INTRO: MEDAN MUZIK SERUMPUN BERGABUNGPenganjuran Anugerah Planet Muzik (APM) oleh dua stesen radio popular Singapura iaitu Ria dan Warna diharapkan akan menjadi titik tolak kepada karyawan Melayu melahirkan hasil yang bermutu tinggi pada masa akan datang. Ia juga menyatukan karyawan seni dari tiga negara Asia Tenggara iaitu Malaysia, Indonesia dan Singapura dan mampu meningkatkan martabat muzik Melayu di rantau itu. Kesatuan ini yang kita mahukan kerana dari sini kita dapat menilai di mana tahap mutu serta kualiti muzik kita. Adakah masih terkebelakang atau maju ke depan?
Sebanyak 16 anugerah kategori popular dan terbaik bakal dipertandingkan selain satu kategori iaitu Anugerah Khas APM 2005. Memasuki tahun ke-5 menjanjikan pertumbuhan yang kian menggalakkan. Kian banyak artis penghibur yang tumbuh melata dan kian banyak juga album yang dirakamkan menyemarakkan lagi planet muzik mini-Asia ini.
Ini adalah kali ke-4 lokasi Singapura dipilih sebagai logistik majlis berlangsung dan hanya sekali sahaja dibuat di Kuala Lumpur iaitu pada tahun 2002. Mungkin ianya strategik dan memandangkan Singapura lengkap dengan prasarana dan menjimatkan kos kerana penganjur pun dari Bumi Singa.
Selain itu, APM menjadi tapak bagi pemerhati muzik untuk mempelajari perbandingan citarasa muzik serta transisi 3 buah negara yang sebenarnya tidak banyak beda. Dengan bahasa perantara, Bahasa Melayu yang sama dan budaya serumpun bersatu dalam rangkaian muzik yang punya persaingan sengit.
Malique sekali lagi cuba menjadi tukang nujum. Siapa hebat, siapa yang bakal merangkul trofi tahun ini? Semuanya terjawab di Suntec Convention Centre Singapura pada 18hb Februari 2005 Jumaat jam 8 Malam. Tunggu....
1. ARTIS BARU LELAKI TERBAIK1 AC/Tassamaqu
2 Ressa Herlambang / Diary of Life
3 Iskandar Ismail / Destinasiku
4 Paundra / Sebuah Awal
5 Vince / Vince
Ramalan Malique: VincePaling melucukan apabila AC Mizal dicalonkan sedangkan rasanya beliau bukannya artis yang baru. Rasanya ramai rakyat Indonesia dan Singapura yang tidak mengenali AC walaupun dulunya dia antara vokalis kumpulan rap remaja 4U2C. Kemunculan bakat baru Indonesia Ressa Herlambang dikatakan dibayangi dengan kehebatan Glen Fredly, Rio Febrian, Aryo dan Marcell Siahaan. Vokalnya unik seakan Glenn disamping mempunyai gaya tarian yang hebat seperti Justin Timberlake. Sudah mempunyai 2 buah album, rasanya Ressa sudah cukup memikat hati peminat untuk mengundinya. Seperti Vince, Ressa juga banyak mencipta lagu dalam albumnya. Bedanya mungkin Vince lahir dari sebuah rancangan TV realiti. Kekuatan vokal dan mutu persembahan Vince menjadi saingan hebat kepada Ressa dan pendatang dari Singapura, Iskandar.
2. ARTIS BARU WANITA TERBAIK1 Ajeng / Pertama
2 Dia Fadila / Dia
3 Norazia / Cinnamon Cassia
4 Saidatul Erma / Saidatul Erma
5 Shahira / Shahira
Ramalan Malique: ShahiraHebat bila mana melihat tiga nama baru dari Malaysia menghiasi carta pencalonan. Memperlihatkan perkembangan positif di mana ramai bintang segar kini muncul dari bumi bertuah ini. Persaingan hebat tetapi kemunculan mereka tidak dipandang dan tidak diberi publisiti meluas. Pilihan saya lebih kepada Shahira di mana pembawaan R&Bnya mengkagumkan tetapi sayang tidak disedari kehebatannya. Ajeng penyanyi kelahiran Indonesia tidak berapa dikenali pun di sana.
3. DUO / KUMPULAN BARU TERBAIK1 Bamboo / Adaptasi
2 Bhumiband / Suara Dunia
3 Rocket Rockers / Ras Bebas
4 Seurieus / Rocker Juga Manusia
5 Ten 2 Five / I Will Fly
Ramalan Malique: BhumibandBand dari Singapura yang mempunyai 7 orang ahli ini membawa muzik background yang dikatakan paling gah di 3 buah negara. Saya mengenali kumpulan ini kerana pernah mengadakan show di Kuala Lumpur dan lagu-lagunya sering kedengaran di corong radio. Paling hebat kerana kumpulan ini menerima sebanyak 5 pencalonan untuk APM kali ini. Pernah juga menyertai Indonesian Arts Festival pada September yang lalu. Pada pertengahan 2005, album mereka, Suara dunia akan dilancarkan di Malaysia dan Indonesia dan ini petanda auranya bakal menyerang kita.
4. ARTIS LELAKI TERBAIK1 Ari Lasso / KuLihat KuDengar KuRasa
2 Chrisye / Senyawa
3 Iwan Fals / Manusia 1/2 Dewa
4 Rem / Satu Suara
5 Zainal Abidin / Puteri
Ramalan Malique: Chrisye Dua penyanyi dari Malaysia tidak berapa kuat untuk digelar yang terbaik kalau dibandingkan dengan Ari Lasso, Chrisye dan Iwan Fals. Ketiga-tiganya raja yang berkuasa di segenap rantau. Kalau populariti yang dicari maka Iwan Fals, dan Chrisye memang berpotensi besar untuk menang. Tetapi kalau pemilihan berdasarkan karya bermutu dan bermesej sudah tentu Zainal Abidin lebih menyerlah selain Ari Lasso.
5. ARTIS WANITA TERBAIK1 Audy / 2002
2 Dayang Nurfaizah / Dayang Sayang Kamu
3 Dewi Sandra / Ku Akui
4 Kris Dayanti / Cahaya
5 Misha Omar / Aksara
6 Siti Nurhaliza / Prasasti Seni
Ramalan Malique: Siti NurhalizaAnalisa yang sukar untuk dibuat sebab apabila nama Siti dicalonkan maka yang lain sukar untuk menang. Betul atau tidak jangkaan saya bergantung kepada penularan pengaruh Siti Nurhaliza yang dikatakan kian menular ke tiga rantau ini. Siti sudah selamat menjayakan konsert tournya mengelilingi Indonesia sehingga menjadikan negara itu sebagai rumah kedua beliau. Begitu juga dengan Kris Dayanti yang sentiasa tidak dilupai oleh orang Malaysia mahupun Singapura. Kalau nak dikira dari segi vokal sudah tentu nama Misha tengah top kerana berjaya memukau penonton di AJL19. Semuanya nampak average hebatnya kecuali Dewi Sandra.
6. DUO / KUMPULAN TERBAIK 1 Bhumiband / Suara Dunia
2 Flop Poppy / Say La V
3 Peter Pan / Bintang Di Syurga
4 Sheila On 7 / OST 30 Hari Mencari Cinta
5 Spider / Nazraku
Ramalan Malique: Peter Pan / Bintang Di SyurgaKesemuanya mempunyai pengaruh yang cukup kuat. Jadi, sukar untuk memilih. Dari segi populariti yang hangat diperkatakan kini adalah kebangkitan Peterpan. Kehebatannya terserlah kerana terpilih sebagai Band Pilihan Indonesia di MTV Asia Awards 2005 memberi impak yang besar dalam penjualan album dan permintaan pasaran. Lupakan Flop Poppy dan Bhumiband yang sekadar berada di pinggiran. Spider tidak boleh dipandang remeh kerana lagunya Relaku Pujuk telah muncul juara AJL19.
7. LAGU TERBAIK1 Arti Cinta / KuLihat KuDengar KuRasa / Ari Lasso / Ricky FM / Ari Lasso
2 Berhenti Berharap / OST 30 Hari Mencari Cinta / Eross / Eross
3 Cobalah Untuk Setia / Cahaya / Kris Dayanti / Rieka Roslan / Rieka Roslan
4 Dialah Dihati / Prasasti Seni / Siti Nurhaliza / Aidit Alfian / Habsah Hassan
5 Pulangkan / Aksara / Misha Omar / Ajai / Habsah Hassan & Shuhaimi Baba
Ramalan Malique: Dialah Dihati / Prasasti Seni / Siti Nurhaliza Kategori ini bakal dinantikan oleh peminat. Kesemuanya punya nama hebat dan cemerlang ditangga teratas. Pemilihan lebih kepada lagu yang sering berada di carta teratas serta menjadi porte kegemaran peminat. Dialah Dihati mempunyai peluang cerah berbanding Arti Cinta dan Berhenti Berharap. Cobalah Untuk Setia dan Pulangkan mempunyai karakter serta mutu lirik yang dicari-cari.
8. ALBUM TERBAIK 1 Cahaya / Kris Dayanti / Erwin Gutawa
2 KuLihat KuDengar KuRasa/ Ari Lasso / Ari Lasso
3 Nazraku / Spider / Spider
4 OST 30 Hari Mencari Cinta / Sheila On 7 / Jan Djuhana & Sheila On 7
5 Sawo Matang / Noraniza Idris / Noraniza Idris
Ramalan Malique: OST 30 Hari Mencari Cinta / Sheila On 7Bertuah sungguh Sawo Matang kelihatan tersenarai megah dalam pencalonan. Ianya sejagat lagi global tetapi ampuh? Ironinya, keampuhannya memberi impak yang besar bagi memberi peluang kepada 30 Hari Mencari Cinta untuk mencari trofi kemenangan. Siapa mahu nafikan kerana penjualan album ini begitu memberangsangkan sehingga memenuhi sudut-sudut kedai kaset serata KL. Album Cahaya dikatakan sesuatu masterpiece Erwin Gutawa kerana gubahan muziknya indah dan matang.
9. ARTIS TERBAIK (SINGAPURA)1 Bhumiband / Suara Dunia
2 Dinodi / Cinta Tragika
3 Iskandar Ismail / Destinasiku
4 Norazia / Cinnamon Cassia
5 Project R4S / Muqaddimah
Ramalan Malique: Bhumiband / Suara DuniaItulah mekanisme APM yang mengabungkan populariti dan sesuatu yang TERBAIK. Yang terbaik tidak semestinya yang popular. Yang popular juga tidak seharusnya yang terbaik. Maka, saya memandang APM tidak cuma mempertengahkan suatu materi atau guideline untuk anugerah yang lain malah lebih mencari siapa yang ada kelas!.
10. LAGU TERBAIK (SINGAPURA)1 Cinta Tak Mungkin / Destinasiku / Iskandar Ismail / Baba / Baba
2 Cinta Tragika / Cinta Tragika / Dinodi / Md Khair Md Yasin / Md Khair Md Yasin
3 Oh Kasih / Suara Dunia / Bhumiband / Bhumiband / Bhumiband
4 Silap / Muqaddimah / Project R4S / Project R4S / Project R4S
5 Wau Bule / Cinnamon Cassia / Norazia / Norazia & Arjuna De Bromo
Ramalan Malique: Oh Kasih / Suara Dunia / Bhumiband 11. ALBUM TERBAIK (SINGAPURA)1 Cinnamon Cassia / Norazia / Norazia, Arjuna De Bromo & Olaf Hund
2 Destinasi Ku / Iskandar Ismail / Baba
3 Me Lodi / Jaliboy / Jaliboy
4 Suara Dunia / Bhumiband / Hang Dimas
5 Tajul 'Arifin / Zynal / Hasanyn
Ramalan Malique: Suara Dunia / Bhumiband 12. ARTIS LELAKI PALING POPULAR1 Ajai
2 Anuar Zain
3 Ari Lasso
4 Glenn
5 Hazrulnizam
6 Iwan Fals
7 Marcell
8 M Nasir
9 Vince
10 Yassin
11 Yusry (KRU)
12 Zainal Abidin
Ramalan Malique: Marcell 13. ARTIS WANITA PALING POPULAR1 Agnes Monica
2 Anita Sarawak
3 Audy
4 Azrina
5 Dayang Nurfaizah
6 Ezlynn
7 Kris Dayanti
8 Melly
9 Misha Omar
10 Siti Nurhaliza
11 Siti Sarah
12 Ziana Zain
Ramalan Malique: Siti NurhalizaSiapa popular kalau bukan gadis dari Pahang ini. Di APM 2004 yang lalu, Siti telah meraih 3 trofi termasuk kategori ini. Tidak hairan kalau perkara yang sama berlaku pada tahun ini kerana kegemilangan Siti zon kini bertambah kilaunya sehingga menusuk mata pencabarnya. Usah singkir nama besar Kris Dayanti kerana taringnya berbisa. Kalau tidak masakan dapat 5 pencalonan pada APM kali ini.
14. KUMPULAN PALING POPULAR1 Dewa
2 Flop Poppy
3 Gigi
4 Mambang
5 NewBoyz
6 Padi
7 Peter Pan
8 Ruffedge
9 Sheila On 7
10 Spider
11 Tofu
12 VE
Ramalan Malique: Peterpan Walaupun persaingan sengit antara Sheila On 7 yang 'melompat lebih tinggi' dengan 5 pencalonan, namun 'lompatan' itu tidak menghapuskan mistikusnya Dewa. Hangatnya bahang aura Dewa menghantui saya pastinya tidak terjangkau juga dengan terbangnya Peter Pan yang kian mengerbangkan sayapnya. Jangan ingat dengan masa yang sesingkat ini, Peter Pan bakal merampas takhta populariti ini dengan sesenang ABC sahaja. Spekulasi saya lebih ke arah siapa yang terbaik dari yang terbaik. Bukan sekadar omong kosong dan bicara murahan kerana realitinya populariti memang sesuatu yang predictable, senang diramalkan. Tak gitu dong?
15. LAGU PALING POPULAR1 Alhamdulillah II - Too Phat feat Yassin
2 Bagaikan Sakti - M Nasir & Siti Nurhaliza
3 Berhenti Berharap - Sheila On 7
4 Cobalah Untuk Setia - Kris Dayanti
5 Lagu Rindu - Siti Nurhaliza
6 Suziela - Flop Poppy
7 Pulangkan - Misha Omar
8 Relaku Pujuk - Spider
9 Sedih Tak Berujung - Glenn
10 Seksis - Anita Sarawak
11 Tak Tahan Lagi - Melly
12 Tipah Tertipu - Ruffedge
Ramalan Malique: Bagaikan Sakti Memang bias! Lantaklah orang lain nak kata. Sebab Sitilah di hati sanggup bermati-matian menjulang namanya ke sana ke mari. Lagu Bagaikan Sakti punya perisa yang sedap di telinga. Mendengarnya sekali mahu dengarnya berkali-kali. Tidak jemu berbisik bahawa saktinya lagu ini adalah kerna suara sifu M. Nasir yang romantis. Bagi diri kerdil seperti saya lagu ini mengajar bukan senang untuk melembutkan hati manusia. Mesejnya cukup agung seagung cinta si Gusti Putri. Mistik lagu ini bukan sedikit tetapi menggunung tingginya. Setinggi Gunung Ledang mungkin? Tak Tahan Lagi juga punya sentuhan menarik dengan funky Melly yang menggetar. Begitu juga Cobalah untuk Setia dan Pulangkan ada keunikan pada iramanya.
16. Anugerah Khas APM 05Masih ingat lagikah anda pada APM yang pertama 5 tahun lalu di mana anak kelahiran Singapura, M. Nasir telah diberi penghormatan menerima Anugerah Khas Planet Muzik. Penghormatan ini berdasarkan sumbangan besar sifoo yang berjiwa optimis ini kepada industri muzik di ketiga-tiga negara Asia Tenggara itu. Pencapaian yang sama diraih oleh penyanyi veteran dari Indonesia, Ebiet G. Ade pada APM 2002.
Kemudian tahun sesudah itu adalah tahun membanggakan bagi diva negara Siti Nurhaliza yang memikat hati juri yang turut akur dengan pencapaian yang luar biasa sekaligus melayakkan puteri Pahang ini menerima Anugerah Khas APM 2003. Chrisye pula dipilih bagi merangkul anugerah yang sama pada APM 2004 yang lalu dan beliau juga bukan calang-calang seniman.
17. Anugerah Pencapaian APM 05Kemenangan calon bagi Anugerah Khas dan Anugerah Pencapaian APM2005 akan ditentukan panel juri yang terdiri daripada ahli muzik, komposer dan media ternama dari Malaysia, Singapura dan Indonesia. Kalau diimbas kembali di APM 2002, diva negara, Anita Sarawak dengan rendah dirinya menerima anugerah ini.
PENUTUP: MATANG + BERGAYA = BERPRESTIJ
Seiring kematangannya, anugerah kali kelima ini memperlihatkan 385 pencalonan berbanding 270 pada tahun sebelumnya. Ini berikutan dengan kepesatan industri muzik. Begitu juga dengan pencalonan bagi Anugerah Industri Muzik tahun ini. Ini menghasilkan kesan positif yang menjana kemajuan seni. Dan yang penting artis ternama akan serba sedikit terasa ada persaingan dari artis baru.
Dalam dunia tidak menentu ini, saya fikir untuk menjadi artis mereka perlu ikhlas dan tulus. Jangan memandang kepada wang kerana seni tiada nilai dan tidak boleh dibayar dengan wang. Yang berlaku kini sebaliknya di mana artis ingin mengambil kesempatan dengan mengaut keuntungan sebanyak mungkin sementara masih hangat di pasaran. Jangan ingat kita sentiasa berada di atas kerana dunia ini ibarat roda. Sekejap di atas dan sekejap di bawah.
Persembahan pula macamana? Gerek ke tak gerek... seeeiiii? Dengan penampilan bintang-bintang besar dari Malaysia seperti Siti Nurhaliza, Zainal Abidin, Flop Poppy, Aznil, Vince dan Ruffedge pasti menjanjikan sesuatu mekanisme hebat. Dari Indonesia pula macam tak sah kalau tiada Kris Dayanti, Melly dan Glen. Ditambah lagi dengan gereknya Kikan (Cokelat), Dewa, Dewi Sandra, Shanty, Sarah Sechan, Delon dan Peter Pan mungkin membuat pesona lebih menghiburkan. Tidak dilupakan pertama kali penampilan dari Brunei iaitu Faiz Nawi. Siapa Faiz Nawi tu? Pentas tak berseri kalau tiada penampilan dari artis negara penganjur. Siapa mahu lihat sentuhan Iskandar Ismail dan sound band Bhumi band, tataplah skrin astroria Jumaat ini.