PERJALANAN DARI KUALA LUMPUR KE KLIA
Dikejutkan oleh deringan jam penggera pukul 5 pagi. Budiey teraba-raba dalam mamai yang menggila. Mengantuk masih lagi bersisa. saya ni, kalau nak pergi mana-mana mesti malam tu mengidap penyakit insomniac. Tak tahu sebab apa. Mungkin terlampau excited atau teruja.
Saya mengambil masa untuk bersiap dan mengemas barang serta lakukan kerja apa-apa yang patut. Perjalanan hari ini paling jauh sepanjang hidup saya. KLIA to Bangkok. Jadi kena check betul-betul. Nanti takut ada yang tertinggal. Terutama passport, tiket flight dan voucher hotel.
Selangkah keluar dari rumah, Hasu; driver taxi yang pernah saya kenali masa bekerja di Hotel Dynasty dulu. Dia menghubungi saya mengatakan yang dia dah sampai kat stesen minyak petrol BP sebelah stesen LRT Titiwangsa.
Dalam perjalanan ke KLIA, banyak juga hal dan isu yang kami bualkan sehingga tak tersedar perjalanan yang memakan masa satu jam itu terasa sekejap cuma. Dari isu global, pilihanraya, peribadi hinggalah isu serta cerita pemandu teksi kat KL. Cerita pasal kawan Hasu yang bernama Wak juga diceritakan. Biasala gosip orang-orang tua ni.
Rupanya Wak dah lama balik Sabah. Hasu ni macam Wak jugak. Pada mulanya, saya kenal ngan Wak. Kemudian daripada mulut Wak, saya diperkenalkan Hasu. Nama mereka pun unik dan hampir sama. Biasalah orang Sabah bah! May be just nama panggilan. Macam gak Wak, Hasu ni mix dari Sabah. Cina campur melayu Indon? Ntah laa... nak teka pun takut tak mengena.
DARI KLIA KE BANGKOK

Jam 5.50 pagi, kami berdua sudah sampai di KLIA, terus pergi sarapan kat restoran masakan Malaysia. Dua pinggan nasi lemak dan dua gelas teh tarik = RM 27.00. Mahal sangat bagi saya yang selalunya menghabiskan RM1 untuk sebungkus nasi lemak. Memang biasa la tuh. Lepas sarapan terus check in kat blok G jam 6.30 pagi. Flight no 0420. KL to Bangkok. Departuring time diawalkan 10 minit iaitu 8.10 pagi.
Masa menunggu kat bilik C14, saya jenguk jenguk jugak sorang penerbit drama yang may be akan ke Bangkok untuk buat drama. May be kot tengok ramai jugak krew dibawanya. Macam pernah saya tengok dia ni tapi dimana ya? Ramai juga pelancong dari China (Cina Bukit) dan India nak melawat Bangkok.
Perjalanan 1 jam 45 minit agak singkat dengan meals yang disediakan tak putus-putus. Mintak aje kat pramugari yang cute miut tu. Cantik dan senyuman sentiasa terukir di wajah. Cakap apa saja yang anda inginkan dari pramugara dan pramugari ni, diorang akan layan punya. Tapi jangan minta yang bukan-bukan. Nanti diorang akan cakap kita ni mengada-ngada dan banyak songeh pula.
Terutamanya yang tua-tua bangka tu selalunya macam tu, minta nak alamat diorang la, nak jumpa la. Ish gatalkan? Saya rasa, orang macam dah tua-tua tuh, diorang akan layan punya juga untuk duit. Biasanya macam tu lah. Nak buat bisnes lebih. Kerja part time mesti ada, tak gitu? Yang penting saya tengok diorang ni cekap buat kerja. Pantas dan effisien. Ketika bersandar memerhati pemandangan angkasaraya, kami dijamu mee goreng, buah, jus oren dan sekeping kek. Cukuplah untuk mengalas perut.
Pertama kali menjejakkan kaki di bumi Bangkok, saya rasa amat bangga dan bertuah. Syukur diselamatkan perjalanan dan diberi peluang untuk terus menjalani perjalanan ini. Bahang Bangkok berbeza sedikit. Agak panas. Suhunya tinggi 35'C. Menjejakkan kaki jam 10 pagi itu di
Bandaraya Bangkok bagaikan dunia baru bagi saya. Mundar mandir seketika di meeting point. Melilau-lilau untuk mencari wakil hotel aka penyambut tetamu yang katanya akan sambut saya di situ.
DI AIR PORT & ORANG THAI YANG MESRA
Namun apa yang menarik suasana sekitarnya. Suara-suara yang kedengaran tak seperti di Malaysia. Tuturnya lembut bersopan. Layanan daripada pihak hotel jugak memuaskan dengan transfer limosin daripada Bangkok International Airport yang sebesar Airport lama Subang.
Selepas puas mundar mandir, saya ternampak seseorang yang mengangkat banner hotel yang kami akan tinggal untuk sehari ini. Setelah berjumpa seorang lelaki yang menggelarkan dirinya Win, saya dihantar ke kereta limosin yang menunggu. Tapi apa yang saya tak sangka ialah layanan yang begitu lumayan dan eksklusif oleh pihak hotel, lebih daripada memuaskan. Lebih daripada apa yang saya sangkakan.
Pemuda yang bernama Win tu nampak baik, 6 tahun berkhidmat di Sofitel Central Plaza, mesra dan senang berbicara. Tapi tak lama kemudian, saya terus dibawa pula oleh Bon Bori. Cam James Born lak nama dia! Dia ni pada mulanya saya anggap sombong sebab saya tegur dia good afternoon sir, dia tak jawab. So kitaorang diam saje lah. Nak-nak sampai kat hotel baru dia cakap sikit. Katanya dia muslim dan tahu hari ni hari Juamat kena solat kat masjid. Berbual ngan dia baru saya tahu yang hotel Sofitel ini hotel 5 bintang. Wow, a very nice hotel hah!
Masa check in terserempak dengan dua orang adik beradik perempuan. Nampak macam orang Malaysia. Dua gadis adik beradik itu sebenarnya dari Melaka dan satu group dengan kumpulan kami. Mmm.. jauh melancong amoi nih? Masa nak blah, receptionist yang manis tu bagi voucher dinner, lunch, welcoming drinks dan kad dskaun yang boleh digunakan di Plaza bersebelahan hotel.
Di kamar hotel semuanya memuaskan dengan lengkap segala. Tapi saya cuma sehari atau dua hari di sini. Just rilex seketika, baring-baring melepaskan kekusutan otot-otot atau jetleg... tapi dalam hati tak sabar nak keluar melihat dunia Bangkok yang orang cakap very hardcore!
SHOPPING SPREE DI SALA DAENG
Dengan panduan seorang kawan, saya ke Sala Daeng. Katanya kat sana banyak gerai shopping persis Petaling Street. Nak ke sana kena dapatkan taxi to Mo chit LRT Station. Nak kena tukar train lagi dan terpaksa melalui 5 stesen, barulah sampai ke Sala Daeng.

Suasana kat Sala Daeng tu jangan cakap lah. Sure Heboh atau paling tepat Sure Kecoh dengan tawar menawar. Saya naik giler dengan peniaga yang mengambil kesempatan terhadap kejahilan pelancong asing. Ini kerana diorang meletak harga yang paling tinggi. Kes naya tu.
Selesai membeli belah dan pusing-pusing, kami pulang ke hotel dengan menggunakan LRT. Agak jauh juga perjalanan untuk ke hotel kami. Tapi dengan LRT jimat masa sebab cepat dan selamat.
Pulang, terus tidur sebab keletihan yang amat sangat. Esok, kami akan ke Phuket selepas sarapan.... Sehari di Bangkok rasanya tidak cukup. Kalau ada rezeki saya akan datang lagi ke sini.