[---~*Enter-tainment Blog*~---]
Firefox NEW Firefox 2.0 released!



Previous Entry
REFRESH THIS BLOG
Next Entry

Time to move on



My blog has been revamped into the fresher, snazzier 'Sensasi Selebriti'.

You are cordially invited to grace your presence at the new blog. Click here


www.budiey.com






Monday, January 17, 2005

    ULASAN ANUGERAH JUARA LAGU 19: PART 1


    INTRO: SITI, SERI AJL DAN IKEA,
    Tahun ini, saya sekadar menonton AJL19 di kaca televisyen. Rasa 'kaku', malas dan langsung 'tidak teruja' untuk ke Stadium Putra menyaksikan sendiri bahang AJL berasap. Malah, rasa terkilan untuk tidak ke sana sedikit pun tidak terasa. Ramai pembaca mengatakan saya tidak ke sana kerana tiadanya penyertaan dari Siti Nurhaliza. (Eh! Korang ingat Malique ni peminat Siti ke? Takde jugak... minat gitu-gitu je...) Ada pula menuduh kita sengkek 'kupit' kerana tiket AJL kali ini adalah yang termahal pernah dijual dalam sejarah iaitu RM32 dan RM52. Semua itu tak betul!

    Ada atau tiadanya Siti rasanya bukan alasan saya tidak ke sana. Mungkin ini adalah tahun pertama Siti Nurhaliza tidak muncul di AJL, jadinya terasalah sedikit semacam pentas kurang berseri. Tunggulah nanti selepas dua atau tiga tahun rasa 'kebas' itu akan hilang juga. Atau lambat laun, Siti akhirnya terbuka hati untuk masuk bertanding semula. Mana tahu kan? Macam Sheila Majid dan KRU memang mereka tak nak masuk dah! Bagi depa tu apa kelas sangat Juara Lagu?

    Petang Ahad, seperti tahun lepas, saya pasti akan ke IKEA untuk membeli perabut. Seolah menjadi badi pada hari AJL berlangsung saya akan menukar perabut di rumah dengan mengunjungi IKEA di Damansara tu. Ish... apa kena mengena dengan IKEA dan AJL? Dah melencong tajuk nih. Ok, kita pergi satu persatu....ok? Saya meminta maaf kerana terpaksa membelah tulisan meleret saya ini kepada dua bahagian.

    KONTROVERSI DAN DERITA TSUNAMI
    Ada juga suara-suara yang tidak senang hati sebab tarikh AJL19 tidak ditunda berikutan kesan jeritan dan tangisan bencana ombak besar tsunami masih lagi terngiang-ngiang. Traumanya bukan sebarangan. Ianya sungguh menakutkan serta menginsafkan sekalian yang ada. Pun begitu TV3 masih berdegil memasang pentas merancang segalanya.

    Di sebalik isu remeh temeh ini dipertikaikan, mereka yang tidak senang hati dan tidak selesa itu mungkin didalangi atau sedikit tidak peka. Mungkin, mata hati 'mereka' dibutakan dalam terangnya cahaya kerana peristiwa yang meragut hampir 70 nyawa di negara ini sebenarnya telah membuka pintu TV3 untuk mengumpul derma bagi tabung tsunami. Kita sedia maklum, hasil dari penjualan tiket AJL19 akan dihulurkan kepada mangsa tsunami dan ini tidak disia-siakan. Bukan berniat untuk songsangkan keadaan tetapi sesuatu perkara perlu dirancang secara terperinci. Apa motif dan tujuan sebenar. Kata orang, biarkan tepung tak berselerak sangat dan rambut pula tidak terputus terus. Sekurang-kurangnya, ada motif atau alasan teguh untuk menyatakan sokongan padu dari rakyat Malaysia yang prihatin terhadap apa yang menimpa mangsa.

    Bagi saya, rasa sedikit terkilan juga kerana Januari masih lagi dipenuhi dengan macam-macam aktiviti dunia hiburan. Jangan pula terlalu padat. Tetapi kalau AJL dilanjutkan ke bulan Februari sudah tentu bahannya akan lunyai dan basi.

    KE MANA ARAH AJL?
    Saya berpandangan positif bahawa AJL bukan sekadar satu pertandingan bagi mengangkat darjat lagu 'Melayu' ke taraf gerbang antarabangsa, malah disamping mengiktiraf bakat dan memartabatkan seni musik tanahair, AJL dilihat sebagai satu medan pencetus motivasi kepada komposer Malaysia untuk melahirkan lagu yang terhebat dari masa ke semasa. Satu gelanggang di mana kita dapat mengukur kualiti dan originaliti sesebuah lagu. Pujian harus diberikan kepada TV3 atas usaha murni mengekalkan konsisten penganjuran selama 19 tahun. Tahniah buat TV3. 19 tahun...satu jangka masa yang agak lama sehingga jelas kini sejarah membuktikan AJL mencapai ke tahap yang boleh dibanggakan. Namun, jika dilihat di manakah tahap bahtera muzik kita berada sekarang, ianya tampak masih jauh seakan hilang panduan. Persoalan, kemana hala tuju destinasinya? dan apakah dagangannya benar-benar laris?

    Satu perkara yang sukar adalah untuk mengubah persepsi masyarakat yang terlalu kolot dengan AJL di mana mereka dibenteng oleh dinding dominasi penyanyi sesebuah lagu. Sedangkan, komposer dan penulis lirik kelihatan karam dan tenggelam di tengah hiruk pikuk ombak besar si penyanyi melanda pentas.

    KONSEP TEMA PENTAS
    Di kaca TV, pentas dipamerkan tidak terlalu terperinci sehingga sukar untuk mengatakan yang pembuatannya hebat atau sebaliknya. Sorotan kamera juga agak tidak menyeluruh. Membuatkan saya sukar mentafsir. Mungkin anda yang berada di stadium pada malam itu lebih arif dengan keadaan pentas. Saya sempat tengok ada dua menara tinggi, skrin berbentuk sfera, dan ada tangga serta ada pentas utama berbentuk bulat berwarna merah terang.

    Bertepatan dengan tema, 'Simfoni Alam Sejuta Ilham' bagi saya mempunyai maksud yang mendalam. Kalau diperhatikan pada erti zahir sudah tentu maksudnya tidak lebih dari irama transisi dan evolusi alam semesta sebagai sumber pemberian tuhan merupakan pencetus idea kepada komposer dan penulis lirik untuk menghasilkan karya dan lagu. Maka, walhasilnya kita dapati terdapat banyak bahasa alam dan metafora seperti awan, bayu, hujan, gunung dan sebagainya di dalam lagu kita. Ianya satu perlambangan atau simbolik untuk menggambarkan perasaan dan juga mesej sesebuah karya. Penggunaan bahasa alam dilihatkan sebagai penyeri dan penyedap kata sesebuah lagu. Kalau tiada benda tu semua, lagu menjadi seperti mee maggi tanpa perencahnya.

    Namun, bagi saya tema AJL kali ini bersesuaian dengan situasi semasa. Bumi yang kita diami sudah menjadi 'marah' dengan perbuatan manusia itu sendiri. Akal yang dikurniakan tuhan digunakan sesedap hati. Bukan untuk menyelamatkan bumi yang semakin tua malah semakin membebankan dan mengeruhkan keadaan. Apabila terjadi demikian, bumi mengamuk. Maka, bumi bergempa, koncangnya merampas jutaan nyawa. Moral of the story: Jangan cuba buat bumi jadi marah!

    Sumber alam dan isinya mempunyai peranan dalam mencorak warna-warni kehidupan. Ianya menjadi sumber rezeki untuk manusia terus bernafas. Jadi, pendek kata alam dikatakan memberi faedah dan juga musibah. Segalanya termaktub dalam peraturan alam yang direncanakan oleh tuhan semenjak azali lagi.

    Kita lihat sumber tanah boleh membuat manusia kaya raya dengan mengaut keuntungan dengan bercucuk tanam. Sebaliknya, ada insan di sesetengah menderita dek dilanda gempa bumi yang terhasil dari gegaran serta geseran kerak bumi. Kita lihat sendiri air yang kita minum seharian dan lautan luas tempat nelayan menangkap ikan kemudian pulang dengan hasil yang lumayan. Sebaliknya, pelbagai bencana alam boleh membawa keburukan kepada manusia. Tanpa mengira masa dan tempat, musibah boleh melanda tanpa diduga.

    Seperti juga dengan api, bila kecil dialah kawan dan bila besar dia bertukar menjadi lawan. Elemen angin yang membawa damai dan ketenangan dengan bayu sepoi-sepoi bahasa boleh bertukar menjadi puting beliung memusnahkan harta benda. Sebagaimana yang diperkatakan dan diperdebatkan oleh kedua-dua pengacara, semua elemen ini umpama peneraju utama dalam kehidupan sehingga sesetengah bangsa cukup taksub dengan elemen api, air, tanah dan angin ini. Kuat sungguh pengaruh!

    PEMUZIK, GANJARAN DAN PENAJA
    Kesemua finalis diiringi oleh 28 pemuzik profesional di bawah pimpinan, Ramli MS. Komposer dan pengetua AF2 ini sudah sinonim dengan menjadi konduktor AJL. Saya cukup mengemari muzik orkestra yang ditampilkan dalam AJL. Kebanyakan lagu yang bertanding akan disusun kembali untuk memperkemaskan gaya muzik. Struktur ton menjadi lebih indah dan bervariasi. Sekilas mencabar si tukang nyanyi untuk menukar lenggok dengan cara terbaik. Pernah sekali, Juara Lagu tidak diiringi dengan pemuzik dan menggunakan minus one. Kuno! Nasib baik ianya tidak berpanjangan. Kalau tidak habislah kita dikatakan pernah menganjurkan pertandingan karaoke!

    Sebagai mencetus rasa teruja, AJL menawarkan hadiah utama iaitu trofi dan wang tunai RM25,000, manakala juara bagi setiap kategori bakal menerima trofi dan wang tunai RM12,000. Anugerah Persembahan Terbaik dan Anugerah Vokal Terbaik yang menawarkan trofi dan wang tunai RM10,000. Cukup lumayan namun rasanya tidak berbaloi sekiranya finalis membawa serombongan penari kerana terpaksa menanggung kos 'penyelenggaraan yang tinggi'.

    Penaja utama, Loreal Paris dengan tagline 'Kerana Dirimu Begitu Berharga' tidak henti dilaung-laungkan oleh pengacara. Persembahan montaj AJL pula cukup sederhana dan ceria. Persembahan dimulakan dengan sebuah tari sketsa yang asyik. Intro dengan bunyi bisikan angin yang bertiup diiringi tiupan seruling oleh 'Mohram'. Muzik agak unik dengan gabungan muzik india dan kontemporari. Gambaran bayu dan pukulan ombak di pantai dengan melintuk-lintuk kain yang dikibar. Gubahan muzik nusantara yang menyatukan kesemua jenis alat muzik melayu seperti rebab, gong, gendang dan gamelan dipamerkan dengan cukup rencahnya.

    Ditambah dengan suara latar yang memukau dan lengkap dengan penari yang bertanjak. Penuh tradisi keMalaysiaan kerana kesatuan antara kaum beritma bangsa. Inilah muzik yang menyatukan bangsa namanya. Lagipun, pentas penuh dengan warna warni dan ceria.

    Kali ini tidak ada lagi penyanyi jemputan yang menyanyikan semua lagu finalis. Kalau tahun lalu kita ada Adibah dan Dayang tetapi tahun ini gimik sebegini tidak diteruskan. Kenapa tidak diteruskan sebab ramai yang suka gimik sebegini. Sebaliknya, metod Finalis dan komposer diperkenalkan dengan hanya dijemput muncul di pentas atas dan turun melalui tangga bawah. ianya diiringi muzik instrumental lagu yang bertanding.

    SARIMAH OVER+NAJIB PROFESIONAL+CHERYL CHICKY=?
    Cheryl Samad, Sarimah Ibrahim dan Najib Ali yang diberi tanggungjawab oleh stesen televisyen berkenaan untuk mewarnai kemeriahan AJL19. Masing-masing sudah ditetapkan peranan sendiri dalam AJL19. Cheryl Samad lebih berperanan mendekatkan penonton dengan finalis di belakang pentas; turut merasai getaran dan debaran. Manakala Sarimah dan Najib bertanggungjawab dalam aturcara dan menghiburkan penonton dengan jenaka dan lelucon yang terlampau. Sekilas saya teringat kehebatan Juara Lagu 93 yang dikendalikan tiga pengacara terkemuka iaitu Aznil Nawawi, Fauziah Datuk Ahmad Daud dan Azwan Ali. Kalau nak dibandingkan dengan gandingan mereka berdua, jauh pulut panggang dari api! Terus terang, saya lebih suka Aznil atau Ogy daripada Najib dan Sarimah.

    Saya bersetuju dengan pendapat segelintir pemerhati seni yang mendakwa TV3 membelakangkan bakat pengacara tempatan berkaliber untuk mengendalikan acara berprestij seperti AJL19. Bagi saya, pemilihan pengacara kali ini tidak berapa tepat dan betul walaupun gandingan mereka berdua sikit ada chemistry. Dua-dua ada karakter 'gila-gila'.

    Saya sudah lama tidak menggemari metod dan gaya Sarimah dan Najib Ali. Permulaan bicara, Sarimah yang mengenakan gaun hijau muda dan merah jambu berlabuci dan ada ekor macam ikan duyung memang nampak anggun tetapi kadangkala sifat gadis kacukan Melayu dan Irish ini keterlaluan. Membuat saya meluat! Semakin lama semakin menjadi-jadi. Lawak kentut' yang berbau lucah sedikit mendukacitakan kerana ianya tidak lawak langsung. Berapa kerat sangat penonton yang ketawa. Menjelekkan kerana ada satu masa, perkataan 'Cis!' terlepas dari mulut artis yang macam bertih jagung dan juga tengah panas dengan cerita tatunya. Gaya meniru gaya kuda juga semacam slapstik! Kemudian, ada pulak 'gurauan' Sarimah yang membuat gambaran macamana rupa anak beliau sekiranya dia berkahwin dengan Vince. 'Adakah macam Apek Senario?' Masa tu, apa yang korang rasa dan persepsi anda kat Sarimah? Di samping itu ada beberapa perkataan yang tidak sesuai dan relevan digunakan kerana rancangan ini ditonton oleh semua peringkat umur. Khususnya, tidak elok untuk ditunjukkan kepada kanak-kanak.

    Najib Ali tampil dengan suit gelap seakan baju cina. Identiti dan imejnya memang terserlah dengan kaca mata hitam besar. Keistimewaan pengacara dan kareografer dari Singapura ini, beliau begitu pandai menarik perhatian audien dengan sebutan yang amat jelas dan keluar pun satu persatu. Skrip mudah difahami dan mereka berdua nampak sangat bergantung pada skrip. Tiada buah idea spontan dan semuanya nampak macam dirancang. Kalau begini caranya, mampukah ianya meninggalkan kesan mendalam kepada penonton? Najib sila jawab!

    Majlis turut diserikan dengan kehadiran tetamu jemputan iaitu Yang berbahagia, Datin Sri Endon Mahmod (duduk sebelah orang kuat TV3). Suasana Stadium Tertutup Bukit Jalil terdiam seketika apabila pengacara mengajak penonton berdiri dan bertafakur sejenak mengingati mangsa tsunami yg melanda Asia. Serentak dengan itu, dipaparkan video klip finalis yang turun padang ke kem sementara di Kuala Muda semasa sesi road show AJL baru-baru ini. Satu usaha murni untuk mendekatkan artis dengan mangsa serta melihat sendiri kesan tragedi. Sungguh menyayat hati!

    Selain pengiraan markah dari juri, undian SMS dibuka untuk mencari persembahan terbaik. Juri profesional pada malam itu antaranya, Lokman S (penulis lirik), Ooi Eow Jin, Amran Omar, Aubrey Suwito, Sheila Majid, Suhaimi Jasi (juri dari Singapura), Lim Swee Tin, Dato Yusni Hamid dan Farihin Abdul Fatah sebagai Ketua Juri.

    p/s: Ulasan akan bersambung di part 2 yang mengutarakan komentar persembahan finalis. Nantikan dalam masa yang terdekat. Terima kasih.




FreeMan
January 16, 2007   01:05 PM PST
 
Tak pe la. Gua tak kesah sangat sbb dey all menag ke kalah ke bukan dapat kat kite.. kita just minat.
fitri
February 13, 2005   04:23 PM PST
 
aku tak puas hati betul la dgn CIK MALIQUE ni, aku rasa dia ni PEMINAT NO 1 SITI tapi tak nak ngaku.sikit2 puji ct artis lain habis dikutuk.sy not anti CT BUT ANTI DGN PERCAKAPAN MALIQUE..APE YG SAYE TGK D AJL TAK BORING,TERHIBUR TGK PERSEMBAHAN ARTIS..TAHNIAH FOR TAM,MISHA & PEMENANG LAIN..
sutra
January 27, 2005   04:57 PM PST
 
pastinya ada yg tak puas hati..tapi pada malam tu kita dapat lihat banyak muka2 baru...harap2 jadilah pelapis dgn gaya tersendiri...kak ani, u memang ratu..segala usaha dan perjuangan dapat dilihat di atas pentas malam tu..teruskan menghasilkan lagu2 'kampung' yang bertaraf antarabangsa..
Diana
January 18, 2005   06:18 PM PST
 
saya tgk Najib dan sarimah mcm ber'gaduh' daripada mengacara kan majlis tu..
budakbasah
January 18, 2005   10:55 AM PST
 
a'kum malique, sory ye aku cuma sekadar ingin berkongsi dengan pembaca2 blog yg lain tentang AL ini. Pada pendapat aku AJL kali ni mmg gempak cuma agak sedih bilamana sebelum pertandingan diteruskan kita terutamanya penonton dipentas telah diajak bersama untuk bertafakur dan boleh dikira membuka majlis itu dengan bacaan al-Fatihah. Pada aku yang tidak seberapa tinggi ilmu agamanya ini, bacaan tersebut amat tidak bersesuaian sekali.
fedtri
January 17, 2005   07:40 PM PST
 
rindu penampilan OGY di juara lagu tp sy sgt suka penampilan dan konsep juara lagu 1999. normala samsudin dan kelvin org memberikan prestij pd program..
lintasan
January 17, 2005   05:50 PM PST
 
Memang betul rata2 masyarakat masih memandang AJL sebagai medan artis dan bukan medan lagu. Yg turut terlibat terjadinya begini - media. Diaorg pun lebih2kan menonjol artis dr komposer. Asyik membanding2kan artis ni artis tu sedangkan komposer tu yg patut diketengahkan. Sampai ada artis bercakap mcm lagu tu dia yg cipta - kes terlebih artis dr komposer. Saya masih ingat satu artikel yg mengatakan Vince hebat dapat mengalahkan artis2 senior yg lain sehingga melayakkan diri ke final. Vince kedepan bukan pasal dia tu Vince tp lagunya. Semakin hari semakin hampir AJL, promosi artis ni artis tu semakin hebat. Komposer dan penulis lirik tenggelam - patutnya diaorg nilah yg jadi gambar muka depan majalah. Media yg banyak mengajar persepsi masyarakat pasal AJL. Memang betullah ada yg sebut2 komposer tp tak sebanyak cerita artis yg bertanding. Nasib baiklah ada beberapa kerat artis yg menyanyi lagu ciptaan sendiri. Jadi, secara tak langsung, mempromosi dirinya sebagai komposer.

lela
January 17, 2005   05:02 PM PST
 
i suka sarimah dari dulu lawaknya double meaning ..tapi tak tahu kenapa ..lawak kali nie terlalu keterlaluan...isteri PM pun terkedu dibuek nya ...
lagendas
January 17, 2005   04:21 PM PST
 
erm.. so far.. keterangan memang dinanti.. i just focus on bab pengacara. Hallo dear, me memang dah agak bab sarimah and najib. Sarimah she born to be like tat! Die memang lincah, memang meluat tengok dia tapi nak wat cam ner. tapi die tetap giler2.. and some more about najib. Watak dia dari dulu memang mcam tu lah sayang.. die tak terlalu ikut skrip la.. dia memang spontan mcm tuh.. what ever... yang pasti SPIDER JUARA! YEH!
|

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments








Previous Entry
HOME
Next Entry

Search celebrity, news, money?


Web budiey.blogdrive.com

My Sponsors



My Readers





Notification

If you want to be updated on this weblog Enter your email here:






concept

More me:
  • Sensasi Selebriti
  • Photo Blog
  • Tips Lifestyle
  • Archieves
  • Money Blog

    Concept:
  • Entertainment Blog
  • Celebrities News
  • Gossips
  • Theater
  • Photo Events

    Version:
  • 2.0

    Official published:
  • 27 Jan 2004

    Best viewer:

    Internet Explorer
    1024 X 768



  • profile

    My stats
  • Malay
  • 179 cm
  • 75 kg
  • 1 Ogos 1976
  • Sentul Perdana
  • Kuala Lumpur
  • Penulis blog

    My Hobby
  • Watching TV
  • Reading
  • Surfing Internet
  • Writing
  • Travelling
  • Chatting
  • Teater
  • Music
  • Work out
  • Blogging
  • Hugging!

    My Colour
  • Maroon
  • Green
  • White

    My Gadget
  • HP Pavillion dv6000
  • Nokia Xpress Music
  • Camera Nikon D40
  • iPod 30GB

    My Hung Up
  • California Fitness
  • Pavilion
  • Coffee Bean
  • Dome
  • Secrets Recipes
  • Nandos

    My Place
  • Suria KLCC
  • Masjid Jamek
  • MidValley
  • Bukit Bintang
  • Istana Budaya
  • The Actors Studio
  • Rapid KL

    My Must See
  • Buletin Utama
  • American Idol
  • Extreem Makeover
  • Lost
  • Beat TV
  • Muzikdiria
  • CSI
  • Siri 24
  • Fear Factor
  • Survivor
  • The Apprentice
  • The Amazing Race
  • Oprah Winfrey
  • Trek Selebriti
  • Iklan!

    My Fav Radio
  • Hot.fm
  • Era.fm
  • Thr.fm
  • Hitz.fm
  • X-fresh

    My Fav Deejay
  • Farah Fauzana
  • Faizal Ismail
  • Nana

    My Hos
  • Fedtri Yahya
  • Nizal Mohammad
  • Karam Singh Walia

    My Fav Reporter
  • Farihad Shalla
  • Zubir
  • Zul Husni
  • Haswari

    My Lagenda
  • Dr. Usman Awang
  • P. Ramlee

    My Fav Film
  • Superman
  • Spiderman
  • Scream
  • Red Eye
  • The Shutter

    My Fav Singer
  • Sheila Majid
  • Jacklyn Victor
  • La Luna
  • Amr Diab
  • Nancy Ajram
  • Mike Indon Idol
  • Too Phat
  • Anuar Zain
  • Siti Nurhaliza
  • Dayang Nurfaizah
  • Rossa
  • Ning Baizura
  • Gareth Gates
  • Guy Sebastian
  • Linkin Park
  • Mawi AF3

    My Fav Actor
  • Afdlin Shauki
  • Saiful Apek
  • Ako Mustapha
  • Kiefer Sutherland
  • Tom Hank

    My Fav Actress
  • Maya Karin
  • Sofia Jane
  • Nasha Aziz
  • Cameron Diaz
  • Drew Barrymore



  • stats






    credits

    Blogdrive