NEW Firefox 2.0 released!
| Previous Entry | ![]() REFRESH THIS BLOG |
Next Entry |
Time to move on
Tuesday, December 21, 2004
INTRO: SAMBUTAN HANGAT
Walaupun agak kuno, tetapi kaedah ini lebih sesuai untuk tema percintaan. Kerana bagi saya, suasana malam atau gelap yang dipenuhi kerlipan bintang adalah satu perlambangan di mana waktu malam biasanya insan bercinta selalu merindui kekasihnya.
Kelemahan ketara adalah kedudukan sistem pembesar suara utama. Pembesar suara ini digantungkan di kiri kanan pentas dengan wayarnya yang besar sedikit mencacatkan pandangan. Nasib baik, mereka masih bijak untuk melindungi wayar itu dengan lampu yang membaluti sekeliling wayar.
Nama Erwin sudah tidak asing lagi. Siapa yang tidak kenal dengan Erwin Gutawa atau nama penuhnya Erwin Sudarwin Gutawa yang banyak menghasilkan lagu-lagu bermutu. Selain menjadi penerbit album, beliau dulu pernah berlakon empat buah filem dan pernah juga dulunya menubuhkan kumpulan muzik tersendiri iaitu Karimata. Mengingatkan saya latar hidup M. Nasir yang juga pernah pernah membintangi filem. Yang bedanya, Erwin kini selalu dilihat memimpin orkestra. Sebagai konduktor orkestra, Erwin setara dengan Ramli MS mungkin. Antara artis yang pernah bekerjasama dengannya ialah Ruth Sahanaya, Harvey Malaiholo, Chrisye dan Krisdayanti. (Sekadar menamakan beberapa nama).
Nirmala
Penari tidak melakukan gerakan step yang terlalu rancak seakan membawa lagu perlahan lagaknya. Namun ketika penghujung lagu gerakan dipercepatkan.
Saat rangkap pertama, tepukan gemuruh diberikan kepada Siti. Vokal Siti tidak usah saya katakan lagi disini. Memang superb dan vogue gitu! Cukup dengan ramuan dan auranya yang berbisa sekali. Ketahuilah Siti, aura suaramu pernah memanah hatiku menjadi bebunga harum mewangi yang mengharumkan hari-hari sepiku!
Dialah Di hati
Ku Tak Sanggup- Kris berduet dengan Siti Nurhaliza
UNGKAPAN PUITIS UNTUK SITI
Orang Indonesia sebagaimana yang kita tahu pandai mengungkap kata-kata puitis secara spontan. Penuh dengan penghayatan dan itulah juga yang diketawakan dan diberikan sorakan. Ada juga yang terduduk semacam ingin melamar Siti. Saya suka dengan orang yang ketiga. Entah apa namanya. Puisinya disampaikan dengan penuh romantis. Pandai dia membawa watak umpama si kekasih meluahkan rasa cinta kasih kepada Siti. Tidak hairan beliau mendapat tempat pertama kerana berjaya menawan hati Siti saat itu.
PENUTUP: PULANG DENGAN KEPUASAN| AYU May 15, 2006 05:46 PM PDT KAK SITI MEMANG BEST!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!KAK SITI MEMANG COMELLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLL........JANGAN LUPERRR KIRIM SALAM ADIKKKK.......HE2 GURAU JERRR..........WAKAKAKAKAK | ||
| noraishah edayu May 15, 2006 05:42 PM PDT kak siti memang best.......tapi kak siti.....................mesti kene kuat lagi.........kak siti saya nak ingatkan jangan.....ambil hati ngan pekare tak penting tue......ade lagi orang yang labih teruk rintangan dari itu!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!.....amaran......koi doakan awakkkk....lorat pahang skit... | ||
| hashda April 15, 2006 01:48 AM PDT seronoknya u boleh beramah mesra dengan siti.i memang kagum dengan siti.teringin sekali bercakap dengan siti.u berasal dari mana? | ||
| nathan November 8, 2005 12:13 PM PST akum' kak ct saya ialah peminat awak | ||
| PUNKGURLTENOM February 20, 2005 02:56 PM PST TAK BESTLAH>> | ||
| Tiara Sariff February 20, 2005 01:04 PM PST THANK YOU.Dapat juga i dengar lagu dayang yang penuh erti dalam kehidupan. | ||
| quenn_anna February 15, 2005 11:54 AM PST Saya b'bangga dengan Siti kerana telah mengharumkan nama negara di serata dunia.... Good Luck Siti Nurhaliza...... | ||
| eppy February 6, 2005 01:38 AM PST alhamdulillah..permata negara membanggakan kita..teruskan ct... | ||
| zura January 29, 2005 11:06 AM PST well personally zura tak sefanatik pada siti...tapi zura kagum with ct. for a moment tak de org yg bleh compare dia with other singers...so keep up the good work...whateva ppl said to you ct...u still u... | ||
| yaya January 4, 2005 03:55 PM PST elllo | ||
| cutegurl January 4, 2005 03:19 PM PST bestla kak siti | ||
| NameASFIZ January 2, 2005 11:06 AM PST CAYAAALAH KAK SITI.SAYE TABIK KAT KAK SITI.AKAK KENE JANJI GAN SAYE,BAHAWA SI MISHA OMAR GILO TUE TAK BOLEH KALAHKAN AKAK. | ||
| malique December 30, 2004 02:08 PM PST Gema Siti jelajah Indonesia Oleh ABIE ABDULLAH abie@hmetro.com.my Gambar ihsan Siti Nurhaliza Productions Sambutan hangat walau di ceruk mana sekalipun EMPAYAR Siti Nurhaliza di Indonesia ternyata luas! Beberapa insan yang terbabit di dalam industri muzik di sana mengakui populariti anak Kuala Lipis itu - setara dengan diva nombor satu mereka, Kris Dayanti. Pakej yang ditampilkan Siti amat disenangi mereka. Justeru tidak hairan kalau sambutan Siti Nurhaliza Indonesia Tour 2004 cukup memberangsangkan biar ceruk mana disinggahi termasuk Jogyakarta, Surabaya, Jakarta dan Makasar. Mungkin betul kata maestro muziknya, Erwin Gutawa yang menyifatkan Siti mempunyai pakej kemelayuan yang kuat untuk diketengahkan di dalam kepesatan industri muzik Indonesia. “Di sini terlalu banyak muziknya yang sama dan terlalu ramai anak muda yang berbakat. Kalau anda mahu menembusi pasaran kami, bawalah muzik yang kaya dengan budaya asal yang penuh kemelayuan atau sekurang-kurangnya cukup pintar dan kreatif yang mampu memecah ‘kekerasan batu’ di sini. “Dan Siti memiliki ciri-ciri itu,” kata Erwin yang mengepalai 65 pemuzik orkestra yang mengiringi kemuncak Siti Nurhaliza Indonesia Tour 2004 di Jakarta, dua minggu lalu. Stadium Istora Senayan antara lokasi menjadi saksi penerimaan anak Malaysia di bumi pimpinan Susilo Bambang Yudhoyono itu. Lebih 6,000 membanjiri Istana Olahraga itu untuk mendengar suara Siti secara langsung. Siti tidak mengecewakan peminatnya malam itu yang rata-rata pelanggan Bank Mega yang menjadi penaja utama konsert berkenaan dengan kerjasama TransTV. Lebih kurang 18 lagu dipersembahkan yang digubah begitu indah oleh Erwin. Daripada Betapa Ku Cinta Padamu hinggalah lagu dari album terbarunya, Prasasti Seni yang memuatkan Dialah Di Hati, Lagu Rindu dan Seindah Biasa bergema menguasai ruang stadium. Lebih menarik apabila kebanyakan lagu itu dinyanyikan bersama peminat terutama Cindai dan Betapa Ku Cinta Padamu. Kalau di Surabaya bertemakan air dan Jogyakarta dengan udara, Jakarta lebih bermakna untuk Siti menampilkan cintanya. Susunan pentas begitu cantik menepati tema. Menurut Siti, konsert ini lebih bermakna bukan saja dianggapnya kemuncak tetapi dengan kehadiran Kris Dayanti sebagai penyanyi undangan. Kemunculan Kris yang mengenakan gaun ‘lace’ kuning melekap di badan memang dinanti. Kris memulakan dengan irama pantas, Mahadaya Cinta dan menyusurkan Menghitung Hari. Siti muncul sejurus selepas itu untuk berduet lagu Ku Tak Sanggup dan Wulan Merindu. “Saya masih mengekalkan repertoire lagu dari album-album saya, cuma mengubah sedikit mengikut lagu tempatan seperti Wulan Merindu yang diminati di sini. Jogyakarta dan Surabaya juga diselitkan dengan lagu tempatan lain. “Konsert ini begitu istimewa berbanding konsert-konsert lain di Indonesia kerana kali ini diiringi orkestra pimpinan Erwin Gutawa. Sebelum ini, persembahan saya dilengkapkan oleh band juga iringan Erwin. “Muzik lebih grand dan dewan lebih besar (Istora) untuk persembahan selama dua jam. Selain itu, kehadiran Kris melengkapkan lagi konsert ini. Sebab itu saya katakan ia kemuncak jelajah saya di sini walaupun selepas ini saya akan mengadakan konsert di Makasar,” katanya yang turut diiringi 20 penari. Namun apa yang jelas, Siti beruntung mempunyai peluang untuk bekerja dengan cendiakawan muzik hebat, Erwin. Setiap lagu diberikan penuh ketelitian yang menghasilkan irama dan muzik terbaik, paling penting tersendiri. Melengkapi visual pentas malam itu ialah dua busana pereka fesyen Indonesia, Rusly Tjohnardi dan yang jelas menuruti kehendak Siti. Penyanyi yang bakal berusia 26 tahun pada 11 Januari ini berbangga kerana peminat Indonesia mampu menerima muzik dan bakatnya sejak mula menjejak kaki di negara itu pada penghujung 1997. “Cuma saya agak terkilan kerana ramai peminat yang tidak dapat sama-sama menyaksikan konsert di Jakarta kerana ia terhad untuk pelanggan Bank Mega saja. InsyaAllah kalau ada rezeki, saya akan ke sini sekali lagi,” katanya yang mula sibuk merancang karier untuk 2005. Selain persiapan ke Royal Albert Hall April nanti, turut berada di dalam kalendarnya tahun depan ialah persembahan di Jepun untuk Nippon Oil. | ||
| rano karno malaysia December 27, 2004 02:10 AM PST thanks beb!!! | ||
| Orang Pahang December 24, 2004 11:15 AM PST Nangis beb baca review as usual. Bukan peminat tapi penyokong siti. | ||
| malique December 23, 2004 07:56 AM PST Thanks Rayza.... wa caya sama lu jugak... | ||
| rayza December 23, 2004 03:35 AM PST abg malique...u r the best reporter.. hehe!!! caya lu... | ||
| JImmy December 22, 2004 07:50 PM PST Siti: amazing voice, amazing talent, big attitude | ||
| nana December 22, 2004 01:01 PM PST cayalah siti! peribadi tetap peribadi. kerja tetap kerja! ITULAH SALAH SATU SIFAT SITI YG BUAT SAYA KAGUM. ALL THE BEST!! | ||
| awan December 22, 2004 01:00 PM PST ulasan yg lazat. | ||
| Leave a Comment: |
| Previous Entry | ![]() HOME |
Next Entry |
Search celebrity, news, money?
My Sponsors
My Readers
Notification
awards
star world
concept
More me:profile
My statsstats