[---~*Enter-tainment Blog*~---]
Firefox NEW Firefox 2.0 released!



Previous Entry
REFRESH THIS BLOG
Next Entry

Time to move on



My blog has been revamped into the fresher, snazzier 'Sensasi Selebriti'.

You are cordially invited to grace your presence at the new blog. Click here


www.budiey.com






Sunday, March 21, 2004

    SHOWCASE SUNDAY NITE LIVE ELLA DI PLANET HOLLYWOOD


    Semalam, aku dijemput oleh Time untuk melihat show Ella yang akan berlangsung di Planet Hollywood jam 10 malam ini. Terima kasih kepada Time. Dek member2 lain tak nak ikut kerana sibuk nak tengok result pilihanraya, aku call Fakhrol. Dia bersetuju nak temankan aku sebab rasanya dia minat untuk menyaksikan diva rock menakluk Planet Hollywood untuk kali ke-2. Apa tidaknya, dia happy la dapat masuk free. Kalau tidak, mesti kena bayar entrance RM35. Mmm... tu lah untungnya baik dengan reporter tak bertauliah cam aku. Nak tengok mana-mana show, FOC!

    Setibanya di pintu PH jam 9.30 malam, orang dah ramai. Hari membuang undi tidak menjejaskan kehadiran peminat fanatik Ella. Rockerz, yang bawak cewek, yang alone rangerz, yang Mat Indon, Jawa, Cina. India, muda, tua, yang Nyah dan macam-macam jenis lagilah manusia yang memuja Ella nih. Semuanya bagai tak sabar nak 'ronggeng rock' sama Ella. Bilangan penonton tidak ubah seperti 7 Mac lalu. Ada juga peminat yang datang untuk kali ke- 2 beturut-turut.

    Dalam hati, harap Ella tidak menyanyikan 100% sama dengan show pertama. Artis jemputan pun takkan nak sama. Kalau dua minggu lepas, ada Aznil Nawawi, Phua Chu Kang dan Ning. Mesti ada kelainan. Kalau tidak menjemukan dan meloyakan! Uweerk!

    Menjengah underground PH, sudah nampak kelibat Awie, Amy search, Nija AF, Liza, Vince and kakaknya (merangkap pengurusnya; Vanessa), Siti Nurdiana, dan Amy Mastura. Selain mereka, katanya Korie, Jojie, Rizal, Nora dan Amy Mastura juga akan turut dibuli oleh Ella malam ini. Keadaan pentas diperluaskan sedikit untuk memberi ruang untuk Ella menguasai pentas. Tidaklah sempit sangat sehingga Ella tidak dapat kesana kemari dengan style lincahnya.

    Show bermula lewat setengah jam. Sepatutnya 10.30 mlm. Namun semuanya stay cool dan sabar menanti kemunculan Ella. Dia tampil serba ringkas dan santai dengan seluar panjang hijau kelabu dan T-shirt ketat Armani AIX. Sempoi beb! Disambut dengan jerit pekik yang melaungkan namanya, dia terus memulakan shownya...

    1. Ulik Mayang.

    Lagu ini semacam menjadi lagu pembukaan bagi show Ella kat mana-mana termasuk show pertama dua minggu lepas. Sesuai sangat. Diberi nafas baru dan lebih segar, lagu ini membuat x-perimen Ella menerokai akar Melayu dan menyelami kejatian diri. Walau dibawa gelombang rock, namun lagu ini masih terpacak identitinya. Peminat yang familiar dgn lagu ini turut sama menyanyi.

    2. Khayalan.Showmanship biasa pada aku.

    3. Hanyalah Aku.

    Sesudah lagu ini, barulah Ella buka mulut. Dia memperkenalkan tetamu yang terdiri drpd artis. Suasan gamat tatkala, nama Amy Search disebut. Memang sah yang datang punya minat mendalam ngan rockerz Malaysa tu.

    4. Permata Biru.

    My favorite song. Tiada kelainan kecuali sedikit pada susunan muzik. Lebih catchy. Masih segar sesegar kenangan persekolahan dulu.

    5. Simbiosis.Lagu baru yang tengah melonjak dan menjadi siulan peminat kini.

    6. Knocking on Heavens Door.Apalagi kalau tidak dengan populariti lagu ini, PH tidak bergema dengan nyanyian dari audien yang rata-rata kaki Rock!

    7. Lagu Avril Lavigne.

    Kerap sangat Ella nyanyikan lagu English. seingat aku dia pernah nyanyikan masa Show MHI. Apa yg aku boleh cakap, Ella sesuai sangat dengan genre lagu sebegini. Gaya manjanya masih ada walau sesekali terbabas! Lupa lirik?

    8. Hanya pada Cinta.Ada kelas!

    9. Kasih.
    Slow rock song yang mengamit seribu kenangan. Peminat menyanyi bersama termasuk yang tak tahu senikata pun turut sama buka mulut. Nak tunjuk kat Ella yang dia dah hafal semua lagu Ella?

    10. Pergilah Sayang Duet dgn Korie.

    Beliau menjemput adiknya, Korie yang baru sahaja menikah. (Bini dia lawa) Suara korie tenggelam. May be masalah microfon.

    11. Lagu dari filem.Aku tak menggemari lagu ini. Nak tahu lagu apa? Cubalah teka sendiri!

    12. Demi.Lagu slow yang mengancam jiwa.

    13. Mengapa Berpura.Wow!

    14. Permata Pemotong Permata(PPP).

    15. Nuri.

    My favorite song. Satu album ngan PPP, lagu ini membuat kita bersemangat untuk hidup.Ada nilai murni yang ingin disampaikan. Walau sejauh mana pencapaian kita dalam kehidupan, jangan lupa orang yang memerlukan pertolongan seperti Nuri.

    16. Gilakan Kau-Featuring Amy Search.

    Wow... suasana gamat tatkala Amy muncul dipentas. Show Amy memang ader kelas. Suara dia Ya Amat!!! Tinggi (tapi terpekik?) dengan vocal rock yang aku rasa sukar ditandingi. Ella pun turut menyanyi sama. Rock habis!

    17. Sha Na Na-bersama Amy Mastura.

    Memang spontan habis diorang jamming. Tanpa perancangan dan ikut suka hati aje nak nyanyikan lagu tu. Nasib baik pemuzik diorang ni cukup profesional. Pakai belasah!
    18. Sejati- bersama Awie.

    Kata Awie, "I'm not in good condition." Tapi Awie memang lawak giler malam tu. Ella berminat ngan lagu Awie-Sejati. Pernah berduet ngan Ella dalam lagu Baldu Biru. Lagu itu sebenarnya patut dinyanyikan, tapi sayang 1000 kali sayang, may be Awie tidak sihat atau tak ingat lirik?

    19. Soldier of Fortune-bersama Awie lagi?

    Penonton masih perlukan Awie namapaknya. Awie nak berganjat tapi dihalang oleh penonton. Lagu ini dibawa ala-ala hindustan song. Cukup kelakar! Gelak! Kuang Kuang Kuang
    20. Layar Impian-Nija.

    Ini bukan kali pertama aku melihat finalis bintang AF, Nija secara dekat. Berambut panjang lurus dengan kulit sawonya membuat dia bertambah manis. Dia sememang gadis cute dari Johor. Nija ni manja jugak orangnya. (Atau nak tiru gaya Ella?) Perangai cam budak-budak. Dahlah pakai skirt dan but yang tak maching. Patut dia kena masuk kelas grooming. Atau seriusly, AF tak ajar ke semua tu? Dia masih gugup kat pentas. atau mungkin keadaan pentas yang terlalu dekat dengan audien tidak selesa baginya. Tapi Nija tetap rock. Rock Tersangatla Rocknya!

    21.Sembilu-Nora and Nan Berbeza (feat. Rizal dan Jojie).
    Vokal Nora, tiada siapa boleh nafikan yang dia adalah i-kon terhandal dari segi kekuatan vocal. Punya style membawa lagu Sembilu yang aku kira diR&Bkan oleh Nora. Cayalah. Namun, kecacatan terlampau pada lagu Nan Berbeza jelas kala Jojie dijemput berduet. Dia pemalu atau buat-buat malu? dan banyak kali mic dipass kat penonton yg berada kat depan. Hampeh Jojie!

    22. Kembara Kita-bersama peminat bernama Jai.

    Sepatutnya lagu ini disampaikan dgn tuan empunya lagu, Ramli Sarip. Bukan dengan Jai yang entah apa-apa aku tengok. Menjahanamkan lagu favorite aku dan aku rasa semua bersetuju ngan aku. Tak ramai yang bertepuk tangan. Kesian sungguh. Pigila Lu!

    23. Dua Insan Bercinta.

    24. Gemilang.

    25. Matahari.

    Sebenarnya ini adalah lagu terakhir namun Ella masih sporting melihat penonton masih tak puas hati.

    26. Avril Lavigne Song lagi?

    Ella nampak cam dah letih. tapi tetap ganas!

    Keseluruhan show Ella kali ke-2 ini momentumnya stable. Showmanship Ella memang gempak dan up to date. Dia memahami kehendak selera peminat. Walau ada beberapa lagu yang sepatutnya dinyanyikan namun kelainan tetap mengatasi semua itu. Itulah style Ella yang kita tahu dia memang sporting ngan peminat. Dia tetap dia. Satunya rockerz wanita yang stay cool dan hebat dengan peminat yang membesar dengan lagunya seperti aku. Setinggi penghargaan kepada Planet hollywood yang berjaya membawa Ella dengan dekat lagi kepada peminatnya.

    Jam 2 pagi, aku balik dengan rasa terkezut batak ngan result pilihanraya. BN menang besar!Aahhh... lantaklah korang!

    ::MORE ELLA PICS::




Nafe@DIVAElla
May 10, 2006   09:25 PM PDT
 
hi kak ella.............saya akan sentiasa kak ella sampai bile-bile.............SYG KAK ELLA.......................DIVA ROCK!!!!!!!!!!DIVA ROCK!!!!!!!!!!!!!!!DIVA ROCK!!!!!!!!!!!!!!!!!DIVA ROCK!!!!!!!!!!!!!!!!LUV U
ladyRock
April 2, 2006   12:01 PM PDT
 
Bagi gua,sume lagu Ella memang gerek..gua syg lu la Ella.
ArE_d*am@sINclAiR.com
March 13, 2006   03:50 PM PST
 
cyg kak ella....luv u...bile nk kawin.x kawin2 pun.kawin ngan saye je lah....
nafe@DIVA.Ella
March 13, 2006   03:27 PM PST
 
hello....kak ella bile nak kahwin
kalo nak kahwin jangan lupe jemput saya
keluarga dan kawan2(syazwan,hadi,ferman,hakim,faris
mat,ferman dan yus).
luv u so much

daripada peminat DIVA ROCK ELLA
nafe@DIVA.Ella
March 13, 2006   03:24 PM PST
 
luv u ella
ajxpro
March 11, 2006   12:46 PM PST
 
Ella Memang rockerZZ....I like you....The song Mantap ngan suara...dgn tarian yang manje...huH~!!!LEntok Bebbb..........
areinz
January 30, 2006   08:52 PM PST
 
ella rockz~!!! =P
'Aisyah
January 13, 2006   08:33 PM PST
 
minat gaks ella...........die nyer lagu mmg semua bezt ar...!!!
danial_147
November 10, 2005   04:42 PM PST
 
syer minat sgant dkat ella
creepsy
July 8, 2005   03:16 PM PDT
 
cool
yin
January 10, 2005   04:02 PM PST
 
Saya minat sangat ngan Ella. Lagu lagu dia semua best..
Aisyah Rodzi
December 14, 2004   01:58 PM PST
 
ooo.... lagu ulik mayang versi Ella, saya dah beli cd original Ella ,simbiosis.best lagu tu.lain dari yang lain..sometimes gerun juga dengar lagu tu sorang2 kat rumah, siap pasang kuat lagi tuh.... pendek kata...lagu tu memang best,saya suka sangat....

ikhlas, peminat Ella
uitm perak.
|

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments








Previous Entry
HOME
Next Entry

Search celebrity, news, money?


Web budiey.blogdrive.com

My Sponsors



My Readers





Notification

If you want to be updated on this weblog Enter your email here:






concept

More me:
  • Sensasi Selebriti
  • Photo Blog
  • Tips Lifestyle
  • Archieves
  • Money Blog

    Concept:
  • Entertainment Blog
  • Celebrities News
  • Gossips
  • Theater
  • Photo Events

    Version:
  • 2.0

    Official published:
  • 27 Jan 2004

    Best viewer:

    Internet Explorer
    1024 X 768



  • profile

    My stats
  • Malay
  • 179 cm
  • 75 kg
  • 1 Ogos 1976
  • Sentul Perdana
  • Kuala Lumpur
  • Penulis blog

    My Hobby
  • Watching TV
  • Reading
  • Surfing Internet
  • Writing
  • Travelling
  • Chatting
  • Teater
  • Music
  • Work out
  • Blogging
  • Hugging!

    My Colour
  • Maroon
  • Green
  • White

    My Gadget
  • HP Pavillion dv6000
  • Nokia Xpress Music
  • Camera Nikon D40
  • iPod 30GB

    My Hung Up
  • California Fitness
  • Pavilion
  • Coffee Bean
  • Dome
  • Secrets Recipes
  • Nandos

    My Place
  • Suria KLCC
  • Masjid Jamek
  • MidValley
  • Bukit Bintang
  • Istana Budaya
  • The Actors Studio
  • Rapid KL

    My Must See
  • Buletin Utama
  • American Idol
  • Extreem Makeover
  • Lost
  • Beat TV
  • Muzikdiria
  • CSI
  • Siri 24
  • Fear Factor
  • Survivor
  • The Apprentice
  • The Amazing Race
  • Oprah Winfrey
  • Trek Selebriti
  • Iklan!

    My Fav Radio
  • Hot.fm
  • Era.fm
  • Thr.fm
  • Hitz.fm
  • X-fresh

    My Fav Deejay
  • Farah Fauzana
  • Faizal Ismail
  • Nana

    My Hos
  • Fedtri Yahya
  • Nizal Mohammad
  • Karam Singh Walia

    My Fav Reporter
  • Farihad Shalla
  • Zubir
  • Zul Husni
  • Haswari

    My Lagenda
  • Dr. Usman Awang
  • P. Ramlee

    My Fav Film
  • Superman
  • Spiderman
  • Scream
  • Red Eye
  • The Shutter

    My Fav Singer
  • Sheila Majid
  • Jacklyn Victor
  • La Luna
  • Amr Diab
  • Nancy Ajram
  • Mike Indon Idol
  • Too Phat
  • Anuar Zain
  • Siti Nurhaliza
  • Dayang Nurfaizah
  • Rossa
  • Ning Baizura
  • Gareth Gates
  • Guy Sebastian
  • Linkin Park
  • Mawi AF3

    My Fav Actor
  • Afdlin Shauki
  • Saiful Apek
  • Ako Mustapha
  • Kiefer Sutherland
  • Tom Hank

    My Fav Actress
  • Maya Karin
  • Sofia Jane
  • Nasha Aziz
  • Cameron Diaz
  • Drew Barrymore



  • stats






    credits

    Blogdrive