INTRO: DI SEBALIK TABIRPada hari Ahad yang lalu (10 Oktober 2004), saya berpeluang menghadiri Parti Ikon yang diadakan di Balai Berita, Jalan Riong. Parti itu diadakan untuk menyambut ulangtahun pertama Ikon yang menemui pembaca Berita Harian dengan motto tagline "Informasi Kontemporari". Pejam celik-pejam celik, sudah setahun rupanya Ikon menemui pembaca Berita Harian. Sebenarnya, saya mengikuti perkembangan Ikon setiap keluaran. Ianya kini bertambah matang dan banyak segmen yang lebih segar.
Kepada anda yang bukan pembaca Berita Harian, pastinya tidak tahu sisipan Ikon diterbitkan setiap hari Sabtu setiap minggu. Sisipan yang pertama seumpamanya ini telah dilancarkan pada 4 Oktober 2003 di Planet Hollywood tahun lepas. Ianya merupakan sisipan yang berkonsepkan cara hidup (lifestyles) dan hiburan sensasi. Jadi apakah yang membezakan antara sisipan Ikon dengan Bintang Popular setiap Ahad? Jawapannya senang. Bintang Popular lebih menumpukan kepada berita, temubual dan gossip sensasi artis tempatan dan luar negara. Manakala Ikon mempunyai gabungan elemen hiburan dan ditambah dengan rempah ratus stail terkini, gaya fesyen, kecantikan dan acara liburan serta hiburan padat dalam satu saluran.
Pelbagai informasi menarik dan berguna boleh kita dapatkan dalam Ikon. Antara yang menarik perhatian saya ialah ruangan ekstra, Zoom 1 (rencana utama), Skrin (cakap-cakap tentang filem), Bazar (senarai barangan terkini), Aroma (tempat makan dan resepi), i-diari (acara-acara yang bakal berlangsung) dan aktif (gaya hidup dan hobi).
Warna tema pakaian untuk parti adalah bersempena dengan warna logo ikon iaitu hitam, putih, merah dan kuning. Saya mengenakan baju putih gaya etnik rekaan Key Ng yang saya beli sebelum hari raya tahun lepas. Manakala seluar dari SEED juga berwarna putih krim. Secara kebetulan pakaian saya sama dengan pakaian yang dikenakan oleh Roslen Fadzil (Ketua Unit Ikon). Serba putih sesuai dengan cuaca siang hari yang panas.
2.30 petangSaya sudah berada di lokasi dengan seorang kawan. Ramai di kalangan jemputan dan pembaca sudah sampai dengan warna tema. Kebanyakan mereka memilih warna merah dan putih. Sebilangan wartawan juga tengah bersembang-sembang diselang-seli dengan hilai tawa yang terbahak-bahak. Macam tak ingat dunia.

Saya terus naik ke atas. Saya ingat acara sudah dimulakan. Tetapi tidak dimulkan lagi kerana saya lihat penganjur masih lagi sibuk mengemas, mengusung meja dan mengatur dekorasi. Parti di tingkat dua itu dibuat penuh kesederhanaan di bilik yang agak kecil. Muat-muat untuk 200 orang sahaja. Kerana bilik yang kecil itu tidak berupaya menapung kerusi dengan jumlah jemputan yang ramai. Ini bermakna tetamu akan berdiri lebih 4 jam sepanjang parti berlangsung. Ianya pasti melenguhkan.
Oh ya! Dekorasi parti disusun atur oleh Eric Leong (Casa Impian). Sederhana dengan diserikan dengan pokok-pokok orkid yang hidup segar pelbagai warna diletakkan ditengah-tengah dan beberapa sudut. Karpet Merah dihampar sebagai laluan model untuk acara pertunjukkan fesyen. Pentas kecil di hujung depan dewan menambah hawa parti yang hangat. Tirai putih dijadikan sebagai latar belakang pentas dan pemisah dengan unit sistem audio. Didalam dewan tersebut ada juga dipamerkan piala-piala lama, mesin percetakan yang lama dan bahan arkib yang lain. Mungkin bilik ini adalah muzium NSTP.
Jam 2.45 petangSaya antara tetamu yang paling awal mendaftarkan diri. (Biasala... saya ni jenis orang yang tepati janji. Tidak suka untuk datang lewat dalam mana-mana acara). Setiap tetamu yang mendaftar diberikan goodie bag yang berisi macam-macam barangan di dalamnya. Semuanya ditaja oleh astro, Adidas, Warner Music dan Air Asia. Saya mendapat CD album Natural, voucher Adidas, topi Anugerah Era 04, buku nota X-Fresh, cenderamata, key chain Adidas, kole Era, dan barang saya tidak perlu pun seperti pelekat dan sticker sinar.fm.

Ramai yang datang awal masih berada di lobbi untuk menunggu acara bermula. Paling menyedihkan, penghawa dingin di dewan itu tidak berfungsi dengan baik. Tidak berapa terasa kesejukannya. Hangat semacam membuat saya rasa rimas. Bertambah rimas kerana saya masih tidak menyentuh makanan tengahari. Perut masih kosong. Malang lagi kiranya setelah mendapat tahu menu jamuan hanyalah kek dan roti sandwich serta jus oren. Itu semuanya ditaja oleh salah sebuah hotel. Tak ingat la pulak apa nama hotel tu. Boleh saya katakan semuanya ditaja. Rasanya kalau tanpa budi baik penaja memang parti ini kosong tanpa apa-apa.
Jam 3.10 petang Para tetamu sudah ramai yang sampai. Para pembaca juga sudah memenuhi sebahagian dewan. Kebanyakan mereka masih malu-malu untuk menyapa antara satu sama lain. Sepatutnya inilah masa yang paling sesuai untuk mencari kenalan. Nama pun parti kan? Diadakan untuk merapatkan jurang antara tetamu dengan selebriti serta pembaca. Dan yang paling penting inilah masanya pembaca berkenalan dengan wartawan berita Harian yang tidak kurang sensasi itu.
Antara wartawan yang saya sempat jenguk ialah Kak Cham (Hanizam Bte Abdullah). Tulisannya boleh kita ikuti diruangan editor Bintang Popular setiap Ahad. Wajahnya sangat keibuaan manis dan peramah orangnya. Saya sebenarnya menghormati beliau dan dia antara idola saya dalam bidang penulisan. Saya juga sempat mengenali Ketua Unit Ikon, Roslen Fadzil. Kecil molek orangnya, berkaca mata dan memakai serba putih seperti saya. Selain itu, saya juga telah mengenali 'tukang-tukang' dibelakang tabir penerbitan akhbar NSTP seperti Zulhusni, Nurulhisham (pernah muncul di Wayang Kita-astroria). Wartawan lain antaranya Billy Boy (Malay Mail) yang banyak tuah, Farihad Shalla Mahmud (Bernama) yang berbadan besar dan ramai lagi. Zubir sahaja yang tidak nampak batang hidungnya. Mungkin dia sibuk kot?
Saya juga terkejut dengan kehadiran artis yang saya tidak duga akan datang dan muncul depan mata. Antaranya pelakon drama soap-opera Astana Idaman, Tony Eusoff (memegang watak Mark, kawan baik dengan Sarah-Cheryl Samad). Gayanya macam lebih kurang yang kita tengok di astroria juga. Natural dan dia memang model yang elegan dan bersahaja. Zainal Alam Kadir juga turut diundang sebagai host-juruacara parti. Alam mengenakan baju T kuning metalik dan seluar jeans putih. Saya tidak hairan bertemu dengannya kerana dia sememangnya kroni Berita Harian kerana pernah menjadi editor Malay Mail.
Parti turut diserikan dengan kehadiran penyanyi terkenal seperti Anita Sarawak (hadir bersama suaminya Abang Mahathir) Nija AF1, Zainal Abidin, Nurfara, dan ramai lagi. Selebriti lain yang hadir Umie Aida, Julie Dhalan, Nanu Baharudin, Ali Bakar (orang kuat AirAsia), Tam (nampak mesra dengan Umie), Zaibo dan pengarah Pontianak Harum Sundal Malam, Shuhaimi Baba.

Malique seakan tidak percaya yang Malique dapat bersua dengan Shuhaimi Baba. Ooh my God, I can't believe this! Saya bukannya peminat besar beliau tetapi saya cuma kagum dengan perwatakan beliau yang humble rendah diri.
Saya memetik kata-kata seorang rakan yang baru sahaja semalam bertemu dengan pengarah berkaliber ini. Katanya
"....It was the director of Pontianak Harum Sundal Malam, Shuhaimi Baba!! Man, she's one of my fave Malaysian directors, in leagues with Aziz M Osman and well, Aziz M Osman. Of course I did not dare talk to her since I'm such a wallflower-y, shy creature type. I just watched her from afar. She looks intelligent and from what I've read in her interviews, she does sound intelligent. And she's a brilliant filmmaker. Starstruck much? I know..."Ya.... saya bersetuju 100% dengan kata kawan saya itu. Memang Kak Shumi nampak macam orang intelek. Tengok wajahnya memang terbias karismatiknya. Saya yang tidak meminati beliau terus meminati gaya beliau yang peramah, murah senyuman, manis, cara jalannya yang slow motion itu melambangkan rasa rendah dirinya. Dia mengenakan suit 'gaya cina' serba hitam. Wow... saya masih tidak percaya. Adakah saya tengah bermimpi ketika itu? Dan yang penting kini saya akan balik untuk menonton kembali flem-filem arahan beliau khususnya PHSM!
Jam 3.25 petangAcara dimulakan dengan kata-kata pembukaan oleh Zainal Alam Kadir. Dia memang sempoi dan kelakar orangnya. Sekarang baru saya tahu personaliti beliau yang sebenarnya kerana dia mengacara dengan sifatnya yang terbuka tanpa selindung dan hipokrit. Dia menjadi dirinya sendiri dan itulah yang saya mahu lihat dalam mana-mana artis sekalipun.
Namun, saya akui dia memang over dan paling over! Sehingga ada satu ayatnya yang membuat dia kelihatan pecah lubang! Katanya..." Saya bukan kacak... saya ni jelitaaaa.." Masa tu semua orang ketawa. Kenyataan yang membuatkan saya tahu siapa Alam yang sebenarnya. Dia juga buat lawak dengan meniru suara Ali Bakar yang serak itu. Kesian Ali Bakar kena dera.
Celoteh Alam yang membuat kami tidak kering gusi itu menghiburkan semua. Dia pandai memainkan peranannya sebagai pencipta suasana. Melucukan dengan lawak slapstik yang selalu kita dengar.
Jam 3.30 petang
Persembahan pertama oleh Zainal Abidin dengan lagu Puteri tidak menghidupkan suasana yang sedia dingin. Parti masih kaku dan lembap.
Jam 3.40 petangUcapan pendek dari Ketua Unit Ikon Roslen Fadzil disampaikan dengan penuh hemah. Sekadar mengucapkan terima kasih pada semua yang hadir. Tidak lupa menyebut nama-nama penaja.
Jam 3.55 petangPersembahan kedua oleh Nurfara agak menjemukan juga. Muncul serba hitam. Beliau manis dan cantik molek. Namun tidak dapat menarik para jemputan untuk menyaksikannya dengan penuh minat. Ada yang berbual dan makan-makan. Saya sempat mundar mandir di sekeliling dewan bersama kek ditangan. Mengunyah, minum dan minum lagi!
Jam 4.10 petangPertunjukkan fesyen oleh 5 gadis Metro. Semuanya manis dan jelita tetapi tidak layak untuk jadi model catwalk. Salah seorangnya adalah Amy... ops silap sebenarnya da adalah Sheila (terima kasih Kak Mim atas pembetulan) iaitu bekas peserta Who Will Win di NTV7. Gadis kacukan India ini selalu saya tengok dalam mana-mana pertandingan. Mungkin hobinya menyertai pertandingan. Dahulunya saya pernah lihat beliau antara finalis Puteri Era. Terbaru Amy juga menyertai Who Will Win-TV SPOKESMODEL OF THE YEAR. Agak-agak boleh menang ke?
Jam 4.30 petangCabutan bertuah merupakan acara selingan yang dinantikan. Hadiah semuanya lumayan. Antaranya dua rantai mutiara bernilai RM3,000, tiket penerbangan tajaan AirAsia ke Phuket, Bali, Medan dan Bangkok, jam Swatch, hamper makanan ringan, dan banyak lagi. Saya tidak ambil pusing sangat sebab saya tahu saya tidak bertuah. Tetapi tahniah kepada Umie Aida kerana bertuah mendapat kalung mutiara RM3,000 yang cantik itu. Kebanyakkan hadiah itu pun dimenangi oleh kroni-kroni Berita Harian. Kenapa ya? Dah rezeki depa....
Jam 4.50 petangPersembahan lagu single yang dipetik dari album Puteri AF1 dari Nija AF1 masih tidak dapat memanaskan suasana. Kaki saya sudah naik lenguh kerana asyik berdiiri dari tadi. Persembahan sekadar OK sahaja. Tetapi saya tidak suka dengan penampilan Nija yang tidak berubah-ubah dari dulu. Pelik dan lain dari yang lain. Mungkin pihak Maestro menyukai imej Nija semacam itu, apa boleh buat. Nija ber-T shirt sendat, dibaluti dengan top yang sendat berwarna merah jambu, seluar putih juga sendat dan kasut tinggi berwarna pink. Boleh dikatakan semuanya pink. Tidak menepati warna tema dan agak rugged. Itu menyesakkan pandangan saya. Kepada Nija, saya harap awak tukar penampilan awak! Tidak sesuai!
Jam 5.00 petangPertunjukkan fesyen lagi.... dan katanya ada 4 pertunjukkan fesyen dari 4 orang pereka fesyen yang sedang mencipta nama. Sungguh menjemukan saya yang sedia bosan berdiri. Jom kita nya lagu Amy Search...."Aku dah bosan aku dah bosan!" Dalam hati terasa rugi juga kerana petang ini ada jamuan kenduri Roti Canai Zahid di NZ Curry House. Saya memilih untuk ke parti ini sebab ingat ke grandlah sangat! Tetapi kalau pergi pun bukannya boleh masuk rapat. Ramai orang giler kat kenduri Zahid tu sampai 3 ribu orang. Betul ke... ish ramai nyer ek?. Nasib baik jugak Malique tidak pergi.
Jam 5.10 petangAlam juga mahu interprem. Dia pengacara dan dia juga ingin menyanyi. Lagunya tidak lain "Bukan Itu Bukan Ini" disampaikan dengan gandingan suara Tony Yusoff yang bersuara macho dan Ajim yang agak kaku dan malu-malu. Mereka namakan kumpulan mereka dengan nama Sutera. Saya terkasima juga setelah mendengar suara Tony yang boleh kira bertenaga dan tinggi. Boleh kalah Anuar Zain!
Jam 5.17 petangSelain kehadiran Shuhaimi Baba, kemunculan Anita Sarawak juga turut menguja jiwa saya. Teruja dengan karisma pada wajah galaknya dan dirinya yang kini kelihatan sopan dengan jubah hijau. Rasanya busana itu milik rekaan butik Embun.
Lihatlah pada Kak Anita nescaya kita tahu dia seorang yang unik, rendah diri, bijak dan mempunyai tarikan tersendiri. Dia cantik masih ayu dengan kulit gebu. Tidak makan dek masa. Tidak telan dek umurnya yang separuh abad. Memang dia secantik-cantik manusia! (Aku ni dah fanatik sangat nih!)

Sayangnya, beliau hanya membawa lagu popularnya Seksis. Boleh saya katakan persembahan Kak Nita yang menyelamatkan parti ini dari terus lesu. Syabas Kak Nita! Pembawaanya sungguh mengkagumkan. Kak Nita ligat menari dengan aksi trademarknya berpusing pusing dan kakinya yang disepak-sepak. Sambil menyanyi beliau bergerak ke seluruh dewan parti. Tahulah sendiri lagu Seksis memerlukan attitude yang lebih bertenaga, dan stamina Kak Anita cukup cemerlang. Dia ada 'connection' dengan kami yang sedang bertepuk tangan serentak beramai-ramai. Ada yang turut menari dan ada yang menyanyi. Ini baru betul-betul parti namanya!
Wow! Ketika itu, saya hanya terkasima, terkedu-kedu tetapi dalam hati melonjak-lonjak seronok kerana Kak Anita tiba-tiba datang menghampiri saya dan menyanyikan lagu itu betul-betul dihadapan saya. Kak Nita menghulurkan mikrofon kepada saya untuk berduet dengannya. Bertambah menggila saya jadinya.
Wow! Sekarang lihatlah dunia... Malique telah berduet dengan Diva Malaysia, Anita Sarawak! Yahooo.... Bukan dua atau tiga lagu tetapi cuma satu lagu sahaja. Kekeke...Hehehehe... Malu pun ada tetapi saya cuba lakukan yang terbaik untuk Kak Nita yang saya sayangi.
Seluruh isi dewan turut bersorak ketika saya nyanyi bait ini:
"Jangan pandangku sebelah mata
Hanya kerna namaku wanita
Walau ada kelemahannya
Engkau pun apa tidaknya oh"
&
"Pabilaku ramah... manis lidah
Kau tuduhku bagai perempuan murah
Namun bila kau menutup helah
Katamu mengikut sunnah
Andai ku meniang rumahtangga
Jangan harap ucapan tahniah
Hujung bulan tiba... ku tuntut nafkah
Kau buatku macam peminta sedekah"Saya rasa berbaloi kerana saat begini saya tidak akan lupakan sepanjang hidup saya. Masa dalam lagu tersebut, Kak Anita suruh saya meniru gaya tarian robotnya. Saya pun buat semampu yang saya dapat. Malu dan merah pedam wajah Malique pun ada tika itu. Sebabnya bab menari ni... saya jahil sikit. Inilah pengalaman paling manis Malique sepanjang menjadi penulis. Balik rumah, memang betul malam tu Malique tidak dapat tidur kerana terkenangkan kembali saat-saat berharga bersama Kak Anita. Apabila mendengar lagu Seksis, pastinya saya tersengih-sengih dan ketawa sendirian macam orang sewel! Untuk Kak Nita, terima kasih banyak kerana sudi berduet dengan Malique. Muah muah... I love U, Kak Nita foreva n eva!!!
Jam 5.30 petang
Acara memotong kek ulangtahun pertama Ikon diadakan dengan memanggil semua selebriti dan pembaca kehadapan pentas. Yang mana hennak gambarnya tersiar dalam Ikon terus menyerbu ke hadapan. Kami semua beramai-ramai menyanyikan lagu Happy Birthday to You...Happy Birthday to You... Ikon...Happy Birthday to You....
Malique cuma memerhati dari hadapan dan sempat mengambil gambar mereka memotong kek.
Setelah selesai, ada lagi cabutan bertuah dan diselangi dengan beberapa lagu nyanyian dari Alam. Menjemukan dan meletihkan saya. Lalu saya terus keluar dari dewan untuk bertemu dengan beberapa artis. Kemudian pulang dengan puas. Hehehe... Puas berduet dengan Kak Nita!
Jam 6 petang
Saya pulang untuk makan malam. Selepas makan malam, saya berkira-kira dan berfikir mana satu acara yang saya mahu ingin sertai malam ini. Antara pertandingan makan roti canai paling banyak (antara Seelan Paul vs Zahid) atau ke Planet Hollywood untuk menyaksikan Sunday Nite Live Bersama Hattan. Mana yang elok dan havoc! Sudah tentu lawan makan roti canai.
Selepas kira tambah dan tolak, saya mengambil keputusan untuk ke Planet Hollywood kerana tidak mahu terperangkap dalam orang ramai yang berjuta lemon di NZ Curry House. Saya mendapat tahu dari afitri (pembaca setia blog saya) yang dia juga tengah terperangkap di sana. Kesian... semangat sungguh nak sokong Zahid ya?. Esoknya saya mendapat tahu yang Zahid kalah ditangan Seelan paul dengan jurang 3 roti canai dalam masa 10 minit. Betul ke?