[---~*Enter-tainment Blog*~---]
Firefox NEW Firefox 2.0 released!



Previous Entry
REFRESH THIS BLOG
Next Entry

Time to move on



My blog has been revamped into the fresher, snazzier 'Sensasi Selebriti'.

You are cordially invited to grace your presence at the new blog. Click here


www.budiey.com






Saturday, October 23, 2004

    BERSAHUR BERSAMA RADIO ERA


    ERA CIPTA KELAINAN
    Dalam dunia ini, macam-macam perkara boleh berlaku. Perkara yang jarang dilakukan akan dibuat untuk mencipta satu kelainan. Kelainan itu membentuk satu keunikan. Lalu, keunikan yang dihasilkan memberi fahaman dan perspektif yang berbeda. Yang penting, ianya sedikit sebanyak membuka mata sekalian manusia. Nanti, mereka akan faham bahawa perkara yang mustahil dilaksanakan akan berjaya digapai seandainya kita sedia berganding bahu ke bahu....

    Eh! Tiba-tiba bahu ke bahu ni, apa kesss? Hehehe...Bahu ke Bahu tu cuma sekadar lagu yang dinyanyikan oleh penyampai wanita Radio Era yang jelita tu. Namun, pengertiannya amat mendalam sekiranya dihayati. Yang saya bercakap pasal benda pelik yang dibuat oleh Radio Era ni... apa kessss? Apa yang pelik dan gempak sangat dibuat oleh Radio Era kali ini?

    Biasanya, kita mendengar penganjuran majlis berbuka sahaja. Tidak pernah ada sebelum ini yang menganjurkan Majlis Bersahur. Bagi saya, tidak pernah dalam hidup ini menghadiri majlis yang memerlukan kita bangun seawal 2 pagi yang suram sejuk. Pulak tu, dalam keadaan masih mamai, terus mandi dan bersiap untuk turun menuju ke hotel bagi menghadiri Majlis Bersahur. Sesuatu yang meletihkan bukan?

    Akan tetapi, Radio Era merealisasikan semua itu dengan kerjasama Quaker Oat sebagai penaja utama. Terima kasih kepada Quaker yang mengekalkan tenaga berpanjangan semasa bulan puasa. Memang sesuai sangat dengan tema majlis. Dan juga penaja lokasi iaitu Hotel Berjaya Times Square yang menyediakan makanan yang begitu lazat dan semuanya sedap-sedap. Juga sempat merasa resepi terbaru dari Quaker iaitu Sup Harira Quaker. Sedap rasanya macam bubur. Selain dapat makan sahur, setiap pemenang yang menghantar slogan terbaik harian mendapat 4 jemputan, hamper Quaker bernilai RM 100 dan peluang memenangi hadiah bernilai RM 5,000 menerusi cabutan bertuah.

    BERSAHUR BERHIBUR
    Diraikan di majlis yang sederhana ini, saya sebagai pendengar setia radio nombor satu Malaysia ini merasa terkilan kerana tidak ramai artis yang datang. Faham-faham sangat, ramai artis tak bangun sahur. Ada yang sibuk dan tak kurang ada yang menolak kalau dijemput. Yang datang pun, kebanyakannya adalah pemenang Anugerah Era 2004 seperti Nassier Wahab (datang dengan adiknya?), Noraniza Idris (cuma sempat menyarung seluar sukan. Macam rappers la pulak!), Mirwana (sempat menyanyikan sebuah lagu Hikmah Kembara) dan beberapa artis lain yang tidak sempat saya lihat (Kalaulah adaaa...).

    Tidak banyak hiburan nyanyian dipersembahkan kerana tidak sesuai dengan ibadah bersahur. Nanti ibadah akan bertukar menjadi benda lain pula. Namun, kami dihiburkan dengan gelagat hadirin yang menyertai permainan yang diadakan. Cuma dua permainan diadakan iaitu menyanyikan lagu raya dan menguji minda ilmu kira-kira. Siapa cepat kira dan jawab akan memenangi permainan. Cuma 4 orang yang sukarela didera oleh penyampai Era bagi setiap permainan. Pemenang pertama mendapat wang RM150 manakala 3 orang cuma mendapat goodie beg dari Era. Tahniah kepada kroni saya iaitu Kak Azimah yang begitu teruja mengira dengan cepat. Biasalah, kerja pun di bank kan?. Apa tidaknya. Mesti dapat jawab punya. Kepada Kak Hazimah, jangan lupa belanja Malique... hehehehe.... gurau sahaja.

    Saya sebenarnya teruja kiranya ada bintang AF yang akan datang tetapi tidak seorang pun yang ada. Kalau seorang dari mereka dijemput pun sudah kira OKKE... mengecewakan? Mmm... rasanya tidak juga kerana pagi itu saya bernasib baik dalam cabutan bertuah. Sudah rezeki saya untuk memenangi wang RM1000. Alhamdulilah...syukur pada tuhan Yang Esa...Orang kata rezeki bulan puasa dan hari raya yang bakal menjelma. Manakala cabutan terakhir iaitu untuk wang RM2000 juga dimenangi oleh lelaki. Tahniah la kat sorang budak tu. Ntah apa nama dia tak ingat lak.

    BERTEMU BADRUL
    Ketika saya dan semua kroni sampai di pintu dewan Manhattan 3, tingkat 14 itu saya ternampak dari jauh seorang 'personaliti' Radio Era yang jarang diketahui umum kewujudannya. Ini kerana beliau cuma bekerja dibelakang tabir dan sekali sekala berkumandang di corong Era pada hari Ahad. Pernah suaranya menjadi robot host tetap bagi Anugerah Era.

    Dalam hati saya berkata, "macam pernah aku lihat orang ni, tapi dimana ya?" Barulah saya teringat saya pernah melihatnya menemani sultanmuzaffar di Dewan Sivik ketika Konsert AF2. Dan seterusnya, saya mengikuti perkembangannya melalui blog beliau yang kini tengah hot! Ramai juga pelawat yang berkunjung dan kebanyakkannya datang dari pembaca blog SM yang kini masih sepi untuk sementara. Blognya ringkas namun tarikannya seperti magnet untuk saya membaca setiap baris kata. Istimewa untuk bulan puasa ni... kalau sesiapa mahukan resepi juadah berbuka, boleh mencuba resepi dari brother nih. Dia tidak lain dan tidak bukan.... Badrul (klik untuk baca blog beliau). Saya tidak malu untuk berjabat tangan dengan Badrul kerana ini sahaja peluang untuk berkenalan sesama penulis blog. Selama ini saya hanya menulis komen di blog Badrul. Itu pun sekadar 'smile'.

    Seperti yang dilihat dalam fotonya, beliau mudah mesra, peramah dan agak happy go lucky. Betul juga kata Bad dalam satu update yang dia mengaku dia seorang yang "wierd'... Tetapi 'wierd' Bad ada aura! Apakah aura itu? Kalau nak tahu cuba tegur Bad kalau anda bertembung... saya tak nak cerita... Pada Bad, Malique nak ucapkan selamat maju jaya dalam karier. Keep up your good work... Kalau ada rezeki nak tengok juga anda sebagai penyampai tetap Era...

    LAWAK HALIM
    Ketika saya ingin menyuruh Halim bergambar bersama banner blog saya untuk 'promo Hari Raya Aidilfitri', Halim terkejut kerana mungkin takut promo benda 'kotor'yang sendiri dia tidak tahu isi web blog saya. Dia bertanya "blogdrive ni apa dia?". Saya sebenarnya nak jawab yang blogdrive tu sekolah memandu... (nak pekena dia sekali sekala) tapi kesian lak nak pekena abang Halim. Apa-apa pun, Halim Othman seorang yang suka melayan tetamunya yang tidak henti untuk bergambar dengan bekas pengacara Roda Impian ini.

    Halim sporting habis macam juga Nana dan Farah Fauzana in the house tu (halluuuu... trademark Farah ke?). Sebelum penyampai dari Kerteh ini berlalu, dia ingin saya menghantar email kepadanya untuk memberitahu alamat web blog yang kureng ni. Insya Allah..."Time kasih banyok le sebab Abe Haling nok add url website kawang deh... nanti kawang email deh ke deme... sak goba... ilek oghang teghanung kite...ilek..."

    Ketika menghampiri Nana AF1, beliau masih mengingati nama saya. Kali ini saya tidak terkejut. Ingatan Nana memang tajam dan segar. Dia memang tidak berubah. Tidak sombong dan tidak lupa diri. Antara bintang yang saya respek habis. Sikap menghargai peminat sebegini akan meningkatkan lagi nama Nana untuk jangka masa terdekat. Untuk maju dalam dunia seni, apa yang perlu hanyalah secebis penghargaan dan secubit mesra dengan peminat. Nana kelihatan cool walaupun tengah mengejar masa untuk mengacara majlis. Semoga Nana mengekalkan corak sebegini semasa melayan peminat. Untuk Nana, terima kasih ya...!

    Apa-apa pun, yang penting inilah KALI PERTAMA dalam sejarah kumpulan Mirwana melakukan persembahan ketika waktu bersahur. Juga inilah KALI PERTAMA dalam sejarah penyampai Era mengacarakan majlis ketika bersahur. Kira gempak jugak tu... Untuk semua penyampai Era, Malique Blogger mengucapkan SELAMAT BERPUASA dan SELAMAT MENYAMBUT KEDATANGAN SYAWAL. Semoga terus maju dan dilimpahi rezeki serta umur yang panjang. Sekian. Noktah!





yatimalik
October 25, 2004   03:19 PM PDT
 
ooo kisahnya... aku ingat tu awak la malique.. awat tak paste pic hang kat sana sekali?? :P
yatimalik
October 25, 2004   03:19 PM PDT
 
ooo kisahnya... aku ingat tu awak la malique.. awat tak paste pic hang kat sana sekali?? :P
yatimalik
October 25, 2004   03:18 PM PDT
 
ooo kisahnya... aku ingat tu awak la malique.. awat tak paste pic hang kat sana sekali?? :P
malique
October 25, 2004   07:47 AM PDT
 
Yati, yang dok kat sebelah Nassier Wahab tu bukan Malique tapi adik Nassier Wahab la tu kot......muka sebijik sama sebab satu acuan.
hehehe.. thanks Yatimalik!
malique
October 25, 2004   07:45 AM PDT
 
OK opie, dah buat kredit untuk skylarbourne. Memang idea tu idea asal skylar. Sorryla tiru tak cakap opie dan skylar sebab malique tak kenal dengan skylar... YM dia pun tak tahu... apa-apa skylar mesti budak sporting dan cunnn...thanks Opie dan skylar jugak...
opie
October 24, 2004   11:34 PM PDT
 
haa ahh...malique ikut skylar bourne pegang2 kertas. tak kasi credit ke? itu kan idea dia..tak bagus laa buat camtu! tak original!
Name
October 24, 2004   11:04 PM PDT
 
malique ikut cam skylarbourne ek? soh bintang pegang kertas, tangkap gambo gak.. :)
yatimalik
October 24, 2004   09:33 PM PDT
 
Malique.. leh tanya .. sapa yang bergambar ngan Nassir Wahab tu? Awak ke? Cam kembar jer aku tgk :)
FieBieGargentDeRossa
October 23, 2004   11:15 AM PDT
 
betul lah apa yang lawaknya...

Oke nanti petang ni, Fie Bie call abang bomba suruh bagitau kat Malique suruh belanja Fie Bie buka puasa di Jalan Raja Alang
malique
October 23, 2004   10:51 AM PDT
 
hahahaha.. lawaknyaaaa....
FieBieGargentDeRossa
October 23, 2004   10:36 AM PDT
 
call? call apa bombo polis ambulan?
malique
October 23, 2004   10:33 AM PDT
 
FB... boleh sangat nak belanja FB... bila free call OK?
FieBieGargentDeRossa
October 23, 2004   10:15 AM PDT
 
eee, seronoknya. Dah lah dapat makan, dapat jumpa celebrity kegemaran dapat pulak duit RM1000. Murah rezeki malik di bulan puasa ni kan. Leh belanja Fie Bie makan
|

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments








Previous Entry
HOME
Next Entry

Search celebrity, news, money?


Web budiey.blogdrive.com

My Sponsors



My Readers





Notification

If you want to be updated on this weblog Enter your email here:






concept

More me:
  • Sensasi Selebriti
  • Photo Blog
  • Tips Lifestyle
  • Archieves
  • Money Blog

    Concept:
  • Entertainment Blog
  • Celebrities News
  • Gossips
  • Theater
  • Photo Events

    Version:
  • 2.0

    Official published:
  • 27 Jan 2004

    Best viewer:

    Internet Explorer
    1024 X 768



  • profile

    My stats
  • Malay
  • 179 cm
  • 75 kg
  • 1 Ogos 1976
  • Sentul Perdana
  • Kuala Lumpur
  • Penulis blog

    My Hobby
  • Watching TV
  • Reading
  • Surfing Internet
  • Writing
  • Travelling
  • Chatting
  • Teater
  • Music
  • Work out
  • Blogging
  • Hugging!

    My Colour
  • Maroon
  • Green
  • White

    My Gadget
  • HP Pavillion dv6000
  • Nokia Xpress Music
  • Camera Nikon D40
  • iPod 30GB

    My Hung Up
  • California Fitness
  • Pavilion
  • Coffee Bean
  • Dome
  • Secrets Recipes
  • Nandos

    My Place
  • Suria KLCC
  • Masjid Jamek
  • MidValley
  • Bukit Bintang
  • Istana Budaya
  • The Actors Studio
  • Rapid KL

    My Must See
  • Buletin Utama
  • American Idol
  • Extreem Makeover
  • Lost
  • Beat TV
  • Muzikdiria
  • CSI
  • Siri 24
  • Fear Factor
  • Survivor
  • The Apprentice
  • The Amazing Race
  • Oprah Winfrey
  • Trek Selebriti
  • Iklan!

    My Fav Radio
  • Hot.fm
  • Era.fm
  • Thr.fm
  • Hitz.fm
  • X-fresh

    My Fav Deejay
  • Farah Fauzana
  • Faizal Ismail
  • Nana

    My Hos
  • Fedtri Yahya
  • Nizal Mohammad
  • Karam Singh Walia

    My Fav Reporter
  • Farihad Shalla
  • Zubir
  • Zul Husni
  • Haswari

    My Lagenda
  • Dr. Usman Awang
  • P. Ramlee

    My Fav Film
  • Superman
  • Spiderman
  • Scream
  • Red Eye
  • The Shutter

    My Fav Singer
  • Sheila Majid
  • Jacklyn Victor
  • La Luna
  • Amr Diab
  • Nancy Ajram
  • Mike Indon Idol
  • Too Phat
  • Anuar Zain
  • Siti Nurhaliza
  • Dayang Nurfaizah
  • Rossa
  • Ning Baizura
  • Gareth Gates
  • Guy Sebastian
  • Linkin Park
  • Mawi AF3

    My Fav Actor
  • Afdlin Shauki
  • Saiful Apek
  • Ako Mustapha
  • Kiefer Sutherland
  • Tom Hank

    My Fav Actress
  • Maya Karin
  • Sofia Jane
  • Nasha Aziz
  • Cameron Diaz
  • Drew Barrymore



  • stats






    credits

    Blogdrive