Time to move on
My blog has been revamped into the fresher, snazzier 'Sensasi Selebriti'.
You are cordially invited to grace your presence at the new blog. Click here
www.budiey.com
Wednesday, April 14, 2004
Anugerah Industri Muzik-edisi ke 11 ini merupakan satu
lagi Anugerah yang boleh dikira berprestij bakal
berlangsung pada hari Sabtu ini dibawa dengan tema
Kemuncak Segala-galanya. Apakah betul ianya kemuncak
segala? Siapa mahu jawab angkat tangan!!!
Insya Allah, Malique akan berada di Dewan Merdeka, PWTC pada malam Sabtu ini.
Tiket sudah saya terima dan sekarang ini tengah fikir
hendak pakai apa nanti (Terima kasih saya ucapkan
kepada Persatuan Akademi Industri Muzik Malaysia yang
sudi menaja saya untuk kesana.) Kepada yang sudah
memiliki tiket sayugia diingatkan bahawa anda datanglah
awal-awal untuk mendapat tempat yang dekat dengan
pentas kerana keutamaan kerusi depan diberikan kepada
yang datang awal. Tidaklah nanti anda terpaksa membawa
teropong (Ala... dewan Merdeka bukannya besar sangat
ek? Duduk mana-mana pun sama sahaja.)
Kini, kehangatan AIM boleh dirasai di Radio rasmi
AIM-Era Rentak Muzik Terkini dan di TV rasmi iaitu
NTV7. Macam biasa Time juga tidak ketinggalan
menyiarkannya melalui internet khusus yang berada
diluar negara.
Walau pun bagi saya, anugerah ini tidak semeriah ABP-BH
atau Anugerah Era, namun AIM bakal menyemarakkan lagi
industri muzik dan seni suara tanahair. Difahamkan
kemerosotan pada pencalonan ini menampakkan kesan yang
jelas tentang penurunan produksi album. Yang jelas,
melihatkan senarai pencalonan saya merasakan ada
sesuatu yang tidak sempurna. Pastinya ada beberapa
pencalonan yang tidak layak dilayakkan. Namun, siapa
kita untuk membangkang suara pendapat depa?.
PENGACARA MAJLIS
Yang menjelekkan, saya tidak menggemari gaya lawak
bodoh pengacara gempal Bob Lokman (walau dia juga berasal
dari Kelantan seperti Malique) yang sering tidak
menjadi dan menyimpang daripada tajuk serta meleret!
Cukup untuk membuat saya muak hendak muntah dan saya sukar untuk
katakan disini perasaan saya. Walau gandingannya tidak
lagi dengan Afdlin Shauki yang sudah lima tahun menjadi
tukang karut, namun saya rasa itu sama sahaja. Kali ini
Bob digandingkan dengan Harith Iskandar. Letaklah
dengan sesiapa sahaja, saya rasa ia umpama tikus
membaiki labu? Pi Mai Pi Mai Tang Tu... masih ditakuk
lama. Walau saya yang jenis yang senang ketawa dengan
lawak Bob di Telebriti-RTM, tapi siapa tahu itu hakikat
sebenar. Adakah gandingan mereka ini mantap? Mengapa tidak ada jalan lain untuk memberi nafas baru kepada anugerah ini? Pasangan
sesuai untuk AIM bagi Malique: Aznil dan Linda Onn
(Argg lagi-lagi Aznil?)Setuju?
Sekarang jom kita tilik siapa yang bakal menggengam
trofi berbentuk mikrofon antik itu. Jommmm....
1. ARTIS BARU TERBAIK
Saya naik gelak bila melihat nama Afdlin Shauki
dicalonkan. Mungkin pembikinan yang mengambil tempoh
yang agak lama, menjadikan Afdlin membawa trofi itu.
Mungkinkah? Nama Alam yang kini sinonim dengan Wayang
Kita dan lagunya bersama Sutera menjadi lagu tema
Astana Idaman tidak menjadi persaingan sengit untuk
Ezlynn yang sudah terang-terang akan menggondol
anugerah ini. Populariti Hi Hi Bye Bye dan Sengsara
yang menjadi lagu untuk uji bakat Akademi Fantasia
sudah cukup untuk memecah tembok tugu pencalonan lain
seperti Barongan dan Naufara Yasin.
Pilihan Malique: Ezlynn
2. PERSEMBAHAN VOKAL TERBAIK DI DALAM ALBUM – LELAKI
Mus (May)dan Radhi (AOG) secara aotomatik terkeluar
dari kategori ini sebenarnya. Samada Ferhad atau
Reshmonu. Kedua nama ini cukup kuat gemanya. Saya kuat
mengatakan Reshmonu bakal membolotnya kerana dia ada
karismatik tersendiri dalam pembikinan. Keunikan yang
bergabung dengan mutu vokal mantap dalam album
Monumental sudah pasti juri memihak kepadanya. Bagi
pencalonan Tan Sri S.M Salim, suara matang Tan Sri itu
sudah tiada bisa lagi. Tapi mana tahu kalau keajaiban
besar akan berlaku, Tan Sri boleh menang.
Pilihan Malique: Reshmonu-Monumental
3. PERSEMBAHAN VOKAL TERBAIK DI DALAM ALBUM – WANITA
Nama-nama seperti Ning Baizura, Siti Sarah dan Ziana
Zain yang sudah sedia terukir indah di ABP dan anugerah
lain berada dalam lingkungan kategori ini. Namun semua
nama terus tenggelam dengan keunggulan Siti
Nurhaliza-EMAS bakal merajai takhta. Kedudukan Siti
untuk kategori Vokal sukar ditandingi seperti yang
berlaku dalam sejarah karier beliau dalam AIM 1999
menerusi Adiwarna, AIM 2002 menerusi "Konsert Mega
Siti Nurhaliza" dan AIM 2003 menerusi Sanggar Mustika.
Penjualan EMAS amat memberangsangkan di tanahair dan
Indonesia kira-kira 75 ribu unit.
Pilihan Malique: Siti Nurhaliza-EMAS
4. PERSEMBAHAN VOKAL BERKUMPULAN TERBAIK DI DALAM ALBUM
Ia menyaksikan dua kumpulan nasyid berentap dengan dua
kumpulan rap dan hip hop satu lagi kumpulan pop. Phynne
Ballerz kali kedua dicalonkan tidak memberi saingan
sengit untuk kumpulan lain. Sekiranya tahun lepas
kategori ini sinonim dengan kumpulan nasyid, tidak
mustahil Rabbani atau Raihan akan menang. Namun
kehadiran Too Phat dan Phoetic Ammo tidak boleh
dipandang ringan kerana kedua-dua album bermutu dari
segi kualiti vokal.
Pilihan Malique: Rabbani-Epik
5. KULIT ALBUM TERBAIK
Entah mengapa kategori ini yang teramat sangat
dinantikan oleh saya. Mungkin serba macam benda boleh
terjadi. Sesiapa sahaja boleh menang. Sukar untuk
diramalkan. Namun, pada pengamatan saya, kehalusan seni
grafik ciptaan Rauna Jud untuk album EMAS mungkin
menambat hati juri. Ini dsebabkan kecemerlangan
kehalusan dengan mutu kulit album itu sendiri. Realiti
maya bergabung dalam grafik alam, rama-rama dan
beburung melambang ilusi kedamaian syurgawi. Cukup
halus berseni.Berbanding kulit album Reshmonu yang cuma
menampilkan separuh wajah Reshmonu terpampam dengan
pembalikan cahaya merah suram. Juga seni tata cahaya
bayang-bayang (shadowing) ciptaan Karl Dunford, Dain
Said, Hayati Mokhtar unutk album Urbanites - Pete Teo.
Tampak biasa dan natural. Mungkin kostum angkasawan
penghias Fuyoo-Afdlin kali ini menonjol kerana jarang
dipertontonkan.
Pilihan Malique: EMAS- Rauna Jud
6. RAKAMAN ALBUM TERBAIK
Enginering sound System cukup penting untuk kategori
ini. Menoleh ke tahun sebelum ini, Plan B-Too Phat
untuk AIM Mata Satu-Tribe untuk AIM 2003 telah
menonjol. Ketelitian Too Phat dalam album 360 Degrees
mungkin juga membawa tuah pada Eka Shereen, Illegal,
Zaid Ambak, Yi Kin.
Pilihan Malique: Eka Shereen, Illegal, Zaid Ambak, Yi
Kin.- Too Phat.
7. VIDEO MUZIK TERBAIK
Pencalonan yang 'entah apa-apa tah' bagi saya. Dari
segi keunikan, ,mungkin NowWhy2-AOg kerana penampilan
grafik animasi yang diolah sedikit dengan video
Akustatik. Mungkin itu identiti kumpulan yang membuat
saya terkilan besar dengan gelagat bodoh mereka semasa
di APM 04 Singapura tempohari. Mutu dramatik dalam
Walkaway cukup cemerlang dengan objek berlari dalam
hujan, telefon awam dan layar suram. Cintaku
Pergi-Reshmonu yang rasa saya dishooting di negeri
Kenyalang Sarawak tiada kurangnya. Serasi dengan tema
lagu yang mendambakan cinta insani dikuatkan dengan
pembawakan objek perahu, air sungai mengalir dan hujan.
Simbolik dan dramatis!
Pilihan Malique: Cintaku Pergi-Reshmonu
8. ALBUM POP ETNIK TERBAIK
Mengapa ada tiga pencalonan sahaja? Adakah ini kta
sudah kekeringan penyanyi pop kreatif? Antara Anak
Seni-Dato’ M. Daud Kilau, Mulia-Kopratasa dan Sekarang
Dah Jadi – Tan Sri S.M Salim masing-masing tiada
kekuatan yang ingin saya utarakan. Namun, Keindahan
lirik yang puitis dalam Mulia-Kopratasa cukup bagus.
KOmpilasi gabungan artis-artis terkenal seperti M.
Nasir, Sheila Majid dan Siti Nurhaliza dalam Sekarang
Dah Jadi (lanjutan dari Apa Dah Jadi??) mungkin
berhasil dengan lirik berkiasan halus menyindir sinis.
Pilihan Malique: Sekarang Dah Jadi
9. ALBUM NASYID TERBAIK
Album Gema Alam sebenarnya menampilkan banyak lagu
bervariasi menarik dan pembaharuan berani mati seperti
lagu ditukar kedalam bahasa Cina dan Urdu? Album Epik
keluaran KRU Records juga dikatakan cukup cemerlang
dari segi pemilihan lagu dan kekuatan melodi yang
bagus. Tema cinta kini tidak lagi asing dalam lagu-lagu
nasyid khususnya setelah munculnya kumpulan nasyid
remaja In-Team. Ia diikuti dengan Unic dan penyanyi
solo. Rasa saya kementahan kumpulan remaja ini mungkin
menggugat juara bertahan; Rabbani yang memikat juri
pada tahun 2003 dan 2003.
Pilihan Malique: Epik-Rabbani
10. ALBUM HARD ROCK TERBAIK
Untuk tahun ini, album rock dipecahkan kepada dua iaitu
hard rock dan Pop Rock. Adakah kita sebenarnya
kebanjiran lagu genre sebegitu atau ini memotivasikan
artis yang terlibat untuk menghasilkan yang terbaik?
Pilihan Malique: A.S.A.L - Barongan
11. ALBUM POP ROCK TERBAIK
Kalau hendak diikutkan saya, Simbiosis adalah yang
terhebat kerana Ella adalah penyanyi pujaan saya.
Namun, kecemerlangan Exists dalam tahun kebelakangan
ini dan kelahiran Ezlynn bagaikan memukau segala.
Kedua-duanya memberi impak besar kerana namanya menuju
puncak carta dalam ABP dan Anugerah ERA!
Pilihan Malique: Exists-Seperti Dulu
12. ALBUM POP TERBAIK
Sukar membuat telahan kerana kekuatan Siti dalam EMAS
sudah tentu sukar dilawan. Yang pelik bin ajaib, kenapa
Album Misha tidak tersenarai dan Mimpi Pun Sama-Sarah
pula yang berada ditengah himpitan album Ferhad, Ning
dan Yusri???Itu kena tanya juri.
Pilihan Malique: EMAS - Siti Nurhaliza
13. ARTIS INGGERIS TEMPATAN BARU TERBAIK
Pete Teo satu nama asing bagi saya sebenarnya. Sukar
dan payah untuk mengadili kehebatan album beliau.
Keajaiban beliau terserlah setelah menyaksikan 4
pencalonan diragut dan disentap oleh beliau. Namun, ia
tidak setanding dengan Reshmonu dengan sentakan tujuh
kategori termasuk kategori ini. Apa-apa keputusan mesti
diterima peminat, khasnya peminat Too Phat kerana layar
impian kumpulan rap tersohor ini telah dikibar di
seluruh dunia menerusi lagu duetnya bersama Warner G.
Pilihan Malique: 360 - Too Phat
15. ALBUM INDONESIA TERBAIK
Melihat kepopulartian Padi di Malaysia mengharapkan
nasib menyebelahi kumpulan yang dua tiga biji dengan
U2. Selamat Pagi Dunia-Glen juga bagai mengucapkan
salam terindah untuk memenangi sesuatu dek lagunya
Januari yang beralun disegenap konti radio.
Pilihan Malique: Save My Soul - Padi
16. SUSUNAN MUZIK TERBAIK DALAM LAGU
Revolusi gabungan segar dan lari dari kebiasaan yang
dipamerkan oleh Aubrey Suwito dalam susunan lagu Bukan
Cinta Biasa mempersonakan. Mungkin ada chemistri yang
indah puitis seiring dengan alunan muzik yang kemas
bertempo melankolia dan pop. Semua itu menjadikan
keindahan muzik yang luar biasa terutama dalam lagu
kegemaran saya-Janji Kasih. Kali ini, Eddie Hamid, Ajai
dan yang lain akan gigit jari dan telan air liur
saja....
Pilihan Malique: Bukan Cinta Biasa-Siti Nurhaliza
17. LAGU TERBAIK
Kategori Song of The Year ini saya anggap kemuncak
segala-galanya kerana lagu yang menang bakal 'ngetop' di
hari keesokkannya serta hari-hari seterusnya. Betapa kuat
pengaruh kategori ini, membuat saya tidak dapat meramal
dengan logikal. Semuanya bagus-bagus termasuk dua lagu
ciptaan Ajai iaitu Kembali dan Selagi Ada Cinta. Lagu
Siti mana? Takde?.... jangan nangis ek... Jarang sekali
kita lihat Siti pulang dengan tangan kosong dimana-mana anugerah! Satu lagi virus kronik AIM, lagu bertemakan
cinta atau dengan kata lainnya mempunyai perkataan
CINTA biasanya diminati oleh juri. Semua ini terbukti semasa AIM
2002-Seandainya Masih Ada Cinta diikuti Keabadian Cinta
pada AIM 2003. Terdahulu Menyemai Cinta Bersamamu
mengungguli kategori ini. Maka mengikut firasat saya, Selagi
ada Cinta-Ning Baizura mungkin akan menang. Hehehehe....
Pilihan Malique: Selagi
ada Cinta-Ning Baizura
KESIMPULAN
Seperti anugerah lain, AIM 2004 ini ditunggu oleh peminat seni tanahar mungkin kerana
penampilan penyampai-penyampainya, tema acaranya, gaya pentas serta sorot cahayanya, kostum
atau pakaian selebriti dan gelagat mereka. Paling dinantikan kelainan persembahan oleh artis-artis terlibat. Semua itu bakal
menjadi topik utama akhbar hiburan dan lensa kamera tidak henti memberikan gambar-gambar yang sekiut mungkin untuk artis kita pada malam itu. Apa apa
keputusan terimalah dengan hati yang terbuka. Bak kata
Saiful Apek.... 'Skrip sudah ditulis tetapi pengarahnya ada di atas.'
 |  |  |
azmi bin seruji November 15, 2006 09:01 AM PST
Susah betul nak dapat Lagu Bukan Itu Bukan Ini dari Astana Idaman 3 |
 |

 |  |  |
Charles Nickolley August 30, 2005 12:47 PM PDT
Siti Nurhaliza memang out standing. The only one Malaysian Greatest Artist. |
 |

 |  |  |
adila March 6, 2005 09:08 PM PST
semoga berjaya..... |
 |

 |  |  |
malique April 21, 2004 04:30 PM PDT
Thanks fadhullah... Sebenarnya masing-masing punya pendirian dan pendapat. Terima dan hormat amat penting dalam menjadikan kita lebih maju. Siti kini telah pandai memikat hati semua pihak dengan kudrat ketabahan yang ada. Semua itu bisa mengoncang dunia luar dengan kehadiran seorang insan seni ;jati diri anak pahang. Seandainya kita yang berteduh selangit dengan siti menerima usaha CT dan pembawaan muziknya... pasti yang berada diluar laman jua menerimanya...mungkin ia menjadi kenyataan. |
 |

 |  |  |
fadhullah April 21, 2004 08:33 AM PDT
bestlah komen awk .... daripada sm yang macam anti ct jerr...... ct memang patut menang banyak coz album emas best... tapi banyak kate tak best... kenapa yek? |
 |

 |  |  |
xxxxx April 20, 2004 10:17 PM PDT
misah hanya popular..albumnya betul boleh diklaskan sebagai album berkualiti
|
 |
|
Search celebrity, news, money?
credits
