[---~*Enter-tainment Blog*~---]
Firefox NEW Firefox 2.0 released!



Previous Entry
REFRESH THIS BLOG
Next Entry

Time to move on



My blog has been revamped into the fresher, snazzier 'Sensasi Selebriti'.

You are cordially invited to grace your presence at the new blog. Click here


www.budiey.com






Friday, January 07, 2005

    PRELUDE KONSERT KEMUNCAK SITI NURHALIZA FANTASIA TOUR


    TRAGEDI YANG MEMILUKAN
    Sebelum saya menyaksikan siaran rakaman Konsert Kemuncak Siti Nurhaliza, jiwa dan raga saya masih diselubungi awan gemawan yang terpilu. Hati mana yang tidak sayu melihat mangsa-mangsa tsunami yang tidak bernyawa bergelimpangan di kaca TV. Sedikit sebanyak membuatkan saya tawar untuk menulis walau secangkir ayat untuk prelude dan juga ulasan keseluruhan konsert kemuncak. Fikiran berserabut, gusar dan hilang arah umpama tsunami melanda mindea saya juga. Saat itu, remote control TV berada kemas di telapak tangan dan saya tidak lekang untuk memicit mencari channel bagi berita tragedi paling dahsyat itu. Saya bergilir-gilir menukar siaran TV3 dan astroria.

    Konfik pro dan kontra perasaan membuat saya makin tidak tentu hala. Antara paparan berita tsunami dan Konsert Siti Nurhaliza, antara berita tragis dan kemegahan seorang diva Malaysia. Antara kesengsaraan sekeping hati dan keseronokan manusia yang alpa. Bukankah ini satu jarak beda yang besar. Di sana sedih memilukan dan yang di sini berlawanan rasa yang tiada ungkapan untuk diucapkan.

    Mampukah kita membendung rasa empati itu kerana kita bukannya manusia berhati batu. Atau empati dan simpati yang kita rasai itu cuma sekadar di hati tanpa ada bukti untuk merealisasikan. Hati kita masih mempunyai nadi simpati dan kasihan. Kali ini, Majalah Tiga menceritakan selama satu jam berita ulasan tentang trajedi tsunami di Utara tanahair. Padat dan berkesan walaupun tidak sehebat ulasan dari CNN atau BBC yang dikatakan cukup cepat mendahului dari stesen TV tempatan.

    Yang paling terasa kita di sini merasa keinsafan bahawa kita hanyalah makhluk yang lemah lagi alpa. Semakin hanyut dibawa arus syurga duniawi yang sementara lagi fana ini. Apa daya kita yang serba dhaif ini untuk menolak dugaan sebesar ini menyerang kita. Segalanya menguji sejauh mana puncak kesabaran yang sempat kita daki. Paling membanggakan sikap orang kita yang cukup terkenal dengan sifat murah hati lagi dermawan. Wang derma yang terkumpul menjangkau puluhan juta membuktikan yang kita orang Malaysia masih bersatu padu di bawah satu bumbung. Susah senang kita bersama. Tapi disebalik kmurahan hati rakyat yang prihatin ini jangan pula ada piak yang mengambil kesempatan ke atas wang yang didermakan. Kita mengharapkan bahawa duit itu sampai sepenuhnya ke tangan yang betul-betul memerlukan.

    PRELUDE YANG TAK BERERTI
    Berbalik kepada Prelude Konsert Kemuncak Siti Nurhaliza Fantasia Tour yang disiarkan selama 30 minit itu. Ianya hambar sekali dek penangan berita yang terpaksa ditelan itu. Walaupun beberapa kali Haflin, pengacara rancangan ini menemuramah artis nombor satu Malaysia. Ianya tidak merubah rasa sedih itu untuk datang menjengah. Tiada mood untuk kita terus terusan di sini bergembira sedangkan ada yang masih lagi bersedih hati kehilangan keluarga dan harta benda. Nasib baik semua konsert utuk menyambut tahun baru dibatalkan. Namun ada segelintir stesen tv masih menayangkan hiburan seperti astroria!

    Rasanya inilah kali terakhir tugas Haflin memegang rancangan ini. Dirakamkan di petang yang cuma beberapa jam sahaja sebelum konsert bermula. Mula-mula Haflin menemubual si peletup pairo (bunga api). Nama mamat ni tak silap Vicky. Dialah yang ditugaskan untuk merencanakan bunga api sepanjang konsert tour. Seronokla dapat ikut cek mek molek ni seluruh negara gitu.

    BELAKANG TABIR
    Sempat memaparkan latihan di mana Siti berlatih dengan penyanyi latar dan serombongan pemuzik di bawah pimpinan Aubrey Suwito. Siti nampak sempoi tanpa make up. Juga sempat kita tengok bebudak AF1 bersama AF2 disatukan dalam sessi latihan tersebut.

    Siti yang pakai kaca mata empat segi cukup manis dan ramah dengan bebudak AF. Kaer nampak jeling-jeling kat Siti tu ada apa-apa ke?. Macam kagum dengan kesedapan suara Siti live di depan mata. Kelihatan Zahid juga nampak bersungguh-sungguh berlatih. Bob pula nampak macam takde mood dan bersandar keletihan barangkali. Walaupun Siti ada di hadapan berlatih lagu One Sweet Day, Bob tetap maintain sikit. Zahid macam power masa bawa part korus. Walaupun berlatih di bilik kecil, namun keseluruhan mereka menumpukan perhatian pada lagu.

    Ketika sessi latihan di Bukit Jalil, Haflin juga sempat menemuramah Linda Jasmin yang sedang mendera semua bintang AF menari. Katanya, dia dapat berehat sekejap sahaja selepas berkurung menjadi guru tarian di AF. Letih sikit sebab kena uruskan AF1 dan AF2 selepas mereka keluar dan menyertai maestro.

    Untuk bintang AF1 mereka diberikan beberapa medley lagu dan juga lagu Menuju Puncak. Faham-faham sendiri la macamana attitude Linda Jasmine masa dia mengajar. Bukan main tegas lagi Linda mengajar dan yang utama beliau begitu dedikasi sekali.

    Kemudian, selepas Haflin bersama AF1 bertanya pada Vince, tanya sikit pasal vokal mereka. Vince berharap persembahan mereka akan okkey pada malam tersebut. Lagu One Sweet Day bukan main susah sebab terdapat nada tinggi serta harmoni yang perlu diselaraskan dengan bilangan pelajar yang begitu ramai.

    Bila ditanya pada senior AF1 samada mereka tergugat dengan kehadiran AF2 atau sebaliknya. Mereka seakan ingin mengatakan ya, kami tercabar! Ya, kami tergugat!. Tetapi Vince sempat cover kenyataan itu. Bakat baru akan sentiasa ada walaupun tidak diwujudkan AF. Semua itu mesti ada untuk mewarnai dunia seni. Khai berpendapat bahawa banyak pengalaman yang dapat ditimba selama beliau bergelar artis. Nija pula mengaku jauh perjalanan, luas pengalaman sebab dapat pusing seluruh Malaysia gitu nah!

    Di samping bersama bintang AF, Haflin juga berpeluang bersama Michael Ong iaitu pereka baju Siti. Ceritanya, Michael Ong memang dari dahulu lagi menjadi pereka tetap untuk Siti. Jadi dia tahulah apa yang Siti mahu dan bagaimana selera Siti dalam berpakaian ketika di pentas. Terlibat secara langsung dengan konsert mega ini memang membanggakan pereka muda itu. Lagipun design sudah ada dalam simpanan. Cuma idea untuk imej dan tema pakaian digabungkan dengan konsep Siti yang lebih kepada free n easy. Lebih keremajaan warnanya lagi bertambah sweet Siti di pentas. Ada glamour dan juga ada gaya rock sikit. Tidak sempat Michael menunjukkan 4 pakaian untuk 4 slot, sebab katanya untuk suprisekan peminat. Semuanya mengambil masa satu hingga dua minggu untuk disiapkan.

    Kemudian ada la sedikit mereka tunjuk masa mereka ni berlatih lagu Rindu. Kemudian, dipaparkan beberapa bintang AF1 berada di Karnival Bukit Jalil antaranya Mas, Fitri dan Farah. Kata mereka itulah pertama kali mereka mengadakan persembahan di luar akademi. Terkejut dengan kejutan orang ramai.

    Bila ditanya persiapan untuk malam ini, Fitri kata, semua beres. Masa tu memang la happening sebab ramai lagi peminat tengah demam AF. Belum kebah lagi sebab ada yang masih terjerit dan terlolong memanggil bintang pujaan mereka. Bebudak AF tu terkejut badak la sebab ramai org datang. Bila Haflin tanya pada Zahid apakah perasaan jadi juara AF. Zahid kata, rasa jadi juara memang letih sangat tetapi enjoy dan terharu juga sebab ramai pakai orange pada hari tu.

    Memang tidak sangka dengan sambutan. Jadi, mereka perlu lakukan yang terbaik. Barulah berbaloi. Zahid berazam ingin mengharumkan nama Malaysia di luar negara. Ketika di karnival petang sebelum konsert, Zahid bawa lagu Black Eyed Peas bersama Linda. Farah pulak nyanyi lagu Bebas Berlari.

    Akhir sekali, Siti ditemubual oleh Haflin di pentas sibuk pada jam 5 petang. Pada konsert terakhir itu secara jujurnya Siti mengaku yang dia rasa berdebar-debar. Tidur pun macam tidur ayam sebab berfikir betul ke ni Siti akan nyanyi di konsert terakhir. Memang konsert itu merupakan konsert paling besar pernah dibuat oleh Siti. Dengan pentas paling luas dan juga jumlah kapasiti tempat duduk yang banyak membuatkan semuanya akan kelihatan grand. Pulak tu ada suprise untuk peminat. Siti berharap agar semuanya berjalan dengan lancar, segala persediaan telah disempurnakan dengan baik dan yang menarik ada pancaran laser akan keluar dari entas. Kira ada effect dan juga pentas ada menggunakan hidralik yang dapat menaikannya lebih tinggi.

    Dari segi pemilihan lagu, penambahan lagu lebih banyak berbanding dengan konsert jelajahannya sebelum ini. Lagu balada digabungkan dengan lagu rancak agar tidak memboringkan penonton. Juga ada satu segmen tribute untuk idola Siti. Konsep lebih kepada pop dan juga akan bertukar ganti dengan lagu rancak. Tidak hanya tertumpu pada irama tradisional sahaja. Ringkasnya, skala mood penonton akan sentiasa berterusan dengan irama rancak dan diselangseli pula dengan rentak perlahan.




fadzrina
March 17, 2005   01:12 AM PST
 
weh...uptodate la sket website ni...boring ah..citer lama pon ada lagi..adohhhhh
|

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments








Previous Entry
HOME
Next Entry

Search celebrity, news, money?


Web budiey.blogdrive.com

My Sponsors



My Readers





Notification

If you want to be updated on this weblog Enter your email here:






concept

More me:
  • Sensasi Selebriti
  • Photo Blog
  • Tips Lifestyle
  • Archieves
  • Money Blog

    Concept:
  • Entertainment Blog
  • Celebrities News
  • Gossips
  • Theater
  • Photo Events

    Version:
  • 2.0

    Official published:
  • 27 Jan 2004

    Best viewer:

    Internet Explorer
    1024 X 768



  • profile

    My stats
  • Malay
  • 179 cm
  • 75 kg
  • 1 Ogos 1976
  • Sentul Perdana
  • Kuala Lumpur
  • Penulis blog

    My Hobby
  • Watching TV
  • Reading
  • Surfing Internet
  • Writing
  • Travelling
  • Chatting
  • Teater
  • Music
  • Work out
  • Blogging
  • Hugging!

    My Colour
  • Maroon
  • Green
  • White

    My Gadget
  • HP Pavillion dv6000
  • Nokia Xpress Music
  • Camera Nikon D40
  • iPod 30GB

    My Hung Up
  • California Fitness
  • Pavilion
  • Coffee Bean
  • Dome
  • Secrets Recipes
  • Nandos

    My Place
  • Suria KLCC
  • Masjid Jamek
  • MidValley
  • Bukit Bintang
  • Istana Budaya
  • The Actors Studio
  • Rapid KL

    My Must See
  • Buletin Utama
  • American Idol
  • Extreem Makeover
  • Lost
  • Beat TV
  • Muzikdiria
  • CSI
  • Siri 24
  • Fear Factor
  • Survivor
  • The Apprentice
  • The Amazing Race
  • Oprah Winfrey
  • Trek Selebriti
  • Iklan!

    My Fav Radio
  • Hot.fm
  • Era.fm
  • Thr.fm
  • Hitz.fm
  • X-fresh

    My Fav Deejay
  • Farah Fauzana
  • Faizal Ismail
  • Nana

    My Hos
  • Fedtri Yahya
  • Nizal Mohammad
  • Karam Singh Walia

    My Fav Reporter
  • Farihad Shalla
  • Zubir
  • Zul Husni
  • Haswari

    My Lagenda
  • Dr. Usman Awang
  • P. Ramlee

    My Fav Film
  • Superman
  • Spiderman
  • Scream
  • Red Eye
  • The Shutter

    My Fav Singer
  • Sheila Majid
  • Jacklyn Victor
  • La Luna
  • Amr Diab
  • Nancy Ajram
  • Mike Indon Idol
  • Too Phat
  • Anuar Zain
  • Siti Nurhaliza
  • Dayang Nurfaizah
  • Rossa
  • Ning Baizura
  • Gareth Gates
  • Guy Sebastian
  • Linkin Park
  • Mawi AF3

    My Fav Actor
  • Afdlin Shauki
  • Saiful Apek
  • Ako Mustapha
  • Kiefer Sutherland
  • Tom Hank

    My Fav Actress
  • Maya Karin
  • Sofia Jane
  • Nasha Aziz
  • Cameron Diaz
  • Drew Barrymore



  • stats






    credits

    Blogdrive