[---~*Enter-tainment Blog*~---]
Firefox NEW Firefox 2.0 released!



Previous Entry
REFRESH THIS BLOG
Next Entry

Time to move on



My blog has been revamped into the fresher, snazzier 'Sensasi Selebriti'.

You are cordially invited to grace your presence at the new blog. Click here


www.budiey.com






Wednesday, February 16, 2005

    PERSEDIAAN UNTUK KE UJIBAKAT AKADEMI FANTASIA 3


    INTRO: SAATNYA DAH TIBA
    Akademi Fantasia datang lagi? Macam tak caya je ek? Tapi Budiey percaya yang korang mesti rasa tidak sabar untuk menonton rancangan ini di kaca TV. Demam lagi ke korang nih? Rasa-rasanya mesti demam yang lama dah kebah tu dah nak rasa hangat-hangat balik dah. Sebenarnya penantian anda sesungguhnya dihargai oleh pihak penganjur sendiri. Kerana mereka juga tidak sabar-sabar untuk menghitung keuntungan yang mereka bakal perolehi untuk musim ini.

    Rata-rata, peminat rancangan realiti TV paling top ini berpendapat musim ketiga ini akan lebih gempak, lebih dengan kejutan, lebih power, dan lebih adegan airmata. Pendek kata, semuanya lebih dan lebih. Tetapi bendanya tak tahu lagi apa yang akan jadi. Itulah elemen suspennya realiti TV. Jangan pula jadi macam The Apprentice, belum apa-apa lagi kita sudah tahu kumpulan mana yang kalah menerusi promo di TV3. Sikit pun takde unsur suspen!

    Apa yang saya harap, dalam kata lebih-lebih tu..jangan lebih kuah pada sudu sudahlah. Lebih-lebih lagi bila mana pihak Astro akan buat 'sistem penapisan' dengan tapisan yang begitu ketat. Katanya, calon-calon ujibakat perlu benar-benar memiliki ciri-ciri seorang penghibur. Dulu pun cakap macam tu jugak. Tapi bagi Budiey yang penting adalah standard AF itu sendiri. Kalau mana kata juara AF2 adalah Zahid, maka peserta AF3 biarlah setanding atau lebih power dari Zahid. Atau setidak-tidaknya suara lebih power dari Farah. Lincah tarian biarlah lebih superb dari Anding dan Adam.

    Sekarang ini, sebagaimana yang sudah semua maklum edisi pencarian bakal pelajar AF sudah dimulakan. Gerakannya menular sehingga ke Brunei sedikit sebanyak memberi kesan yang bukan sedikit. Mulalah ada yang mengata-ngata yang astro mahu bolot wang dan gila keuntungan semata. Ada benarnya juga, bayangkan sekurang-kurangnya seorang wakil dari Brunei akan diserap untuk tinggal bertapa di Akademi. Bayangkan juga berapa undian yang akan dilayangkan dari orang Brunei untuk peserta dari Brunei.

    Tambah lagi tiada sistem kuota dalam pemilihan pelajar bagi negeri-negeri. Maknanya, peserta tidak dipilih mengikut negeri atau lokasi ujibakat. Mungkin kali ini kita akan melihat 2 atau 3 pelajar dari Kuala Lumpur. Yang sudah tentunya, skema jantinanya sama dengan tahun sebelum ini iaitu 6 orang lelaki dan 6 orang perempuan.

    Memang sudah kita tahu orang Brunei akan bermati-matian memilih orang mereka kerana mereka punya banyak wang. Apa yang kita harapkan, unsur-unsur kenegerian tidak diamalkan dalam pengundian pelajar. Walau bagaimana pun, segala-galanya masih dalam kesamaran dan kita tunggu apa yang akan berlaku nanti.

    Jadi untuk merasmikan edisi Akademi Fantasia di blog ini, apa kata kita lihat persediaan yang perlu dibuat oleh korang yang ingin ke ujibakat AF3.

    Be yourself! Setakat mana mahu jadi diri sendiri? Apa yang ada dalam diri anda yang sebenar-benarnya. Tulin, asli dan itulah anda. Jangan bimbang tentang personaliti diri anda. Samada anda tahu yang anda dikategorikan dalam golongan keras ke, lemah lembut ke, tomboy ke, lembik ke, ganas ke, periang ke, pendiam ke atau sebagainya... yang penting anda cuba dahulu. Orang kata belum cuba belum tahu setakat mana kemampuan anda dan penerimaan juri terhadap anda. Lagipun dalam AF sudah digariskan beberapa karakter yang diperlukan untuk menimbulkan rencah ratusnya.

    Contohnya, seperti karakter Adi yang pendiam (pada mulanya), Vince dan Zahid yang suka mengusik, Farah yang suka ketawa dan mengilai, Bob yang ala-ala king control, suka mengarah dan mulut lembik, Anding yang ligat tidak tahu duduk diam, Khai yang caring lagi romantik, Nurul yang sensitif dan homesick, Nana yang periang dan juga Mas yang penuh kontroversi.

    Juga jangan lupa satu kuota untuk lelaki chubby atau gempal. Nampaknya, bertambahlah koleksi bintang pelapis yang berbadan chubby musim ni. Kalau ada yang satu saiz dengan Bob dan Sahri, maka inilah platform untuk anda. Tetapi jangan lupa ya, cabarannya bukan sekelumit. Ingat lagikah anda penerimaan orang terhadap Sahri? Satu ketika dulu, dia dikutuk dan dikeji kerana saiz badan. Nasib yang sama juga diterima oleh Bob. Manusia memang macam tu. Tak sah kalau tak kutuk orang.

    Tidak usah untuk meniru sesiapa. Walaupun kata Zahid, dia pun ada juga immitate penyanyi sedia ada tetapi immitatenya bertempat. Jangan hipokrit dan berpura-pura. Juri mahu lihat anda yang sebenarnya bukan memaksa anda berlakon dengan watak yang lain. Tampilkan juga segala keistimewaan dan kelebihan anda pada tahap maksimum. Jangan pendam-pendam. Lepaskan vokal dan suara anda.

    JANGAN TERLALU NERVOUS
    Orang kata darah gemuruh memang payah untuk dikawal ketika berada di hadapan juri. Kadangkala perasaan nervous dapat memberi kesan positif kerana dapat memberi sedikit tekanan kepada peserta ujibakat untuk memberi tumpuan dan persediaan rapi. Namun, sekiranya nervous datang secara terlampau, ianya mungkin akan menganggu persembahan. Jadi, pandai-pandailah mengawal diri anda supaya jangan terlalu nervous.

    PERTAJAMKAN BAKAT & VERSATILITI
    Orang kata, baik sediakan payung sebelum hujan. Tetapi dalam kontek AF3, baik korang semua yang teringin sangat nak ke ujibakat tu sediakan cermin besar-besar. Tilik diri sendiri. Layakkah aku ni? Kemudian, kalau yang rasa layak tu, cuba pertajamkan vokal dan asas-asas kelengkapan asas sebagai penghibur. Kalau mahu benar ambil kelas pendek vokal atau kursus tarian pun time ni lah.

    Atau apa kata korang buat testing suara dengan buat mini konsert depan sedara mara kat rumah. Tak pun panggil aje semua orang kampung. Jurinya pula suruhlah sesape yang patut. Paling penting bakat dan karisma jati diri biarlah ada. Setakat muka saja yang lawa jangan harap juri pemilihan nak ambil. Jadi, sesiapa yang mempunyai bakat, vokal serta penampilan menarik anda rasanya sudah lulus bagi langkah pertama.

    TANAMKAN KEYAKINAN
    Motivasi dan keyakinan adalah faktor yang penting bagi menyerlahkan personaliti anda. Yakin BOLEH! Kalau orang seperti Sahri, Bob dan Mas boleh kenapa anda tidak? Tunjukkan kebolehan, serlahkan keyakinan dan tonjolkan keistimeaan anda! Juri pastinya sudah dapat membaca semada anda yakin atau tidak menerusi gerak bahasa badan serta pertuturan anda.

    Usah SELINDUNG benda yang terselindung atau rasa negatif kerana mereka arif tentang psikologi diri anda. Jangan pula anda over confident pula. Cukuplah sekadar anda dilihat sebagai seorang peserta yang mempunyai keyakinan berada di atas pentas dan dapat berkomunikasi dengan baik dikhalayak ramai.

    LENGKAPKAN IMEJ PENAMPILAN
    Sempurnakan imej anda. Cubalah belek-belek majalah fesyen terkini. Mintalah nasihat dengan perunding imej atau masa nilah anda boleh lakukan REVAMP dan MAKE OVER. Penampilan dalam berpakaian sudah tentu dikira sebagai satu aset utama untuk memikat para juri untuk terus memandang anda. Bukan senang... sebab sekiranya silap berpakaian sudah tentu anda direject. Beberapa ukuran atau garis paduan pemakaian perlu berdasarkan lagu yang ingin anda sampaikan.

    Contohnya, sekiranya anda ingin membawa lagu 'Tak Tahan Lagi' atau 'Akar dan Bumi', mungkin anda boleh memakai pakaian yang lebih funky. Sebaliknya untuk lagu yang berentap balada seperti 'Tangisan Dalam Kerinduan' atau 'Semuanya Untukmu', sudah tentu pakaian yang lebih 'soft' sesuai untuk anda. Pakaian biarlah berpada-pada. Jangan nanti anda dikatakan super-dooper OVER! atau dikatakan 'fashion victims'!

    MANIPULASIKAN SELEBRITI
    Sesetangah peserta ujibakat mengisi borang penyertaan secara lewa kerana mereka menganggap apa yang ditulis itu tidak penting sangat. Anda silap sebenarnya. Tulisan yang kemas dan senang dibaca dapat memberi gambaran pertama anda kepada si juri.

    Ketika mengisi borang penyertaan juga perlu diingatkan supaya anda berhati-hati. Jangan pula anda yang tersilap ejaan dan sebagainya. Kalau boleh untuk ruangan hobi, penyanyi yang digemari dan sebagainya, anda boleh memberikan sesuatu yang lebih kreatif dan menarik dan lain dari yang lain.

    Kadangkala, anda juga boleh memanipulasikan mana-mana artis-artis yang ada. Sebagai contoh, Zahid pernah menulis di borangnya yang dia mempunyai impian bertemu dengan Misha Omar...




Name AMINKOMENG
January 16, 2007   04:04 PM PST
 
apa pon tak boleh lah ..............!!!!sikit 2 nak bertekak,,,,,,,,,,,,,hahahahahaahah...tak sakit tekak ke?
Name AMINKOMENG
January 16, 2007   03:40 PM PST
 
coll..............ajer!hidung tu kalau bleh...kembang kuncup sikit...buang angin yg berlebihan....
Name AMINKOMENG
January 16, 2007   02:56 PM PST
 
SAYA MENANG MOTOR....TERIMA KASIH POWER ROOD
........
Name AMINKOMENG
January 16, 2007   02:54 PM PST
 
SAKIT!!!!!!!AF..
Rudi Moussaoui
January 10, 2007   09:46 PM PST
 
Ia salah satu daripada Jihad!
klubbkidd
January 8, 2007   02:42 PM PST
 
More tips - sila ke http://klubbkidd.blogdrive.com... atau http://klubbkidd.blogdrive.com/archive/cm-1_cy-2007_m-1_d-3_y-2007_o-0.html. Lebih senang carik entry bertarikh 3 Jan dalam blog saya
Name
June 11, 2006   09:50 PM PDT
 
Zahid dan Farah tetap the best!
Name
May 17, 2005   01:01 PM PDT
 
nak tambah lagi..ingat sket yg donald trump tu lagi kaya gile babes dari aznil..maksudnya ape tu..2-2 pengacara rancangan yg pengulas katakan..bukan nak daulatkan yg asing but pls just watch it untuk dptkan pengajarannya spt jgn suke mengomen jek...asyik2 nak suspen jek.ape pny org ada kat dunia ni suke suspen jek..kalo x suspen,x suke..kalo cenggitu,camne le cite apprentice,american idol mletup2 sedgkan kitorg sume dah tau resultsnya dari intenet...so..pls erasa balik ape yg telah ditype tu kalo boley...
Name
May 17, 2005   12:57 PM PDT
 
pasal komen apprentice tu,saya mmg tak bley terima..saya ni die hard fan apprentice ni!sesedap rasa jek nak kutuk cite tu..nway,at least cite tu le satu2nya cite realiti tv yg ade byk gile pengajaran selain misi suara hati tu..jgn tlalu nak banggakan hiburan sampai tak tau nak amik pengajarn dari setiap yg ada kat tv.bukan semua benda kite tgk ni sekadar untuk hiburan.org cengginiler yg mesti minat artis ikut muke lawa jek..nway,make sure shima dpt masuk AF3...jgn mare atas komen ni..sekadar membina teguran diri sendiri
abc
May 3, 2005   10:16 AM PDT
 
abc def ghi jkl mno pqr stu vwx yz
123 456 789
Ebin
April 29, 2005   02:39 PM PDT
 
kepada para peserta ujibakat, jangan ingat nak glamour je,..
lgi-lagi kalau tak tahu nak nyanyi langsung...
teruk..
biar bakat tu ada dan cukup bersedia sepenuhnya..
go..
go..
yang dah bersedia tu..
good.. luck...
Kalau tak dapat tahun ini. next year still have..
don't give up..
ok..
benz
April 6, 2005   07:56 PM PDT
 
pada pendapat saya, tidak ada guna nya kalau kita datang menghadiri ujibakat semata-mata untuk glamour!!!.. Sampai bila pun, muzik tanah air akan jatuh jika ke'glamour'an menguasai jiwa mereka..paling penting, kita harus berusaha memajukan muzik kita...
apabila kita di terima, jangan sesekali bersikap angkuh... ingat objektif masuk af nie..
sebenarnya, saya juga ingin menyumbangkan tenaga suara dalam muzik tanah air kita nie,
mudah-mudahan kalau masih ada af next year, saya akan masuk..
semoga kita sama-sama memartabatkan industri muzuk tanah air
nabila
February 27, 2005   11:53 PM PST
 
hahahaha.af3....maybe akan mengkayakan org tak sepatutnyer kaya.af3 hope jgn ada yang takde bakat.menyusahkan para pengundi harap takde org cam fitri,mas,coz takde apa yg bleh dibanggakan ngan diorang nier...4 the rest be yourself jgnlah nak cover.. be a human,and good person.jgn hipokrit./???!!!
FAZRUL
February 24, 2005   03:47 PM PST
 
ASSALAMUALAIKUM,

Saya nak tanya 1 soalan kat nana, awak berlakon dalam filem GK3 memang best cerita tu ada story, ada tak awk nak buat filem yg lain, ASSALAMMUALAIKUM dari FAZRUL K3P PEDAS GAING.
isara
February 22, 2005   02:10 AM PST
 
tidak ada penyertaan dari Brunei bagi AF3.
anonymous
February 20, 2005   11:39 AM PST
 
Biarlah ada peserta yg setanding atau lebih dr Vince yg dah mcm2 pencapaiannya walaupun baru aje menjadi artis dan jugak seorang pencipta lagu yg jadi finalis AJL.
Faidhi
February 18, 2005   02:10 AM PST
 
album Zahid pun belum keluar lagi, dah nak start audition AF3...but who cares?? suka tengok drama antara pelajar lebih2 lagi sedutan antara Farah dan Adam..best...but hope kali nie tiada orang macam Fitri tue...:D
nad
February 17, 2005   09:05 AM PST
 
assalamualaikum..malique,nak betulkan sket je...jgn sama kan the apprentice ngan AF..sebabnye,the apprentice di oversea,AF dari malaysia..memang la takde suspennyer sbb the apprentice tu bukan siaran langsung cam AF..lagipun dah bleh tau dah saper menang saper kalah sbb bleh je tgk dari internet...
fiebie
February 16, 2005   06:40 PM PST
 
isk, pasal cekodok tu, sama lak jawaban macam yang malique tulis.. hik tak sempat baca sampai abis lah.

isk ala ala ada keserasian pulak dengan malique kan.. gituewwww.

malique jom gih makan aiskrim malique nak tak...

eh silap, jom pergi makan icecream...
fiebie
February 16, 2005   06:38 PM PST
 
bagi saya... jangan hirau apa orang lain cakap. Yang penting kita cuba je. tapi kita mesti lah bersifat rational dan terbuka. Kalau judge kata sore tak sedap, tak sedap le. tapi sore tak sedap tak semestinya tak dapat. Sebab banyak penyanyi kat akademi fantasia itu banyak yang tak sedap pun, malahan lagi buruk dari penyanyi-penyanyi paling tak sedap kat pusat karoeke.

tapi yang penting ala ala personaliti dan muka kesian. sebab judge ni masa dia judge orang yang mai nak percubaan tu, dia ala ala amik yang konon-konon tak pandai lah. ala ala kalau dia nak amik yang dah pandai nyanyi buat apa. sebab nanti rugi le dorang, sebab semua orang undi dia je, kurang le bonus dorang dari penjualan sms.

oleh itu, pergi lah ala kadar, dengan pakaian yang elok, sore yang oke oke, cukup makan dan sedap didengar (dan tolong jangan menjerit-jerit feeling whitney houston) dan yang penting pandai buat muka kesian.


kalau sapa yang sore sedap, tapi tak pandai buat muka kesian, jangan masuk akademi fantasia, tapi masuk lah malaysian idol, sebab malaysian idol pentingkan bakat dan komitmen dalam musik. tak macam AF, pentingkan "muka koorang boleh buat duit tak"

dan satu lagi, masa isi borang tu, ala ala tulis le jawapan yang ala ala, macam sial. contohnya saya ingin jadi penyanyi kerana, saya ingin memperluaskan perniagaan satay saya. atau saya bercita2 nak makan cekodok, atau saya bercita2 utk kahwin dengan siti, kalau saya jadi penyanyi senang nak jumpa siti. jangan tulis, saya nak jadi penyanyi sebab ingin menyumbangkan suara ke industri tanah air. yo yo jo
|

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments








Previous Entry
HOME
Next Entry

Search celebrity, news, money?


Web budiey.blogdrive.com

My Sponsors



My Readers





Notification

If you want to be updated on this weblog Enter your email here:






concept

More me:
  • Sensasi Selebriti
  • Photo Blog
  • Tips Lifestyle
  • Archieves
  • Money Blog

    Concept:
  • Entertainment Blog
  • Celebrities News
  • Gossips
  • Theater
  • Photo Events

    Version:
  • 2.0

    Official published:
  • 27 Jan 2004

    Best viewer:

    Internet Explorer
    1024 X 768



  • profile

    My stats
  • Malay
  • 179 cm
  • 75 kg
  • 1 Ogos 1976
  • Sentul Perdana
  • Kuala Lumpur
  • Penulis blog

    My Hobby
  • Watching TV
  • Reading
  • Surfing Internet
  • Writing
  • Travelling
  • Chatting
  • Teater
  • Music
  • Work out
  • Blogging
  • Hugging!

    My Colour
  • Maroon
  • Green
  • White

    My Gadget
  • HP Pavillion dv6000
  • Nokia Xpress Music
  • Camera Nikon D40
  • iPod 30GB

    My Hung Up
  • California Fitness
  • Pavilion
  • Coffee Bean
  • Dome
  • Secrets Recipes
  • Nandos

    My Place
  • Suria KLCC
  • Masjid Jamek
  • MidValley
  • Bukit Bintang
  • Istana Budaya
  • The Actors Studio
  • Rapid KL

    My Must See
  • Buletin Utama
  • American Idol
  • Extreem Makeover
  • Lost
  • Beat TV
  • Muzikdiria
  • CSI
  • Siri 24
  • Fear Factor
  • Survivor
  • The Apprentice
  • The Amazing Race
  • Oprah Winfrey
  • Trek Selebriti
  • Iklan!

    My Fav Radio
  • Hot.fm
  • Era.fm
  • Thr.fm
  • Hitz.fm
  • X-fresh

    My Fav Deejay
  • Farah Fauzana
  • Faizal Ismail
  • Nana

    My Hos
  • Fedtri Yahya
  • Nizal Mohammad
  • Karam Singh Walia

    My Fav Reporter
  • Farihad Shalla
  • Zubir
  • Zul Husni
  • Haswari

    My Lagenda
  • Dr. Usman Awang
  • P. Ramlee

    My Fav Film
  • Superman
  • Spiderman
  • Scream
  • Red Eye
  • The Shutter

    My Fav Singer
  • Sheila Majid
  • Jacklyn Victor
  • La Luna
  • Amr Diab
  • Nancy Ajram
  • Mike Indon Idol
  • Too Phat
  • Anuar Zain
  • Siti Nurhaliza
  • Dayang Nurfaizah
  • Rossa
  • Ning Baizura
  • Gareth Gates
  • Guy Sebastian
  • Linkin Park
  • Mawi AF3

    My Fav Actor
  • Afdlin Shauki
  • Saiful Apek
  • Ako Mustapha
  • Kiefer Sutherland
  • Tom Hank

    My Fav Actress
  • Maya Karin
  • Sofia Jane
  • Nasha Aziz
  • Cameron Diaz
  • Drew Barrymore



  • stats






    credits

    Blogdrive