika, kita pasti akan bersua, bercerita dan bersembang-sembang tentang apa jua.

    Untuk tidak menghampakan diri saya yang terkilan kerana tidak dapat menyaksikan teater di TAS, saya mengubati kerinduan itu dengan menghadiri sebuah persembahan teater yang dihidangkan juga secara percuma di Auditorium Tunku Abdul Rahman, MTC, Jalan Ampang.

    Saya menjangkakan persembahan di malam pertama tidak akan mendapat sambutan luar biasa ditambah lagi dengan hari Jumaat di mana kebanyakan dari kita bekerja pada hari tersebut. Tetapi andaian saya silap sama sekali. Sesampai sahaja saya di ruang legar auditorium jam 8.15 malam, orang ramai sudah membanjiri pintu masuk. Kebanyakan mereka merupakan pelajar kursus seni persembahan di UiTM dan juga individu-individu yang gemar dengan teater kemasyarakatan seperti ini.

    SALINA, bagi saya adalah sebuah masterpiece terunggul buah tangan Sasterawan Negara Dato' A Samad Said yang banyak mengupas kemelut orang Melayu di zaman 60an. Kisah-kisah wanita yang dianggap kaum paling lemah pada waktu itu menjadikan mereka tidak mahu bangkit menentang kejahatan.

    Mereka ini digambarkan sebagai orang yang gagal untuk mengembalikan hak kehidupan mereka yang sepatutnya mereka kecapi setara dengan lelaki. Jiwa, hati dan perasaan wanita yang terlalu lembut dan mudah tunduk dengan pujukan manja seorang yang bergelar lelaki menjadikan mereka mudah diekploitasi. Diperalatkan dengan sewenang-wenangnya untuk kesenangan orang lain.





isma
March 12, 2005   04:17 PM PST
 
alahai...takper..mungkin next time eks...tapi show semalam sangat best
|

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments








Previous Entry
HOME
Next Entry

Search celebrity, news, money?


Web budiey.blogdrive.com

My Sponsors



My Readers





Notification

If you want to be updated on this weblog Enter your email here:






concept

More me:
  • Sensasi Selebriti
  • Photo Blog
  • Tips Lifestyle
  • Archieves
  • Money Blog

    Concept:
  • Entertainment Blog
  • Celebrities News
  • Gossips
  • Theater
  • Photo Events

    Version:
  • 2.0

    Official published:
  • 27 Jan 2004

    Best viewer:

    Internet Explorer
    1024 X 768



  • profile

    My stats
  • Malay
  • 179 cm
  • 75 kg
  • 1 Ogos 1976
  • Sentul Perdana
  • Kuala Lumpur
  • Penulis blog

    My Hobby
  • Watching TV
  • Reading
  • Surfing Internet
  • Writing
  • Travelling
  • Chatting
  • Teater
  • Music
  • Work out
  • Blogging
  • Hugging!

    My Colour
  • Maroon
  • Green
  • White

    My Gadget
  • HP Pavillion dv6000
  • Nokia Xpress Music
  • Camera Nikon D40
  • iPod 30GB

    My Hung Up
  • California Fitness
  • Pavilion
  • Coffee Bean
  • Dome
  • Secrets Recipes
  • Nandos

    My Place
  • Suria KLCC
  • Masjid Jamek
  • MidValley
  • Bukit Bintang
  • Istana Budaya
  • The Actors Studio
  • Rapid KL

    My Must See
  • Buletin Utama
  • American Idol
  • Extreem Makeover
  • Lost
  • Beat TV
  • Muzikdiria
  • CSI
  • Siri 24
  • Fear Factor
  • Survivor
  • The Apprentice
  • The Amazing Race
  • Oprah Winfrey
  • Trek Selebriti
  • Iklan!

    My Fav Radio
  • Hot.fm
  • Era.fm
  • Thr.fm
  • Hitz.fm
  • X-fresh

    My Fav Deejay
  • Farah Fauzana
  • Faizal Ismail
  • Nana

    My Hos
  • Fedtri Yahya
  • Nizal Mohammad
  • Karam Singh Walia

    My Fav Reporter
  • Farihad Shalla
  • Zubir
  • Zul Husni
  • Haswari

    My Lagenda
  • Dr. Usman Awang
  • P. Ramlee

    My Fav Film
  • Superman
  • Spiderman
  • Scream
  • Red Eye
  • The Shutter

    My Fav Singer
  • Sheila Majid
  • Jacklyn Victor
  • La Luna
  • Amr Diab
  • Nancy Ajram
  • Mike Indon Idol
  • Too Phat
  • Anuar Zain
  • Siti Nurhaliza
  • Dayang Nurfaizah
  • Rossa
  • Ning Baizura
  • Gareth Gates
  • Guy Sebastian
  • Linkin Park
  • Mawi AF3

    My Fav Actor
  • Afdlin Shauki
  • Saiful Apek
  • Ako Mustapha
  • Kiefer Sutherland
  • Tom Hank

    My Fav Actress
  • Maya Karin
  • Sofia Jane
  • Nasha Aziz
  • Cameron Diaz
  • Drew Barrymore



  • stats






    credits

    Blogdrive