
Dua bulan yang lalu, saya menelefon Sherizan. Dia adalah 'tulang belakang' bahagian promosi Majalah Eh. Saya bertanyakan serba sedikit perihal malam 20 Yang Anggun 2004. Mula tu, Sherizan terkejut sebab dari mana saya dapat nombor telefen bimbitnya. Rupanya, dia sudah lupa yang dia pernah memberi nombornya kepada saya. Tidak mengapa ya Cik Sherry. Saya pun tidak kisah sebab saya bukan jenis yang suka menghubungi orang tanpa tujuan. Lagi pun, Sherry bukannya artis untuk saya hubungi dan bertanya itu dan ini.
Masa tu jugak, saya terus menempah 4 tiket untuk ke Malam 20 Yang Anggun. Tiga lagi untuk kawan-kawan yang dah janji nak pergi. Jadi tempah untuk depa sekali. Tak beli karang, kata kita ni sombong atau tak cakap pulak. Satu tiket berharga RM15. Lebih murah dari tahun lepas dimana tahun lepas saya terpaksa melabur RM20 semata-mata untuk bertemu orang-orang glamour. Tetapi bila lihat apa yang saya dapat masa tu, cukup berbaloi. Hakikat atau kesimpulan yang saya ingin katakan di sini adalah acara tahun lepas lagi seronok, lagi power,lagi havoc dan lagi meriah dari tahun ini. Semua ini dapat saya 'hidu' ketika saya mula melangkah masuk ke Bar Ibiza. Kesuraman kelab malam itu punca segalanya.
Sebelum masuk, terserempak dengan seorang penulis skrip Beat TV dan Muzikdiria iaitu Azean. Mula tu, payah juga nak cam gadis genit berkaca mata ni sebab dia nampak lain macam. Dua tiga kali jugak saya pandang dan jeling-jeling. Azean pun memang perangai dia, kalau kita tidak tegur dia... jangan harap dia nak sapa kita.
Azean nampak lebih slim dari dulu. Katanya mungkin lepas puasa kot, badan jadi lebih slim sikit. Cuma berbual sepatah dua. Tidak boleh banyak cakap nanti dia kata saya nak bodek dia la pulak. Lepas tu, dia cakap saya ni mana-mana tempat saya ada. Biasala saya ni kan wartawan tak bergaji! Semua tempat saya pergi. Cuma tempat mahkamah Kak Pah didakwa sahaja saya tak pergi. Hehehe... dan juga gathering fan club bebudak AF juga saya tak ikut sangat.
Azean menambah fakta yang malam esok saya 'ada' lagi di Planet Hollywood untuk tengok Dayang dan Anuar perform kat sana. Lepas malam Ahad, Malique akan ke Istana Budaya untuk tengok Siti berzapin. Heheh yang tu dia tak tahu... buat apa nak cakap kat dia? Apa pun, dipendekkan kata... dua tiga menjak ni sibuk memanjang dengan aktiviti hiburan. Paling dahsyat, saya kena terbang ke Jakarta dan menginap selama 3 hari 2 malam disana semata-mata untuk menonton konsert Siti di Istora Senayan.
Bersua juga dengan Sherry yang nampak anggun semacam malam tu. Just say hi-hi and she said bye-bye! Nak saja saya cakap yang saya geram sebab malam tu takde acara makan-makan. Tetapi Sherry tak de kuasa untuk ubah semua tu... yang berkuasa cuma Tuhan!
Sebenarnya, saya tidak suka tempat yang tertutup dan terlalu romantik sehingga tidak nampak orang. Sehingga saya beberapa kali terlanggar tangga dan terpijak kaki orang. Memang saya buta sikit. Kalau dah suram, saya nak nampak apa. Gajah pun boleh saya langgar! Saya juga tidak gemar kalau parti sebegini diadakan di disco atau pub. Saya suka memilih tempat yang terbuka yang fresh air. Kalau party launch atau Voting Party MTV Awards tu lainlah cerita.
Ini party untuk kita meraikan orang-orang yang kononnya cantik dan mempunyai personaliti menarik. Seharusnya memerlukan satu paduan atau hubungan yang akrab lagi mesra antara pembaca dengan selebriti yang hadir. Kuantiti pembaca yang hadir juga harus diambil kira, bukan untuk mengaut keuntungan semata.
Perkara ini bukan isu serious tetapi bagi saya, harus dipandang oleh pihak penganjur. Bayangkan, bila mana kerusi kami dengan selebriti dipisahkan jauh. Lebih teruk, pembaca lain terpaksa meminta izin dengan 'bonzer' atau sekuriti untuk bergambar atau meminta autograf dari selebriti. Ada pantang larang dan ada had dan kawasan larangan. Berbeza dengan tahun lepas dimana kami dengan artis berkongsi meja dan kerusi. Hubungan antara yang datang juga sungguh akrab dan kami dapat berbual serta bercerita dengan mereka. Semua itu kerana faktor logistik yang tidak sesuai. Ada tempat, kita rasa tidak selesa dan ada tempat kita rasa kita senang. Bila rasa senang, hati juga gembira dan puas hati.
Mungkin tahun ini konsepnya lebih kepada soal keuntungan kerana saya lihat lebih 400 orang yang hadir berdasarkan nombor tiket yang dibaca ketika cabutan bertuah. Ramai pengunjung bermakna satu keuntungan bagi pihak penganjur. Itu bagus untuk poket mereka.
Paling malang, kami dibekalkan dengan setin coca cola sahaja untuk mengisi perut. Nasib saya baik kerana saya dah pekena 2 keping roti canai di rumah. Tidaklah rasa lapar sangat. Saya ingat ada jamuan makan macam tahun lepas.
Kalau tahun lepas, kami dijamu dengan menu lazat dari barat. Tambah sedap kerana makanan itu datangnya dari Hotel JW Marriot. Masih segar lagi. perasaan seronok dapat makan sambil bercerita dengan Zain Ruffedge dan Dinaz Beat TV. Mana mungkin saya lupakan. Malam meraikan 20 Anggun ketika itu nampaknya turut meraikan sokongan pembaca. Tetapi jauh panggang dari api, semuanya menjadi putih kepada hitam pada tahun ini. Bukan lebih baik tetapi bertambah teruk!
Kesuraman itu menjemukan kerana saya suka kepada suasana cahaya yang terang. Duduk dalam gelap (kononnya romantik) banyak menyekat oksigen yang segar untuk saya bernafas. Tempat pula tertutup dan ramai yang merokok. Menyesakkan buat saya sukar untuk bernyawa. Malam itu bagaikan ada sesuatu yang 'mati'. Bertambah jengkel bila mana juruacara malam itu iaitu Sazzy dan Sein lambat memulakan acara. Ketibaan Ruffedge juga agak lewat.
Ya... bagi saya ketibaan kumpulan kegemaran saya ini menyelamatkan keadaan saya yang sesak. Nasib baik ada mereka walaupun sekali lagi Mode masih absent. Mode masih berada di Australia. Tetapi tidak mengapa kerana mereka akan membuat persembahan. Sebanyak 3 buah lagu didendangkan.
Terhibur la jugak hati saya yang tengah bengang. Selain Ruffedge, Linda Dan Diana Rafar , Shahira dan kumpulan VE juga banyak menceriakan suasana selain celoteh nakal Sein dan Sazzy. Permainan pun agak gila-gila. Walaupun nampak untuk bersuka-suka tetapi permainan banyak memalukan peserta. Hilang air muka sebab malu. Tetapi bagi yang tidak malu tidak kisah. Lagi pun banyak juga hadiah dari penaja iaitu telefon bimbit dan barangan lain.
Saya tidak mahu menyebut di sini siapakah 20 Anggun yang dicalonkan untuk tahun ini. Sebilangan besarnya tidak hadir kerana banyak urusan lain yang lebih penting. Kalau nak tahu kena baca majalah Eh! Kalau tak nak tahu lagi, sendiri mahu ingat la beb. Tak reti reti nak close!
Sebenarnya pada malam yang sama, saya mendapat jemputan untuk ke Launch Party Perfume Emporio Armani di Zouk. Tetapi setelah memikirkan kelewatan waktu, saya batalkan untuk kesana. Sempat juga kami singgah di Zouk, kot-kot parti tu masih berlangsung. Sampai-sampai sana,parti dah habis. Tak kisahlah, kami terus balik. Sebelum balik, singgah kat 2 buah restoran untuk makan-makan. Sambil makan sambil berbual pasal hal ehwal semasa dengan Ayu dan Sha. Diorang ni peminat setia Ning dan ada keahlian Ning Clix. Mana-mana show Ning mereka 'ada'. Lepas hilangkan tension, kami terus blah!