[---~*Enter-tainment Blog*~---]
Firefox NEW Firefox 2.0 released!



Previous Entry
REFRESH THIS BLOG
Next Entry

Time to move on



My blog has been revamped into the fresher, snazzier 'Sensasi Selebriti'.

You are cordially invited to grace your presence at the new blog. Click here


www.budiey.com






Wednesday, April 28, 2004

    AIM2004: DICELAH HITAM DAN PUTIH


    AIM2004 menutupi tirai dengan gah sekali! Menyingkap malam bersejarah mekar dengan bebunga kenangan itu, bagaikan menyoroti sebuah karya agung yang penuh prestij, gemilang lagi terbilang. Namun dibalik tirai kejayaan itu, Malique menyingkap realiti hitam putih AIM...

    Setibanya saya di paras 5 PWTC, kelihatan deretan penonton sudah menunggu ketibaan artis dikapet merah. Kelibat pengurus artis juga tidak ketinggalan menarik perhatian. Terdapat juga gerai yang menjual cd AIM dan t-shirt AIM. Ada juga pihak yang sempat mempromosikan show MIsha di PH. Ambil kesempatan ke?

    Namun, sebelum apa-apa, saya terus bergegas ke dewan Merdeka tingkat 6 untuk mengambil tempat strategik mengadap pentas. Sesuai sekadar menjadi pemerhati reaksi audien, peminat dan artis.

    Menjadi tumpuan, peminat fanatik Ning yang siap datang dengan kain rentang - "We Love U, Ning". Mereka tidak henti-henti bersorak dan menjerit tatkala wajah Ning terpampang di skrin. Ia menjadi lebih kuat gemuruhnya apabila nama bintang itu disebut oleh pengacara. Tidak sia-sia nampaknya penubuhan kelab peminat NingClix. Beruntung Ning mendapat sokongan paling gemuruh malam itu.

    Semua itu tidak dapat melawan betapa bergemanya audien malam itu dengan lawak jenaka dari Bintang Paling Popular 2003, Saiful Apek (Mangkuk Tingkat)! (Terasa amat rugi kepada yang menonton dikaca TV kerana mereka tidak menyaksikan selingan ini) Beliau ditemani oleh Kuman (Mangkuk Tandas) dan ditokok lagi dengan jenaka Yasin (Mangkuk Ayun). Walaupun slapstik namun cukup menjadi. Contohnya, lawak Yassin: "Kita ada tiga talian: 1. Tali bot 2. Kita ada tali rafia dan ke 3 ada Taliban... ya alah!!". Lepas tu siap nyanyi- "Kalau anda rasa gembira tepuk tangan" di back-up audien yg sporting. Syok gak!

    Usaha daripada penerbit untuk mempergunakan elemen lawak dalam menyampaikan rules & regulations for audience patut dipuji. Umpama ulam pembuka selera, hidangan AIM menjadikan bertambah seronok dicicah, ceria dan tidak menjemukan seperti ABP yang ntah apa-apa!

    PENTAS, TATA CAHAYA DAN PROP
    Sekilas pandang, keseluruhan set rekaan Nur Batrisyia mengingatkan Malique kepada set Konsert Reunion Akademi Fantasia di taman KLCC tahun lalu. Yang membezakan cuma lampu bulat sebesar cd yang tertampal tersusun didalam petak empat segi. Ia juga diserikan dengan sebuah tugu mikrofon antik besar tersergam megah ditengah pentas sebgai prop. Tugu ini kekadang boleh berputar perlahan. Terlalu banyak petak empat segi sfera membuatkan tema malam kemuncak segala-galanya tidak sampai maksudnya. Lambang tema tiada dalam penterjemahan pentas yang sederhana ini.

    Pada asasnya, pentas berwarna putih dan biru muda diumpamakan terminal landasan artis menjelmakan karisma mereka, imej mereka dan personaliti mereka. Oleh itu, penekanan kepada konsep harus diutamakan. Tahapnya masih ditakuk lama slapstik! Untuk membandingkan dengan set Oscar atau Grammy jauh panggan dari api. Kita mengharapkan usaha baru dan segar dalam pembikinan pentas di masa akan datang.

    Penata soroton cahaya pelbagai sudut bertukar ganti warnanya mengikut penataan cahaya yang dikendalikan oleh Steve Ho, seorang penata cahaya berpengalaman. Menghiasi di kanan dan kiri ialah dua podium pastinya untuk pengacara dan satu untuk penyampai. Dilengkapkan pula dengan empat tangga untuk artis ke pentas termasuk untuk laluan evergreen yang berkerusi roda. Sungguh terperinci dan mesra pengguna. Untuk memudahkan lagi audien menonton artis kesayangan mereka, dua skrin sederhana besar disediakan.
    Score Pentas:3/5

    PRE-AWARD
    Sebelum siaran langsung, pre award diadakan secara ringkas jam 8 malam oleh Jennifer L. Thompson selaku penerbit AIM dan disampaikan oleh Aziz Bakar.

    KULIT ALBUM TERBAIK
    Lari dari sasaran, Pete Teo meragut segala kehebatan seni pada album EMAS-Siti Nurhaliza. Walau namanya terpinggir, namun Pete Teo sudah memasuki gelombang selesa dengan keunikan pada album Inggerisnya.
    Ramalan Malique:Tersasar

    RAKAMAN ALBUM TERBAIK
    Sorokan bergemuruh tatkala nama Reshmonu terbit dari Aziz Bakar. Sudah menjadi kebiasaan album Inggeris akan mendapat tempat dihati juri. Untuk rakaman cemerlang, Reshmonu memang layak.
    Ramalan Malique:Tersasar

    SUSUNAN MUZIK DALAM LAGU
    Untuk malam itu, inilah award pertama buat Siti Nurhaliza diraikan malam itu dengan sorak penonton. Terima kasih Aubrey Suwito untuk penghasilan hebat. Sempat lagi beliau mengucapkan terima kasih buat isterinya yang sedang menginap di Hotel Legend.
    Ramalan Malique:Betul + Tepat

    INTRO
    Kali ini genre rock terpilih sebagai pembukaan majlis AIM2004. Persembahan 'Pawana' oleh Amy Search memang hebat sehebat jubah bercorak kulit harimau, bertopi serta berbaju putih dan dipadankan dengan seluar merah. Namun, genre rock sebegini tidak sesuai untuk intro. Kiranya diberi pilihan, saya sukakan lagu Isabella kerana ia 'ngetop' tatkala layar rock melebarkan sayapnya seketika dulu.

    KLIP SELINGAN
    Lakonan Ning Baizura, Reshmonu, Afdlin, Harith Iskandar serta Bob Lokman sekadar memeriahkan demam American Idols. Plot ujibakat versi melayu diciplak mentah-mentah dengan skrip si mulut laser Simon (Harith Iskandar)"U cant sing" tatkala menemuramah Willam Hung (Harith) dulu tidak kelakar langsung. Malah saya cukup geram bengang melihat aksi kebudak-budakan Harith Iskandar sebagai Wlliam Hung. Argggg!!!
    Ketika audition, 'Who will Win', Ning menyanyikan lagu Siti -'Percayalah'. Afdln pula memakai afro ala Guy Sebastian menyanyikan lagu "Angel Brought Me Here". Selepas giliran Bob dan Harith dengan me'rap'kan lagu 'She Bangs' dengan meniru gaya William Hung, mereka berdua muncul di atas pentas dengan kostum yang sama...

    PERSEMBAHAN BERKUMPULAN DALAM ALBUM
    Penyampai: Waheeda (berjubah pastel)+ Yassin (tetap dengan pakaian putih) Kemenangan Too Phat:360 sudah dijangka awal-awal kerana gandingan mantap ditambah dengan mutu muzik hip hop yang cemerlang.
    Ramalan Malique:Tersasar

    PERSEMBAHAN ELLA
    Medley Sembilu-Gemilang-Simbiosis sekadar biasa. Ella yang tampil dengan seluar sendat putih diriaskan dengan baju polos hijau muda itu ditandu oleh 2 pengiring memulakan persembahan dengan Ulik Mayang. Iringan 4 penari tidak memberi kesan mendalam. Suara tersekat dan ada tikanya dia lupa lirik?!

    ALBUM POP ROCK TERBAIK
    Penyampai: Achik + Nana (Bukan Nana AF) Seperti yang telahan Malique, Seperti Dulu-Exists mengungguli segala kerana alunan lagunya dipuja di radio-radio. Keterlibatan yang teguh lagi kebal sejak dulu bisa digugat sebagaimana lagunya-"Mahu bikin benda seni, bukan boleh bikin dengan suka hati". Ujang, drummer Exists merupakan pemuzik pada malam AIM. Namun yang mengecewakan cuma seorang anggota keatas pentas. Katanya, Ezad dan Along tidak sihat? Betul ke? Betul...
    Ramalan Malique: Betul + tepat

    KOMERSIAL BREAK
    Tatkala berduyun yang pergi ketandas, saya rela menahan'nya' kerana persembahan lawak Saiful Apek dan kuncunya berman teka-teki. Contoh: S.A : Dalam banyak nenek, nenek mana yang kuat melompat? (Setelah tidak berjaya diteka dengan tepat oleh Kuman dan Yassin...jawapannya ialah Nenek Katak! Kuang-kuang kuang..

    PERSEMBAHAN U N I C
    Tampil dengan suit berwarna-warni oleh empat penyanyi nasyid ini sekadar pelengkap bagi senarai AIM kerana pemilihan lagu 'Remaja' yang tidak popular. Cuma rentak tari sederhana mengikut tempo 60-an diolah agar tidak memboringkan. Teringat Bob Lokman sindir: "Nak unik lagi, letak The Beattles kat tengah-tengah."

    ALBUM NASYID TERBAIK
    Penyampai:Fazley dan Linda Onn (melakonkan kembali Gila-Gla Bola) Pemenang: Gema Alam-Raihan seolah memberi ruang yang luas untuk kumpulan yang bakal ke luar negara ini berkarya seterusnya menghasilkan yang terbaik.
    Ramalan Malique:Tersasar

    PERSEMBAHAN VOKAL TERBAIK DIDALAM ALBUM (LELAKI)
    Sebelum itu, Fazley dicabar memakan telur mentah oleh Linda dimana mengikut Fazley itulah petua ibunya untuk menguatkan anak tekak? Namun selepas itu, Bob Lokman membuat pembetulan, bukan makan telur ayam kuning untuk menguatkan anak tekak, tapi telan ayam kuning. Penonton ada yang ketawa...?
    Pemenang: Reshmonu. Vokal memukau Resh dalam Monumental pastinya memikat panel berbanding Ferhad, Mus dan Radhi. Tidak hairan beliau membolot pencalonan terbanyak dengan 7 pencalonan dengan kecemerlangan Monumental.
    Ramalan Malique: Betul + tepat

    ARTIS BARU TERBAIK
    Calon-calon masing-masing diberi ruang untuk menunjukkan taring persembahan . Namun Alam sekadar 'bolehlaa...(boleh blah?)'. Afdlin terpacak dengan suit kostum angkasawan yang dipakai untuk kulit album membawa lagu 'Mia Sara' menarik sedikit. Naufara diiringi penari yang berpakaian serba hitam juga tidak kurang tetapi ada sesuatu yang tidak kena. Begitu juga anak didik KRU, Ezlynn yang melangkah hebat menyanyikan lagu 'Cinta Dusta'. Barongan yang 'garang' dengan lagu metalnya cuma sekadar o.k. Namun tata cahaya yang meriah kelihatan digunakan sepenuhnya dek kerancakan lagu Barongan yang heavy-fast. Penyampai: Bandi Amuk dan Ziana Zain (Bercakap pasal topeng)
    Pemenang: Sudah tentu Ezlynn kerana populariti beberapa buah lagunya dalam Ehmm seperti Hi Hi Bye Bye, Sengsara dan Cinta Dusta. Mengimbas kembali kejayaan lagu 'Hi Hi Bye Bye' yang paling lama dicarta teratas PilihanMu di Era yang membawa anugerah untuk Ezlynn .... membuat bakal pengganti Ella ini juga gah serata Singapura dan Indonesia.
    Ramalan Malique: Betul + tepat

    KOMERSIAL BREAK
    Lawak Apek dan Kuman pasal Rockers. Memang kelakar habis.

    ANUGERAH KEMBARA
    Sekali lagi anugerah Kembara milik penyanyi kesayangan ramai Siti Nurhaliza. Pertama kali di AIM2000 ketika Siti dilihat berjaya membelah lautan Selat Melaka dan menakluki Indonesia dan Singapura. Ditambah dengan kejayaannya merangkul Piala Emas di Festival Muzik Shanghai 1999 dan Pertandingan Nyanyian Antarabangsa Pasifik Selatan 1999. Namun kali ini, kejayaan Siti membawa gelaran Juara Grand Prix di VOICE OF ASIA 2002 Kazakhstan, menjadi tumpuan AIM. Betapa harumnya nama Malaysia, betapa kuatnya nama Malaysia begitulah kuatnya nama Siti Nurhaliza sebagai harta ikon tanahaair. Namun, liku-liku perjalanan seorang diva yang mempersonakan ini tidak dapat kita sangkal walau apa kata mereka yang cemburu melihatnya.

    Saya suka memetik sedikit ucapan Siti:
    "Assalamualaikum dan salam sejahtera... Syukur kepada Allah Subhanahuwataala kerana memberi bakat yang dipinjam seketika sementara masih hidup dan dapat berbakti kepada masyarakat kepada industri tanah air. Dan saya disini, sebenarnya adalah mewakili insan seni yang masih mentah untuk umur dibandingkan dengan mereka yang sudah lama bertapak dalam bidang seni.Saya kira inilah yang mampu saya lakukan dan alhamdulillah, sepanjang perjalanan karier saya..hampir..10 tahun..saya mengutip berbagai pengalaman, manis, pahit dan segalanya merupakan kekuatan bagi saya dan apa yang saya lakukan adalah (menahan sebak) untuk industri seni tanahair.

    Terima kasih kepada Akademi kerana memberi kepercayaan untuk saya menerima anugerah ini untuk kali kedua dan sebenarnya artis lama yang sudah lama bergiat dalam bidang seni lebih daripada saya merupakan motivasi untuk diri saya. Dalam mana saya membuat persembahan saya bukan membawa nama insan seni tapi muzik saya adalah muzik dari Malaysia.dan tanggungjawab saya juga besar saya kira.

    Saya berterima kasih kepada semua yg selama ini memberi sokongan. Kepada kedua ibubapa saya, keluarga saya, syarikat rakaman saya Suria Records, syarikat saya sendiri Siti Nurhaliza Productions, kepada produser yang selama ini membantu karier saya, kepada rakan wartawan yang selama ini memberi yang terbaik, memperkenalkan saya dalam bidang seni, semua yang mungkin saya tak boleh sebut di sini..ye..terutama sekali yang saya sayangi, saya kasihi, mereka adalah penyelamat untuk saya..peminat saya sendiri..kita hadapi segala suka duka bersama dan terima kasih. Assalamualaikum"

    Mendengar ucapan dari bibir anak kelahiran Kuala Lipis ini, saya terkesima dan terkedu seketika. Seolah tidak mempercayai luahan itu dari hati seorang artis yang dulunya dikritik hebat kerana tiada komunikasi yang baik. Kini, Siti lebih matang dalam puncak perjalanan Prasasti Seninya dengan bijak menyusun kata sehingga ada yang sayu mendengar Siti berucap. Tapi Malique suka dengan riak wajah Siti tatkala menahan airmata jatuh, cukup cute dan miut masa itu.

    PERSEMBAHAN RESHMONU
    Mantap-bertenaga-hebat. Tiga perkataan itu sudah cukup membayangkan karisma Resh diatas pentas. Suara 'Craig David Malaysia' ini power, vokal ngetop!! Lagu 'Walk Away' digubah kepada versi berbeda dengan diiringi pemuzik percussion tambahan selain Hassan Steve Thornton. Lebih menakjubkan gandingan jitu suara latar VE yang tidak menghampakan.

    ARTIS BARU INGGERIS TERBAIK
    Penyampai: Erra Fazira + Elaine Daly (Kedua-duanya ratu) Tidak hairan Resh boleh menang untuk anugerah ini kerana belau sememangnya segar sesegar muziknya. Nampaknya, tidak sia-sia Resh menukar kerjaya Deejay kepada penyanyi kerana impak cukup besar dalam revolusi muzik.
    Ramalan Malique: Betul + tepat

    VIDEO MUZIK TERBAIK
    Sangkaan Cinta Kupergi-Resh akan menang meleset. Ternyata muzik video Pete Teo ini mantap setelah saya menontonnya. Video ciptaan Jordan Suleiman, Ho Yu Yang, Mussadique Suleiman menggunakan teknik fotografi, 3D Animation dan max medium yang menyeragamkan pembalikan cahaya (shadowing). Lebih menarik penciptaanya dengan layer-layer sebagai tempelan menarik. Mengikut Ho Yu Yang, selama 3 hari, mereka mengambil foto objek antik dan lama di sekitar Kuala Lumpur. Patutlah banyak objek antik di dalam video ini seperti jam, kincir angin, keretapi, belon udara, bunga ros dan terowong. Imej hujan dan ungkapan I Love Your Rain juga dimasukkan untuk menguatkan tema lagu (kerana perkataan rain ada dalam lagu ini)
    Ramalan Malique: Tersasar

    PERSEMBAHAN NASH, MUS DAN WINGS
    Wow...! perkataan pertama terpacul dari mulut saya tatkala persembahan ini dimulakan dengan muzik orkestra-rock. Kombinasi tiga kumpulan rock klasik (Lefthanded, May dan Wings) menarik walaupun pada saya sepatutnya Amy Search digabungkan sekali. Dimulakan dengan Halaman Rindu oleh Nash diikuti 'Dilema Cinta' oleh Mus dan Awie dengan 'Sejati'. Suara Awie sudah pecah sana sini. Tidak menyengat seperti dulu berbandng suara Mus yang nyaring. Standing Ovation diberikan persembahan ini seiring dengan bahang momentumnya meningkat naik.

    ALBUM HARD ROCK TERBAIK
    Penyampai: Ali Bakar + Herman Tino Semacam ada aura pada persembahan Mus tadi, May telah meragut trofi rebutan. Setelah 17 tahun berkecimpung, kini barulah mereka merasa beratnya trofi itu. Kesian... Ali Bakar ada menyarankan supaya irama Pop Yeh Yeh dan Melayu Deli ditekankan pada AIM tahun hadapan.
    Ramalan Malique: Tersasar

    ALBUM POP ETNIK TERBAIK
    Sekarang dah Jadi-Tan Sri S.M Salim. Mmmm.. memang dah jadi pun. Usaha formula berduet dengan penyanyi terkenal memang menjadi.
    Ramalan Malique: Betul + tepat

    PERSEMBAHAN THE BLUES GANG
    Mengecewakan persembahan ini kerana olahan yang terlampau dibuat oleh Ito. Saya tidak menggemari lagu Apo Nak Dikato diolah sebegitu rupa. Ini kerana lagu asalnya sudah sebati dalam jiwa. Walaupun gitar solo Joe Wings cuba menyelamatkan keadaan namun tidak berjaya memikat saya.Maka momentum AIM menjunam turun...memboringkan.

    ANUGERAH WIRAMA
    Pemenang: Dato' A. Rahman Hassan

    PERSEMBAHAN ANUAR ZAIN DAN RUTH SAHANAYA
    Anuar gemar sangat berpakaian serba putih dan kini masih berambut panjang walaupun beberapa kali dikritik oleh peminat.
    'Kaulah Segalanya' ditangan Anuar Zain cukup menghapuskan rasa bosan saya. Namun, silap kerana Anuar tidak berduet untuk lagu seterusnya bersama Ruth dengan lagu 'Maafkan pemergianku dan Keliru. Sayang sekali.

    ALBUM INDONESIA TERBAIK
    Penyampai: Hetty Sarlene + Zed Zaidi (pasangan drama bersiri 'Sembilu'. Lawak mereka tak menjadi.) Tahniah untuk Gigi kerana 'Salam Kedelapan' menjadi pilihan juri tahun ini. Seingat saya, pernah sekali menonton konsert mereka di Dewan Wawasan, Menara PGRM sedikit masa dulu. Memang kumpulan ini havoc habis!!!
    Ramalan Malique: Tersasar

    ALBUM INGGERIS TEMPATAN TERBAIK
    Peminat Too Phat bersorak ceria malam itu kerana kemenangan ini. Tuah berpihak keada Too Phat mungkin layar impian kumpulan rap tersohor ini telah dikibar di seluruh dunia menerusi lagu duetnya bersama Warner G.
    Ramalan Malique: Betul & tepat

    PERSEMBAHAN LIZA HANIM, SARAH, SITI NURHALIZA, NING BAIZURA DAN MISHA OMAR
    Saya cukup ngeri dengan persembahan yang diumpamakan gelanggang pertandingan lagaknya. Siapakah yang paling hebat vokalnya? Siapakah yang kureng? Dalam kerisauan melihat Siti membawa corus lagu 'My All' versi Melayu ini, saya dikejutkan dengan kegemersikan suara Ning yang tidak tahu untuk saya ungkaikan. Siti Nurhaliza berhati-hati memasang vokal kerana sedikit silap sahaja pastinya menjahanamkan reputasi Siti. Lagu 'Segalanya'hasil tulisan Lukman S ini cukup hebat dan sesuai untuk pertarungan sebegini.

    Ku mentafsirkan
    kelemahan dan kesilapan
    adakah tertanya
    dariku mungkin sebaliknya
    ataukah waktu merubahkanmu
    hingga terkeliru

    Korus
    Siti:Kuberikan emas intan dan permata
    Ning: bukan kaca
    kilau tiada berharga
    Ning-Misha: tetapi sayangnya
    kau terpukau lupa segalanya
    yang pernah kita ciptakan
    semua (sebuah) ini...

    Liza Hanim: Tiada bertepi
    atau terlintas di penjuru hati
    untuk kau kembali
    menyambung mimpi kian punah
    sungguhpun payah
    biarpun terubat segala-galanya

    Apa-apa pun, saya kesian dengan suara Sarah yang tenggelam timbul. Diberikan part intro pun bukan senang. Tapi kalau ada Ziana Zain lagi kira gempak dan meletop pentas ini. Malique meletakkan persembahan daripada 'seorang ibu dan empat anak ibu' ini sebagai-Persembahan Berani Mati!!!

    PERSEMBAHAN VOKAL TERBAIK DALAM ALBUM (WANITA)
    Penyampai: Nora (Mama Pop)+ Ramli Sarip (Papa Rock)
    Kemenangan Siti Nurhaliza tidak saya jangkakan sebegini besar rupanya. Itulah tuah dan nasib Siti Nurhaliza. Ramai yang menyangkal vokal Siti tidak dikerah sepenuhnya untuk album EMAS? Itu hak mereka untuk bersuara.
    Saya suka memetik kata-kata Siti tatkala menerima trofi ini:
    "Alhamdulillah. Syukur kepada Allah s.w.t. Terima kasih kepada komposer, penerbit yang menjaga vocal Siti di sewaktu rakaman album E.M.A.S. Siti kira kalau tanpa didikan dari mereka jugak mungkin Siti tak dapat pegang award ini. Dan juga kita berikan tepukan yg sama kepada mereka yang tercalon dalam kategori ini.
    Terima kasih kepada Akademi. Terima kasih kepada juri professional yg..aa..masih mempercayai kebolehan Siti. Terima kasih anda semua peminat Siti (sambil tersenyum manja) yang tersayang. Terima kasih. Assalamualaikum." (Kerlingan dgn senyuman yg maannja sekali. Heheh..comel sungguh).

    Ramalan Malique: Betul + tepat

    ALBUM POP TERBAIK
    Kilauan EMAS-Siti Nurhaliza mempertaruhkan lagu-lagu terbaik dengan susunan muzik yang bersengat telah berjaya membunuh segala album Pop yang lain. Tidak bermakna yang lain tidak bersengat. Ada sengat tapi mungkin tiada bisanya. Amat beruntung peminat Siti kerana sudah memiliki yang terbaik dari yang terbaik. Anda memilih jalan yang betul.
    Ramalan Malique: Betul + tepat

    ALBUM TERBAIK
    Penyampai:Tiara Jacquelina+Tony Fernandez (AirAsia)+Amy Mastura. Satu gandingan menarik. Amy Mastura pandai berseloroh spontan tatkala kena bergilir mikrofon dengan Tony. Gempak gempita dewan Merdeka dengan sorakan peminat Siti Nurhaliza apabila nama gadis bedagu lekuk itu disebut sebagai pemenang. Bertambah lagi koleksi trofi Siti. Sudah tentu bakal menubuhkan Galeri Siti Nurhaliza sebagaimana bekas PM menubuhkan Galeri Perdana!
    Namun ketika berucap Siti secara ikhlas sempat menghulurkan sedakah Al-Fatihah buat artis lama yang telah pergi:
    "Alhamdulillah sekali lagi syukur..erm..apa yang dapat saya katakan adalah perjuangan saya perlu diteruskan. Kalau tanpa perjuangan artis yang sebelum ini, tak mungkin saya berada di sini. Dan sempena memperingati perjuangan, sama-sama kita insafkan diri kita dan sama2-sama kita kenangkan semula biduanita Allahyarhamah Saloma, dimana hari ini merupakan hari kema..errm..kematian beliau. Al-Fatihah."
    Saya ada mendengar penonton yang berada disebelah saya berbisik: " Tak sesuai dengan masa langsung Siti buat macam tu". Saya cuma diam.

    LAGU TERBAIK
    Kan betul ramalan saya? Memang virus kronik AIM nampaknya, lagu bertemakan cinta atau dengan kata lainnya mempunyai perkataan CINTA pada tajuknya biasanya diminati oleh juri. Semua ini terbukti semasa AIM 2002-'Seandainya Masih Ada Cinta' diikuti 'Keabadian Cinta' pada AIM 2003. Terdahulu 'Menyemai Cinta Bersamamu' mengungguli kategori ini pada tahun 2001. Maka firasat saya menjadi kenyataan walaupun saya menafikannya!!!
    Ramalan Malique: Betul + tepat

    PERSEMBAHAN PENUTUP (M.NASIR DAN SPIDER)
    Hampeh dan hampas. Genre lagu rock "Mentera Semerah Padi" digumpal dengan sedikit irama etnik membungkamkan rasa tidak senang. Mengapa terlalu banyak lagu rock diketengahkan? Walaupun saya meminati M. Nasir (yang kini berambut pendek kemas) namun lagu ini memang tidak melambangkan Kemuncak Segala-galanya. Nada semangat Melayu yang diceritakan dalam lagu ini bukan isunya namun kreatviti seni lagu tiada dalam kamus AIM2004. Pemilihan yang mungkin berdasarkan pakai lepas tangan atau sambil lewa.

    LIMA PERKARA MENARIK PASAL PENGACARA AIM2004
    1. Kebanyakkan penyampainya ada hubung kait dalam karier seni. Contoh: Waheeda + Yassin, Achik + Nana dan Fazley + Linda Onn.
    2. Bob Lokman dan Harith banyak mengulang nama penaja-penaja AIM.
    3. Pengacara bagaikan tahu esoknya wartawan akan menulis tentang hasil kerja mereka.
    4. Lawak bersahaja kali ini lebih berhati-hati. Boleh diterima walau menggunakan objek yang tidak sepatutnya seperti perkataan 'Apa kejadah' merujuk kepada Edisi Siasat.
    5. Sebenarnya mereka tersangat nervous dan darah gemuruh walaupun dah bertahun-tahun jadi pengacara.

    MOMENTUM PENUTUP
    Saya tidak nafikan bahawa momentum adalah aspek paling penting dalam sesuatu persembahan. AIM 2004 tidak lari daripada aspek ini pada eksplorasi saya. Momentum AIM2004 kali ini sekadar di kelas kedua. Statik selari dan mendatar dengan tanpa banyak kejutan. Namun, itulah hakikatnya tang harus ditelan. Berbanding musim lalu, kejutan cuma sekelumit membuatkan majlis hilang arah momentumnya.
    Keseluruhan AIM 2004 cukup membanggakan penganjurannya walaupun terdapat sedikit kecatatan namun itulah lumrah. Semoga tahun mendatang hadir bersama kemajuan revolusi seni tanahair yang lebih meriah dengan penghasilan album yang bermutu lagi jitu.




hensom
June 8, 2009   01:10 PM PDT
 
sebenarnya aku nak cari lirik lagu tapi tak jumpa lagu dia macam ni :bila di sekolah dulu aku suka buat cikgu berbulu keran aaku degil sangat itulah cerita yang ku ingat
Siti nURHALIZA
March 3, 2005   09:20 PM PST
 
AKU BENCI LAMAN WEB NI
wss79
May 7, 2004   01:44 PM PDT
 
---------------------------------------
Saya ada mendengar penonton yang berada disebelah saya berbisik: " Tak sesuai dengan masa langsung Siti buat macam tu". Saya cuma diam.
----------------------------------------

tau tak, saya lebih kecewa bila ajai boleh tepuk tangan bila ppl stop utk baca al-fatihah. gila apa dia tu...
fadhullah
May 4, 2004   03:45 PM PDT
 
lagu yang ezlynn nyanyikan buka lagu cinta dusta tapi lagu Bersamamu.
fadhullah
April 29, 2004   08:51 AM PDT
 
puas cari lirik lagu segalanya......
ct nyanyi bestalh tapi momentum lagu tu tak besar sangat coz terlalu banyak penyanyi.... lebih baik ct, ning dan liza sahaja yang nyanyi lagu tu... betul tak? aim kali ni tak best sangatlah kalau nak dibandingkan dengan anugerah juara lagu tahun lepas
malique
April 29, 2004   06:49 AM PDT
 
Thanx a lot, Lela....OIC... macam tu ke? Sebenarnya ada part ucapan yang lebih power lagi. Malique lupa nak tulis sebab masa tu terkesima dan kaget bercampur terkejut dengan luahan hati ct...kalau ada sesapa yg tahu boleh berkongsi dengan malique...ok?
lela
April 28, 2004   11:44 PM PDT
 
cayalah....kita memang dok cari transkrip ct masa menang anugerah kembara sebab hubby kita kata ct berucap best sangat ...dah nampak professional..
|

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments








Previous Entry
HOME
Next Entry

Search celebrity, news, money?


Web budiey.blogdrive.com

My Sponsors



My Readers





Notification

If you want to be updated on this weblog Enter your email here:






concept

More me:
  • Sensasi Selebriti
  • Photo Blog
  • Tips Lifestyle
  • Archieves
  • Money Blog

    Concept:
  • Entertainment Blog
  • Celebrities News
  • Gossips
  • Theater
  • Photo Events

    Version:
  • 2.0

    Official published:
  • 27 Jan 2004

    Best viewer:

    Internet Explorer
    1024 X 768



  • profile

    My stats
  • Malay
  • 179 cm
  • 75 kg
  • 1 Ogos 1976
  • Sentul Perdana
  • Kuala Lumpur
  • Penulis blog

    My Hobby
  • Watching TV
  • Reading
  • Surfing Internet
  • Writing
  • Travelling
  • Chatting
  • Teater
  • Music
  • Work out
  • Blogging
  • Hugging!

    My Colour
  • Maroon
  • Green
  • White

    My Gadget
  • HP Pavillion dv6000
  • Nokia Xpress Music
  • Camera Nikon D40
  • iPod 30GB

    My Hung Up
  • California Fitness
  • Pavilion
  • Coffee Bean
  • Dome
  • Secrets Recipes
  • Nandos

    My Place
  • Suria KLCC
  • Masjid Jamek
  • MidValley
  • Bukit Bintang
  • Istana Budaya
  • The Actors Studio
  • Rapid KL

    My Must See
  • Buletin Utama
  • American Idol
  • Extreem Makeover
  • Lost
  • Beat TV
  • Muzikdiria
  • CSI
  • Siri 24
  • Fear Factor
  • Survivor
  • The Apprentice
  • The Amazing Race
  • Oprah Winfrey
  • Trek Selebriti
  • Iklan!

    My Fav Radio
  • Hot.fm
  • Era.fm
  • Thr.fm
  • Hitz.fm
  • X-fresh

    My Fav Deejay
  • Farah Fauzana
  • Faizal Ismail
  • Nana

    My Hos
  • Fedtri Yahya
  • Nizal Mohammad
  • Karam Singh Walia

    My Fav Reporter
  • Farihad Shalla
  • Zubir
  • Zul Husni
  • Haswari

    My Lagenda
  • Dr. Usman Awang
  • P. Ramlee

    My Fav Film
  • Superman
  • Spiderman
  • Scream
  • Red Eye
  • The Shutter

    My Fav Singer
  • Sheila Majid
  • Jacklyn Victor
  • La Luna
  • Amr Diab
  • Nancy Ajram
  • Mike Indon Idol
  • Too Phat
  • Anuar Zain
  • Siti Nurhaliza
  • Dayang Nurfaizah
  • Rossa
  • Ning Baizura
  • Gareth Gates
  • Guy Sebastian
  • Linkin Park
  • Mawi AF3

    My Fav Actor
  • Afdlin Shauki
  • Saiful Apek
  • Ako Mustapha
  • Kiefer Sutherland
  • Tom Hank

    My Fav Actress
  • Maya Karin
  • Sofia Jane
  • Nasha Aziz
  • Cameron Diaz
  • Drew Barrymore



  • stats






    credits

    Blogdrive