[---~*Enter-tainment Blog*~---]
Firefox NEW Firefox 2.0 released!



Previous Entry
REFRESH THIS BLOG
Next Entry

Time to move on



My blog has been revamped into the fresher, snazzier 'Sensasi Selebriti'.

You are cordially invited to grace your presence at the new blog. Click here


www.budiey.com






Friday, December 10, 2004

    ANUAR ZAIN & DAYANG NURFAIZAH @ PLANET HOLLYWOOD


    Hujan malam itu sungguh mendinginkan. Jalan-jalan basah dan lembap dengan rintik hujan masih bersisa. Ahad, malam Isnin... tiada apa yang ada dalam kepala peminat Anuar Zain selain dari agenda shownya di Planet Hollywood untuk minggu pertama. Saya dikenakan hadir untuk meninjau sejauh mana kehebatan aura Anuar berpadu dengan Dayang. Suatu yang sukar diduga apakah yang bakal berlaku jika dua sahabat itu disatukan dalam pentas yang sama.

    Saya keluar dari rumah jam 8.30 malam dan sampai di Bukit Bintang setengah jam kemudian. Sampai sahaja disana, saya terus menghubungi kawan saya, Nicky yang katanya sudi menemani saya untuk menyaksikan idolanya, Anuar Zain. Saya tidaklah sampai menjadikan Anuar sebagai idola tetapi saya cukup teruja mendengar suara lantangnya membawa lagu. Itu sahaja.

    Jam 9 malam, peminat kelihatan telah ramai mambanjiri area. Lebih kurang 100 orang sudah beratur panjang di hadapan Planet Hollywood sehingga ke hadapan Coffee Bean di KL Plaza. Sabarnya mereka beratur untuk membeli pas masuk RM35 dengan segelas soft drink. Bagi Malique, bayaran untuk persembahan di logistik yang tidak seluas mana ini, dengan lenguh berdiri, dengan orang bersesak-sesak, dengan panasnya bak berkurung dalam bilik sauna, mungkin ada yang bersetuju dengan saya yang merasakan ianya tidak berbaloi sama sekali. Dengan orang ramai sebegini pasti suasana di dalam bagaikan tin sardin. Ketat, rimas dan berlengas panas! Tidak pernah saya melihat orang sebegini ramai di sini. Jalan laluan star walk menjadi kian sempit dengan longgokan peminat yang tidak mahu terlepas peluang ini.

    Saya tidak beratur kerana saya sudah mempunyai 'pas masuk'. Kalau fikir dua kali pun, saya sanggup bayar walau tidak memegang 'pas percuma'. Saya akan datang juga untuk menyaksikan persembahan Anuar kerana saya tidak akan ke sini pada minggu kedua. Ini adalah masanya yang sesuai. Tetapi, bila dah ada 'pas percuma' tu, masuk sahajalah tanpa menunggu lama-lama di luar. Selepas masuk, saya tidak berganjak untuk melangkah keluar lagi. Takut terperangkap nanti.

    Seperti mana yang saya buat ketika menunggu persembahan Sunday Nite Live sebelum ini. Selepas masuk PH, saya akan keluar lagi untuk mengambil angin di luar. Tetapi itu tidak akan dibuat untuk show Anuar. Kemana lagi saya nak pergi kalau dah pukul 9 malam pun orang kat dalam PH tu dah penuh? Alamatnya... berdirilah sampai lenguh sambil menanti dan menanti dalam keadaan dihimpit dengan himpitan-himpitan yang menyesakkan itu.

    Saya bernasib baik kerana mendapat 'port' yang strategik iaitu di atas speaker besar lagi tinggi di sebelah kanan pentas. Cuma muat-muat untuk tiga orang sahaja. Dua lagi adalah 'kembar tak seiras' dari Sunway dan kedua-duanya adalah peminat fanatik Anuar. Cerita sahaja mana show Anuar yang dia tak pegi... semua tempat dia pergi.

    Mulanya, ingat kena marah kat bonzer yang badan macam 'incredible hulk' tu. Tetapi diorang pun faham dan 'sporting' dengan keadaan kami. Jadi apa lagi, saya selamat dari dihimpit. Cukup santai duduk atas speaker tu sampai habis show. Ade ke patut ada sorang kakak tu nak duduk jugak atas speaker. Kesian jugak kat dia sebab ruang duduk atas speaker tu sempit je. Takkan muat untuk badan kakak tu yang dua kali ganda dengan badan saya!

    Untuk persembahan penutup 2004, ramai juga jemputan dari kalangan artis dan selebriti yang datang. Antaranya ialah Ketua Pegawai Eksekutif TV3, Datuk Farid Ridzuan, pelakon jelita, Nanu Baharuddin, dan Umie Aida. (Setakat menyenaraikan beberapa nama.)

    Saat Anuar dan Dayang muncul di pentas tepat jam 10.45 malam, teriakan dan tepukan bergema dengan cukup kuat. Itu menandakan peminat sudah tidak sabar untuk melihat mereka beraksi. Saya meminta maaf kepada pembaca kerana saya tidak banyak menceritakan tentang lagu-lagu Dayang diruangan ini. Ini kerana saya rasa Dayang terlalu banyak muncul di persembahan di Sunday Nite Live. Itu tidak dikira ketika shownya di waktu petang dan pelancaran album.

    LAGU BAWAAN ANUAR
    Dimulakan dengan lagu raya klasik Anuar dan Elina ketika zaman budak-budak dulu, Suasana di Hari Raya sebagai pemanas suasana. Walau lagu itu sudah lapuk, tetapi iramanya segar dalam hati peminat. Tidak hairan lagu ini satu-satunya lagu permintaan ramai untuk diperdengarkan oleh Anuar. Nak tahu juga macamana suara Anuar masa dulu dan sekarang. Sungguh meriah dengan keceriaan yang terpapar di wajah Anuar dan senyuman manis Dayang. Mereka tampil dengan pakaian sopan macam nak pergi beraya la pulak. Anuar segak dengan baju Melayu Johor dan Dayang pula anggun dengan baju kurung warna perak metalik.

    Selepas lagu raya yang turut dinyanyikan bersama yang hadir, mereka berceloteh seketika sambil melambai-lambai tangan tanda terharu kepada yang sanggup berdiri kat belakang, kiri dan kanan. Mereka juga bertanya khabar kepada peminat yang tengah "ooooo... yeeee...." berteriak. Masing-masing macam kena sampuk kat hantu. Tak terkecuali budak dua ekor yang dok kat sebelah saya tu. Sungguh riuh sehingga mengalahkan sound system. Dayang tak lupa mengucapkan Selamat Hari Raya lantaran masih lagi berada di Syawal yang mulia ini.

    Persembahan Anuar diteruskan dengan lagu Kaulah Satunya dengan Dayang masih lagi berada di sisinya menari-nari anak. Lagu midfast yang cukup popular ketika zaman kelahiran semula Anuar dipentas seni suara sekitar 1998 didendangkan bersahaja. Tidak nampak all out sangat kerana Anuar memang nampak sempoi. Tetapi sekali tengok dia macam nak kontrol macho ketika korus tinggi. Satu perkara diingatkan bahawa jangan kecewa dengan mutu sistem bunyi di pusat hiburan sebegini kerana sudah macam itu bunyinya. Saya tahu ramai audien yang kecewa dan terkilan kerana bunyi yang macam speaker pecah dan tidak seimbang. Kalau anda berdiri di belakang pentas lagilah ketara bunyinya memang tidak enak langsung.

    Lagu Bila Resah dibawa sejurus selepas itu cukup mempunyai kesinambungan dimana kedua lagu adalah dari album yang sama dan genre yang sama. Ternyata lagu ini lebih menyerlah identiti gaya pop Anuar. Bila resah, Ingat saat indah...Bila rindu, Ku nyanyikan lagu mu...Sehari ku rasa bagaikan setahun...Menunggu tibanya oh bahagia... Liriknya ringkas tetapi padan dengan irama yang membuat kita bergoyang sama.

    Saya boleh mengagak yang Anuar mesti terkejut dengan sambutan yang hangat dari peminat. Nampak beliau terkejut sehingga terduduk ke pentas macam orang nak pengsan tengok peminatnya yang begitu ramai. Mikrofon sering bertukar tangan, sekejap Dayang nyanyi dan sekejap Dayang jemput Anuar ke pentas. Keadaan begini berlanjutan sehingga satu masa Dayang berduet dan ada juga slot untuk mereka bertuka-tukar lagu. Segmen paling menarik ketika Anuar menyanyikan lagu-lagu Dayang dan Dayang juga menyanyikan lagu-lagu Anuar. Ini penting untuk mencipta kelainan atau gimik. Kalau tidak nanti peminat boring.

    Suasana bertambah gempar dek penangan lagu berhantu lagi 'membunuh', Jangan Bersedih Lagi. Lagu ciptaan Boon Tan dan lirik oleh Amran Omar ini menjadi porte kegemaran saya sejak dulu kerana irama serta struktur melodi yang indah mendayu. Apatah lagi, lagu ini juga pernah dibawa oleh Bob AF2 dengan cemerlang sekali. Semua ini mempengaruhi jiwa sentimental saya sebagaimana tajamnya kata-kata di korus: kekasihku aku tahu... kita sama saling percaya...tidak pernah...ada dusta...kasih antara kita... jangan berduka (kekasihku)...jangan berdendam pada sesiapa... bersabarlah... menerima segala-galanya dengan redha.

    Lagu Permata juga tidak kurang hebatnya kerana pernah dinyanyikan oleh Burn di Konsert AF1. Tetapi sayang tidak banyak mendapat kesan dihati peminat.

    Antara lagu duet yang didendangkan Pusaka Rimba, Kini Bebas, Get Here, Kita Insan Biasa dan Inikah Cinta. Dalam banyak-banyak lagu, Kini bebas dan Get Here lebih menonjolkan kekuatan vokal Anuar dan Dayang berpadu. Ternyata pemilihan lagu amat penting supaya telinga yang mendengar tidak terencat. Tidak semua lagu duet boleh diserasikan dengan mereka.

    Apa-apa pun, sususan semula melodi turut menjerat saya terutamanya untuk lagu Selagi Masih Ada Cinta yang dibawa dalam versi jazz. Hebat juga si puteri dari Bumi Kenyalang ini mengubah suai lagu dengan citarasa pendengar. Dalam rentak jazz, 'rasa' dan penghayatan lagu lebih menimbulkan kesan sentimental mendalam.

    Tidak kurang menyentuh rasa, lagu dari penyanyi Indonesia, Ruth Sahanaya Kaulah Segalanya juga disampaikan dengan baik oleh Dayang. Lenggok yang berbeda dan punya kemanisan tersendiri. Namun, saya lebih suka ketika Anuar membawa lagu yang sering membunuh hati iaitu lagu Januari. Saya rasa ini adalah kemuncak kejutan kerana inilah pertama kali saya mendengar lagu ciptaan Glen ini ditangan Anuar. Semuanya turut bungkam dan ada yang histeria kerana tidak percaya lagu 'Kaer' ini bergema. Penonton yang beremosi terus aje lentok dan tak kurang ramai yang turut menyanyi sama.

    Di garisan lima belas minit yang terakhir, slot yang biasa dibuat oleh Anuar terus mencorak suasana riuh. Dulu pernah saya tengok Anuar bawa lagu Ning Baizura dan Siti Nurhaliza. Suka sangat dia bawa lagu orang pompuan. Dayang cakap yang dia minat lagu Anuar dan begitu juga Anuar yang gemar dengan lagu Dayang. Jadi, apa salahnya sekali sekala kita dengar lagu Dayang dibawa dengan stail Anuar. Anuar memilih dua lagu popular Dayang iaitu Hakikat Cinta dan Di Sini Bermula. Manakala Dayang pula mengalunkan Sesucinya Cintamu dan Rindu Belaian yang mengundang sorakan gemuruh yang amat!

    KATA PENUTUP
    Nampaknya, tirai 2004 dilabuhkan dengan begitu indah ronanya dan bermakna sekali dengan persembahan yang hebat dari dua penyanyi R&B ini. Ianya menjadikan kemuncak Sunday Nite Live di Planet Hollywood memecahkan rekod Persembahan Paling Ramai Bilangan Penonton, Persembahan Paling Havoc, Persembahan Paling Menghiburkan dan Persembahan Paling Berjaya. Sambutan hangat itu pastinya membuat perut tauke PH semakin buncit kekenyangan dan poket pun bertambah isinya dengan keuntungan berganda.

    Yang saya perasan Anuar Zain dan Dayang punya keserasian baik dari segi lagu dan personaliti. Elok juga mereka dipasangkan untuk album duet pada masa mendatang. Mesti laku ngetop punya. Tambah lagi mereka kelihatan agak akrab sehingga menimbulkan gossip yang mengatakan mereka bercinta. Mereka berdua menafikan dengan mengatakan mereka hanya bersahabat baik. Elok la tu, jangan ada dusta antara kamu berdua sudah. Kawan tu biar elok-elok sebab zaman sekarang ni ramai yang kawan makan kawan!




CikLijah
April 4, 2007   10:30 AM PDT
 
hi rasenyer ni budi yg liza kenal mase kite pi ERA dulu igt tak I kawan sheri yg kije kat EH magazine dulu... kite penah jumper masa 20 yg anggun buat kat modesto
awak ader fotopages tak time kat situ sbb awak ader amek pics I dan makwe awak yg betudong tu tak silap ...awak YM kite nurliza77
sesenang chat la ekk byk soklan nak tanyer ni
Aliff
November 25, 2006   09:49 AM PST
 
Assalamualaikum..hai..Saya peminat setia abg anuar zain.Go abg anuar..I'm still support u always..Wasalam
jakun
May 12, 2006   05:41 PM PDT
 
dayang artis sepanjang zaman she is the best singer............
din
October 29, 2005   01:46 PM PDT
 
dayan best dan cun
aby
October 29, 2005   01:45 PM PDT
 
dayng sentiasa cool dan tabah i love dayang .dayang artis melaysia terbaikdayang sayang kamu
arni
March 10, 2005   07:37 PM PST
 
saya minat betul ngan dayang...tp tak pernah nak tengok live show dia..(kesiannya saya)..semua album dayang saya beli untuk mengubat rindu dengar suara dayang...best of luck to dayang..
e-zump
February 16, 2005   04:29 PM PST
 
walaupun terlambat komen tai saya ingin sekali menulis sikit komen disini. Saya rasa saya memang perasan 2 kembar seiras yang duduk atas speaker tu. So you ada kat sebelah tuk, i even caught u in my video cam. I was sitting kat meja belakang nanu & Datuk TV3 and that's why we noticed ada budak yang hafal semua lagu Anuar zain (budak kembar tu le). ANyway, for me, personally the show was ONE of the happening show kat Planet. Walau pun Dayang & Anuar tak de sapa nak sponsor buat show macam Siti Nurhaliza, and sebagai peminat seni R'n'B saya amat menghargai effort yang telah di beri oleh Anuar Zain & Dayang pada malam tersebut. Tapi saya harus menyatakan di sini, pada minggu ke-dua show dayang & anuar zain lagi gempak. Walaubagaimana sekali pun, i'm looking forward nak tengok show Dayang dan Anuar Zain kat TV3 SOON. Ok idios dan semuga Muzik tanah Air lagi gempak dan gempak secara keseluruhannya dan penerimaan nya seratau ASIA dan DUNIA.
hanna_msa
January 9, 2005   05:03 PM PST
 
wow!aku minat giler ngan anuar n dayang. moga sukses selalu...
LiNDa
January 4, 2005   05:04 PM PST
 
hye...sy minat gler ngan anuar zain..xkish la sound system x best ker..asl dpt meet anuar zain.yeahh..n kpd sumer peminat dayang n anuar zain jgn luper dapatkn gabungan album terbaru mereka.rugi x bli....BEST...
adim
December 27, 2004   02:03 PM PST
 
dayang ngan anuar memang best...rugi tak pegi ari tu....
nana
December 22, 2004   01:13 PM PST
 
anuar, ini komen ikhlas ok. tapi, lebih elok kalau anuar potong rambut.kalau panjang, nampak muka anuar macam gelap. its very cute to see u in short hair!
jue
December 15, 2004   10:51 AM PST
 
saya minat abg nuar!!..
lintasan
December 13, 2004   01:26 PM PST
 
Tak pergi tengok tapi tengok sikit sedutan (terlalu sikit pun) di Trek selebriti. Rasanya suara keduanya kurang serasi tapi kalau tengok live, mungkin pandangan berbeza.
Name
December 13, 2004   12:22 PM PST
 
what do you think of the show. I thought the sound system was really bad. May be because we were behind the stage or what, tak dengar sangat the suara. The show to me was not as good as expected. lacking the punch and uummmphh me think.
|

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments








Previous Entry
HOME
Next Entry

Search celebrity, news, money?


Web budiey.blogdrive.com

My Sponsors



My Readers





Notification

If you want to be updated on this weblog Enter your email here:






concept

More me:
  • Sensasi Selebriti
  • Photo Blog
  • Tips Lifestyle
  • Archieves
  • Money Blog

    Concept:
  • Entertainment Blog
  • Celebrities News
  • Gossips
  • Theater
  • Photo Events

    Version:
  • 2.0

    Official published:
  • 27 Jan 2004

    Best viewer:

    Internet Explorer
    1024 X 768



  • profile

    My stats
  • Malay
  • 179 cm
  • 75 kg
  • 1 Ogos 1976
  • Sentul Perdana
  • Kuala Lumpur
  • Penulis blog

    My Hobby
  • Watching TV
  • Reading
  • Surfing Internet
  • Writing
  • Travelling
  • Chatting
  • Teater
  • Music
  • Work out
  • Blogging
  • Hugging!

    My Colour
  • Maroon
  • Green
  • White

    My Gadget
  • HP Pavillion dv6000
  • Nokia Xpress Music
  • Camera Nikon D40
  • iPod 30GB

    My Hung Up
  • California Fitness
  • Pavilion
  • Coffee Bean
  • Dome
  • Secrets Recipes
  • Nandos

    My Place
  • Suria KLCC
  • Masjid Jamek
  • MidValley
  • Bukit Bintang
  • Istana Budaya
  • The Actors Studio
  • Rapid KL

    My Must See
  • Buletin Utama
  • American Idol
  • Extreem Makeover
  • Lost
  • Beat TV
  • Muzikdiria
  • CSI
  • Siri 24
  • Fear Factor
  • Survivor
  • The Apprentice
  • The Amazing Race
  • Oprah Winfrey
  • Trek Selebriti
  • Iklan!

    My Fav Radio
  • Hot.fm
  • Era.fm
  • Thr.fm
  • Hitz.fm
  • X-fresh

    My Fav Deejay
  • Farah Fauzana
  • Faizal Ismail
  • Nana

    My Hos
  • Fedtri Yahya
  • Nizal Mohammad
  • Karam Singh Walia

    My Fav Reporter
  • Farihad Shalla
  • Zubir
  • Zul Husni
  • Haswari

    My Lagenda
  • Dr. Usman Awang
  • P. Ramlee

    My Fav Film
  • Superman
  • Spiderman
  • Scream
  • Red Eye
  • The Shutter

    My Fav Singer
  • Sheila Majid
  • Jacklyn Victor
  • La Luna
  • Amr Diab
  • Nancy Ajram
  • Mike Indon Idol
  • Too Phat
  • Anuar Zain
  • Siti Nurhaliza
  • Dayang Nurfaizah
  • Rossa
  • Ning Baizura
  • Gareth Gates
  • Guy Sebastian
  • Linkin Park
  • Mawi AF3

    My Fav Actor
  • Afdlin Shauki
  • Saiful Apek
  • Ako Mustapha
  • Kiefer Sutherland
  • Tom Hank

    My Fav Actress
  • Maya Karin
  • Sofia Jane
  • Nasha Aziz
  • Cameron Diaz
  • Drew Barrymore



  • stats






    credits

    Blogdrive