[---~*Enter-tainment Blog*~---]
Firefox NEW Firefox 2.0 released!



Previous Entry
REFRESH THIS BLOG
Next Entry

Time to move on



My blog has been revamped into the fresher, snazzier 'Sensasi Selebriti'.

You are cordially invited to grace your presence at the new blog. Click here


www.budiey.com






Friday, December 17, 2004

    INTRO: SITI NURHALIZA @ JAKARTA


    Perhatian... rencana ini mungkin mengandungi unsur-unsur yang terlalu 'mengagung-agungkan' Siti Nurhaliza. Jadi saya minta kepada sesiapa yang tergolong di dalam kumpulan anti Siti Nurhaliza, jangan cuba-cuba untuk merapati retina anda di monitor. Jauhkan dari skrin ini kerana rencana ini adalah khusus untuk peminat Siti Nurhaliza di luar sana. Dengan membaca artikel ini anda bersetuju untuk mematuhi syarat-syarat serta peraturan yang ditetapkan. Terima kasih.

    SIAPA SITI DI BUMI INDNESIA
    Di Malaysia, siapa yang tidak kenal Siti Nurhaliza. Semua orang kenal diva Malaysia yang berdagu lekuk ini. Wajah Siti ada dimana-mana sehingga ke papan billboard di tepi jalan. Namun, bila ditanya kepada orang Indonesia, adakah jawapan yang sama yang kita dengar? Ya... boleh dikatakan majoriti orang di sana mengenali gadis kelahiran Pahang ini. Tanya pada bapak-bapak, ibu-ibu, pria-pria hinggalah anak-anak kecil.

    Ya, mereka bisa mengenali Siti Nurhaliza. Nama yang sudah tidak asing ini meniti dibibir mereka saban hari. Mungkin radio-radio di sana banyak sekali memutarkan lagu-lagu popular Siti. Antaranya, Bukan Cinta Biasa dan Debaran Cinta serta Kumilikmu. Semua ini menambah lagi gelombang populariti Siti di bumi Jawa itu.

    MALIQUE: TIDAK PERCAYA... PERCAYALAAAHHH....
    Saya bagaikan tidak percaya ketika diberitahu yang saya akan terbang ke Jakarta semata-mata untuk menyaksikan persembahan Siti Nurhaliza disana. Umpama lirik lagu Siti.... Percayalaaaahh... kasihmu lama tersulam...Di ruang paling dalam...Terlalu jauh tak terselam. Ya Siti... saya udah percaya kini. Terima kasih yang tidak terhingga kepada pihak penganjur yang tidak putus-putus menyokong kerjaya Siti. Juga kepada pihak Siti Nurhaliza Production khasnya pengurus SNP iaitu Encik Khairul Azmir atau mesra dipanggil Alud. Saya dihubungi seminggu sebelum tarikh keramat 14 Disember. Apalagi, saya terus mendapatkan handycam untuk merakamkan detik-detik manis itu.

    SYOKNYA KALAU JADI SITI
    Betul kata Siti Nurhaliza, betapa sukarnya untuk menjadi dia. Nyata, semua yang diluar sana mahu sangat menjadi Siti. Kata mereka, "Ooo.. alangkah bagusnya kalau jadi Siti ya". Tetapi tahukah mereka yang bebanan yang digendong oleh Siti tidak sama yang kita lihat dari mata zahiriah. Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikulnya. Mana bisa kita mengerti rasa batiniah dan situasi sanubari Siti. Siti sendiri mengatakan bahawa dirinya sendiri cukup perit untuk melalui diari hidup sebagai anak seni. Dengan fitnah dan gossip yang melanda, semua itu mematangkan dirinya. Nyatanya, dalam dunia ini, sesiapa juga yang bergelar manusia sudah tentu merasai manis dan pahit kehidupan. Yang penting, kita tabah, berdoa dan bertawakkal disamping berusaha sedaya upaya menghadapi gelombang dugaan.

    Dengan jadualnya yang ketat, pastinya tiada masa untuk Siti meluangkan masa untuk dirinya sendiri. Dari sesi fotografi, temubual bersama wartawan, 'meet and greet' bersama peminat hingga rehearsal dan sound check untuk konsertnya, mana mungkin bisa mengota semua janji yang terpatri. Sibuknya dia hingga terpaksa menangguh untuk acara 'meet and Greet' untuk kami yang datang dari bumi Malaysia pada hari konsert berlangsung. Tetapi itu tidak menjadi hal dan masalah besar bagi kami kerana kami tahu pengurusan Siti Nurhaliza Production tidak pernah mungkir pada janji.

    Mengikut seorang pemandu pelancong yang mengiringi kami, boleh dikatakan Siti Nurhaliza setiap bulan terbang ke Indonesia untuk memenuhi undangan persembahan disini. Pendek kata kalau Siti ingin mendirikan banglonya di Jakarta pun sudah sampai serunya. Ya, sudah tiba masanya Siti menjadikan Indonesia sebagai rumah kedua beliau.

    Selang tiga hari konsert di Jakarta berlangsung, Siti masih lagi ada komitmen dengan Trans TV dimana beliau bersama dengan artis Indon yang lain di Ulang Tahun TransTV. Kemudian, empat hari selepas itu, singgah di Makassar untuk menjayakan Konsert Siti Nurhaliza di Makassar pada 19 Dis (Ahad ini). Akhir sekali, pada 26 Disember, beliau akan ke Kalimantan untuk melengkapkan penjelajahannya. Cukup padat!

    DI JOGYAKARTA: SITI BATUK-BATUK
    Sebelum Siti menjajah tanah kota Jakarta, beliau telah pun berjaya dalam rangkaian tournya di empat kota, iaitu Jogyakarta (bertemakan udara), Medan (bertema api), Bandung (tema bunga), dan Surabaya (bertema air) dengan Trans Tv selaku penganjur utama. Tema diambil dari lima elemen kehidupan termasuk Jakarta yang menampilkan tema cinta.

    Bermula pada 11 September (tarikh hitam lagi keramat ni juga yang dipilih) di Jogja Expo Center (JEC), Jogjakarta yang menyaksikan Siti berduet dengan Jikustik. Kata Siti, sambutan di kota yang terkenal dengan Candi Borobudur dan Candi Pranbanan itu sungguh hebat sekali kerana tiket habis dijual 10 hari sebelum konsert.

    Lebih kurang 6.500 orang peminat yang hadir. Malang sekali JEC tidak berjaya menampung peminat Siti diluar yang masih mahu melihat Siti dari dekat. Dengan iringan Deni Chasmala Band, yang bergabung dengan 80 orang pemuzik dari ISI Orchestra, marching band, berpadu suara dengan Universitas Gadjah Mada, serta 20 penari latar menjadikan persembahan maha hebat. Walaupun ketika itu Siti tidak sihat dan batuk-batuk, namun dia berjaya lakukan yang terbaik untuk peminat.

    Hasilnya cukup membanggakan dengan penerimaan serta sokongan yang tidak berbelah bagi dari peminat. Nyatanya, peminat Siti sungguh sayang dan cinta pada Siti. Rata-rata mengatakan yang Siti cantik, Siti sopan, Siti ratu hati mereka, Siti insan suci dan Siti contoh teladan dek peribadinya yang elok. Tidak kurang pula ada yang menyimpan rasa mahu berkahwin dengan Siti kerana Siti adalah segala-galanya bagi mereka.

    DI SURABAYA: SERASI BERSAMA DEWA
    Konsert Siti di Surabaya juga berlangsung dengan meriah dan jayanya tanggal Sabtu, 27 November. Bunyi cerita dalam sekitar 5000 lebih penonton yang terdiri dari 'ahli' Bank Mega memenuhi Surabaya Supermal Convention Center (SSCC), di kompleks Supermal Pakuwon Indah (SPI) Pakuwon untuk menyaksikan penampilan sang diva kita. Tajaan Bank Mega, Trans TV, dan Jawa Pos. Untuk mendapatkan pas percuma, mereka perlu menghubungi sendiri pejabat Bank Mega. Sudah tentu keutamaan diberikan kepada pemegang akaun bank tersebut. Siapa tak nak pas percuma kan, jadi buka sahaja kaunter terus diserangnya.

    Setakat yang saya tahu, bank ini baru setahun jagung ditubuhkan. Usianya 3 tahun tetapi lihatlah apa yang mereka dapat dari hasil menabung. Saya sempat juga melihat dari jauh orang kuat di sebalik suksesnya Bank Mega. Namanya kalau tak silap Chairul Tanjung. Muda lagi orangnya.

    Pendapat saya, orang Indonesia kuat melabur kerana disini banyak juga bank dibina. Tetapi yang saya tengok ramai rakyat mereka yang dhaif. Ada yang terpaksa berniaga makanan di tengah jalan. Nyatanya, yang kaya terus kaya dan yang miskin bertambah miskin. Bertuah kita menjadi rakyat Malaysia yang masih lagi ditahap kesederhanaan.

    Di pentas Surabaya, Siti menyanyikan lagu-lagunya sendiri yang menjadi hits di Indonesia seperti Nirmala, Ya Maulai, Rindu dan juga lagu-lagu dari penyanyi-penyanyi asal Indonesia iaitu Ita Purnamasari, Cintaku Padamu. Perkara paling syok untuk dilihat adalah Siti berganding dengan vokalis DEWA iaitu Once membawakan lagu “Pupus”. Bagaimana rupa persembahan tersebut sukar untuk saya bayangkan. Dewa juga mengisi selingan dengan lagu Separuh Nafas, disusul Pangeran Cinta dari album terbaru mereka, Laskar Cinta.

    Kalau di Jakarta, Siti berduet dengan Kris Dayanti tidak berapa menarik perhatian saya dan langsung tidak melahirkan rasa teruja kerana saya pernah menyaksikan Siti berlawan vokal dengan Kris Dayanti sebelum ini. Saya cukup berharap agar Astro atau mana-mana TV di Malaysia dapat membawa rakaman konsert Siti Indonesia tour ke mata peminat di Malaysia. Kalau tidak pun ada VCD sebagai ole-ole dari Siti untuk kami disini.

    Bertuah sungguh ya orang Indonesia disana kerana mereka tidak payah mengeluarkan satu sen pun duit untuk melihat Siti beraksi. Ini kerana konsert ditaja sepenuhnya oleh Bank Mega dengan kerjasama Trans TV. Berbeda dengan negara kita dimana jarang kita dengar syarikat bank yang sudi untuk menaja konsert berbentuk hiburan.




Nafe@DIVAElla
May 28, 2006   11:53 AM PDT
 
saya ingin mengucapkan TAHNIAH!!!!!!!atas kejayaan kak siti yang telah berjaya buat konsert kak sane....... kalau dulu tok pah artis malaysia yang paling popular kat sane tapi kalau skarang kak siti pulak yang popular kak sane................tapi kalau dulu artis malaysia yang banyak buat konsert kat sane....................masa tu memang zaman tok pah.................namanya memang top kat sane..................seluruh indonesia kenal die................tok pah memang hebat.................album tok pah yang ade dipasarkan kat sane memang laku................tapi kalau skarang kak siti kak siti pulak yang banyak buat konsert kat sane.................apapun saya ingin mengucapkan tahniah n syabas atas kejayaan kak siti dan berjaya mengulangi sejarah tok pah di sane...............tapi bezanya tok pah nama die top sikit daripada kak siti...............apapun sayang TOK PAH DAN KAK SITI
gwe dari indonesia
March 30, 2006   02:20 PM PST
 
siti cepat datang ke indonesia lagi banyak kali pengagum siti nurhaliza,artist2 di indo banyak yanh ingin jadi pacar siti
maju truz ct
arein n i-sah
March 14, 2006   09:27 AM PST
 
siti mmg best giler klu uat pape pun.smoge ct succes slaloooo!!!no one can challenge or compare with u!!love u 4ever....
Dee
November 5, 2005   10:43 PM PST
 
Siti? Whateverlah...jelak sey
Name
October 31, 2005   09:22 PM PST
 
u r always great in my eye.Cayaaalah
feliscia eliza
May 6, 2005   09:17 AM PDT
 
siti memeng best
syiok
February 6, 2005   01:49 AM PST
 
tahu takpee...heh..heh..heh..tima kaseh atas pujian anda pada siti..saya terasa tempiasnya..ewah..doakan semoga perjalanannya diberkati tuhan..
laila
January 28, 2005   12:35 AM PST
 
ct u still in my heart 4ever,smoga cepat2 btemu jodoh.u idola I no.1 IN THE WORLD.cayalah......syrph aini tu tendang tepi je......biar padam muka...tua2 pun dok sedor diri lagi kubur kata mari rumah kata gi.I hope u succes in your life k ct
tarzan
January 24, 2005   03:11 PM PST
 
smoge kak ct sukses selalu, forever and alwayss
nani
January 12, 2005   10:47 AM PST
 
siti memeng hebat good luck for you siti
jamilah
January 11, 2005   02:27 PM PST
 
happy birhtday
mas
January 3, 2005   11:11 AM PST
 
lah kelakarnya...gambo kat k.pah tuh..kalo btui dia buat gitu..xrespect kat dia dah kan...
ERMA
December 28, 2004   01:04 PM PST
 
A VERY GOOD ENTERTAINMENT
rano karno malaysia
December 27, 2004   02:18 AM PST
 
dan satu lagi...jgn le nko duplicate muka CT ke muka auntie pah tu...geli lak rasanye....
rano karno malaysia
December 27, 2004   02:16 AM PST
 
best giller kalau aku ada kat sana dng korang
nanako
December 24, 2004   12:45 PM PST
 
kak siti cun ar.............. best kan kak siti....sy minat giler kat kaksiti....ape hal pun kak siti mmg best cun lawa comel cute glamour
Orang Pahang
December 24, 2004   11:33 AM PST
 
Hari tu my friend pergi Bali, dia cakap, almost every shop tanya dia kenal Siti tak. he he. as if senang nak jumpa.
Lepas tu, I met an Indonesian masa seminar kat sini, she said ada producer tv ke apa sangat minat dgn Siti sampai every week mesti tunjuk Siti nyanyi. mungkin this Trans TVlah kot.
nana
December 22, 2004   01:10 PM PST
 
nak tergelak pun ada tengok muka siti tukar kak pah. alahai..
yatimalik
December 18, 2004   12:27 AM PST
 
wah malique, rencana kamu ada ala-ala bahasa indon jugak ya.. :)
wai em
December 17, 2004   11:28 PM PST
 
caya caya...saya percaya kamuk ke sana ketemu sama siti nurhalijah :)

artikel pasal siti mmg seronok utk dibaca tak kira jika anda minat atau anti siti...

nak jd mcm siti?? mungkin 20 atau 30 tahun akan dtg baru ada org mcm siti...mungkin...

hmm pertama kali dgr bank yg sponsor konsert...smoga siti sukses selalu
|

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments








Previous Entry
HOME
Next Entry

Search celebrity, news, money?


Web budiey.blogdrive.com

My Sponsors



My Readers





Notification

If you want to be updated on this weblog Enter your email here:






concept

More me:
  • Sensasi Selebriti
  • Photo Blog
  • Tips Lifestyle
  • Archieves
  • Money Blog

    Concept:
  • Entertainment Blog
  • Celebrities News
  • Gossips
  • Theater
  • Photo Events

    Version:
  • 2.0

    Official published:
  • 27 Jan 2004

    Best viewer:

    Internet Explorer
    1024 X 768



  • profile

    My stats
  • Malay
  • 179 cm
  • 75 kg
  • 1 Ogos 1976
  • Sentul Perdana
  • Kuala Lumpur
  • Penulis blog

    My Hobby
  • Watching TV
  • Reading
  • Surfing Internet
  • Writing
  • Travelling
  • Chatting
  • Teater
  • Music
  • Work out
  • Blogging
  • Hugging!

    My Colour
  • Maroon
  • Green
  • White

    My Gadget
  • HP Pavillion dv6000
  • Nokia Xpress Music
  • Camera Nikon D40
  • iPod 30GB

    My Hung Up
  • California Fitness
  • Pavilion
  • Coffee Bean
  • Dome
  • Secrets Recipes
  • Nandos

    My Place
  • Suria KLCC
  • Masjid Jamek
  • MidValley
  • Bukit Bintang
  • Istana Budaya
  • The Actors Studio
  • Rapid KL

    My Must See
  • Buletin Utama
  • American Idol
  • Extreem Makeover
  • Lost
  • Beat TV
  • Muzikdiria
  • CSI
  • Siri 24
  • Fear Factor
  • Survivor
  • The Apprentice
  • The Amazing Race
  • Oprah Winfrey
  • Trek Selebriti
  • Iklan!

    My Fav Radio
  • Hot.fm
  • Era.fm
  • Thr.fm
  • Hitz.fm
  • X-fresh

    My Fav Deejay
  • Farah Fauzana
  • Faizal Ismail
  • Nana

    My Hos
  • Fedtri Yahya
  • Nizal Mohammad
  • Karam Singh Walia

    My Fav Reporter
  • Farihad Shalla
  • Zubir
  • Zul Husni
  • Haswari

    My Lagenda
  • Dr. Usman Awang
  • P. Ramlee

    My Fav Film
  • Superman
  • Spiderman
  • Scream
  • Red Eye
  • The Shutter

    My Fav Singer
  • Sheila Majid
  • Jacklyn Victor
  • La Luna
  • Amr Diab
  • Nancy Ajram
  • Mike Indon Idol
  • Too Phat
  • Anuar Zain
  • Siti Nurhaliza
  • Dayang Nurfaizah
  • Rossa
  • Ning Baizura
  • Gareth Gates
  • Guy Sebastian
  • Linkin Park
  • Mawi AF3

    My Fav Actor
  • Afdlin Shauki
  • Saiful Apek
  • Ako Mustapha
  • Kiefer Sutherland
  • Tom Hank

    My Fav Actress
  • Maya Karin
  • Sofia Jane
  • Nasha Aziz
  • Cameron Diaz
  • Drew Barrymore



  • stats






    credits

    Blogdrive