
Akhirnya, Kumpulan alternatif rock Cokelat datang ke Malaysia untuk menyumbang sejuta kemanisan pada peminatnya. Cokelat juga hadir untuk memberi hiburan yang manis semanis vokalisnya Kikan atau nama betulnya Namara Surtikanti Sampurna. Sebenarnya saya bukannya peminat setia kumpulan yang berusia 8 tahun ini. Saya juga bukannya pengumpul album kumpulan rock yang berasal dari Bandung ini. Saya pergi ke Bukit Kiara Equestrian and Country Resort Centre pun atas jemputan. Tiket free beb... tak pergi nantikan rugilak. Tetapi bukan bermakna saya tidak meminati mereka kerana lagu-lagunya seperti Segitiga dan Jauh sememangnya sudah meniti dibibir saya sebelum ini.
Dengan bertemankan seorang teman, saya sampai di Sri Hartamas dengan di sambut oleh kabus yang tipis meremang suasana. Meremang jugak tengok penonton yang sudah beratur di pintu masuk. Berderet semua tu orang Indon. Semangat sakan nak tengok konsert.
Ini kali pertama saya ke sini. Saya terfikir mengapa tempat simpanan dan tunggangan kuda ini yang dijadikan lokasi untuk konsert artis antarabangsa. Sebelum ini, Hoobastank, Black Eyed Peas, Incubus dan Gareth Gates juga telah mendarat di lokasi yang sama. Kononnya prestij sangatla buat tempat cam nih.
Mungkin sebab lokasi yang tidak sesuai menjadikan Konsert Cokelat sepi, sunyi dan tenggelam. Rasanya tidak sampai 1,000 orang. Saya boleh lihat yang hadir ramai Mat Indon dan Cewek Indon yang bertebaran sana sini. Menyesakkan dengan gelagat gila-gila mereka. Hilang seri konsert ini kerana tidak sampai separuh ruang Arena Indoor yang dipenuhi penonton. Mungkin juga promosi yang kurang dan lembap atau harga tiket terlalu tinggi menjadi punca?
Sudah lumrah nampaknya, konsert di Malaysia tidak tepati masa. Janji nak mula jam 8.30 malam tetapi meleret sampai naik lenguh kaki saya berdiri, duduk dan bingkas dari papan yang dijadikan lantai arena. Ish! Rasa ngeri dan jijik buat tempat yang sebegini. Melangkaui jam 9 malam masih tiada bunyi konsert akan bermula. Mujur ada Si Ayu untuk teman berbual. Mat-Mat Indon bingit sibuk membuat bising. Suasana yang serupa ketika Konsert Gigi. Biarkanlah mereka. Inilah masanya memberi ruang untuk mereka berhibur selepas penat membanting tulang.
Sangkaan Kumpulan Def Gab Ci akan memanaskan pentas meleset sama sekali kerana batang hidung mereka sebatang pun tak ada. Hampeh memang hampeh kerana opening act itu yang saya nantikan. Damn it!!!! Tak daya saya nak sumpah seranah kepada pihak penganjur bising banget mewawarkan Def Gab Ci akan membuka lebaran konsert ini.
Buatan pentas memang sempoi habis. Berkonsepkan serba hitam tanpa ada sebarang banner dan hiasan prop. Sesuai dengan jiwa rockers yang sempoi habis. Penata cahaya juga agak sederhana, tiada sebarang effect cuma ada corak-corak bunga-bunga terimbas di tirai hitam memisahkan pentas dengan backstage. Asap dah memang benda wajib untuk menaikkan seri pentas. Kawalan keselamatan juga ketat kerana sebelum masuk seluruh badan diperiksa dan di'raba' oleh sekuriti. Ketat tidak bermakna tiadanya unsur dadah khayal yang dibawa oleh penonton yang bodoh lagi bangang!
Konsert bermula jam 9.15 malam tanpa sebarang bicara dari penyanyi yang kini telah menatang seorang anak comel hasil perkongsian hidup dengan Yuke (pemain bas kumpulan Dewa). Muzik mereka memang gempak habis. Saya memang suka dengan muzik dari Seberang menjadikan saya tidak duduk diam jadinya. Kalau saya jadi begitu, lebih-lebih pulak Mat-Mat Indon yang gila berjoget lambak ala Mat Ganja memulakan aksi over mereka. Kekadang saya syok memerhatikan gaya mereka yang hilang budaya Melayu dari melihat senyum manis Kikan. tetapi itu bukan orang kita.... orang kita bersopan... dek sopan jugak konsert segempak ini mereka cuma berdiri kaku!

Inilah pertama kali saya melihat Cokelat dan menjelaskan kepada saya mereka cukup hebat. Gitaris Cokelat, Edwin (bass), Ronny dan Ernest (anggota baru-join Cokelat pada 31 Mei tahun lalu) juga tidak lupa menggayakan pose yang menarik. Dibantu dengan ketukan drum si botak itu....Ervin namanya.
Kesempurnaan muzik tidak menjadi sempurna kerana sistem bunyi yang tidak bagus. Suara Kikan tenggelam menjadikan saya tidak dapat menangkap butiran vokal Kikan. Tenggelam dibawa arus deras yang meribut. Masuk lagu yang 'Yang Tersisa' diikuti 'Kuasa-Ny'a dan 'Nafsu' masih lagi begitu. Macam tulah jadinya. Saya bernasib baik kerana peminat yang sudah menghafal lagu telah meledakkan suara mereka beramai-ramai. Terima kasih kat penonton kerana sudi nyanyi tuh deh. Yang jelas gue boleh tangkap liriknya. Gegak gempita jadinya. Lagu Cokelat agak catchy, senang diikut dan amat mesra pada gegendang telinga saya.
Rangkaian lagu-lagu daripada album Rasa Baru dan album terbaru, Segi Tiga membantu menyegarkan suasana bertambah heboh. Seterusnya lagu daripada album Rasa Baru iaitu Jauh, Karma dan Dia dinyanyikan dengan penuh penghayatan oleh Kikan. Dia seorang penyanyi yang selamba, tanpa gaya lompat-lompat dan gedik. Sekilas tidak sama dengan ratu rock Ella. Kikan adalah Kikan yang bijak menarik saya dengan bicara loghat Indon sepontannya. Kikan adalah Kikan yang pandai menarik saya untuk menyelami lagu yang meremang bulu roma,
'Jauh':-
Tersipu aku oleh senyuman
Begitu indah, walaupun sejenak
Ku tak mengerti, resah di hati
Kian terasa bergetar di sukma
Dia sinari hatiku selalu
Dia hangatkan jiwaku selalu
Adakah dia tahu asa di hatiku
Akankah dia nanti milikku satu
S'lama-lamanya
Saat kau hadir hiasi mimpi
Dekap diriku damaikan tidurku
Hari kulalui tanpa hadirmu lagi
Kucoba ingkari sepi ini
Mengapa terjadi hancur kau akhiri
Satu kata janji tak kembali
Seribu tanya sesak di dada
Haruskah bimbang meraja
Lelah tepis harapanku
Sendiri mencari bayangmu
Kutunggu dirimu
Selalu kutunggu
Walaupun kutahu
Kau jauh, kutahu kau jauh
Biarlah semua seperti apa adanya
Kuterus mencoba relakannya
Satu yang kuminta, kembalilah padanya
Kutahu di sana ada dia
Pada satu slot, Kikan membuktikan yang dia juga mahir bermain Keyboard dengan membawa lagu Lagenda (Sheila Majid). Kuat juga pengaruh Ratu Jazz ini meletop di Tanah Seberang. Turut sama dinyanyikan lagu yang ditulis khas buat anaknya. Cukup gaya lenggok dan serasi suara Kikan semacam Alanis Morrisette dan sikit-sikit macam Abot (mengikut teman saya).
Masa rehat tidak menentu menjadikan slot mereka kacau bilau. Cam takde stamina je bila tengok 3 lagu berhenti. Setakat nak minum air dan la peluh tu rasa seminit dua je boleh. Nasib baik ada selingan dari drummer dan juga gitar goreng.
Bilang punya bilang ada dekat 18 lagu yang dinyanyikan. Lagu-lagu lain antaranya Pergi, Bendera (lagu paling menarik!), Bintang (paling unik), Adakah, Buah Hati, Dilema, Yang Tersisa dan Penantian. Dikhatam dengan lagu wajib yang kini berbisa di Malaysia iaitu Segitiga. Memang gempak dan saya seronok banget dengan lagu!!!
Kenapa saya kata lagu Bendara cukup menarik? Lagu Bendera persis lagu patriotik bagi jumud Indon. Maka, tertanya berapa kerat orang kita yang senang mencipta lagu semacam Bendera. Memegahkan Jalur Gemilang disemadikan dalam lagu kita. Tidak salah lagu patriotik ditukar versi kepada irama rock. Apakah tiada idea bagus yang dapat membuat kita juga bangga rakyat Malaysia sebagaimana majmuk Indon yang bangga dengan Bendera mereka? Mat Indon memang bangga gila habis nyanyi lagu nih. Semangat deh...
Biar saja ku tak sehebat matahari
Tapi s'lalu ku coba tuk' menghangatkanmu
Biar saja ku tak setegar batu karang
Tapi s'lalu ku coba tuk' melindungimu
Biar saja ku tak seharum bunga mawar
Tapi s'lalu ku coba tuk mengharumkanmu
Biar saja ku tak seelok langit sore
Tapi s'lalu ku coba tuk mengindahkanmu
Ku pertahankan kau demi kehormatan bangsa
Ku pertahankan kau demi tumpah darah
semua pahlawan-pahlawanku
Merah putih teruslah kau berkibar
Di ujung tiang tertinggi di Indonesiaku ini
Merah putih teruslah kau berkibar
Di ujung tiang tertinggi di Indonesiaku ini
Merah putih teruslah kau berkibar
Ku kan selalu menjagamu
Biar saja ku tak seharum bunga mawar
Tapi s'lalu ku coba tuk mengharumkanmu
Merah putih teruslah kau bekibar
Di ujung tiang tertinggi
Di Indonesiaku ini
Merah Putih teruslah kau berkibar
Ku akan selalu menjagamu...
Kata sorang Indon:"Tadinya gue bilang ga gitu pingin liyat Cokelat, tapi ternyata begitu mereka naik ke panggung dan menghentakkan lantai dansa, gue nyanyi-nyanyi dan tereak-tereak kesenengan. Asik juga nih... Malahan Gala yang tadinya semangat banget liat Cokelat cuman bengong2 aja. Deuh, lagi tegang sih... "
Saya berbaloi kerana saya dijemput dengan tiket percuma. Namun dengan jumlah penonton sikit adakah pihak penganjur berbaloi??? Itulaa... sapa suruh hang buat kat tempat kuda tu? Kalau buat kat KL kan bagus!!!
Official Website Cokelat--->
http://www.cokelat.net
Foto-foto di Konsert Cokelat--->
http://maliquefoto.blogspot.com