[---~*Enter-tainment Blog*~---]
Firefox NEW Firefox 2.0 released!



Previous Entry
REFRESH THIS BLOG
Next Entry

Time to move on



My blog has been revamped into the fresher, snazzier 'Sensasi Selebriti'.

You are cordially invited to grace your presence at the new blog. Click here


www.budiey.com






Tuesday, January 18, 2005

    ULASAN ANUGERAH JUARA LAGU 19: PART 2


    Sebelum persembahan pertama bermula, Sarimah cuba menayangkan dirinya sebagai 'Wanita Melayu Terakhir' dengan gayanya yang mengedik-gedik. Lagak Najib Ali pula suka sangat cari gaduh dan gemar menjolok sarang tebuan membuatkan Sarimah berolok-olok meradang. Kemudian, mereka banyak berteka teki untuk menarik perhatian hadirin. Najib Ali melemparkan pertanyaan, menguji Sarimah tentang definisi sebenar dunia atau bumi. Persoalan utama: Adakah mereka gandingan ideal?

    Mungkin di lain masa, pihak penganjur dapat memikirkan buah-buah idea yang sesuai dengan tema. Bagi saya tema perlu berkait rapat dengan peristiwa atau fenomena semasa. Sebab saya tengok tema 'Simfoni Alam Sejuta Ilham' sudah agak 'cantik' tetapi cara penyampaiannya tidak relevan dengan audien. Dengan gaya pengacara yang masih terkinja-kinja, syok sendiri dan tidak mempedulikan sentimen orang Melayu, amat sukar untuk diterima. Contohnya, adegan mengayakan angin dan api yang dibuat-buat itu sedikit memperbodohkan serta menconteng imej tema yang begitu ilmiah ditonjolkan.

    Saya yang di rumah tidak ketawa langsung malah merungut dan mengeleng kepala sendirian. Di dewan mungkin ada yang ketawa. Selepas itu, kita dibawa lagi menjengah kepada bicara alam yang disyarahkan dengan begitu detail oleh pengacara. Masa tu dah macam menjadi perbincangan ilmiah pula. Bagus untuk menambah ilmu atau mengulangkaji balik apa yang kita pelajari di sekolah dulu. Terasa saya berada di bilik darjah pula. Lagi satu, kalau boleh skrip janganlah terlalu berupa sindiran atau bernada lucah gara-gara untuk mengeletek hati penonton.

    Mmm...dahlah tu...saya tak nak cerita pasal pengacara lagi. Cukuplah setakat ini. Buat membazir dakwat pen je. Ok...Sebelum kita ke lagu pertama, kita ada diheret untuk menyingkap kembali imbasan Juara Lagu sepanjang musim ke 19 ini.

    1. NAZAM BERKASIH - SYURA
    Intronya yang begitu slapstik dan 'viable' untuk lagu dalam kategori etnik kreatif. Adegan yang luak sebegini pernah kita tengok di mana menggunakan puisi kasidah tanpa muzik. kadangkala memulakan lagu dengan pantun seloka atau bersajak. Itu sudah lumrah sebagai permulaan atau membangkit rasa ghairah si pendengar.

    Serombongan 22 penari daripada Badan Kesenian Negeri Kedah pula seakan ingin mencedok tradisi showmanship Noraniza Idris tika dulu-dulu. Mungkin kerana Kak Ani adalah pelopor bagi persembahan bercorak sebegini meriah telah mengangkatnya untuk membawa pulang trofi persembahan terbaik sebanyak 3 kali berturut-turut.

    Warna asas kuning, merah dan biru diekploitasi sebaik mungkin untuk melambangkan kekuatan tema AJL. Ianya kelihatan berpadu dengan gaya lentok Syura sebagaimana bersatu padunya rakyat Malaysia menjunjung titah.

    Diiringi pula dengan alunan akordian dari Pak ngah. Beberapa pemuzik tambahan dari Pak Ngah Production juga banyak memberi impak kepada lagu ini. Syura menjelma keluar dari gendang besar bersama percikan pairo. Ini satu gimik yang cukup meriah dan meletop. Vokal Syura sekadar biasa pada telinga saya. Lenggoknya menawan namun ada tikanya Syura kelihatan mengah.

    Persembahan tetap menarik dengan tarian Jikey. Jikey merupakan salah satu elemen teater bangsawan yang dikaitkan dengan lagenda dan mitos tempatan. Pementasan cerita ini diadaptasi dengan gabungan muzik dan tarian. Selalu dijayakan oleh sekumpulan pelakon Melayu, India dan Cina.

    Setiap gerakan tarian menceritakan sesuatu. Saya perhatikan Syura cuma menari dengan tiga langkah yang menggunakan ulangan gerakan yang sama. Itupun mungkin sukar bagi orang yang tidak biasa. Tetapi, Syura yang menggunakan rambut palsu malam itu cuba berkerja keras untuk menghasilkan yang sebaik mungkin. Di hujung lagu, Syura dijulang dengan bantuan penari.

    Saya tidak mahu membahaskan tentang lirik dan melodi semua lagu yang bertanding kerana semua itu sudah jenuh disentuh dlam ulasan semi final dan ramalan. Sila rujuk kembali ulasan tersebut.

    2. TIPAH TERTIPU - RUFFEDGE
    Dimulakan dengan gimik dialog di ganggang telefon bimbit dari salah seorang daripada tiga orang Tipah. Scene ini diadaptasi dari video klip lagu. Set props yang digayakan mengingatkan saya lewehnya seperti prop sitcom Pi Mai-Pi Mai Tang Tu. Atau paling kurang nak tiru macam funkynya Saturday Nite Fever. Ternyata tidak menjadi sesuatu yang grand malah membebankan pentas. Mungkin sekadar mahu diingati elemen tulisan-tulisan anime (tertulis Dummiest?) yang menambahkan lagi betapa serabutnya pentas dan skeptikalnya barang yang tidak bermotif! Sayang sekali, penjanaan props seakan melepaskan batuk di tangga. Banyak berterabur. Seperti ada yang tidak sempurna. Leweh!

    Elemen urban yang ditampilkan sudah menjadi nyata. Kalau diberi suntikan dramatik lagi mungkin persembahan akan lebih jitu. Susunan muzik pula dibuat dengan gaya disco-retro yang menguatkan bahagian keyboardnya. Beberapa ruang dikosongkan untuk memberi lohong untuk vokal mereka agar didengari satu persatu. Jelas.

    Malang sekali, kamera banyak tersorot ke arah Cat. Mentang-mentang Cat yang mencipta lagu ini. Persembahan mereka cukup lengkap dengan tarian hip dan berattitude. Namun, karakter 'aktif' dan sporty kelima-lima anggota kumpulan yang terkenal ini tidak dilihat sedikit pun menjejaskan vokal.

    3. SEMUANYA UNTUKMU - ANUAR ZAIN
    Showmanship Anuar yang dikatakan mempunyai vokal yang meletops ini adalah antara yang saya nanti-nantikan. Kali ketiga melangkah ke pentas final. Cara Anuar ketika melaungkan Keabadian Cinta dan musim ini Semuanya Untukmu lebih kurang sama. Mungkin, bila sudah digelar balada, tiada apa mahu ditampilkan kecuali suara?

    Saya kira ramai yang mengatakan Anuar hebat malam itu. Namun, sayangnya apa yang saya rasakan harapan untuk melihat sesuatu yang fresh dari bekas pramugara ini berkecai. Ini kerana adik kepada Ziana Zain ini tidak all out pada malam itu. Vokalnya tidak dikerah untuk menunjukkan taring sebenar Anuar yang selama ini tajam menghiris. Kalau Anuar bersungguh-sungguh membawa lagu, pasti memberi momentum yang cukup cemerlang.

    Sebutan dan kelancaran vokal memang jelas tetapi mungkin kurang dari segi gaya. Ruang intro acapellanya cuma menggunakan khidmat 5 penyanyi latar dari bangsa Cina sebagai tambahan. Mana mungkin cukup. Kalau guna orang berkulit hitam atau black macam group Boys II Men ke, All 4 One ke .... seramai itu bolehlah kedengaran menjadi acapella sebenar. Untuk ruang acapella gaya 'Melayu' seharusnya menggunakan sekumpulan penyanyi koir. Atau paling tidak, panggil sahaja kumpulan VE yang katanya mempunyai irama harmoni yang power.

    Susunan semula muzik cukup teliti dan serasi direncana oleh Ramli MS. Intro gesekan biola sungguh syahdu didengar menambah rencah lagu ini. Anuar cuma berdiri dengan mic stand di tengah pentas. Orang kata, kalau buat macam tu nampak macam berkarisma, betul ke? Dengan pakaian macam konduktor orkestra rekaan dari Bill Keith tu lagi! Very the classical look!

    Lontaran vokal Anuar tidak memuaskan hati saya walaupun hebat di mata korang. Anuar tidak mengupah penari untuk memberi dan menumpukan seluruh tenaga kepada persembahan vokal. Hasilnya, tepukan peminat sebagai hadiah buat Anuar selalunya akan bergemuruh. Apa-apa pun, saat paling saya seronok ialah masa Anuar nyanyi; Semoga kau sentiasaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.............................. (tanpa iringan muzik). Terus terpaku sekalian rakyat jelata. Saya pula rasa macam khayal dan terbang ke awan putih gitu.

    4. SYAIR PESONA - SYARIFAH ZARINA
    Intro penyanyi 23 tahun ini diceduk dari persembahan sebelum ini yang pernah menampilkan pembacaan syair. Masih ingat lagi persembahan Siti Nurhaliza ketika mendendangkan lagu Balqis di AJL? Mendendangkan syair di balik tabir persis wayang kulit. Namun, ianya sesuai dengan tajuk lagu ini yang berkenaan dengan gurindam syair maka dialunkan syair.

    Usah memandang rendah kepada persembahan Sharifah Zarina Wan Hassan ini dek kerana beliau masih mentah dan albumnya pun akan katanya akan dilancarkan Mac ini. Pengalamannya menyertai pertandingan Bintang RTM pada tahun 1999 mungkin dapat mematangkan sedikit persembahan artis baru syarikat rakaman Interglobal Music ini (dulunya Ponycanyon).

    Kemudian beliau di usung keluar ke pentas. Vokalnya sedikit terketar-ketar. Mungkin mengalami darah gemuruh atau sengaja dibuat-buat. Seorang pakcik bersilat secara solo menambah ciri-ciri Melayu asli persembahan lagu ini.

    Sebagai gimik, lagu ini digubah menjadi tiga versi iaitu etnik kontemporari, keroncong dan world music menjadikan ianya satu idea kreatif. Akan tetapi ini sudah dicuba oleh Siti Nurhaliza ketika Konsert Kemuncaknya dalam lagu Aku Cinta Padamu. Penyanyi dari Sarawak ini tampil dengan baju serba kuning diraja rekaan cemerlang dari Najbz Apparel. Penggunan muzik saxofon untuk irama etnik adalah sesuatu yang baru. Satu lagi, pujian harus diberikan kepada pakcik yang gagah dan tidak letih bersilat sampai lagu ini habis.

    5. HANYA DI MATA – ERRA FAZIRA
    Orang kata, tajuk lagu boleh dibuat sebagai tema persembahan. Begitu juga dengan tema lagu ini. Penggunaan tema 'MATA' sudah jelas melambangkan keunikan tarian bagi lagu ini. Umpama serombongan zoro, kostum penari yang bertutup mata ini begitu menarik sehingga menenggelamkan gaya Erra ditengah pentas.

    Vokal Erra juga macam persembahannya di semi final. Tiada perubahan. Cuma dengan iringan muzik orkestra, lagu ini diberi sentuhan yang sederhana dengan kerancakan diselang seli bunyi trompet dan gitar untuk menambah unsur rock-country. Yang pasti Erra nampak anggun dengan gaun hijau lumut ciptaan Michael Ong. Elegan dengan bulu-bulu di bahagian dada baju dan kelihatan asyik berdansa tango dengan seorang penari lagak seorang romeo. Yusri tak marah ke?

    6. KALA HUJAN - ZAMANI
    Special effect bunyi kilat menjadi intro lagu dari bekas penyanyi Slam ini. Seperti yang dijangka, Zamani cuma duduk di kerusi memerah kehebatan vokalnya. Rileks je dia. Macam dia tahu je yang dia takkan menang atau awal-awal lagi sudah tidak mahu bersaing. Persembahan pun dipenuhi rasa inferiority complex pada saya. Keyakinan mungkin 50-50.

    Namun, vokalnya kedengaran cukup baik dari kaca tv dengan sebutan yang jelas dan nyaring. Juga tanpa penggunaan apa-apa props dan penari latarseperti Anuar. Cuma menumpukan pada gaya lenggok lagu serta karakter lagu. Sekadar mahu mengendong azimat dan amanat besar dari komposer untuk menyampaikannya dengan sehabis baik yang mungkin.

    7. HATINYA TAK TAHAN - NURANIZA IDRIS
    Semua orang memang menantikan kejutan dari 'queen of tradisional singer' ini. Kalau ingin disorot dari sejarah, persembahan Kak Ani kali ini adalah paling sederhana. Tiada gimik. Tiada pairo. Pendek kata bukan grand macam dulu. Cuma kali ini kak Ani tampil dengan gerak asas tari jawa. Itu sahaja yang menjadikan persembahan beliau cukup unik.

    Selain penampilan rambut yang ditambah ekstra dengan melukiskannya di dahi. Sekali tengok macam satu watak dari cerita Star Wars. Tarian jawa, nampak senang namun sukar dan menjadi satu cabaran fizikal dan mental bagi Kak Ani. Di samping mengendong harapan untuk melihat lagu sendiri hebat di pentas, beliau sudah tahu untuk tips dan cara untuk memikat hati juri untuk merebut persembahan terbaik.

    Untuk menari sambil menyanyi bukan halangan kerana pengalaman sudah tentu menjadi guru yang berharga buat Kak Ani. Persembahan Kak Ani lebih kepada stail straight forward. Beliau bertuah kerana katanya mudah mendapat kerjasama daripada 22 penari dari kumpulan Kesenian Negeri Pahang dan Taman Mini Melaka. Saya memuji pakaian merah jambu yang menonjolkan seni batik tajaan Nur Arfa Batik dan Busana Cinta. Jarang finalis AJL nak pakai corak batik sebegini sedangkan kalau tidak selebriti yang pakai saper yang nak pakai? Rambut pula disanggulkan kejap ke belakang macam sarang spiderman la pulak. Penampilan Mohram sebagai pemuzik tambahan memang sudah wajib untuk semua finalis kategori ini.

    8. SIMBIOSIS - ELLA
    Uh yeyeyaaa... senyum ceria Ella muncul di pentas dengan baju merah jambunya dan berseluar polos. Persembahan Ella nampak tidak bersungguh-sungguh dan terlalu bersahaja. Sempoi dan tidak berhati-hati. Ini mengingatkan saya kepada penyertaannya kali terakhir Ella ketika Juara Lagu 1992 untuk lagu Sepi Sekuntum Mawar Merah.

    Susah untuk saya melihat perubahan persembahan dari Ella. Cuma yang unik dan lain sikit mungkin dengan kemunculan Man Kidai mengingatkan saya saat pemain gitar handalan ini dijemput untuk kejutan Linda di AF2. Situasi bertambah celaru apabila Ella silap dan lambat masuk melontarkan suara ketika ghairah memperkenalkan Man Kidai pada khalayak. Tanpa kawalan dan professional, Ella mungkin terjerumus dalam rasa syok sendiri!

    9. MENGAPA HARUS CINTA - VINCE
    Kehadiran Vince di pentas AJL memang dialu-alukan. Ini membuktikan pada khalayak yang kemampuan seorang bintang yang lahir dari rancangan realiti tv dapat menggamit semangat untuk terus berjaya dalam berkarya.

    Persembahan Vince seakan terselindung cerita di sebalik lagu ini. Dia semacam mahu menceritakan kisahnya. Ditambah dengan elemen nostalgik dari foto-foto musim kanak-kanak hingga remajanya yang ditayang pada skrin. Inilah yang beliau katakan bikin suprise tu. Lagu ini mengabadikan perjalanan kisah seorang yang bernama kekasih dan dikecewakan serta ditinggalkan. Cara penyampaian Vince penuh dengan emosi dan menyentuh hati. Kawalan vokal cukup memuaskan hati.

    Dengan mengenakan suit kot serba putih dan gaya rambut Hong Kongnya persis seorang penyanyi dari sana pula. Tapi housemate saya kata Vince nampak lebih childish dan baby face dengan gaya rambut macam tu. Betul ke?

    Tanpa kehadiran penari, mesej lagu begitu kuat disampaikan dengan bahasa badan Vince yang mengikut rentak emosi lagu. Sehingga Vince terduduk berlutut di tengah pentas. Vokalnya pula banyak dikerah mengimplikasi kekuatan falsettonya.

    10. ERTI HIDUP – DAYANG NURFAIZAH
    Saya terkejut dengan penampilan anggun dari Dayang dengan busana Indianya. Sebijik macam Kajol! Hehehe... tak lah tapi memang betul tema Dayang yang lain dari yang ini cukup mengkagumkan saya. Pakaian Devdas ala Bollywood yang direka oleh Caaz Bangsar ini banyak memberi impak pada penonton sendiri.

    Permulaan baik ketika Dayang muncul di pentas dalam remang cahaya kebiruan. Juga menggunakan khidmat bantuan dari Mohram. Sentuhan kreatif penari yang membawa jaringan lilin semacam ada pesta cahaya menyambut deepavali lagaknya. Elemen tema api dibawa dengan cukup bersopan dari Dayang.

    Lagu Erti Hidup, sebagaimana yang kita tahu, ianya membawa maksud yang cukup mendalam dalam aspek kemanusiaan dan kemasyarakatan. Dalam persembahan ini, hidup digambarkan seperti api. Punya sifat kasih serta meradang. Punya sifat patriotik yang sayangkan negara. Api diumpamakan obor semangat yang terus hidup sampai bila-bila kecuali ia dipadamkan atau dimatikan. Api juga diumpamakan sebagai satu pengorbanan di mana kita sebagai warga negara harus berkorban apa sahaja untuk menerangi hidup orang lain. Bukan ini sudah sampai mesejnya kepada penonton?

    Dari segi vokal pula, tidak dapat saya sangkal lagi Dayang cukup memberi momentum yang terbaik. Cemerlang! Lenggok R&B tidak mengurangkan gaya seni irama etnik ini. Bahkan kini, saya fikir Dayang seharusnya melakukan anjakan pradigma dengan menghasilkan album irama Malaysia sepenuhnya. Ini kerana Dayang mempunyai variasi selera rakyat Malaysia yang inginkan kelainan.

    Dayang pandai menggunakan kelebihannya berhubung dengan penari. Bagi gadis Sarawak ini, kehadiran penari penting untuk menceritakan mesej lagu ini. Dayang juga turut gian sama menari. Pengawalan suara serentak dengan kawalan pentas menjadikan Dayang nampak sempurna di kaca tv. Syabas Dayang!

    11. RELAKU KU PUJUK – SPIDER
    Sekadar menggunakan props dari himpunan lilin-lilin yang diletakkan secara rawak mengelilingi pentas bulat. Itu sahaja. Persembahan Tam dan anggota kumpulan 'lelabah' ini sekadar biasa sebagaimana yang saya lihat di persembahannya sebelum ini. Vokal Tam dilontar secara bersahaja sambil bermain gitar.

    Yang menjadikan lagu ini sebagai lagu porte AJL sehingga layak ke final adalah kerana melodi serta liriknya yang cukup cemerlang. Tambahan pula kehadiran Spider di AJL mewakili satu-satunya band muzik berkumpulan. Sudah tentu tanggungjawab sebagai komposer dan harapan penulis lirik dibawa bersama sebagai satu azimat. Saya cukup santai melihat persembahan dari kumpulan ini. Itu sahaja.

    12. PULANGKAN - MISHA OMAR
    Seram.... memang seram sampai meremang bulu tengkuk! Tetapi bila ingat balik memang rasa kelakar. Tidak terlintas Misha akan berpakaian pontianak ketika intronya. Keseluruhan ttema lagu ini diangkat dari filem Pontianak harum Sundal Malam. Intronya sahaja sudah cukup membayangkan tema keseluruhan. Seorang penari aka pelakon pontianak tambahan yang memakai jubah putih berlari-larian seperti mengejar sesuatu atau mungkin mencari darah.

    Penataan cahaya juga memainkan peranan penting dalam memberikan efek seram di mana cahaya merah disuluh ke wajah pontianak dari arah bawah. Memang cukup menyeramkan. Akan tetapi kemunculan Misha dengan kostum pontianak pada permulaan itu agak tidak sesuai walaupun saya tahu Misha ingin menjadi juga pontianak yang bertaring.

    Vokal bisikan Misha memang menambahkan lagi kekuatan elemen tragis pada tema lagu ini. Sememangnya kita sudah maklum, Misha terkenal dengan gerak ‘tangan terangkat’, jemari-jemari bergedik-gedik, kaki yang terhentak-hentak ke lantai dan pandai membawa ekspresi wajah yang terkandung pelbagai emosi, sungguh menakjubkan. Penuh dengan emosi. Geram, marah, sayu, sedih, pilu, gembira tersimpul rapi dalam aura kehebatan gadis dari Kelantan ini. Paling dahsyat Misha menghentak-hentak kaki ke lantai beberapa kali ketika korus persis orang yang geram dan marah. Rasa kelakar juga masa tu. Macam orang nak start motor pun ada.

    Kata Misha, segala emosi yang ditunjukkan itu datang sendiri tanpa dirancang kerana jiwa dan raga tertumpu dan berpusat pada penjiwaan lagu. Kali pertama, Izad Izuddin muncul di khalayak pentas AJL walaupun berdiri di belakang tabir. Tujuannya untuk menimbulkan misteri. Sepatutnya tidak payah disembunyikan Izad di balik tabir. Sekali tengok bayangannya merupai Khai AF1. Keseluruhan vokal Misha boleh saya katakan DRAMATIK+SUPERB+CEMERLANG=lepas ni ramai la yang tawar show yang grand-grang termasuk tawaran berlakon. Murah rezeki Misha!

    SEGMEN INTERLUD: KURANG MANTAP
    Segmen interlud menampilkan lima penyanyi popular yang diundang khas membawakan lagu bertemakan alam. Kemunculan Ning Baizura dengan lagu Siti Nurhaliza berjudul Kedamaian memang mendapat tepukan. Saya pun tidak tahu kenapa AJL19 ini banyak menyebut dan mengulang-ulang nama Siti Nurhaliza. Dan untuk interlud ini, lagu bekas peserta Juara Lagu juga dialunkan.

    Kemunculan Amy Mastura yang sedang hamil dengan lagu Khatulistiwa tidak menjadi sehebat mana kerana tidak berjaya membawa lagu tersebut dengan baik sebagaimana asal. Lagu keroncong Indahnya Alam dendangan Ezad Exists dikatakan tidak sesuai untuk didendangkan oleh penyanyi lelaki. Gara-gara ingin membawa kelainan, vokal Ezad tidak sesuai untuk lagu sebegini.

    Tampil serba putih, Rem mengalunkan lagu Nusantara Iklim Tropika bertempo pop rock. Akhir sekali, lagu Gaia dari Zainal Abidin mengakhiri segmen selama 20 minit ini. Gaia satu lagu bermutu kuat dengan wawasan untuk warisan di dunia. Sebagai penamat lagu persembahan interlud, kesemua penyanyi masuk semula ke pentas mengalunnya bersama-sama.

    Kemudian, sesuai dengan mesej lagu-lagu dalam segmen interlud, dibawa masuk pula wajah Karam Singh Walia, seorang ikon wartawan yang banyak memperjuangkan penjagaaan dan pemuliharaan alam. Samada relevan atau tidak, ini adalah satu cara memberi pengajaran serta mesej berguna kepada masyarakat betapa pentingnya menjaga ekosistem alam kerana kita dengan alam umpama aur dengan tebing. Saling perlu dan memerlukan dan berkait rapat antara satu dengan yang lain. Ibarat kata Karam Singh, kebersihan adalah tanggungjawab yang perlu dipikul bersama... ibarat pokok teguh kerana akar, teguh akar kerana tanah.

    DAN PEMENANGNYA ADALAH....
  • Juara Lagu: Relaku Pujuk (Spider)
  • Kategori Balada: Pulangkan (Misha Omar)
  • Kategori Pop Rock: Relaku Pujuk (Spider)
  • Kategori Etnik Kreatif: Erti Hidup (Dayang)
  • Persembahan Terbaik: Noraniza Idris
  • Persembahan Vokal Terbaik: Misha Omar

    PENUTUP
    Persembahan AJL kali ini diselaputi mendung kemurungan. Saya tidak tahu mengapa. Kebanyakan finalis tidak all out dan tidak menunjukkan kesungguhan. Mereka bukan sahaja nampak kurang persediaan malah tiada perancangan serta kurang mengambil penasihat imej atau penata gaya persembahan. Gimik pula tiada originaliti dan slapstik. Banyak elemen ditiru bulat-bulat dari persembahan sebelum ini. Kebanyakkan finalis juga tidak pandai untuk fokus dan mendekatkan diri dengan penonton di rumah kerana tidak melihat kamera.

    TOP 12 PERSEMBAHAN TERBAIK PADA SAYA:-
    1. PULANGKAN - MISHA OMAR
    2. ERTI HIDUP - DAYANG NURFAIZAH
    3. HATINYA TAK TAHAN - NORANIZA IDRIS
    4. SEMUANYA UNTUKMU -ANUAR ZAIN
    5. NAZAM BERKASIH - SYURA
    6. RELAKU KU PUJUK- SPIDER
    7. MENGAPA HARUS CINTA - VINCE
    8. SYAIR PESONA - SYARIFAH ZARINA
    9. TIPAH TERTIPU – RUFFEDGE
    10. HANYA DI MATA – ERRA FAZIRA
    11. KALA HUJAN - ZAMANI
    12. SIMBIOSIS - ELLA




leo
March 15, 2006   08:46 PM PST
 
bg komen cam pro je...but i think quite emosional la....do better next time ha......
Tycorius
February 1, 2006   10:54 AM PST
 
Penari-penari Kak Ani tak berkemban macam dalam video klip lagu Hatinya Tak Tahan, pasal tu tak menang kategori Pop Etnik!
X cukup seksi!
Lain kali berkemban je...
addy
November 11, 2005   03:04 PM PST
 
ape pon aku tetap rindu kat siti nurhaliza dalam juara lagu...walaupun skang dia nak rest kejap dari masuk ajl...pape pon ajl 19 memang best..walaupun ade sket masalah but still the best tv show off the year...
Robby
March 16, 2005   03:19 PM PST
 
apa2 pun...persembahan noraniza idris memang yang terbaik pernah dia persembahkan... sederhana tetapi memikat..... kali ini dia tak banyak nak ciplak idea yang lepas2.... so.... kenapa tak de org pulak nak hentam si syura tu walaupun bawak ramai penari ??? dudlu bukan main lagi kalau kak Ani buat persembahan mesti kena hentam sebb tak suka ramai penari.....

so kenapa sekarang org senyap je... ?
fitri
February 13, 2005   04:46 PM PST
 
SUKA GAK PERSEMBAHAN MISHA BUT OVER SIKIT {tapi misha cakap,hentakan kaki terjadi tanpa dirancang} so blh terimakeeee....BOLEHLA,,,,,, BUT SPIDER MEMENG BEST
aaaaaa
February 8, 2005   01:35 PM PST
 
saye rase persembahan terbaik ade diantara noraniza idris,syura dan erra fazira .tapi saye lagi suka dengan persembahan syura daripada noraniza idris

tapi markah persembahan noraniza iris cuma lebih 2 mata daripada syura yg mendapat markah kedua tertinggi selepas noraniza idris.apa-apa pun tahniah kepad asyura kerana berjaya memberi persembahna mantap
bosan
February 6, 2005   01:17 AM PST
 
tah ape ape ntah....misha cam sakit betis jek..over...camne bleh menang..aaahhhhh..bosan
kretortd
January 22, 2005   08:45 AM PST
 
yeahh .. satu lagi ulasan utk dibaca .. slps baca beberapa ulasan of AJL , dptlah disimpulkn bhw manusia mmg mempunyai pelbagai citarase .. ehhehheh ..

walaupun tak tgk persembahan live, and cume dgr melalui radio , kite rase Vince sgt la best (tp bab tarik nafas mmg ketara la! ...) dan Dayang gak!

sayang , Vince tak menang , MHC mmg satu lagu balada yg sangat laa sedap :D one of my fav. Anuar , mmg tk all out sgt.

Spider, menang Pop Rock , mmg dah jangka. Melodi yg simple , lirik yg sederhana ..tp kesannye , mmg meng'hantui' kite !!

pape pun.. congrats to all and malique , salam aidiladha ! :D
TotallyJac
January 19, 2005   04:57 PM PST
 
yaaaaa....syabas misha..ajl 20 tunggu jac plak.harap2 dia dapat dicalonkan and masuk final...pleaseeeee..
adi
January 19, 2005   12:06 PM PST
 
tahun kurang grand skit mungkin menghormati tragedi Tsunami..agaknya la..tapi keputusan mlm tersebut memang puas hati la..walaupun jangkaan juara lagu meleset skit...tapi sekurang-kurangnya misha n pulangkan tidak pulang ngan tangan kosong...geram pun ada tgk misha hentak2 kaki tu nak ikut sekali hentak..hehehehe..misha malam tu memang layak dpt vokal terbaik kerana walaupun berlari2 menghentak kaki namun kawaln vokal tetap maintain..syabas misha dan pemenang lain..tahun depan nak tgk JAC plak masuk final..lagu gemilang pasti best..dengan iringan koir..fuhhh...kita tunggu dan lihat
isaac
January 19, 2005   09:39 AM PST
 
ini kali ketiga anuar zain ke juara lagu, bukan kedua. pertama kali melalui lagu bila resah, tahun 1998.

rasanyer tanpa gimik atau props yg berlebihan, persembahan noraniza idris lebih kemas and stylish. ada class sikit dari yang dulu.
Niva
January 19, 2005   01:07 AM PST
 

Can you change Neg** into Black. Its pretty insulting. Thanks.

Very much appreciated.
|

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments








Previous Entry
HOME
Next Entry

Search celebrity, news, money?


Web budiey.blogdrive.com

My Sponsors



My Readers





Notification

If you want to be updated on this weblog Enter your email here:






concept

More me:
  • Sensasi Selebriti
  • Photo Blog
  • Tips Lifestyle
  • Archieves
  • Money Blog

    Concept:
  • Entertainment Blog
  • Celebrities News
  • Gossips
  • Theater
  • Photo Events

    Version:
  • 2.0

    Official published:
  • 27 Jan 2004

    Best viewer:

    Internet Explorer
    1024 X 768



  • profile

    My stats
  • Malay
  • 179 cm
  • 75 kg
  • 1 Ogos 1976
  • Sentul Perdana
  • Kuala Lumpur
  • Penulis blog

    My Hobby
  • Watching TV
  • Reading
  • Surfing Internet
  • Writing
  • Travelling
  • Chatting
  • Teater
  • Music
  • Work out
  • Blogging
  • Hugging!

    My Colour
  • Maroon
  • Green
  • White

    My Gadget
  • HP Pavillion dv6000
  • Nokia Xpress Music
  • Camera Nikon D40
  • iPod 30GB

    My Hung Up
  • California Fitness
  • Pavilion
  • Coffee Bean
  • Dome
  • Secrets Recipes
  • Nandos

    My Place
  • Suria KLCC
  • Masjid Jamek
  • MidValley
  • Bukit Bintang
  • Istana Budaya
  • The Actors Studio
  • Rapid KL

    My Must See
  • Buletin Utama
  • American Idol
  • Extreem Makeover
  • Lost
  • Beat TV
  • Muzikdiria
  • CSI
  • Siri 24
  • Fear Factor
  • Survivor
  • The Apprentice
  • The Amazing Race
  • Oprah Winfrey
  • Trek Selebriti
  • Iklan!

    My Fav Radio
  • Hot.fm
  • Era.fm
  • Thr.fm
  • Hitz.fm
  • X-fresh

    My Fav Deejay
  • Farah Fauzana
  • Faizal Ismail
  • Nana

    My Hos
  • Fedtri Yahya
  • Nizal Mohammad
  • Karam Singh Walia

    My Fav Reporter
  • Farihad Shalla
  • Zubir
  • Zul Husni
  • Haswari

    My Lagenda
  • Dr. Usman Awang
  • P. Ramlee

    My Fav Film
  • Superman
  • Spiderman
  • Scream
  • Red Eye
  • The Shutter

    My Fav Singer
  • Sheila Majid
  • Jacklyn Victor
  • La Luna
  • Amr Diab
  • Nancy Ajram
  • Mike Indon Idol
  • Too Phat
  • Anuar Zain
  • Siti Nurhaliza
  • Dayang Nurfaizah
  • Rossa
  • Ning Baizura
  • Gareth Gates
  • Guy Sebastian
  • Linkin Park
  • Mawi AF3

    My Fav Actor
  • Afdlin Shauki
  • Saiful Apek
  • Ako Mustapha
  • Kiefer Sutherland
  • Tom Hank

    My Fav Actress
  • Maya Karin
  • Sofia Jane
  • Nasha Aziz
  • Cameron Diaz
  • Drew Barrymore



  • stats






    credits

    Blogdrive