[---~*Enter-tainment Blog*~---]
Firefox NEW Firefox 2.0 released!



Previous Entry
REFRESH THIS BLOG
Next Entry

Time to move on



My blog has been revamped into the fresher, snazzier 'Sensasi Selebriti'.

You are cordially invited to grace your presence at the new blog. Click here


www.budiey.com






Wednesday, December 29, 2004

    MAK YONG: SENI YANG TAKKAN PUPUS


    Pada 14 Disember yang lalu, saya berkesempatan untuk menonton satu persembahan drama tari Mak Yong di Dewan Panggung Bandaraya . Ini merupakan salah satu rangkaian persembahan utama sempena Festival Kesenian Rakyat Malaysia yang berlangsung 11-17 Disember 2004. Persembahan tradisional ini jarang sekali saya dapat saksikan kerana kekurangan daya inisiatif dari mana-mana pertubuhan kesenian untuk memperkembangkan lagi seni ini. Kalau ada pun cuma segelintir sahaja.

    Mujurlah ada program tahunan yang dikemudikan oleh Kementerian Kebudayaan Kesenian dan Warisan Malaysia, dapatlah saya mendekatkan diri dengan menghayati seni yang katanya akan lenyap ini. Lagi pun inilah kali pertama saya melihat aksi Kumpulan Mak Yong Sri Temenggong ini beraksi di pentas Kuala Lumpur.

    Yang penting, ianya dipersembahkan secara percuma kepada masyarakat umum. Tidakkah itu satu usaha yang murni dan malangnya ianya tidak dipandang malah diperlekehkan oleh orang kita. Jadinya, orang kita tidak berapa ingin memandang kepada persembahan percuma sebegini. Lagi pun, seni semacam Mak Yong ini, kalau tidak dijaga dan disemai, mungkin akan pupus ditelan zaman. Pastinya, generasi akan datang tidak berpeluang untuk melihatnya sebagaimana kita sekarang ini.

    Saya melihat seni drama Mak Yong masih lagi digemari terutamanya oleh orang Kelantan seperti saya. Bukti yang jelas, Dewan Panggung Bandaraya kelihatan penuh dan sesak dengan remaja dan juga orang dewasa. Kebanyakkan mereka adalah berasal dari Kelantan kerana kerana saya tahu benar dialek yang dipakai. Berbanding dengan malam sebelumnya, di mana malam Tarian Klasik Cina dipersembahkan.

    Mengikut sejarah orang dulu-dulu, Mak Yong biasanya dipersembahkan sebaik sahaja selepas orang-orang kampung selesai menuai padi di bendang. Ianya seperti meraikan segala penat lelah mereka bekerja dan Mak Yong dipersembahkan bagi tujuan menghiburkan mereka. Zaman dahulu mana ada televisyen atau VCD sebagaimana teknologi yang kita miliki sekarang ini. Jadi, itu sahajalah caranya mereka berhibur dan bersantai.

    Kepada pembaca yang masih lagi tidak mengenali persembahan yang datang dari Kelantan, Terengganu dan Pattani ini, mungkin saya boleh ceritakan serba ringkas. Drama tari Mak Yong ini merupakan sebagai suatu bentuk drama-tari Melayu yang menggabungkan unsur-unsur ritual, lakonan dan tarian yang digayakan, muzik vokal dan instrumental, lagu, cerita dan teks percakapan yang formal dan bersahaja.

    AL-KISAHNYA...
    Mak Yong Raja Muda Tiong Winara mengisahkan seorang Raja Besar dalam negeri Sekelompok Bunga yang tidak mempunyai anak yang bakal menggantikan dirinya. Walaubagaimanapun, baginda ingin mengambil seorang anak angkat tetapi dengan syarat anak itu mestilah mempunyai akal fikiran serta bijaksana. Justeru itu, Raja Besar telah mengadakan pertandingan bercerita yang mampu memuaskan hati baginda. Malangnya, tidak seorang pun pencerita yang mampu berbuat demikian.

    Kemudian, Raja memerintahkan kedua pengasuhnya supaya mencari seorang yang pandai bercerita. Kedua-duanya memainkan watak pelawak yang tidak henti-henti membuat saya ketawa. Setelah puas mencari, kedua pengasuh telah bertemu dengan seorang pemuda bernama Tiong Winara (watak lelaki tetapi dilakonkan oleh perempuan) yang tinggal bersama Wak Pangih Putih.

    Lalu membawa mereka berdua mengadap Raja Besar. Pemuda tersebut berjaya memenangi hati baginda melalui ceritanya yang agak lawak itu. Raja gembira dan bersetuju melantik pemuda itu sebagai Raja Muda Tiong Winara.

    Pelantikan tersebut telah menaruh perasaan dengki di hati Wak Petanda dan seterusnya menghasut Raja Muda Gagak Sura dari negeri Jerami Tua supaya huru hara. Akhirnya, Raja Tiong Winara berjaya mengalahkan kuasa si jahat. Pengajaran dan teladan yang biasa diterapkan kepada penonton bahawa perbuatan jahat akan dibalas jahat dan perbuatan baik dibalas dengan baik.

    Untuk menggalakan orang ramai datang beramai-ramai, cabutan bertuah diadakan sejurus selepas persembahan tamat. .

    Tokoh Mak Yong yang boleh dihubungi:
    Puan Fatimah Abdullah,
    Kumpulan Mak Yong Sri Temenggong,
    27-0-8, Perumahan Polis Desa Tasik,
    Sungai Besi Kuala Lumpur.
    Tel:019 6941035




|

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments








Previous Entry
HOME
Next Entry

Search celebrity, news, money?


Web budiey.blogdrive.com

My Sponsors



My Readers





Notification

If you want to be updated on this weblog Enter your email here:






concept

More me:
  • Sensasi Selebriti
  • Photo Blog
  • Tips Lifestyle
  • Archieves
  • Money Blog

    Concept:
  • Entertainment Blog
  • Celebrities News
  • Gossips
  • Theater
  • Photo Events

    Version:
  • 2.0

    Official published:
  • 27 Jan 2004

    Best viewer:

    Internet Explorer
    1024 X 768



  • profile

    My stats
  • Malay
  • 179 cm
  • 75 kg
  • 1 Ogos 1976
  • Sentul Perdana
  • Kuala Lumpur
  • Penulis blog

    My Hobby
  • Watching TV
  • Reading
  • Surfing Internet
  • Writing
  • Travelling
  • Chatting
  • Teater
  • Music
  • Work out
  • Blogging
  • Hugging!

    My Colour
  • Maroon
  • Green
  • White

    My Gadget
  • HP Pavillion dv6000
  • Nokia Xpress Music
  • Camera Nikon D40
  • iPod 30GB

    My Hung Up
  • California Fitness
  • Pavilion
  • Coffee Bean
  • Dome
  • Secrets Recipes
  • Nandos

    My Place
  • Suria KLCC
  • Masjid Jamek
  • MidValley
  • Bukit Bintang
  • Istana Budaya
  • The Actors Studio
  • Rapid KL

    My Must See
  • Buletin Utama
  • American Idol
  • Extreem Makeover
  • Lost
  • Beat TV
  • Muzikdiria
  • CSI
  • Siri 24
  • Fear Factor
  • Survivor
  • The Apprentice
  • The Amazing Race
  • Oprah Winfrey
  • Trek Selebriti
  • Iklan!

    My Fav Radio
  • Hot.fm
  • Era.fm
  • Thr.fm
  • Hitz.fm
  • X-fresh

    My Fav Deejay
  • Farah Fauzana
  • Faizal Ismail
  • Nana

    My Hos
  • Fedtri Yahya
  • Nizal Mohammad
  • Karam Singh Walia

    My Fav Reporter
  • Farihad Shalla
  • Zubir
  • Zul Husni
  • Haswari

    My Lagenda
  • Dr. Usman Awang
  • P. Ramlee

    My Fav Film
  • Superman
  • Spiderman
  • Scream
  • Red Eye
  • The Shutter

    My Fav Singer
  • Sheila Majid
  • Jacklyn Victor
  • La Luna
  • Amr Diab
  • Nancy Ajram
  • Mike Indon Idol
  • Too Phat
  • Anuar Zain
  • Siti Nurhaliza
  • Dayang Nurfaizah
  • Rossa
  • Ning Baizura
  • Gareth Gates
  • Guy Sebastian
  • Linkin Park
  • Mawi AF3

    My Fav Actor
  • Afdlin Shauki
  • Saiful Apek
  • Ako Mustapha
  • Kiefer Sutherland
  • Tom Hank

    My Fav Actress
  • Maya Karin
  • Sofia Jane
  • Nasha Aziz
  • Cameron Diaz
  • Drew Barrymore



  • stats






    credits

    Blogdrive